Tuesday, September 9, 2014

Neo Romantik

Yup! Neo-Romantik ialah tajuk teater yang aku tengok dua ari lepas. Bertugas dulu then baru tengok teater..hihihi..Apa yang aku boleh katakan tentang teater ini ialah best, memang best! Cara ia dipentaskan sangat sempoi dengan props yang simple jugak. Pelakon yang hebat walaupon nama tidak berapa gah namun lakonan mantop – Aloy Paradoks and Aisya Hanaa. Pada aku Aloy and Aisya berjaya membawakan watak mereka dalam Neo Romantik dengan begitu berkesan sekali. I just fall in love with their acting! Best kot! Aku kenal Aloy gitu-gitu je sebab dia kawan En Jijan. If ada jualan buku kekadang sebelah booth si Aloy jo.  Semalam is the 1st time aku tengok dia berlakon! Huyoo..best kot!

Mari aku bagi sikit synopsis tentang Neo Romantik ni:

(Persembahan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia) Neo-Romantik sebuah teater minimalis yang mengambil konsep dan pendekatan rancangan bual-bicara. Teater selama satu jam setengah ini menggalakkan keterlibatan penonton semasa persembahan sedang berlangsung, dan menerapkan unsur live tweeting untuk penonton berinteraksi bersama pelakon. Menampilkan gandingan lakonan duo Aloy Paradoks dan Aisya Hasnaa, teater ini mengetengahkan isu gender, femenisme, dan percintaan. Semua isu dikupas mengikut persepsi yang berbeza dari sudut pandangan lelaki dan wanita, namun ia telah diolah sehabis baik agar mampu disampai secara santai dan bersahaja. Selain Aloy dan Aisya, Neo-Romantik juga menampilkan Fathie Shafie selaku floor manager yang akan bertanggungjawab mengawal mood dan energi penonton.

Pada minggu ini. Pasangan selebriti Asyraf Maliki dan Najua Nazirah menjadi mengacara jemputan untuk sebuah rancangan bual-bicara Neo-Romantik. Selama 1 jam rancangan ke udara, banyak rahsia perhubungan mereka yang selama ini terselindung dari pengetahuan umum mula terdedah satu persatu. Pasangan ini menceritakan kembali detik-detik perkenalan dan awal perkahwinan mereka hingga ke hari ini, seterusnya mereka juga akan menjawab segala soalan-soalan yang bakal diajukan secara terus oleh penonton secara langsung atau tweeting. Dalam persembahan ini juga penonton bertuah akan dipilih secara rawak untuk berkongsi kisah pengalaman mereka dan bercerita secara spontan. Namun itu semua bergantung kepada sejauh mana kerjasama yang diberikan oleh penonton, dan sejauh mana mereka ingin terlibat di dalam persembahan. Sinopsis dari sini http://kakiseni.com/events/teater-neo-romantik/

Teater ni bermula dari 4 hingga 7 September. But 7 September tu adalah malam fundraising untuk Sisters in Islam bertempat di DPAC Damansara Perdana.

Pendapat aku sebagai audience, aku rasa Aloy and Aisya berjaya membawakan watak mereka dengan berkesan sehingga aku boleh rasa bahagianya mereka ketika melakonkan watak ketika flashback waktu mula2 mengorat and bercinta (teringat plak zaman-zaman aku bercinta dengan En Jijan dulu,hahaha..sumpah rasa nak gelak guling2 bila kitaorang ingat balik!) , aku rasa tersentap bila Asyraf mula tinggikan suara n hentak kotak n hempas jaket kat Najua (aku x suka orang yang melakukan keganasan, tak kisah la keganasan terhadap objek ape pon), rasa sebak n nak nangis pon jugak masa scene Najua bagi lecture tentang perceraian tu n lagi bertambah2 sebak n tak tahan bila tengok Najua telefon tanya soklan2 kat seben dia (sebab cara dia cakap tu mcam aku bole rasa apa yang dia lalui, lagi plak kerja aku related dengan client-client yang mempunyai pelbagai masalah dalam rumahtangga) … adoiii..syahdu kot! Emosi mak terganggu uols! Ayor mata den bergenang tapi masih bole dikawal..hahaha.. 

