Main tulis-tulis..Nah inilah hasilnya.
Korang bole bagi idea nak bagi tajuk ape? hihihi..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tepat pukul 5.30 petang, suis komputer di padamkan. Mejanya dikemaskan agar tidak serabut kepala bila masuk office minggu hadapan. “Ok Amy, jumpa kau Isnin depan ya” Manisa melambai tangan kepada pegawai akaun di syarikat itu. “Ok beb, see you on Monday..daa…” balas Amy sambil membalas lambaian Manisa ala-ala princess cenggitu. Manisa selalu terfikir macam mana lah Amy ni jaga akaun syarikat. Hari-hari tengok nombor, buat akaun. Dia kalau bab-bab angka ni memang fail sikit. Cukuplah belajar matapelajaran Prinsip Akaun semasa tingkatan 4 dan 5. Bila akaun tak balance je dah gelabah katak! Inikan pulak nak handle akaun syarikat yang beratus ribu! Pitam kot!
Manisa sememangnya tak sabar hendak pulang. Lima
hari bekerja cukup memenatkan baginya, melayan kerenah bos yang banyak songeh, rakan
sekerja yang banyak kerenah dan kadang-kadang terpaksa pula jadi bidan terjun
melayan klien-klien. Tapi itu la punca rezekinya. Dia tidak merungut cuma
melepaskan lelah, dia bukan robot yang bekerja 24 jam, tak punya perasaan.
Kadang-kadang bila rasa terlalu terbeban, keluhan kecil dilepaskan jua tapi
Manisa tidak terlalu megikut emosi, dia tidak mahu emosinya tergangu sehingga
hilang motivasi dan fokus untuk bekerja. Apa yang dia lakukan; tarik nafas
dalam-dalam, pejam mata dan bayangkan orang lain lagi susah dari dia, lagi
banyak stressnya. Bila buka mata, senyum dan buat kerja seperti biasa. Tapi
teknik tu tidak berkesan jika ada klien yang mengila, memekik dan memaki hamun apabila
apa yang dikehendaki tidak boleh dilakukan mengikut kehendak mereka. Dan
ditambah pula kadang kala bos sama naik dengan klien itu. Padahal dia tahu ada
sesetengah perkara memang mereka tidak boleh buat sesuka hati. Semuanya kena
ikut prosedur. Saat itu mahu saja dia letak jawatan dan say bye bye saja! Kau mampu Bedah?? Hahaha..
No comments:
Post a Comment