Saturday, March 12, 2011

Mode Layan Lagu Jiwang

Aku suke betol lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain itu... Best gilak lagu itu sampai terbuai-buai perasaan bila dengar..hahaha.. Feeling habis..

Mari hayati lirik lagu ini..

SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

*Try download video xbole plak. apesal ntah..layan je la kat link nie ye! Tapi ni bukan yang full version punye tau


 

Thursday, March 10, 2011

Nilai 3

Citer yang dah outdated nie..

Kalu tak silap ujung bulan lepas kut, famili in law dtg ke KL. Adik ipar aku dtg nak bawak balik motor barunye. Alang2 tu singgah bermalam kat umah kami. Then bawak mak mertua ke Nilai 3.

Aku tak penah g sana ko! Jakun jap tengok macm2 jenis karpet, kain ela, kain langsir, barang2 utk perkahwinan dan juga barang2 hiasan. Rambang mata uols!

Karpet punye la cantik2..yang buatan Turkey, halus punye dan tinggi kualiti, harganye bole cecah ribu uols! Takotnye aku tgk harganye. Nanti2 la nak beli karpet. Tunggu ade umah sendiri baru beli.

Kain langsir pon cantik2 belaka. Ko bole beli dan dia bole jahit dlm masa satu jam. Free of charge, tapi dgn syarat kena beli kain kat kedai diaorng la. Ni pon kena tangguh dulu sampai dan duduk umah sendiri. Aceh..ceh..ceh..sekali dh nak raya terus terbeli kan! hahaha..

Aku amik sikit je gambo sebab segan dgn mak mertua..kang dia ckp menantu dia ni takde keje lain nak amik gambo je keje nye..huhu..so amik sikit2 udah la kan :p




Anyway aku beli satu frame yg ade ayat Qursi, mak mertua beli jam dinding dgn design Islamic, adik ipo beli kain ela dan jua tilam kekabu..


Bila la nak p membeli belah kat Nilai 3 yek? hehehe..

Pengasuh Baru untuk sementara

Hari ni aku anto Aqim & Rayyan kat umah pengasuh baru-----> Kak Sanah. Kak Izan tak dapat jaga budak2 sebab kena g hospital. Doc dah panggil semua ahli keluarga pagi untuk cabut tiub yang membantu maknya bernafas. huhu..sedey plak rasa.

Aku plak dah bape kali asyik cuti je. En Jijan plak busy dgn preparation International Book Fair. So kami decide anto Aqim & Rayyan umah Kak Sanah untuk 2 hari je nie. Khamis dan Jumaat. dan bergantung juga dengan keadaan Kak Izan.

Aku col tnya Kak Sanah, Rayyan ok tak? Sebab pagi tadi melalak2 takmo tinggal. Aqim plak kang pas balik sekolah baru anto. Kak Sanah kata ok, cuma kadang2 tu dia mencebik juga la. Iye la tempat baru kan..

Tak sabo tunggu kol 5.nak amik anak-anak ku..

Wednesday, March 9, 2011

Sisters In Islam Press Statement on International Women's Day

Press Statement on 100 Years of International Women’s Day

7 March 2011
Sisters in Islam calls on the Federal and state governments to make good on their promises to revise the discriminatory amendments to the Islamic Family Law (the IFL) statutes passed from 2003-2005. As women around the world mark the centennial celebration of International Women’s Day, it is no longer acceptable for Muslim women in this country to be deprived of rights enjoyed by men and their sisters of other faiths.

 
In February 2009, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil announced that amendments to the IFL statutes that would countermand the discriminatory provisions would soon be tabled in Parliament. These would be tabled alongside amendments to the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 (the LRA) to safeguard the interests of non-Muslim women upon the conversion of their spouses to Islam. However, these amendments bills were subsequently withdrawn as the Conference of Rulers wanted time to consult their respective state religious councils. The proposed amendments to the IFL statutes and LRA have since languished in limbo.

Malaysia’s 1984 Islamic Family Law was once regarded as among the most progressive in the Muslim world. Subsequent amendments to the law in 1994 and 2003, instead of strengthening the recognition of the rights of women, have diminished the rights of Muslim women in Malaysia. While women of other faiths are treated as equals with reform of the civil family law, Muslim women suffer increasing discrimination with each round of amendments to the Islamic Family Law statutes. More legal rights were given to men and the use of gender neutral language extended to men the legal rights that historically were seen as the rights of women.

For example, in the Islamic Family Law (FT) (Amendment) Act 2005, existing provisions under Section 2(a) and Section 23(9) with regards to harta sepencarian (matrimonial property) have been made gender-neutral. This meant that husbands are able to freeze women’s bank accounts and assets in order to claim his share of harta sepencarian, and file a claim for a share of harta sepencarian upon contracting a polygamous marriage. However, other provisions in the IFL statutes remain discriminatory towards women. For example, only husbands are able to unilaterally divorce their wives and only fathers have the right to guardianship of their children.

 
Furthermore, a husband can now get a court order to stop his wife from disposing her property (Section 107A). Historically, one of the most remarkable ways in which the shari’ah was far ahead of western legislation by many centuries was its recognition and protection of a wife’s rights over her own property. But with this recent amendment, a wife’s own property is no longer protected for her to deal with as she chooses. A woman who is financially dependent on her husband and has no independent source of income, is put in dire straits as she has no access to her own savings and assets in order to maintain herself and her children.

 
The Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984, section 23, previously stated that the proposed (polygamous) marriage must be ‘just and necessary’, but this has now been amended to “just or necessary”. This significantly reduces the husband’s burden of proof to justify a polygamous marriage. He merely now has to tell the Syariah court that the marriage is necessary (the usual excuse being ‘to prevent zina’); he no longer has to convince the court that it will be a ‘just’ act on his part. Justice in polygamous marriages is not optional, but mandatory according to hukum syara’.

 
In response to the critical situation faced by women, SIS has drafted a model Muslim Family Law drawing on best practices from Muslim countries, a national consultation on the IFL, and the lived realities of Malaysian women. Alongside other women’s groups, we have also sent countless memoranda and letters to government ministries and agencies urging them to address discrimination faced by women in law and in practice.

While SIS appreciates the Federal Government’s responsiveness to the issues brought up by women in relation to the IFL amendments, we wish to remind our lawmakers that law and policy reforms must be coupled with the political will to see them through. The effects of the discriminatory provisions in the IFL statutes are not merely theoretical, as evidenced by cases handled by SIS and other women’s groups. We have documented cases in which women with children were left impoverished after their bank accounts were frozen by their husbands, and others wherein the men absconded to other states to escape court orders.

 
In 2008, the Joint Action Group for Gender Equality campaigned for MPs to “Kotakan Kata” (“Keep Your Promises”) in looking into urgent reforms related to women’s human rights. The silence on amendments to the IFL statutes and the LRA is a regrettable indication that despite the events lined up for International Women’s Day this year, issues affecting women that are seen as contentious remain low on the hierarchy of priorities.


 
Ratna Osman

Acting Executive Director

Sisters in Islam

-------------------------------


Kenyataan Akhbar Mengenai 100 Tahun Hari Wanita Sedunia

7 Mac 2011
Sisters in Islam menyeru kepada kerajaan Persekutuan dan negeri untuk mematuhi janjinya dalam meyemak semula pindaan dengan unsur diskriminasi seperti yang tercatat di dalam statut Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI) yang telah diluluskan pada tahun 2003-2005. Di waktu para wanita di seluruh dunia menyambut ulang tahun yang ke-100 perayaan Hari Wanita Sedunia, sudah menjadi tidak munasabah bagi para wanita Muslim di negara ini untuk tidak mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati oleh para lelaki dan saudara sesama wanitanya yang berbeza agama.

Pada Februari 2009, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan bahawa pindaan terhadap statut UUKI yang dapat membatalkan peruntukan dengan unsur diskriminasi akan segera dibentangkan di Parlimen. Ia akan dibentangkan bersamaan dengan pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-Undang (Pekahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU) untuk memelihara kepentingan wanita bukan Muslim sekiranya berlaku pertukaran agama pasangannya ke Islam. Walau bagaimanapun, draf pindaan tersebut kemudian telah ditarikbalik supaya Majlis Raja-Raja mendapat jangkamasa yang lebih untuk berbincang dengan majlis agama negeri masing-masing. Sejak itu, pindaan-pindaan terhadap statut UUKI dan AMU yang direncanakan tersebut telah mula hilang perhatian.

 
Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 di Malaysia pernah suatu masa dahulu dianggap sebagai yang paling maju di antara negara-negara Islam. Tetapi pindaan berikutnya terhadap undang-undang tersebut pada tahun 1994 dan 2003, yang sepatutnya memperkukuhkan pengiktirafan hak-hak wanita, sebaliknya mengurangi hak-hak wanita Islam di Malaysia. Manakala wanita beragama lain kini sama rata di sisi undang-undang setelah reformasi dibuat kepada undang-undang keluarga sivil, wanita Muslim kini lebih mengalami kesan diskriminasi setiap kali pindaan di buat kepada statut UUKI. Lebih banyak hak di sisi undang-undang diberi kepada pihak lelaki dengan penggunaan bahasa “gender neutral” (tidak mengira jantina) yang melanjutkan kepada kaum lelaki beberapa hak yang dari segi sejarahnya dilihat sebagai hak kaum wanita.

Contohnya, dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005, peruntukan yang ada di bawah Seksyen 2(a) dan Seksyen 23(9) berkenaan harta sepencarian telah diubah menjadi “gender neutral”. Ini bermakna bahawa suami diberi hak untuk membekukan akaun bank dan aset para wanita demi untuk menuntut bahagiannya dalam harta sepencarian, dan untuk memfailkan tuntutan harta sepencarian daripada isteri sedia ada pada waktu berkahwin poligami. Tetapi pada masa yang sama, peruntukan-peruntukan lain di dalam statut UUKI masih mempunyai unsur diskriminasi terhadap wanita. Sebagai contoh, hanya para suami yang boleh dengan sepihak menceraikan isteri-isteri mereka dan hanya para bapa yang berhak terhadap penjagaan (guardianship) anak-anak mereka.

Tambahan pula, pihak suami sekarang boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan sang isteri daripada mengatur hartanya (Seksyen 107A). Dari segi sejarah, antara perkara yang amat mengagumkan tentang hukum syariah ialah sifat progressifnya yang nyata lebih maju berbanding perundangan Barat ketika itu, malah beberapa kurun kehadapan, dalam mengakui dan melindungi hak isteri terhadap harta hakmiliknya sendiri. Akan tetapi, dengan pindaan terbaru ini, harta isteri tidak lagi dilindungi supaya dapat diuruskan mengikut kehendaknya. Seseorang wanita yang bergantung secara kewangan terhadap suaminya dan tidak memiliki sumber pendapatan sendiri, diletakkan dalam keadaan yang amat sukar sekali kerana beliau tidak mempunyai akses kepada simpanan dan asetnya dalam mengurus dirinya dan anak-anaknya.

 
Peruntukan asal Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, seksyen 23, menyatakan bahawa pernikahan (poligami) yang dicadangkan itu hendaklah “patut dan perlu” tetapi telah dipinda menjadi “patut atau perlu”. Dengan demikian ia amat mengurangkan beban bukti sang suami untuk mewajarkan poligami. Beliau sekarang dapat dengan mudah melaporkan kepada mahkamah Syariah bahawa pernikahan tersebut adalah perlu atau mustahak (alasan yang lazim adalah 'demi mengelak zina') tetapi beliau tidak diwajibkan untuk meyakinkan mahkamah bahawa hal tersebut adalah perlakuan yang patut atau adil. Keadilan dalam pernikahan poligami bukanlah sekadar pilihan atau keharusan, tetapi adalah kewajipan mengikut hukum syara’.

Sebagai tindakbalas terhadap situasi kritikal yang dihadapi oleh wanita, SIS telah menyusun satu Undang-Undang Keluarga Muslim yang contoh berdasarkan amalan-amalan terbaik dari negara-negara Islam, perundingan nasional berkenaan UUKI, dan realiti hidup wanita-wanita di Malaysia. Bersama lain-lain persatuan wanita, kami juga telah mengirimkan memoranda dan surat-surat yang tidak terbilang banyaknya kepada kerajaan, kementerian dan agensi dalam mendesak mereka untuk menghadapi isu diskriminasi yang dihadapi wanita dalam undang-undang dan perbuatan.

Meskipun SIS menghargai usaha Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh para wanita berhubungan dengan pindaan terhadap statut UUKI, kami ingin mengingatkan para pembuat undang-undang bahawa undang-undang dan reformasi polisi haruslah ditegaskan dengan kesungguhan politik demi menjayakannya. Kesan dari peruntukan diskriminasi dalam statut UUKI bukan hanya dari segi teori sahaja, kerana ia telah dibuktikan dalam kes-kes yang ditangani SIS dan pertubuhan-pertubuhan wanita lainnya. Kami telah mendokumentasikan kes-kes di mana para wanita bersama anak-anaknya dibiarkan melarat setelah akaun bank mereka dibekukan oleh sang suami, dan para lelaki yang melarikan diri ke perbatasan negeri lain untuk mengelak perintah mahkamah.

 
Pada tahun 2008, pertubuhan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) berkempen dengan tujuan mengingatkan Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen untuk “Kotakan Kata” dalam mengkaji reformasi-reformasi yang mustahak berhubungan dengan isu hak kemanusiaan para wanita. Sepinya reaksi terhadap pindaan-pindaan statut UUKI dan AMU adalah petanda yang menyedihkan bahawa di sebalik usaha menjayakan acara-acara untuk Hari Wanita Sedunia tahun ini, isu-isu yang mempengaruhi wanita yang dianggap rumit diperdebatkan tetap berada di relung paling bawah hierarki hal-hal yang diutamakan.



