Friday, May 4, 2012

Sweet boy!


Dua hari lepas, Aqim cakap kat mama “Mama, Aqim rindu kat atok tapi atok dah meninggal. Aqim rindu kat atok. Ni Aqim buat kek untuk atok” kata Aqim sambil tunjuk mainan dia yang dibuatkan ala-ala nampak seperti kek. Aku terkedu..diam sekejap. Tak sangka Aqim dah mengerti erti rindu. Aku pon cakap kat Aqim. ”Aah.. mama pon rindu kat atok, tapi atok dah takde atok dah meninggal. Aqim tau kan?” Aah Aqim tau, Aqim tengok.” Aqim tahu atoknya dah meninggal dunia, Aqim tengok arwah atoknya disembahyangkan dan Aqim tengok arwah atoknya yang siap dikapankan waktu itu. Dan Aqim sama-sama menangis dengan aku ketika aku dapat berita arwah ayah telah pergi menemui Penciptanya. Aqim menangis sungguh-sungguh waktu itu. Kemudian aku cakap kat Aqim, ”Mari kita baca doa, kita doa untuk atok ye” Kemudian kami baca al-Fatihah untuk arwah ayahku, atok Aqim.

Kadang-kadang kita terlepas pandang, kanak-kanak juga mengerti apa yang berlaku di sekeliling mereka. Orang selalu cakap ”Aahh..budak-budak apa lah diaorang tahu” Tidak! Mereka tahu, mereka belajar, mereka sangat peka dan mereka juga mempunyai perasaan yang kadang-kadang kita tak sedar. Sebab kanak-kanak mengekspresikan perasaan mereka melalui perbuatan, melalui tingkah laku dan melalui percakapan (bergantung kepada tahap pertuturan mereka, ada yang cepat, ada yang lambat sikit). Dan Aqim mengekspresikannya melalui semua itu, aku tahu dan aku sedar.

Minggu lepas kami balik ke Bagan Serai, waktu nak pulang ke KL semula. Aqim cakap kat aku ”Mama, kesian nenek. Sape nak jaga nenek tu, nenek sorang-sorang aje” Sebab dia nampak neneknya menangis. Rayyan sambut” Ian nenek” (kesian nenek). Masa kami nk balik KL tu, adik En Jijan kuar bekerja, jadi mak mertua tinggal sorang. Aduhai anak-anak mama, kamu sangat prihatin! Aku cakap ”Acu ada, nanti acu balik keje, acu teman nenek” Rayyan mungkin mengikut je cakap abangnya tapi pada aku, Rayyan juga faham apa yang abangnya cakap kan itu.

Aqim sudah menunjukkan bahawa walaupun dia masih kecil, masih kanak-kanak dan baru berusia 5 tahun tapi dia sangat prihatin. Rasa belas ehsan telah wujud dalam diri. Rasa ingin membantu jugak tersemat di hati. Jika ada OKU yang meminta sedekah, Aqim akan cakap ”Mama, kesian pakcik tu, mama kasi duit kat dia bole?” Aku bagi Aqim duitnye dah suruh dia yang beri pada pakcik tersebut. Kalau nampak tabung derma untuk OKU, Aqim akan tanya, bole tak Aqim kasi duit kat sini mama? Yup, aku bagi duitnya dan suruh dia masukkan dalam tabung tersebut.

Ada satu hari, waktu hujan. Masa tu aku amik Aqim dari umah pengasuh. Kelihatan seorang budak dengan payung menunggu seseorang. Aqim cakap dengan aku, ”Eh mama, kesian abang tu, papa dia tak ambik dia mama. Meh kita bawak balik abang tu” La..Aqim nak bawak abang tu pegi mana? ”Pegi umah Aqim la. Abis tu papa dia tak amik” Aku cakap, nanti papa dia cari macam mana, hilang pulak dia.” Terlebih prihatin pulak si Aqim nie..hihi..

If aku or En Jijan tak sihat, Aqim suh kami berehat dan makan ubat. Kalau agak-agak tengok kita dah ok dia tanya, Mama dah ok ke? Dah baik? Tak makan ubat lagi ke? Ye dia sungguh prihatin!

Secara jujurnya aku sebagai mama sangat terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan Aqim. So pada orang-orang dewasa, ingat tu jangan understimate kanak-kanak ye! Mereka lagi bijak, kadang-kadang tu kata-kata atau soklan-soklan dari mereka tu buat kita terfikir dan jugak berfikir! They are really brilliant!


Me with my sweet boys!

No comments: