Hari pertama g keje dan uruskan budak2 dengan keadaan En Jijan yang kaki bersimen adalah sedikit kelam kabut.
Tapi alhamdulillah Allah SWT mempermudahkan urusan kami...
Thursday, June 23, 2011
Wednesday, June 22, 2011
En Jijan Accident - Part 2
Sambung dari Part 1
Kuar dari PPUM, lebih kuang kol 7.30 malam, kami terus g cari farmasi. Nak beli tongkat. So tempat yang paling dekat dan mudah ialah di PJ Old Town..if yang familiar tu kat Jalan Othman. Kat situ je la yang senang. Terus g farmasi ALPHA. Beli tongkat, penadol sepapan, iodine dan kapas. Pastu beli food pulak. Lapo wei...
Aku dah inform awal2 Kak Izan (pengasuh Aqim & Rayyan) aku balik lambat sikit, settlekan En Jijan dulu. Nasib baik kak Izan ni jenis tak berkira. Dalam kol 8.40 mlm sampai kat umah.
Nak naik ke umah ni satu hal. Masalah sikit la buat En Jijan yang dh bertongkat. Umah kami tingkat 3, dan takde lif ye. Hadooo..ai. Nasib baik kawan kami tinggal satu flat. So en seben dia la yang tolong, back up kat belakang, takut En Jijan jatuh. T upon 2 kali nyaris En Jijan nak jatuh. Ye la dengan kaki bersimen dan bertongkat. Tak biasa la..TQ utuk Eta & Man yang tolong kami.
Balik umah mandi2, siapkan En Jijan then baru amik budak2. Dekat kol 9.30 mlm baru amik Aqim dan Rayyan. Ya Allah..letih betol seharian tu. Tapi Alhamdulillah..semua ok.
Bile En Jijan sakit ni, baru la aku sedar betapa pentingnye kena tau drive..Time2 emergency ni la aku rasa sangat bersyukur aku sekarang dah pandai n berani drive keta. Aku start terpikir dulu pon masa Rayyan jatuh dr katil dan masa tu En Jijan takde. Dia kat Indonesia outstation keje. Masa tu gelabah betul, dah la tak reti drive kan, pastu tunggu la teksi!
Kali ni bila En Jijan pulak sakit, aku bawak dia balik dr PPUM, g farmasi, beli food, anto n amik Aqim sekolah dan g kedai beli keperluan dapo..Siyes, kalu tak bawak keta, mati kutu aku nak harapkan sape. Takkan la nak naik teksi memanjangkan..
Apa-apa pun semoga En Jijan cepat sembuh, rehat secukupnye papa!
Udah bersimen kakinye.Kena guna tongkat sakti!
En Jijan Accident - Part 1
Semalam En Jijan accident(21 June). Accident bukan kena langgar, tapi dia terlanggar serpihan tar dari keje2 construction yang diaoarang buat tapi tak reti nak kemas elok2. En Jijan cakap tar tu berbentuk bonggol dan memang tak perasan sebab warnanye adalah sama dengan warna tar. Kejadian berlaku di lampu isyarat berdekatan Amcorp Mall pukul 1 lebih camtu, waktu dia mahu pulang dari lunch. Dia tercampak, moto pon terpelanting..Nasib baik takde kereta di belakang En Jijan..Alhamdulillah..
Aku dapat panggilan dari En Jijan dalam kul 3. Dia daftar kat PPUM kecemasan pukul 2.33 ptg. Opismatenye yang hantar dan bawak balik motor ke opis. Motonye agak teruk la, mengikut kata en Jijan. Stand patah, handle senget. Aku pon ape lagi bergegas la ke PPUM, sampai sana aku tengok En Jijan masih tunggu giliran. Sebelum tu En Jijan cakap nurse dah bagi injection. Aku pon risau la tengok tangan dan kaki berdarah luka, takut kena infection plak. Agak2 lambat sangat, aku masuk dalam bilik konsultasi tu tanye lama lagi ke? Tangan kaki tu dah berdarah2 luka kang takut kena infection pulak. Nurse tu ckp takpe kang sebab kita dah bagi injection. Ye la aku tau la dah bagi injection, tapi kan baru lepas accident, takkan ko nak suh tunggu lama2 kat kerusi roda tu kan, badan dah sengal2 . Buat la keje cecepat sikit..Hadoo..
