Monday, August 22, 2016

Certot: Nafkah anak, tanggungjawab bapa

Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Kebiasaannya waktu begini Arisa sudah berada di rumah..

Fuhh..satu lagi kes diterimanya. Kali ini tentang isu bapa yang tidak membayar nafkah anak walaupun sudah mendapat perintah mahkamah. Banyak juga kes seperti ini diterima di organisasi tempat Arisa bekerja. Kebanyakan kes seperti ini si isteri ialah surirumah sepenuh masa. Berhenti bekerja setelah mendirikan rumahtangga dan menguruskan keluarga. Mendedikasikan seluruh hidup kepada suami dan anak-anak. Sayangnya ada segelintir suami yang tidak menghargai pengorbanan isteri. Menduakan isteri, mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan yang paling memilukan suami yang melakukan keganasan rumahtangga terhadap isteri! Kes begini merupakan trauma yang paling dashyat bagi seorang isteri. Disepak terajang kemudian diminta melayani nafsu si suami yang menggila itu. Bila si isteri menolak permintaan, mula main isu hukum agama. Isteri wajib melayan suami bila suami meminta. Puihh.. memang dasar jantan tak guna! Geram Arisa bila segelintir manusia yang cakap tak guna otak..

Arisa menarik nafas dan menghelakannya..

Dia terus membuat laporan tentang kes yang diterima tadi. Organisasi di mana Arisa bekerja ini hanya memberikan panduan tentang prosedur undang-undang. Contohnya di dalam kes bapa yang tidak membayar nafkah anak walaupun telah mendapat perintah mahkamah. Arisa akan memberi panduan kepada klien, di mana harus beliau mengadu atau membuat laporan tentang kegagalan bekas suaminya membayar nafkah anak. Isteri boleh mengadu kepada mahkamah jika bekas suami tidak mematuhi perintah yang telah dikeluarkan. Nafkah anak merupakan tanggungjawab bapa walaupun dia telah berpisah dengan isteri. Mahkamah akan melihat kemampuan bapa dan juga keperluan anak dalam menentukan jumlah nafkah yang patut diberikan kepada anak tersebut.

Sejujurnya Arisa kagum dengan semangat ibu ibu tunggal yang membesarkan anak-anak mereka tanpa suami di sisi (suami yang tak bertanggungjawab). Mereka akan melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup dan membesarkan anak-anak.

AzRa
Kisah rumahtangga yang menyayat hati kita ambil iktibar dan pengajaran.

No comments: