Showing posts with label Perfume De'Xandra. Show all posts
Showing posts with label Perfume De'Xandra. Show all posts

Monday, November 14, 2016

Perfume De'xandra sebagai barang hantaran..memang awesome!

Hai korang!

Entri kali ni, akak nak citer sikit tentang barang barang hantaran untuk majlis pertunangan atau majlis perkahwinan.

Antara barang hantaran yang biasa diberikan adalah perfume. Ha betul tak? Perfume ni boleh membangkitkan aura yang positif tau. Bila kita pakai perfume kita rasa wangi, bersemangat dan rasa diri kita yakin. Lagi best bila kita pakai perfume kita rasa kita anggun gitu. Yang lelaki rasa kacak dan macho..hahaha..tak caya ka? Cer try buat..

Ha akak nak citer ni, kalau masih tercari cari perfume apa yang sesuai untuk dijadikan hantaran boleh refer akak. Korang tak perlu berbelanja sampai RM200 plus untuk dapatkan sebotol perfume yang berkualiti dan tahan lama ya. Korang boleh beli perfume De'xandra sebagai barang hantaran. Sebotol baru RM65 tapi bau memang kelass sangat ok..tahan lama tau! Kalau rasa macam sebotol tak cukup, beli 2 botol. Dapat lagi diskaun tolak RM10. Dua botol cuma RM120..ha..jimat lagi menjimatkan akak koba kat korang! Kalau belah lelaki bagi 2 botol, belah perempuan pon nak balas 2 botol pon boleh. Total untuk 4 botol perfume De'xandra hanya RM240.. Apa??? RM240 dapat 4 botol perfume? Ini memang super awesome!

Lagi best korang boleh pilih haruman antarabangsa yang diinspirasikan oleh De'xandra..Kelass ko dik! RM65 sebotol dapat bau perfume Britney Spears, Chanel, DKNY, Dior, Paco Rabbane, Versace..Mau tak suka, dah la wangi, tahan lama, bau antarabangsa..yang penting jimat, senang bawa travel dan boleh bawa solat..ha..best kan??

Time time sekarang nilai mata wang semakin mengecil ni memang wajib la kita berjimat dan membuat pilihan yang bijak ye.. hihi..

Kalau tak tahu nak dapatkan perfume De'xandra kat mana boleh ja roger akak di:

Whaspp @ Tel: 012 352 9074 

IG @the_azrashoppe

FB page di https://www.facebook.com/deazraboutique

Ok akak belanja gambar sikit ye...










Ha cantik kan hantaran hantaran ni..akak suka!



Senarai perfume De'xandra yang korang boleh pilih..




Lagi contoh hantaran..hihi..comey sangat!

Sunday, November 13, 2016

Mood Republik Penang, 5-6 November 2016

Hi korang...



Entri kali ni aku nak citer pengalaman join Mood Republik. Korang mesti pernah dengar tentang Mood Republik kan? Karnival jualan terbesar yang menghimpunkan jenama jenama yang terkenal yang popular di online. Secara jujur aku memang tak pernah pergi shopping di Mood Republik sebabnya bila tengok kat IG or FB orang punya la ramai. Pulak tu aku ni jenis malas nak bersesak sesak sebab nak bershopping..Poning pala nanti. So bila mak stokis perfume De'xandra ku; Ilyani whasspp tanya aku nak join tak Mood Republik sebab ada agen tak dapat join, aku pon apa lagi excited la!! Ni poie untuk jaga booth dan buat sales. Of course ini peluang keemasan untuk rasai join event besar! Kali ini Mood Republik berlangsung di Strait Quay Convention Centre Penang. 

Kami bertolak dari Ipoh pada hari Jumaat 4hb Nov. Set up booth pukul 8.30 malam. Kami check in di hotel Leisure Cove berdekatan dengan SQCC tu juga. Masa set up booth tu pon dah rasa excited jumpa dengan geng geng agen ekyaniteam. Excited juga tengok booth keliling kami set up booth diorang. Booth De'xandra bersebelahan dengan booth Elfira Loy dan Liyana Jasmay. Baru la saya tahu macam ini rupanya the day before event Mood Republik. Ramai vendor vendor. Lori pun banyak hantar barang barang jualan. Meriah la jugak! Dalam pukul 12 malam baru selesai set up booth.

Jualan bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 malam. Vendor vendor diminta untuk datang seawal 6.00 pagi bagi yang belum settle set up. Memandangkan booth kami dah siap set up. Ketua kami Kak Ti cakap pukul 8 pagi semua dah kena ada. Kami pam belon untuk diberikan kepada pengunjung, bagi flyers dan smell card yang dah siap siap sembur dengan perfume De'xandra. Sambil sambil tu tengok tengok juga booth vendor vendor lain punya deco. Ramai jugak la artis yang join. Patut la orang ramai datang Mood Republik ni. Macam macam jenama ada dan macam macam barang yang dijual. Memang best la kalau shopping barang barang kat sini terutama yang perempuan la..hahaha...Ramai juga yang datang membeli perfume De'xandra di booth kami. Memang seronok melayan customer. Ada yang tengok tengok dulu, ada yang test test dulu, ada yang memang dia dah tahu perfume apa yang dia nak beli. Yang paling best bila satu customer beli 4 botol terus..aishhh..best betul tu. Setiap orang dalam team berusaha untuk menarik minat pelanggan untuk membeli. Sebab makkis dah bagi target..hihi.. gitu la baru rasa feelnya. Kita usaha sedaya mampu untuk capai target. Rehat pon ala ala kadar gitu, makan jap, solat pastu nak poie tandas ka gilir gilir.

Bila join Mood Republik ni baru saya tahu, kuasa artis tu sangat besar ya pengaruhnya terhadap sesuatu produk. Bila artis tu turun padang p booth diorang, secara automatiknya ramai orang serbu booth tersebut dan membeli produk yang artis tu jual or dia jadi duta. Nak bergambar kena beli produk dulu. Ha gitu..memang berebut rebut la yang beli. Lagi la jenis orang yang memang suka artis kan.. buat koleksi gambar selfie bersama artis gitu. Shawl yang dipandang sendu ja sebelum ni, terus laku bila artis tu turun padang. Hebat tau! hahaha..Booth De'xandra memang confirm jammed setiap kali Elfira Loy dan Liyana Jasmay datang ke booth diorang. Diorang ni pulak memang jenis mesra dan ramah la dengan peminat. Kalau Nabil datang booth De'xandra mau penuh booth kami! hahaha..Masa nak poie tandas, lalu booth Aida Jebat. Adoii punya la sesak. Ramai betul peminat beliau. Happy go lucky ja dia. Kecik ja orangnya.hihi..

Kami yang vendor vendor ni shopping pon ala ala sempat tak sempat ja la. lagi senang shopping ja baju dekat dekat dengan booth kitaorang. Ko beli perfume kat booth akak, akak shopping baju kat booth hang..hahaha..ada la rasa nak shopping tapi tak beria sangat. Sebab penat kot lagipon aku sedang dalam proses meditasi untuk kawal nafsu bershopping..ha gitu! 

Hari kedua masa wrap up tu memang masing masing dah kepenatan. Kemas-kemas, kira kira stok semua. Pastu barang barang tunggu abang lori punggah turun. Tapi memang seronok la kerja dalam team ni Kak Ti, Kak Zah, Suri, Ein, Wani dan Shida. Banyak sangat aku belajar. Macam mana nak approach customer bau apa yang sesuai dengan diorang. Kak Zah bagi tips yang muda belia suggest bau manis manis macam moon sparkle atau purr. Hasilnya aku dapat jual 3 moon sparkle dalam masa terdekat. Selalu kalu bukak booth sendiri, moon sparkle tu takde orang pandang..hahaha..Wani pulak cakap kalau lelaki suggest dulu One Million, Biasa bau ni memang jarang orang tolak. Shida pon bagi tips juga if baru nak try bole suggest Bond 9 Him bau ni memang win kalau oarang tu baru first time nak cuba perfume De'xandra. Tengok cara team wanishida approach customer, tanya adakah diorang ni smokers or not, keje office or banyak koje luar. Itu semua akan memudahkan kita untuk suggest perfume yang sesuai. Bila aku bukak booth sendiri lain dengan bukak booth sesama agen ekyanie ni memang banyak la belajar. pastu kami bertukar tukar pengalaman. Seronok sangat!

Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada mak stokisku Ilyani. Kepada team ekyanie Penang yang sangat awesome dan supportive. I love you guys! Kepada my dear suami En Jijan yang sanggup drive kita ke Penang, anto dan amik kita p booth dan jaga hero hero kita tu, terima kasih banyak2, sayang awak banyak banyak! hihihi..eh ni ucapan memang award ke? kakakaka..

Nah belanja gambo sikit..nak amik gambo pon tak sempat uols!








Bisik-bisik AzRa:
Dalam satu pasukan setiap orang akan memotivasikan rakan sepasukannya. Bila kita down ada tangan yang akan menyambut dan memimpin kita. Beri semangat agar tidak mudah putus asa kerana itu adalah proses pembelajaran untuk kita berjaya. Itu yang saya temui dalam team ini..sayang semua




Friday, September 2, 2016

Menjana income sebagai dropship

Hi korang! Berjumpa lagi di entri kali ini..

Ok harini akak nak citer tentang menjana income sebagai dropship. Korang pernah dengar tentang dropship tak? or kata singkatannya ialah DS. Akak sejak bergelumang dengan dunia perniagaan online baru tahu ds. If not tak tahu jugeks! hihi..takpe tak tahu kita amik tahu ok.

Dropship ni biasanya kita memang tak payah ada stok dalam tangan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Kebiasaanya untuk jadi dropship kita dikenakan fee / yuran yang minimum sebagai komitmen kita sebagai dropship. Ada sesetengah tu tak perlu yuran dropship. So kalau kita baru berjinak jinak dalam perniagaan online, dropship merupakan platform yang bagus untuk kita mulakan. Sebab apa?

  • Yuran yang minimum
  • Tidak perlu simpan stok
  • Tunjuk ajar/ guideline akan diberikan oleh agen
  • Material untuk markerting biasanya disediakan oleh agen
Kita sebagai dropship hanya perlu membuat pemasaran dan penjualan sahaja. Untuk value added, kita sebagai dropship kena gunakan produk yang kita jual itu sendiri. Sebab apa? Sebabnya supaya bila kita cerita tentang produk tersebut, kita lebih yakin melalui pengalaman kita menggunakannya sendiri. Ha gitu la..maksudnya bila kita memperkenalkan atau cerita tentang produk itu, jiwa kita turut merasainya. Soul tu penting korang..Barulah customer yakin untuk membelikan produk kita ;)

Jadi dropship ni kalau kita buat betul betul memang boleh jana income.  Dropship yang betul betul komited akan ada inisiatif utk menarik customer. Maksudnya dia idok mengharapkan agen nye spoon feed ja info tentang produk or ayat-ayat markerting. Ada usaha untuk buat buat ayat markerting sendiri..konsepnya Anda berusaha pasti akan dapat hasilnya.

Ha akak nak tanya..ada tak di antara korang yang nak join cari side income? Nak tambah pendapatan? Kalau ada bole mulakan dengan dropship. 

So hari ni akak nak buka peluang untuk menambah pendapatan dengan menyertai dropship team akak iaitu The AzRa untuk produk perfume Dexandra.

Pernah dengar perfume Dexandra tak? Inspired perfume yang sekarang tengah trending di pasaran. Perfume Dexandra adalah perfume yang diinspirasikan oleh jenama perfume antarabangsa seperti Chanel, Dior, DKNY, Versace, Marc Jacobs dan lain lain. Selain itu Dexandra sendiri mempunyai haruman tersendiri iaitu Dexandra Her dan Dexandra Him. Duta produk Dexandra iaitu Nabil Ahmad dan isterinya Zira. Mereka juga turut mempunyai signiture perfume dibawah jenama Dexandra iaitu Abir inspired by Nabil dan Zahra inspired by Zira. 

Semua haruman Dexandra mempunyai pelbagai variasi ada bau fruity, floral, woody dan lain lain lagi. 

Kelebihan perfume Dexandra berbanding dengan perfume lain ialah:

  • 1) 35ml , EDP perfume
    2) Mudah di bawa TRAVEL
    3) Produk bumiputera
  • 4) Boleh dibawa solat
    5) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
  • 7) Setanding produk antarabangsa
    8) Inspirasi dari perfume jenama antarabangsa
    9) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA
    Selain mempunyai duta.. Dexandra juga telah mendapat dua anugerah pengiktirafan iaitu:
    • SELANGOR EXCELLENCE BUSINESS AWARD 2015
    • GLOBAL BRANDING AWARDS 2016
    So usah diragui tentang kualiti perfume Dexandra ni. Alhamdulillah feedback daripada pelanggan dan pengguna Dexandra pon sangat positif. Di mana mereka amat berpuas hati dengan ketahanan perfume Dexandra.

    Dari segi strategi pemasaran pula, Dexandra telah ke udara di stesen radio Era FM, Sinar FM Nasi Lemak Kopi O TV 9, Assalamualaikum TV Al Hijrah. Iklan komersial di TV 3

    Selain itu setiap bulan customer berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Bulan June aritu beg LV, bulan July jam tangan Tissot, bulan Ogos iPhone 6s, ni bulan September MacBook Air.. Tak ke best hadiah lucky draw nye tu? Hoyeh hoyeh kalau menang uols! Ni adalah salah satu cara Dexandra untuk menarik minat customer membeli perfume Dexandra. Beli, scan bar code dan join lucky draw. 