Teater ini membawa penonton menyelami suka duka dalam perhubungan mereka. Ada suka dan dukanya. Bagaimana mula-mula mereka mencipta bahagia, kemudian berkahwin, then perhubungan menjadi hambar, diikuti dengan perbalahan antara suami isteri dan last sekali bagaimana mereka menyedari kesilapan masing-masing dan cuba memperbaiki hubungan mereka kembali. Scene last tu aku rasa sangat comel. Comel sebab cute kot si Aisya tu makan tembikai dan bagaimana Asyraf pujuk dan berjanji akan mengorat Najua tu balik! Saya janji akan mengorat awak balik setiap pagi.. pastu Najua tanya pagi je? Saya janji akan mengorat awak setiap pagi, tenghari, petang dan malam sampai awak jatuh cinta kat saya semula..Hahaha…

Pada aku mesej yang aku dapat dari teater ini adalah:

1) Komunikasi adalah elemen yang penting dalam sesuatu hubungan tak kira la dalam hubungan percintaan atau hubungan suami isteri. And pada aku kenalah berkomunikasi secara efektif. Means that bukan sehala je. Kena babitkan dua pihak, lelaki dan perempuan, suami isteri. Dua-dua kena berkomunikasi dengan baik supaya tidak lah hubungan itu statik je. Tapi kekadang orang tak paham. Camne nak jadikan komunikasi itu berkesan? Well pada aku, if kita berkomunikasi dengan orang yang kita sayang, kita kena ada feel, kita bole rasa excited bila dia citer benda-benda yang happening, kita pon akan rasa happy bila dia citer benda2 yang buat dia gembira and kita juga rasa bila dia tengah down. Eye contact jugak penting dalam komunikasi so that we can feel that another person listen not only listen dengan telinga je, tapi listen dengan hati jugak. Sebab biasanya la, if ko cakap dengan seseorang tapi orang tu pandang tempat lain or buat acuh tak acuh je dengar maksudnye dia hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri camtu je.. paham tak? And bila kita berjauhan gunakan telefon, sms, FB, skype or whatever la supaya boleh berkomunikasi walaupon berjauhan. Bak katanya biar jauh di mata tapi dekat dihati.. (releven idok phares ni dalam ayat ni?) But masa si Asyraf ckp pasal intagram tu, aku actually have no idea camno ghupenye! I don’t have Instagram wei! Twitter pon takdo! Hahaha..

2) Don’t be too comfortable bila sesuatu hubungan itu telah lama terjalin nanti kita anggap ooo! sume ok…ooo.. biasa la macam tu..but actually it is not ok! Because kita tak pernah nak talk about it kan? So for me better kita buat check and balance to fix yang mana rasa nya tak betul or tak sesuai.Takde la satu pihak rasa cam tertekan, sume benda aku ke nak kena buat, ko plak buat hape?ko je busy nak kena pikir itu ini, abis aku tak pikir sume tu? sebelum ia menjadi lebih parah, baik kesan dan fix kan awal2. If lelama kang, masa tu dua-dua dah naik hantu! hahaha…lebih kurang camtu la..

3) Jangan biar hubungan hambar. Untuk menyemarakkan lagi sesuatu hubungan kadang-kadang kita perlu cipta kelainan, buat surprise, spend time together buat benda-benda yang kita suka sama-sama, so that it will create something new and fresh dalam sesuatu hubungan. Yang kadang-kadang buat  tu la yang buat kita sengih and senyum sorang-sorang! Tapi kan if somi kita tak suka makan kek, pastu kita buat surprise bagi kek, baik toksah, nanti dia makan tak ikhlas and komen lagi tak ikhlas uols! Kita jugak makan hati!Hahaha…Sure korang tau kan apa yang somi or wife korang suka or tak suka. So bagi surprise yang dia suka la kan..Same la en somi, if nak bagi surprise kat wife sila bagi yang wife suka. Contohnya belanja sopink ke..P kat Jusco, cakap ayang amik la apa yang ayang nak, bior abang belanja, tapi jangan lebih dari dua ratus ringgit tau! Hahaha..tu contoh ye contoh saje – En Jijan if awak baca ni sila la if nk buat. Saya amat mengalu-alukan! Hihihihi…

Untuk my personal experience with my hubby En Jijan with our 3 hensem dan bergaya sons..hahaha..Yup, memang tak dinafikan ia menuntut  kesabaran, kepercayaan, tanggungjawab, tolak ansur, hormat menghormati dan kematangan  dalam melayari kehidupan berumahtangga. (kematangan di sini bukan bermaksud umur ko tua ko matang, idoknye! Kekadang org yang tua pon tak matang cara pemikirannya hokey! Kematangan dlm menghandle masalah) Kadang-kadang kita tersentap dengan dia, dia pon kekadang tersentap dengan kita, kekadang kitorg tersentap dengan anak-anak, kekadang anak-anak tersentap dengan kita..hahaha but itu lumrah la dalam hidup berumahtangga kan.. Maybe cara kita tunjukkan rasa kasih sayang tu dah lain caranya, but we still can feel the love gitew!! Cewah…hahaha…Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya di dalam rumahtangga kami..Aminn…

Eh..kesimpulannya untuk teater Neo Romantik ni memang best! Aku enjoy sgt tengok teater ni. Tahniah kepada pelakon-pelakonnya Aloy and Aisya Hanaa, penulis skrip which is Aloy sendiri juga dan team mereka. Tahniah jugak untuk penerbitnya Sisters in Islam dan team dari SIS! :)


Poster Neo Romantik

No comments: