Sunday, July 3, 2011

Tolak jangan tak tolak

Pagi-pagi kalu nak kuar keta memang bercinta betol..Ndak2 ari Sabtu & Ahad. Keta double parking wei!

Sape yang dok umah flat mesti tau punye keadaanye. Aku kena tolak keta yang menghalang parking dulu, baru leh kuar. Keta kancil leh la aku tolak, kena keta wira, van ke? mau nye pengsan.hahaha..ni citer masa sekarang ni, En Jijan kaki tak ok lagi. Kalu kaki dia okk, dia la yang menolaknye.

Tapi kalu nasib baik ade jiran yang lalu, aku mintak tolong je. Abis kalu ko tolak2 gerak sikit je, cmno? Kalu parking double ni, kita tak bole angkat handbreak, nanti orang nak tolak alihkan keta tak boleh. Dan boleh menimbulkan kemarahan. Ye la, kalu member tu nak g keje, pastu tgk2 keta yang halang keta dia angkat handbreak pulak, mau hangen! Dah tu, hon2 tak dengar.gilo! Mau kena calar keta tu!

Aku punye la cuak ye, kena hati2 sgt, kalu terlanggar keta orang, mampuih! huhu..Apa2 pon tima kasih kepada jiran2 yg tolong aku tolak keta! hehehe..





Friday, July 1, 2011

Happy Birthday My Dear Mustaqim!

Entry draft semalam..tapi xabis..hahaha..

Hari ni genap usia Muhammad Umar Mustaqim b Azizan 4 tahun.. Aqim lahir pukul 10.30pagi kat PPUM. HKL  30 June 2007

Dah besar anak mama ni! Nama manja Aqim bila mama buat story telling ialah Baby Shark..hahaha..

Di usia 4 tahun ni Aqim dah pandai :
  • Pakai baju n seluar sendiri
  • Boleh urus diri sendiri mandi, basuh kencing dan buang air besar
  • Dah pandai tulis ABC
  • Dah reti mengeja dan menulis nama dia
  • Mulut makin banyak cakap
  • Bijak dan lain-lain la..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Semoga Aqim membesar menjadi anak yang soleh, baik, bijak dan bertanggungjawab. Mama, papa & Rayyan sayang Mustaqim. Mmmuuaahhhhh...

Wednesday, June 29, 2011

Conteng-conteng

Semalam masa duduk2 tengok TV, tibe-tibe datang idea nakal!

Nak menconteng simen kaki En Jijan...hahaha.. Saje buat kenangan kan.


So inilah hasilnye...







Get well soon papa! Mama, Aqim & Rayyan :)
 hehehe...


En Jijan layankan saja ape bini dia buat...Itu pon Aqim sibuk nak touch up gak!


Tuesday, June 28, 2011

Idaman Kalbu..

Best betol kalau dapat bende nie..
*kredit pic to google image

SAMSUNG GALAXY TAB


Berangan-rangan supaya menjadi kenyataan, dengan harapan En Jijan akan cakap "Surprise!, nah untuk mama"

Semoga angan-angan ini jadi kenyataan. Tak kira la macam mana nak dapat pon, mungkin :

  • Duit aku sendiri..(ni kena start kumpul duit ni)
  • Present dari En Jijan (mudah-mudahan..hahaha)
  • Menang peraduan ke? (bole jadi jugak kan...)

Harga nye sekarang dalam RMseribu lebih kut..

Rutin Harian Yang Agak Membizi Skit

Rutin harian aku sekarang dah berubah sikit. Al-maklum la En Jijan tak bole banyak gerak, so keje2 yg biasa En Jijan buat dah transfer kat aku..hehehe..

Pagi siapkan Aqim dan Rayyan. Lepas tu hantar Rayyan umah pengasuh, then hantar Aqim g sekolah. Selalu antar Rayyan kol 8 lebih..ni kena hantar awal2 dlm kol 8 camtu. Sebab Aqim masuk sekolah kol 8 pagi, paling lewat pon kena sampai 8.15pagi. Lepas hantar Aqim, beli bekpes, tapau dan sarapan sesama En Jijan. Pastu aku plak g keje.

Kol 12 tghari amik Aqim dr sekolah, beli makan tengahari. Balik umah, makan sesama En Jijan. Then antar Aqim umah pengasuh, aku berdesup plak balik opis. Kol 5.30 or 6 balik dari opis. Kalu malas nak masak, aku beli food dulu, then amik budak2.

Hah..gitu la kaedahnye. Mula2 tu memang la ponat. Tapi lelama ok la. Tak baik nk merungut, Allah SWT bagi ujian untuk kita..

Si Rayyan melasak tak henggat..Main terjah2 je papa dia. Kekadang tu main tolak2 je kaki papa dia. Ape lagi menjerit la gak papanye! Nama pon budak, bukan dia tahu ape lagi. Aqim tu ye la dah beso sikit. Kekadang tu Aqim klau suh aku buatkan susu dia ckp "Mama, buatkan Aqim punye susu. Papa tak bole buat, kaki papa sakit tu" hahaha bijak betol!

