Sunday, September 8, 2013

Hari Raya Open House Upin & Ipin 2013

31hb Ogos aritu kami p Raya Open House Upin & Ipin. Aqim kan ahli Kelab Upin & Ipin, so kami dapat invitation via sms. Open house kali ni diadakan tempat yang sama tahun lepas, kat Space U8 Mall, Shah Alam. Ramai jugak la jemputannye. Sebelum attend, kami kena confirm attendance, kena call and bagitau bape orang nak hadir. Masa sampai je, kena tunjuk kad ahli dan nombor confirmation. Pastu dapat la goody bag dan setiap yang hadir kena pakai sticker Upin & Ipin, dapat masa kat kaunter. Ni ekslusif untuk ahli-ahli je kot, kalu tak jadi ahli nak attend kena daftar jadi ahli kat kaunter yang dibuka.

Di setiap meja makan tu disediakan susu segar dalam botol dan juga air mineral. Food sume secara buffet. Macam-macam ada. Tapi since aku ni diet diabetic, makan pon kena la pilih-pilih dan berpada-pada. Menu yang aku perasan ada ialah: Kambing golek, Ice cream, Lemang, Rendang, Soto, Meehon Sup, Kebab, Buah-buahan, Kuih muih, Nasi impit, Nasi tomato, Air teh O ais limau. Tu yang aku nampak la..Tak tau la ade lagi yang lain ke tak.

Masa dah duduk kat meja, Puan Ainon yang melakonkan watak Opah tu baru smapai. Puan Ainon ni aku rasa big bos Les Copaque kot. Pastu aku pon tegur la..Eh ni Opah kan? Aah..ini lah Opah..Hahaha..suara sebijik Opah  (sah-sah la memang suara dia guna utk watak Opah kennn!) pastu aku pon salam la ucap selamat hari raya, then aku cakap dengan Aqim & Rayyan ha salam cepat, ni lah Opah Upin & Ipin. Aqim nk la jugak salam, si Rayyan cam blur2 je..nak amik gambo dengan Opah pon takmo. Last2 Aqim je yang amik gambonye..haha..


Sat lagi tengah-tengah makan, moskot Kak Ros dan Opah plak datang. Apo lg orang pon ramai la nak bergambo dengan moskot Kak Ros dan Opah. Lepas itu moskot kak Ros dgn Opah naik ats pentas, ade games untuk budak-budak, lepas moskot kak Ros dengan Opah, muncul plak moskot Mail dengan Ehsan..Muka Mail yang real sangat la sempoi. Ehsan yang betul tu sebijik cam Ehsan yang kartun..hihi.. Ade games jugak, Aqim beria-ia nk participate, tapi game tu nk 2 orang. Si Rayyan tak mau nye dia naik atas pentas..haha..Kesian Aqim, ad eke dia paksa papa dia naik pentas..


Pastu ade sesi sign autograph dengan pelakon-pelakon Upin & Ipin. Ade Kak Ros, Mei Mei, Fizi, Mail, Ijat, Ehsan. Aku paling suka tengok Mei Mei..comel sangat! Sebelum sign, aku cakap la dengan Aqim & Rayyan, ni la Mei Mei.. pastu Mei Mei senyum sambil cakap “Saya suka..saya suka” Tersengih2 Aqim & Rayyan bila si Mei Mei tu cakap camtu..hihi..Pastu time Kak Ros plak, aku cakap la ha ni la Kak Ros. Kak Ros cakap “Takut tak dengan Kak Ros? Kak Ros garang tau..” hihi..kelakar je. Time Fizi plak, mmg tak familiar muka dia kan.. Pastu dia cakap la “Ha, saya kawan Ehsan” Aku cakap dengan Aqim & Rayyan, ni Fizi kot” haha..betol pon.


Kami sampai kol 11 pagi, lepas tu dalam kol 1 tu, En Jijan cakap dah tak larat dah. Aku pon same dah tak larat. Sebab sebelum p open house p Tesco Shah Alam jap. Asyik berjalan-jalan je ponat sudah..Tapi Aqim & Rayyan nak jumpa moskot Upin & Ipin tapi lambat benonye depa ni nak kuar. Jumpa the real suara Upin & Ipin je, tu pon xsempat nk bergambo.  Masa nak balik tu kuar moskot Jarjit dengan Fizi. Kalu nak tunggu moskot Upin & Ipin alamat lambat lagi lo jawabnye. Open housenye abis kol 5 ptg, siap ade cabutan bertuah jugak. Huh, tak larat nak tunggu sampai petang lo..



Alhamdulillah..budak-budak happy la dapat jumpa moskot-moskot tu walupon tak jumpa moskot Upin & Ipin kan.. Mama & papa nye pon gumbira tengok anak gumbira walaaupon rasa ponat nak terjongkang dah…hahaha..Tahun depan jangan lupa jemput kami lagi yek! Hihihi….


 Mei Mei, Kak Rose & Fizi sign autograph


 Rayyan the King :)



Bergambo bersama!


 Goody bag



Bersama Opah Upin & Ipin


The real Mail (baju biru) and the real Ijat (baju kelabu) dan moskot Mail & Ehsan

No comments: