Monday, February 28, 2011

Shopping kat Kelantan

Setelah penat bekerja..tiba la masa untuk bershopping! haha.. terapi tu wei..

So kami bershopping di Pasar Khadijah, Wakaf Che Yeh dan juga Gedung Kain Laila Rawas. Kebanyakan nye kami memborong kain batik! Kain batik murah2 dan cantik2 belaka. Kain pelekat juga murah2. Paling tak boleh blah ialah tudungnye! Wah, macam2 pesen aku tengok! Rambang mata..

Namanye pegi dengan perempuan, haruslah bnyak bershopping. Kalu aku g dengan En. Jijan tak dapat la aku nk bershopping sakan! haha..Ye la nak beli untuk mak, ayah, adik2 aku,En Jijan jugak, mak mertua, kakak ipar, adik ipar. pengasuh Aqim & Rayyan, pastu nak beli untuk kawan2 kat opis lagi..Mak aku siap pesan baju kelawar..haha..

G Pasar Khadijah beli barang2 kraftangan dan kain pelekat juga kain batik. Makan nasi kerabu dan nasi dagang. G Gedung kain Laila Rawas beli kain ela. G Wakaf Che Yeh beli tudung, baju dan kain batik lagi. Tapi shopping berpada-pada juga la, kang lebih 20kg sape nak bayo..haha..

 Kat Wakaf Che Yeh

 Tudung yang berwarna-warni


 Menjamu selera di Pasar Khadijah. Nasi kerabu dan nasi dagang


Posing dulu sebelum makan!

 
Yeay!


 
Bersama Kak Mah dan adiknye. Serta pelanggan tegar -Eena..haha

 
Posing dgn hasil shopping!


 
Hambik, penuh satu Unser!

*Pic diambik oleh Eena & Nazreen. TQ babe!

Friday, February 25, 2011

Ke Kelantan-Part II

Sambung lagi citer program kat Kelantan ni..

Seperti yang aku katakan, program kali ni adalah dengan kerjasama Yayasan Murni Kelantan. Apa itu Yayasan Murni? Yayasan Murni adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu wanita yang memerlukan sokongan contoh : ibu tunggal, mangsa peceraian, mangsa dera dan lain-lain yang berkaitan dgn wanita. Yang bagusnya Yayasan Murni ni, ia membantu wanita-wanita ini dari segi kemahiran. Ada kelas jahitan, kelas masakan, kelas jahit manik supaya wanita-wanita ini boleh berdikari untuk mencari rezeki. Setakat ni Yayasan Murni mempunyai 2 cawangan iaitu di Pengkalan Chepa dan Tanah Merah. Semoga usaha murni Yayasan Murni ini diberkati Allah SWT.

LGTA- program pertama hari Jumaat 18 Feb 2011
Yayasan Murni Pengkalan Chepa
9.00 pagi - 5.30 petang
120 peserta

Ratna, pemangku pengarah memberi ucapan dan pengenalan Sisters In Islam

Nazreen, memberikan input kepada peserta



MLC- hari kedua Sabtu 19 Feb 2011
Yayasan Murni Tanah Merah
9.00 pagi- 4.00 petang
100 peserta


 Pendaftaran


Emcee cemerlang! haha.. aku le tu



 Dewan Yayasan Murni Tanah Merah


 Banner Mobile Legal Clinic


Mereka di belakang tabir- Hanim pemandu pelancong dan pembantu program..haha.. Sorang lagi plak Ena (cam Sharizat aku tgk dah) pembantu program, tukang amik gambo jugak!


Selain memberi kesedaran tentang hak-hak wanita, kami juga menyediakan khidmat dari segi legal advise di akhir setiap program. Wanita-wanita ini boleh mendapat kan nasihat dari segi Undang-undang dari pegawai undang-undang Sisters in Islam secara percuma.




Wednesday, February 23, 2011

Ke Kelantan - Part I

Yuhuuuuu...