En Jijan selalu la gak cakap, cian kat mama terkejar2 buat keje. Pastu aku melawak kat dia suh amik maid.hahahaha..Selagi ada daya, aku buat semua. Taknak la menyusahkan orang lain kan. Insyallah..Allah SWT mempermudahkan urusan kami.

Minggu depan appointment dengan doc kat PPUM. hopefully kaki En Jijan ok. Insyallah..doakan ye kawan-kawan :)


Saturday, June 25, 2011

Result Exam Aqim

Hari yang En Jijan accident tu..21hb June, pagi tu actually ialah hari amik report card mustaqim. Kami berdua g seawal pukul 8.30 pagi. Kami punye no giliran yang ke3..

Aqim dapat no 7 dari 16. Semua lulus. Result Aqim spt di bawah:

BM - 98%
BI- 100%
Math - 88%
Jawi -70%
Sains- 88%

Kata Cikgu Fauziah Aqim menunjukkan kemajuan dalam vocab, pergaulan juga. Tapi kadang-kadang Aqim menaangis ..haha..Aqim mmg sensitip sikit. Tapi tak selalu..kekadang je. Dulu Aqim cam over risau if dalam crowd..contoh mcm perhimpunan..cikgu Fauziah cakap mula la muka Aqim risau, cam nak nangis gitu. Tapi sekarang dia dah ok! Bagus2..dari segi pergaulan pulak, Aqim ni buka jenis budak yg suka kacau orang. Kira main jenis yang elok2 la, bukan jenis ganas punye.

Cikgu Fauziah mintak kami bg perhatian dlm asas jawi Aqim. Sebab nk tulis huruf jawi tu pelukan latihan yg lebih. Hafazan doa Aqim ok. Dia bole ikut dan hafaz. Cikgu Fauziah cakap bagus hantar masa budak umur 4 tahun lagi, dia dah bole belajar, build up confident dan dia punya pengetahuan lagi banyak. Umur 6 tahun, dia dah tahu semua.

Secara keseluruhannya Aqim sangat ok di sekolah! Great Mustaqim, mama proud of you!





Thursday, June 23, 2011

Hari Sukan Aqim

Ni entry citer yang agak dah lama jugak...

On 19 June, Aqim had his school sport day! cewah tulis omputih plak..hehehe..

Hari sukan Aqim ialah pada 19 June (Ahad). Pagi2 pukul 8.30 kami sekeluarga dah tiba di Padang Hoki MBPJ. Mula2 pendaftaran. Mula acara pukul 9.00 pagi. Pasukan Aqim adalah rumah biru. Ramai jugak ibubapa yang hadir. Persembahan pembukaan adalah dari kwan2 Aqim. Lagu Macarena wei! Kemain lagi budak2 pompuan tu bergelek..hahaha..comel sangat.

Aqim masuk 2 acara iaitu Power Flower ---> dia kena merangkak, then amik bunga, lalu titi dan cucuk bunga kat tempat yg disediakan, pastu patah balik pass kat kawan yang lain pulak. Acara ni Aqim dapat 2 pingat. Satu emas dan satu perak. Patut masuk sekali je, round pertama dia, round kedua patutnye kawan dia yang masuk, tapi dah kawannye takmau. Dah menangis, tarik diri. Maybe dia takut kut or cuaca dah panas dan dia jadi rimas. So Aqim je la yang ganti.


Tengah tunggu giliran


Aqim gaya je lebih tu...nk tergelak tengokkan!


Jolly holiday!


Acara kedua namanye Jolly Holiday. ---> Mula-mula amik bola masukkan dlm kotak. Then amik hulla hup jalan secara reversed. Pastu amik kereta kotak dah jalan secara zing zag sampai ujung then patah balik. Yang ni team Aqim dapat emas..Kelakar sangat tengok budak2 kecik masuk acara sukan..hehehe...

Lepas acara budak umur 4 tahun, then budak 5 tahun. Masa ni Rayyan dah tak kira, bagi lepas kat padang hoki tu, berlari la dia puas2 main kejar2 dengan Aqim. Seronok je..Lepas budak 5 tahun, ade acara ibubapa pulak. Aku dengan En Jijan pon participate la..Acara Mumia..kena balut pasangan kita dengan tisu supaya jadi mumia. Sape paling kemas, dia menang. Tapi malangnye kami kalah..huhhu..tapi takpe la saje masuk suka2..

Lepas acara ibu bapa, acara budak 6 tahun. Masa ni masing2 dah penat. Muka cam tak boleh blah. Dengan Aqim dan Rayyan dah semakin melasak dan kerimasan sebab cuaca dah mula panas. Hadoo ai..pengsan je. Rasa nak balik time2 tu jugak, tapi sebab ade cabutan bertuah dan bagi support kat sekolah tunggu je la sampai habis.  Acara budak 6 tahun ni lagi mencabar, sebab diaorang ni la menentukan pasukan mana yang menang...Last2 pasukan merah yang menjuari sukan tahunan sekolah tadika seri anakanda bagi sesi 2011..

Aqim seronok dapat pingat yang dia menang! Well done Mustaqim, we proud of you dear! :)


 En Jijan yang dh kena balut2


Aqim terima medalnye!


 Muka eksen...


Seronok main kejar2 dua beradik nie!



Wif friends! Happy :)