Showing posts with label Mama.Keje.Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Mama.Keje.Kelantan. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Ke Kelantan-Part II

Sambung lagi citer program kat Kelantan ni..

Seperti yang aku katakan, program kali ni adalah dengan kerjasama Yayasan Murni Kelantan. Apa itu Yayasan Murni? Yayasan Murni adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu wanita yang memerlukan sokongan contoh : ibu tunggal, mangsa peceraian, mangsa dera dan lain-lain yang berkaitan dgn wanita. Yang bagusnya Yayasan Murni ni, ia membantu wanita-wanita ini dari segi kemahiran. Ada kelas jahitan, kelas masakan, kelas jahit manik supaya wanita-wanita ini boleh berdikari untuk mencari rezeki. Setakat ni Yayasan Murni mempunyai 2 cawangan iaitu di Pengkalan Chepa dan Tanah Merah. Semoga usaha murni Yayasan Murni ini diberkati Allah SWT.

LGTA- program pertama hari Jumaat 18 Feb 2011
Yayasan Murni Pengkalan Chepa
9.00 pagi - 5.30 petang
120 peserta

Ratna, pemangku pengarah memberi ucapan dan pengenalan Sisters In Islam

Nazreen, memberikan input kepada peserta



MLC- hari kedua Sabtu 19 Feb 2011
Yayasan Murni Tanah Merah
9.00 pagi- 4.00 petang
100 peserta


 Pendaftaran


Emcee cemerlang! haha.. aku le tu



 Dewan Yayasan Murni Tanah Merah


 Banner Mobile Legal Clinic


Mereka di belakang tabir- Hanim pemandu pelancong dan pembantu program..haha.. Sorang lagi plak Ena (cam Sharizat aku tgk dah) pembantu program, tukang amik gambo jugak!


Selain memberi kesedaran tentang hak-hak wanita, kami juga menyediakan khidmat dari segi legal advise di akhir setiap program. Wanita-wanita ini boleh mendapat kan nasihat dari segi Undang-undang dari pegawai undang-undang Sisters in Islam secara percuma.




Wednesday, February 23, 2011

Ke Kelantan - Part I

Yuhuuuuu...

Lamanye aku tak menghapdate blog ini. Baru pulang dari Kelantan.. takdela baru mana pon, ari Ahad petang dah ade di rumah. Tapi penatnye Tuhan saje yang tahu. Penat program dan penat bershopping..hahaha..

Ok mari aku cite sikit pasal program di Kelantan. Sisters in Islam memang setiap tahun menganjurkan program2 kesedaran tentang hak2 wanita Muslim dalam Undang-undang. Untuk pembukaan tahun 2011, kami telah mengadakannye di Kelantan. LGTA (Large Group Training Awareness) dan MLC (Mobile Legal Clinic). LGTA kami buat di Pengkalan Chepa manakala MLC kami buat di Tanah Merah. Kedua2 program adalah dengan kerjasama Yayasan Murni Kelantan.

Sambutan adalah amat menggalakkan di mana seramai 120 orang peserta mengikuti LGTA manakala 100 org peserta untuk MLC. Memang tak dinafikan ramai wanita tidak tahu apa hak2 mereka. Dengan adanya program2 sebegini, di harapkan wanita2 di luar sana tahu tentang hak2 mereka sebagai wanita Muslim.  Insyallah...

Anyway, seronok gak pergi negeri lain ni. Kami g naik Firefly. Memandangkan ni la kali pertama aku naik kapal terbang, adalah aku jakun dan sedikit teruja! haha..agaknye kalu orang yang selalu naik kapal terbang ni rasa cam naik bas je yek! hehe..

Kat Kelantan ni pagi-pagi breakfast kitaorang ialah nasi berlauk, nasi kerabu atau nasi dagang.. Kenyang terus sampai petang. Sedap nasi kerabu orang Kelantan nie!

Ok nanti smbung lagi citer..