Lamanye aku tak menghapdate blog ini. Baru pulang dari Kelantan.. takdela baru mana pon, ari Ahad petang dah ade di rumah. Tapi penatnye Tuhan saje yang tahu. Penat program dan penat bershopping..hahaha..

Ok mari aku cite sikit pasal program di Kelantan. Sisters in Islam memang setiap tahun menganjurkan program2 kesedaran tentang hak2 wanita Muslim dalam Undang-undang. Untuk pembukaan tahun 2011, kami telah mengadakannye di Kelantan. LGTA (Large Group Training Awareness) dan MLC (Mobile Legal Clinic). LGTA kami buat di Pengkalan Chepa manakala MLC kami buat di Tanah Merah. Kedua2 program adalah dengan kerjasama Yayasan Murni Kelantan.

Sambutan adalah amat menggalakkan di mana seramai 120 orang peserta mengikuti LGTA manakala 100 org peserta untuk MLC. Memang tak dinafikan ramai wanita tidak tahu apa hak2 mereka. Dengan adanya program2 sebegini, di harapkan wanita2 di luar sana tahu tentang hak2 mereka sebagai wanita Muslim.  Insyallah...

Anyway, seronok gak pergi negeri lain ni. Kami g naik Firefly. Memandangkan ni la kali pertama aku naik kapal terbang, adalah aku jakun dan sedikit teruja! haha..agaknye kalu orang yang selalu naik kapal terbang ni rasa cam naik bas je yek! hehe..

Kat Kelantan ni pagi-pagi breakfast kitaorang ialah nasi berlauk, nasi kerabu atau nasi dagang.. Kenyang terus sampai petang. Sedap nasi kerabu orang Kelantan nie!

Ok nanti smbung lagi citer..

Wednesday, February 16, 2011

Sudah berjaya buat kali pertama!

Hihihi..

Suka betol aku ye! Suka la sebab hari ni aku drive keta sorang2 pegi dan balik keje! En Jijan jadi pengiring on the way g keje (dia naik moto), tapi balik keje aku drive sorang.

Bagi orang yang baru pegang stereng, ini adalah pengalaman yang sukar dilupakan! Takut, nebes pon ade.

Boleh tak, masa balik keje ni,dah kuar, dah drive ni..pastu aku patah balik sbb jalan kuar jem, aku tak reti nak masuk.Pastu tepon En Jijan..katanye jalan je la mama, pelan2 takkan nak tunggu sampai malam kut.. hadoi.. sudahnye aku pon tekadkan diri, drive je la.. sepanjang perjalanan mulut tak henti2 baca Al-Fatihah..

Keje aku asyik angkat tangan mintak laluan dari orang kan..pemandu berhemah gitu! haha..

Pastu yang aku rasa nak pengsan, bole plak mati enjin pas belok ye! Tak reti betol membalancekan break, minyak dgn clutch.. hado..masa ni aku rasa takde la kalut. Cepat2 tukar free gear dan start enjin balik dan terus masuk gear satu..maybe sebab aku baca Al-Fatihah rasanye..

Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi..Balik umah tangan dan kaki kebas ok..tu sebab takot punye pasal,dan tak relax masa drive.

Nasihat En Jijan, jangan takot mama. relax je bawak keta tu..Tgn kiri tu sentiasa sedia tukar gear. Almaklum la keta manual, tu yang nebes lebih..

Insyallah..praktis lagi!

Tapi untuk hari ni, ia adalah satu kejayaan bagi aku! Terima kasih Tuhanku..Aminn..

Tuesday, February 15, 2011

Batuk-batuk menyerang!

Memang sangat perit bila batuk nie. Lebih2 lagi bila tekak tu kering, adoi ai rasa cam ade bende tajam je dalam tekak!

Aku batuk, sakit tekak, pening pala, sengal badan dan juga badan rasa dedor je (nak demam) Balik dari kampung hari tu lagi la bertambah-tambah. Huhu.. Tengahari tadi g jumpa doc. Kat klinik kesukaan aku Klinik Dr Azhar kat Pantai Dalam.

Doc bagi ubat batuk, ubat pening pala, ubat demam, ubat sakit tekak dan juga antibiotik. Kena makan la sebab Khamis ni aku akan berangkat ke Kota Baharu selama 4 hari ade program lo..2 orang hero kan dijaga oleh papanye...

Harap sakit akan berkurang dalam tempoh terdekat, batuk2 kang mengganggu orang lain yang attend program..huhu

Friday, February 11, 2011

Farewell Dinner

Pada 9 Februari, opis mengadakan farewell dinner. Farewell dinner diadakan di Khadijah's Kitchen..ala restoran Khadijah Ibrahim tu..

Food dia memang terbaek! Lauk-lauk kampung gitu kan.. ade asam pedas, gulai lemak daging, ikan kari, pucuk paku, ade rojak, pengat pisang dan lain-lain. Kak Khaty turun padang memasak untuk kitaorang tau..haha.. amik gmbo pon nak pakai apron jugak ok! Anyway she so sweet and nice person. And suara dia memang superb!

Ok, jom aku cerita pasal farewell dinner semalam. Farewell dinner semalam adalah untuk meraikan 3 orang yang penting dlm opis aku. My ex ED, Dr Hamidah, my board of director Rashidah Abdullah and my dearest Operation Manager Rashidah Hashim. So sad mereka dah tak berkhidmat dengan SIS but they all still SIS member.. Tapi Kak Shidah tak dpt hadir sebab dia admitted kerana bronkitis...sedey betol orang yang diraikan tak dapat hadir sama dan lagi sedey sebb dia tak sihat..huhu..apa-apa pon doaku semoga beliau cepat sembuh..amin..

Farewell dinner ni sgt simple but yet so sweet.. Kak Khaty nyanyi 2 buah lagu ===> Doa buat kekasih dan Greatest Love of All..

Ramai juga yang hadir memeriahkan majlis termasuk la ex-staff..Sophia, Aireen, Ella, Marre.. sangat seronok berkumpul beramai2..

Untuk mereka yang diraikan wish you all the best in your life journey!




Wif  Dato' Khadijah Ibrahim


Pakai apron lagi tu masa bergambo..hehe




Staff and ex staff and BOD


Sisters forever!


Suara yang superb!



Ok di sini aku bagi alamat di mana lokasi Khadijah's Kitchen:


21 Jalan 11/2, Jalan Bukit, 46200 Petaling Jaya.


Tel: 03 7960 1079 Fax: 03 7960 2079

Website: http://www.khadijahskitchen.com


Sila la cuba ye!

Monday, February 7, 2011

Citer pasal driving lagi..haha tak abis2

Orang baru driving mesti la excited..haha

Ok, balik kampung ke Muo hari tu aku drive dari rumah sampai ke Seremban je. Lepas berhenti kat R&R Seremban, En Jijan plak smbung drive, sebab nye kat Seremban kan selalu jammed. Orang yang belom mahir ni adalah sgt takot ok! hehe

Tapi kira berjaya la jugak bawak kan..En. Jijan adalah sangat bising ye! Bawak keta jgn takut, jangan makan jalan orang, kena relax, jangan kelam kabut..

Balik dari Muo En Jijan yang drive sebab aku tau mesti jalan jammed punye la..

Dan pagi ini aku drive dari rumah ke office dengan En Jijan dok di sebelah lagi ye! haha..memonitor bininye bawak keto..

Bestnye driving! Poyo betol kan.. lesen dah dpt since tahun 2002 tapi buat pekasam je. Tahun 2011 baru ko stat drive semula ye! Setelah 9 tahun setelah menyepikan diri dari dunia permotoran..haha..

Ape2 pon mahu terus berlatih dan membina keyakinan diri untuk memandu.. Semoga berjaya kepada diri sendiri!