Friday, March 11, 2016

Cemburu: Positif dan Negatif

Hari ni terdetik pulak nak share tentang sifat cemburu. Bukan apa, sebab saya baru p interview dan semasa interview tu ada soalan bertulis. Antara soalan yang menarik perhatian saya ialah soalan yang berbunyi:

"Jika rakan sekerja anda dinaikkan pangkat, adalah tidak baik jika anda mempunyai sifat cemburu terhadap rakan anda" Jawapan : A. Ya  B. Tidak

Saya jawab Tidak.

Bagi saya soalan ini sangat subjektif. Tipulah kalau kita tidak ada rasa cemburu. Kalau tak banyak, sedikit pun pasti terdetik. Sebab itu adalah sifat semulajadi manusia. Kecuali lah orang tu memang dah takde hati dan perasaan. Stone ja...

Persoalannya: Adakah jika orang tersebut menjawab Ya, maka dia adalah seorang yang mempunyai nilai positif, manakala orang yang menjawab Tidak dilihat mempunyai sifat negatif?

Cemburu boleh melahirkan kedua-dua sifat tersebut. Terpulang bagaimana kita membawa sifat cemburu itu dalam diri kita.

Pada saya adalah Tidak Salah jika kita mempunyai sifat cemburu; jika kita mencorakkan sifat itu ke arah positif. Bila cemburu dengan kejayaan seseorang, ia menjadikan kita lebih kuat berusaha, tidak putus asa untuk sama-sama mencontohi kejayaan kawan kita tu. Ini boleh dilihat sebagai satu motivasi untuk kita terus maju dan melangkah kehadapan. Bermaksud kita bersaing secara sihat. Kawan tersebut ada kelebihan manakala kita juga punya kekuatan dan kelebihan tersendiri. Kita cemburu dengan cara yang sihat.

Jika kita mencorakkan cemburu itu ke arah yang negatif. Maka benda yang negatif la berlaku. Contohnya bila kawan tu naik pangkat, kita rasa sakit hati, kita rasa patutnya kita yang naik pangkat bukan dia. Dari situ timbul pula perasaan hasad dengki; nak jatuhkan kawan tu. Sebarkan fitnah kat kawan tu, tak berikan kerjasama yang bagus bila bekerja dalam satu pasukan. Yang lebih dashyat lagi bila ada yang sanggup buat kerja terkutuk; p sihir kawan tu pulak! Nauzubillah...Ini satu perangai yang saya tak boleh terima!! Sebab dia tak percaya pada rezeki yang Allah nak bagi kepada dia. Mungkin rezeki tu lambat sikit, sebab dia kena usaha lebih kuat. Ni dia berusaha secara tidak sihat pulak!! Penyakit macam tu banyak sahaja ya..hurmm.. kalau orang berniaga dihantarnya benda-benda tak elok ni- bagi orang tak nampak kedai kawan tu, bagi kawan tu sakit..macam macam lagi la cara keji. Itu cemburu yang sangat negatif!

Maka marilah kita semaikan dalam hati dan minda kita cemburu yang positif. Bagimana kita nak upgradekan diri kita dengan cara yang betul dan tidak menjatuhkan orang lain. Kita melihat kejayaan orang lain sebagai motivasi kepada diri kita untuk berjaya dan memperbaiki kelemahan diri kita.

Saya cemburu dengan kejayaan orang lain tapi saya menyalurkan aura cemburu itu ke channel yang positif. Saya ingin mencontohi kejayaan kawan tersebut, dalam masa yang sama saya juga kena melipatgandakan usaha untuk mencontohi kejayaan dia dengan kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri saya. Kerana kejayaan yang dikecapi bersama-sama adalah lebih manis diraikan! Kerana apa? Kerana kita jujur dan percaya dengan rezeki yang Allah akan berikan kepada kita :)




Catatan pendek:
AzRa
11 March 2016
12.03 am

No comments: