Syukur Alhamdulillah adik baby sudah masuk
31 weeks. Lebih kurang 7 bulan
++ gitu. Aku punye berat badan on off je. Naik turun. Takde la naik banyak
sangat. Last 2 weeks check up naik sikit je jadi 53.4kg. This week check up
turun jadi 53.1kg plak. Pastu arini (Jumaat -19.7.13) appointment minum air
gula lagi. Kata nurse sebab aku ade family history kencing manis makanya minum
air gula 2 kali uols. Aritu dah sekali. Result ok. Yang kali kedua ni tunggu
resultnye check up akan dtg plak.
Alhamdulillah pose
ok. Bole pose, tahan je xde masalah. Tapi En Jijan cakap, tak larat tak yah pose. Baik boss! Ye aku pon tak nak sampai memudaratkan adik baby. Maybe sbb pose kot berat badan turun. Nurse
ckp buka pose kena makan banyak, air tu kurangkan..Lor..tapi kalu buka aku memang
minum air banyak. Makan ala kadar je..hihi..
Perut dah mula rasa
tak bape selesa sebab adik baby sangat aktif! Kadang-kadang dia suka buat
surprise kicking..alih-alih je terkejut hokey! Ke hang buat aksi akrobat adik
baby! Hihi.. Masa check up aritu nurse ckp kepala baby kat atas
lagi, so ada masa lagi untuk dia berpusing supaya kepala kat bawah. Take time
baby
Pinggang memang rasa sengal je lor. Naik turun tangga uols!
Aqim n Rayyan suka
berbual dengan adik baby sambil pegang perut mama. Selalunye dialog Aqim &
Rayyan ialah ”Adik, ini abang Aqim” ”Adik, ini abang Rayyan”..hihi ..Selalu
juga adik baby react bila Aqim & Rayyan berbual-bual dengan dia. Rasa macam
bergelombang je perut. Masya Allah! Hebat kuasa Tuhan yang Esa!
Masa 30 June aritu,
kebetulan aku balik Muo. So aku p scan adik baby, sebab nak tunggu scan klinik
gomen nie lambat. Masa tu 28 weeks, kira bole dikatakan detail scan la.
Kadang-kadang ada orang salah faham, kalau scan je cakap nak tahu jantina baby. Sebenarnya itu hanya sebahagian saja.
Pada aku, scan ni untuk kita lihat perkembangan baby. Estimated berapa lenght
dia, berapa ukur lilit kepala baby. Kiranya scan ni juga boleh mengesan if
something tak kena ke macam air ketuban tak cukup ke, uri kat atas ke kat
bawah, baby terlalu besar ke. So at least mommy boleh bersedia if dia
kena bersalin secara pembedahan. Then kalau nak
tengok jantina baby tu bole la jugak. Tapi biasanya aku tak letakkan priority
untuk tahu jantina baby. Doktor tu sendri yang bagitahu!
So aku scan kat Ng Specialist Maternity Centre
Sdn Bhd. No. 49, Jln Daud. Kat sini la
adik aku Uda buat check up dan bersalin. Aqim & Rayyan so excited ye. Bila
doc scan, doc tunjukkan kaki, tangan, kepala baby dan amik estimated lenght
baby. Alhamdulillah sume ok. En Jijan pon cakap dia nampak adik baby
bergerak-gerak masa scan tu. Yang bestnya scan kat sini, dia letak monitor
komputer kat atas tempat ibu-ibu baring utk scan tu. Maksudnya aku boleh tengok
masa baring tu time doc scan..then siap 3D lagi. Kalau tak kan tertoleh-toleh
kat tepi kan! So dapat la tengok muka adik baby versi 3D. Ya Allah! Aku memang
kagum dengan ciptaan hebat Allah SWT ini. Ajaib rasanya! Sebelum nie, Aqim
& Rayyan mano aku buat scan canggih camni..Jadi menjakun la sikit! Haha..
Then lepas check sume
tu, doc tu dengan spontan cakap ha ini nampak ”burung” dia.Haha..Doc tu doc chinese..kalakar
pulak bila dia ckp burung.
Thats mean kami akan terima sorang lagi hero dalam family. Syukur
alhamdulillah..Rezeki aku lebih kepada anak lelaki! Memang la kalau kita dah
ada dua orang anak lelaki sebelum, teringin la jugak nak baby girl, tapi Allah
SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Alhamdullillah..syukur dengan
kurniaannya! Semoga adik baby dilahirkan sihat, selamat dan sempurna. Doakan
untuk kami berdua ya!
No comments:
Post a Comment