Dalam lebih kuang 15 min pastu, nama En Jijan kena panggil (setelah 1 jam lebih tunggu!) Doc chek dan suh g wat x-ray sebab En Jijan punye buku lali bengkak dan dia rasa sakit. Nak tunggu buat x-ray pun bukan main lama..nanges g hospital ni wei! Resultnye nampak ade sedikit keretakan di bahagian buku lali itu. Dan doc bone pulak nak chek. Sementara tunggu doc tulang, luka-luka tu dibersihkan. Bab doc tulang ni aku menyirap betol, dekat 2 jam tunggu baru la sampai turn En Jijan, punye la lama. Takde doc lain ke, aku pon tak tau la. Doc chek2 dan dia cakap kena simen untuk elakkan keretakan lebih teruk. Ye la takut kan kalu tak simen dan banyak bergerak, lain pulak jadinye.
Lepas simen, doc chek2, bagi MC, bagi appointment then bole balik. Nasib baik tak kena admit. Pastu sebelum balik, kami buat report polis. Kat Trauma & Kecemasan (aku rasa tak bape nak cemas la...lama bagai nak tunggu!) ade kaunter polis, so bole buat report polis terus. Senang citer. Lepas buat report polis baru la kami balik. Dari kol 2.33 petang – 7.15 malam kami kat PPUM tu..paling lama masa nk chek dgn doc tulang tu le...hadooooooo ai.
Masa balik tu, farmasi hospital yang jual barang2 keperluan spt tongkat, kerusi roda dan lain2 dah tutup, so kami kena cari farmasi luar untuk beli tongkat. En Jijan kena jalan guna tongkat. Simen tu agak berat ye. Kena beli ubat gak. Iodine untuk sapu luka2 tu. Masa kat hospital tu doc bagi paracetemol je, sampai kat kaunter farmasi, budak tu tnya if ade paracetamol kat umah dia tak bagi la sebab katanye bayaran ubat RM5. Ubat yg doc bagi ialah paracetemol je. Aku ckp takpe la beli kat luo je. Sepapan baru rm2.30.
Bersambung.......
Sunday, June 19, 2011
Training di Alor Gajah Melaka
18hb kami di jemput untuk conduct 1 session iaitu Sex & Gender di Melaka. Hari Jumaat malam kami bertolak ke Melaka. Aku dan 2 orang colleagues opis.
Ini adalah 1st time aku conduct session secara solo yek! ada 71 orang pelajar dan di divide kpd 3 kumpulan. Kumpulan aku, Kak Roro and Eena.
Budak-budak ini umur 16 & 17 tahun. Semuanye girls. Budak2 ni sangat aktif, participate dlm session yang kami jalankan.
Secara keselurahannye mereka sangat happening dan aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk session tersebut. Satu pengalaman yang hebat untuk aku meningkatkan tahap keyakinan untuk berucap di khayalak ramai! Insyallah selepas ni bole buat lebih baik.. Happy! :)
Kolaj yang mereka hasilkan..
Friday, June 17, 2011
Preparation
Sabtu ni ade training kat Melaka. Aku plak adelah salah seorang dari trainernye. Kena conduct one session..
Seperti biasa la aku kan nebes tak tentu pasal! Hadooo....
Ni first time conduct session. Aritu 1st time jadi MC..tapi bole je. Yakin, yakin dan yakin...hahaha
Untuk mengelakkan dari kelam kabut menjadi lebih dasyat, biasanye aku akan buat persediaan awal dari segi mental dan fizikal. Takut nanti gugup plak masa bercakap kan..Pastu biasanye aku akan selawat dan baca Al-Fatihah sebelum mulakan, sebab dengan itu hati aku jadi tenang. Macam mula-mula aku drive balik kan..tak henti2 selawat dan baca Al-Fatihah. Dan Allah SWT berikan ketenangan dan kekuatan untuk aku. Alhamdulillah....
Semoga semuanya berjalan lancar, dan semoga aku bole buat yang terbaik! Insyallah...
Monday, June 13, 2011
Present dari Drypers
Lama dah nak buat entry ni. Tapi asyik tak ingat je. Citer pon agak dah lama iaitu bulan May.
Aku dapat hadiah dari Drypers lagi! Sebabnye surat aku bertanda bintang hehehe...Star Letter gitu di newsletter Drypers Jalinan Ibu Bapa.
So ape yang aku dapat kali ni?
Tima kasih Drypers! Next time kita tulis lagi, mana tau rezeki kan...
Aku dapat hadiah dari Drypers lagi! Sebabnye surat aku bertanda bintang hehehe...Star Letter gitu di newsletter Drypers Jalinan Ibu Bapa.
So ape yang aku dapat kali ni?
- Drypers Drypantz 8 pek setiap pek ade 20 keping.
- Frame gambo
- Puppet donkey
Tima kasih Drypers! Next time kita tulis lagi, mana tau rezeki kan...
Subscribe to:
Posts (Atom)