 
Ratna Osman

Pemangku Pengarah Eksekutif

Sisters in Islam

Tuesday, March 8, 2011

Update lagi pasal babysitter

Semalam aku amik budak2 awal. Kol 5.30 ptg dah amik. Sempat la berbual2 dgn Kak Izan tentang maknye.

Kata Kak Izan mak dia kena stroke. Dia ade kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang. Kemuncaknye aritu kena serangan stroke. Terus tak sedarkan diri. Hari Isnin pagi mak dia dah sedar tapi sedar gitu2 je la, masih lemah, tak bole bangun. Doc pon tak bole bagi kata putus dengan keadaan mak Kak Izan. Kak Izan kata tengok la macam mana mak bole tahan ke tak. Dia nak bwk maknye balik, doc tak bagi pulak..huhuhu..sedeynye.

Kak Izan pulak batuk2. Agaknye sekarang ni musim ke? Aku pon dah batuk2 ni. Aqim dgn Rayyan tak kebah lagi batuk diaorang. Kahak banyak..

Kumur dgn air garam, bagus untuk bunuh bakteria kan..

Hari ni office ade program sempena Hari Wanita Sedunia. Nampak gayanye aku tak bole la join sekali, dah kena amik Aqim & Rayyan awal. Kesian plak kat Kak Izan. Komitmen aku terhadap keluarga lagi penting sekarang ni, dengan keadaan Kak Izan, Aqim & Rayyan yang tak sihat, aku pon tak bape sihat jugak ni..huhu..Maybe next time bole join. Insyallah..

Monday, March 7, 2011

Babysitter & mereka yang tak sihat

Ooo.. mak babysitter Aqim & Rayyan still admitted d PPUM. Aku tak tau pulak ape penyakitnye, tapi aku rasa cam sakit tua kut. So aku tanya la Kak Izan, kalu dia rasa cam susah terkejar-kejar nak jaga mak dan anak-anak aku, aku bole la hantar kat org lain dulu, sementara waktu ni kan. Budak-budak yang Kak Izan jaga pon ade 7 orang. Tapi dia cakap ok, sbb dia jaga mak dia shift malam tapi petang kena amik awal sikit la, dlm kol 5.30 camtu sebab dia nak kena bersiap g hospital pulak.

Tapi aku pesan kat Kak Izan, ape2 bagitau la, so aku pon bole la adjust masa aku. Kesian Kak Izan, lama dah dia jaga Aqim, dari umur 2 bulan, sampai la sekarang Aqim dah dekat 4 tahun. Hopefully mak kak Izan kembali sihat. Insyallah..

Nak citer pasal Aqim dan Rayyan pule. Dua orang budak itu batuk dan selsema. huhu.. Aqim nie dia ada keras pala sikit, aku ckp takmo mkn aiskrim, dia nak makan jugak! Adoi la..makin dilarang makin dia nak makan. Sabo je la...

Sudahnye malam kung kang kung kang batuk bersama Rayyan jugak. Aku dgn En Jijan dah macam burung hantu berjaga. Sebab Rayyan dia batuk dan merengek2 tak selesa nak tido kut. huhu.. Aqim plak dah dua malam batuk2 pastu muntah selambak..huhu..pengsan!

Dah bawak p chek doc dan dah makan ubat jugak. Semoga dua2 hero kesayanagan ku cepat sembuh ye sayang!

Saturday, March 5, 2011

Lil Rayyan yang tak sihat

Hari ni dan semalam aku amik emergency leave separuh2 hari. Semalam mak kak Izan masuk hospital, maka terpaksa la aku amik EL tengahari. Then hari ni, masuk opis pagi bawak Rayyan. Tengahari baru amik leave. Kalu tak hari ni xde la aku beria nak ke opis, tapi memandangkan hari ni kat opis ade buat potluck untuk majlis farewell dan march birthday makanye aku gagahkan la diri datang bawak Rayyan. Aqim pagi sekolah, tengahari En Jijan anto kat opis. Dah jamuannye kol 1 kan.

Balik dari opis dlm kol 2.30 ptg. Masa kat opis dah rasa mata Rayyan ni sakit, sebab tgk berair dan ade tahi mata je.Balik2 umah mmg sah Rayyan sakit mata, pastu pule batuk dan selsema. Adoi ai si kecik nie! Kesian mama tgk, walaupon tak sihat tetap melasak spt biasa.

Malamnye bawak g klinik favourite ape lagi Klinik Azhar lo. Doc bagi ubat titik dan ubat sapu kat mata. Ubat batuk, demam dan selsema dan antibiotik.huhu..banyaknye ubat! Rasanye cam tiap2 bulan je si Rayyan g klinik. Ape mau bagi budak2 ni supaya antibodi kuat sikit ye? Runsing betol!

Hopefully cepat recover ye sayang!

 Tido lena..



My sweetheart..