Alhamdulillah... Tahun 2016 telah menjelma :)
Tahun ni kami bertahun baru di tempat baru dan di rumah baru, Chemor Perak. Hihihi..
Entri ni kita nak share recap tahun 2015
Yang manis-manis coklat
July - Jadi agen SEQY Beauty - korang kalau nak beli BB CReam hebat meh roger kita :)
Ogos - Jadi agen perfume De'Xandra - nk beli perfume yang tahan lama, inspirasi antarabangsa, roger akak jugak yek! hiks..
September - Buat birthday Fahri yang ke-2 secara sederhana. Birthday pertama kita2 satu famili je..
Oktober - Alhamdulillah Konvensyen Kebangsaan anjuran Sisters in Islam telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari
November - Rayyan bagi surprise kat mama dapat hadiah pada hari anugerah - Pencapaian terbaik tempat kedua semester satu
Disember - Berpindah ke rumah baru kami di Chemor (Idok lo baru sebenonye, dah sewakan orang 2 tahun lebih jugak lo) Its more to ke rumah sendiri lo gitew!
Yang kelat-kelat
July - Keta kancil eksiden; nasib baik kami tak ape2. Syukur..my dear kancil teruk jugak di bahagian tepi..
Oktober - Kita kena denggi, lepas seminggu kita kena En. Jijan pulak kono..huhuhu dugaan
November - Last month koje di Sisters in Islam setelah 7 tahun berkhidmat di situ. Waaa... windu!
Disember - Bye-bye rumah di Flat Gasing Indah PJ - 9 tahun menetap di sini banyak kenangan..huhu..sedey jugak la bila last day tu!
Lepas ni rasa cam nak aktif balik menulis di blog ni. Moga-moga jangan lo cakap jo yo..tulis..tulis dan tulis..
Semoga tahun 2016 membawa kerahmatan dalam kehidupan kita semua. In Sha Allah..
No comments:
Post a Comment