Just want to share perkara-perkara yang antara perkara-perkara yang happen during 2012.
Family
- Alhamdulillah, rumah yang kami beli telah siap sepenuhnya pada bulan October. Kami pon pada mulanya memang beria-ria untuk menetap di sana - Chemor. Tapi setelah berdiskus secara panjang lebar, akhirnya kami bersetuju untuk menyewakan dahulu rumah tersebut sebelum merancang untuk mendudukinya nanti.
- Aqim & Rayyan diserang chicken pox. Aqim first kena dan selang dua minggu Rayyan pulak!
- Aqim dah 5 tahun & Rayyan 2 tahun, mama & papa pulak 31 tahun!
- Allah SWT telah mengurniakan rahmat yang tidak ternilai kepada adik aku Acik, bila isterinya selamat melahirkan baby girl pada bulan October, xsilap aku. Nama baby yang comel itu ialah Nur Amelia Huda bt Hafiz. Alhamdulillah dapat anak buah baru!
- Family En Jijan pon terima 2 orang ahli baru iaitu seorang baby girl dan seorang baby boy. Yeay..alhamdulillah..
- Adik En Jijan selamat melangsungkan pertunangan, insyallah majlis akad nikahnye tahun 2013 - April..
Kerjaya
- Pada bulan July aku telah ke Korea selama 2 minggu atas urusan kerja. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang berada di sana. Terima kasih diucapkan kepada En Jijan yang menjaga anak-anak sepanjang aku di Korea.
- Artikel aku kuar di The Malaysia Insider, walaupon takde la sehebat mana tapi ia adalah langkah permulaan untuk aku terus menulis. Semoga tahun 2013 bole tulis artikel lagi.hihi...
- 2012 juga opis aku telah berpindah ke premis yang baru. Alhamdulillah segala urusan perpindahan berjalan lancar, walaupon keletihan amat. Iyo la mau tak penat pindah new opis kan!
- Aktiviti bukak booth dan berjualan buku jugak amat giat sepanjang tahun 2012. Alhamdulillah..syukur dengan rezeki yang Allah SWT berikan.
- Kami telah menubuhkan sebuah syarikat penerbitan buku yang bernama Karya Tinta. Di harap syarikat kami akan berkembang maju. Buat permulaan ni masih bertatih-tatih, tapi kami yakin dengan hasil usaha kami, syarikat ini akan berjaya. Insyallah.. semoga Allah SWT memberkati usaha kami.
Itu ajo la trivia untuk tahun 2012.. 2013..bermula satu lagi episod dalam perjalanan hidup kita sebagai hambaNya dimuka bumi ini. Semoga Allah SWT memberkati tahun 2013 dan sebagai hambaNya kita perlu tingkatkan usaha untuk memajukan diri. Aminnn...