    In Sha Allah dengan strategi pemasaran yang mantap maka mudahlah kita untuk mempromosikan perfume Dexandra ini. Satu lagi kita kena rajin berusaha. “Man Jadda Wa Jada” (barang siapa yang bersungguh-sungguh, maka pasti akan berhasil)

    So if ada di antara korang yang berminat untuk join team akak The AzRa Shoppe team - Dexandra. Bole la roger roger akak di

    Whasspp: 012 352 9074

    Like FB page The AzRa Shoppe di
    https://www.facebook.com/deazraboutique

    Follow IG di
    @theazrashoppe

    Website:
    http://theazrashoppe.shoppy.my/
     

    Nanti kita bole citer lebih lanjut tentang keuntungan, rewards as a dropship..hihi..best wooo..

    AzRa
    Saya hanya mahu 10 orang sahaja untuk pengambilan kali ini. 10 orang yang positif dan komited. 10 orang yang yakin dan tidak mudah putus asa..10 orang bakal dropship yang HEBAT!











    Tuesday, July 19, 2016

    #MalaikatSubuh



    Masa den berniaga perfume aritu, ada sorang customer tanya:

    "Dik, bau minyak wangi Malaikat Subuh ada tak?" Huhuhu.. saya pon tak tahu bau Malaikat Subuh tu camno encik. jujur saya tak tahu taw. 

    Tapi masa den sekolah rendah dulu penah la jugak dengar nama perfume tu. Ndak ndak bila orang balik dari menunaikan Haji..sekarang tak pernah dengar lagi sehingga la customer den tu tanyo..

    Last last setelah belek punye belek, hidu satu satu dan yang penting bau perfume itu telah di approve oleh wife nyo, customer den boli perfume De'xandra Bleu de Chanel. 

    Den pon tanyo "bau ni samo ka dengan bau perfume Malaikat Subuh encik?" Beliau menjawab "tak tahu la..sebab saya main sebut ja. Tapi bau ni sedap la (beliau merujuk kpd perfume Bleu de Chanel)" 

    Hahaha..Pitam den! Apa apa la encik, janji encik suka dengan bau perfume De'Xandra ni. Terima kasih sebab beli di booth saya yek! Peace yo...hihihi


    Bisik-bisik:
    Macam macam ragam customer, kita layan kan sajo. Yang penting kena senyum dan happy happy berniago!

    Thursday, March 10, 2016

    Kisah Benar: Akak dan Perfume

    KISAH BENAR

    Malam ni akak nk citer pengalaman akak. Sape nk baca sila baca, xnk baca pon takpe..hihihihi...
    Masa dahulu kan, akak ni memang menyimpan hasrat ut...k beli n pakai perfume yg branded, yg bila kita tgk iklannya, kita pon fefeling gitu. Tapi confirm la harganya uit mak aii mahai! Tapi akak tetap juga verangan satu hari aku mesti ada satu perfume branded jugak! Masa tu akak aim perfume Blvagari yg warne pepel tu. Sebab penah bau testernye.

    Akak pon mula la kumpul duit sikit sikit demi merealisasikan hasrat akak tu. Gigih taw! So selalu gak lo survey harga perfume tu kalu poie Mid Valley or JUSCO. Tgk kut2 ade diskaun ka..tapi walaupon ade diskaun asik lo ade rasa cam isk aku ni betui ka nk beli perfume mahai ni..huhuhu
    Tapi akhirnyo akak dpt jgk beli perfume tersebut..beli kat KLIA..haha..dapat gak akhirnya! Suko sgt! Pakai pon jimat2 ja..iye lo perfume mahal kena la pakai dgn berhemah.. 😜

    Lepas tu kita rasa syok la..aim perfume branded yg lain lain pulak..hadoii bertabah la! 😂😂😂 kali ni akak aim CK pulak..isk isk..tapi akak bijak sikit..kali ni beli dgn kawan yg selalu poie US beli brg2 branded. So hrga jauh lebih murah. Maka rasa ok la cukup la ade 2 tu kan..hihihi
    Nak dijadikan citer, akak bertemu jodoh dgn perfume De'Xandra bila umur dh masuk 30++ ni..perfume inspired De'Xandra ni lagi best taw! Bau setanding yg branded, tahan lama dan yg paling akak suko harganya yg ekonomi gitew!! Jimat duit akak..dgn RM120 akak bole dpt 2 Perfume De'Xandra yg isipadu nya 35ml setiap satu 😱😱😱😱 kalu nk beli tiap2 bulan pon bole..haha..

    Akak pon terus daftar jadi dropship lepas tu daftar jadi agen pulak!!! Akak nk kongsikan kelebihan perfume De'Xandra kpd sume orang. Akak jugak nk membantu korang yg nk cari pendapatan lebih dgn join sbg dropship akak di the AzRa Shoppe nih 😊😊😊 bak kata Dr Azizan Osman rezeki bukan untuk dimonopoli tapi untuk dikongsi. 😊😊😊

    Kalu ade sape2 nk beli perfume De'Xandra or nk join jd dropship akak, bole la roger-roger di #012.352.9074

    ‪#‎perfumedexandra‬ ‪#‎theazrashoppe‬ ‪#‎dexandra‬ ‪#‎minyakwangi‬

    Copypaste dari FB page akak :)





    Tuesday, September 22, 2015

    Perfume De'Xandra

    Korang pernah dengar pasal perfume De'Xandra tak?

    Sape penah dengar sila angkat tangan. Sape tak penah dengar meh kita citer dengan awok..hihi..

    Al-kisahnya, kita ni adalah agen sah perfume De'Xandra. Memula kita start dengan dropship saje. Tapi alhamdulillah ada rezeki kita upgrade jadi agen.

    Perfume De'Xandra ni adalah brand original. Di mana wangian De'Xandra ni mengambil inspirasi daripada wangian perfume berjenama yang terkenal dan tersohor di seantero donia gitew. Dramatik pulak kita kan..hahaha..

    Moh kita share wangian-wangian keluaran De'Xandra ni:






    If korang cium bau minyak wangi dalam list di atas, bau dia macam yang original brand yang harga nyo memang mahai lo. Kita cakap kat diri kita ni ha, kita memang nak beli yang original ni memang lambat lo sebab kena menabung dulu baru cukup duit nak boli. Mane tak nyo satu sajo harga dah beratus-ratus kann.. Kita ni, kita taw, bukan awak tu; kita memang berkira-kira la if nak beli yg original tu. Haishh...

    Tapi kan bila kita ketemuk sama perfume De'Xandra, tetiba masalah kita hilang. Sebab apo? Sebab harganyo jauh lebih murah daripada yang original, tapi bau dan ketahanan nyo setanding dengan original. 

    Untuk 35ml
    1 botol RM65 SS RM70
    2 botol RM120 SS RM130

    Dengan harga begitu kita la pulok ado masalah. Aik masalah apo pulak? Masalahnye rasa nak beli semua, sebab murah..hahaha..Kau jangan tamak haloba bule tak? Isk..isk..sabo..sabo..bawak-bawak bertenang yek!! Tetapi memandangkan iman kita kuat, kita beli la satu dulu. Kui..kui..kui..

    Kita beli Bright Crystal - Versace. Pastu seben kita, En Jijan pakai Invictus - Poca Rabbane. Adoii aii..bau dia memang la wat kita jatuh cinta! Hish..menyampah taw..hahaha.. So kitaorang laki bini memang mewangi dengan De'Xandra ni ha. (lagu background Akim & The Magistrate; Mewangi --eh tetibe pulak kann..) Dan ever since then kita terus menjadi dropship dan selang beberapa minggu terus meng upgrade diri jadi agen. Sebab kita nak share kegembiraan kita ni dengan orang lain, so biar orang lain pon bole beli dan rasai kehebatan perfume De'Xandra.

    Kita memang tak nafikan certain orang dia memang suka yang origanal brand, certain tidak. Bak kata pepatah tepuk dada tanye la selera. Ukur baju di badan sendiri. Tak yah sibuk ukur baju orang kecuali ko memang tailor aka tukang jahit kannn...

    Ok la korang, if ade yang berminat nak beli perfume De'Xandra ni bole la roger2 kita. If yang nk jadi dropship team kita pon bole. Kita amat mengalu-alukan.Berniaga ni kita jangan kedekot nak share ilmu, bukan fikir untung semata-mata melainkan perangai ko macam Encik Krab citer Spongebox Square Pant tu, kcing, kcing jo kan..hahaha..

    In Sha Allah..kita percaya jika kita mudahkan jalan orang, In Sha Allah, Allah akan permudahkan jalan kita. Rezeki Allah di mana-mana, yang penting kita berusaha.

    So whasspp kat 0123529074 untuk maklumat lanjut nak beli perfume ke, nak jadi dropship ke :)

    Bak kata pepatah dalam citer Super Gameboy tu "Anda Percaya, Anda Berjaya" ha gitew yek!

    Berwangi-wangi la dengan Perfume De'Xandra :) Ta..ta..for now..