Wednesday, June 12, 2013

25 weeks now!

Minggu ni aku dah 25 weeks of pregnancy. Hurmm..last week p check up berat badan naik 2 kilos..hihi...so sekarang berat sudah 52kg. Selera makan pon dah bertambah, pinggang pon asyik rasa senggal je.

Memandangkan mood rajin telah datang, maka ari Ahad lepas aku dok memunggah baju-baju masa Aqim dan Rayyan baby dulu. Banyak jugak jadi tak perlulah nak beli baju sangat pon. Maybe beli dalam 3-4 pasang camtu. Baju warna biru pon still ok untuk baby girl sebab design nye ialah for unisex baby. Jantina baby tak tau lagi. Masa scan aritu tak Nampak, si baby melindungi alat kelaminnye dengan kaki.Maybe next scan kot. Tapi tak kisah la kan, doakan sume selamat dan baby sihat.

Bila aku tanya Aqim, ”Aqim, Aqim nak baby boy ke girl?” Aqim jawab ”Girl la..kita dah banyak boy, Aqim, Rayyan, papa, jadinya baby girl la”..hahaha..kelakar je Aqim nie.

Baby sekarang sangat aktif bergerak, menendang. Tiap-tiap hari aku akan suh Aqim n Rayyan rasa pergerakkan baby. Bila baby tendang, Aqim n Rayyan akan menjerit ”Mama, baby tendang ek?” hahaha...cute je diorang nie. Bila aku beli something contohnya Honey Star ke, Aqim n Rayyan akan tanya ”Ma, baby nak makan honey star tu ek, dia suka ek?” Aku iya kan je..padahal omaknye nie la sume benda ko nk makan kan!


Sekarang ni takde pulak sales barang baby ek. Pureen pon dh lepas, bulan April aritu. Tapi kali p jualan gudang or ekspo barang baby, kena pegi pagi2, kalau tak bersesak yang amat. Bila pikir2 balik kalu setakat tiga empat helai baju dan keperluan yg basic2 tu, baik aku p JUSCO sajo or Carefour, Tesco pon ok gak..hihi..

Monday, May 13, 2013

Supplement dan susu


Supplement dan susu semasa pregnant.

Tiap kali pregnant aku akan ambil supplement dari AMWAY. Mak aku adalah agen Amway dan beliau jugak mengamalkan pengambilan supplement Amway ketika mengandung. Jadi anak nye pon turut sama mengikut jejak langkahnye..hihi..

Supplement yang aku ambik ialah:

  • Protein
  • Vitamin B complex
  • Vitamin C plus
  • Calsium Magnisium
  • Iron Folic




Yang doc bagi pon aku makan jugak. Doc punye Obimin jer pon. Supplement Amway ni bukan takat masa pregnant je makan, masa dalam pantang dan menyusukan pon aku amik. So memang dari anak pertama dah biasa, teruskan la sajo untuk pregnant kali ini.

Susu pula masa pregnancy kali ni aku minum Anmum Materna perisa manggo dan juga susu Natalicious. Masa Aqim n Rayyan aku minum Anmum Materna perisa coklat. Tapi aritu masa kat Carefour aku try minum perisa manggo, sedap pula rasanye.hihi.. Actually susu ni dh 4 bulan baru tekak aku bole terima susu. Kalu tidak jawabnye muntahkan sajo!

Susu Natalicious ni aku beli online. Masa tu aku tgk adik aku si Ude yang baru bersalin dok minum susu ni masa dalam pantang. Dia cakap susu ni ade juga untuk ibu mengandung. Untuk ibu mengandung kotaknye warna hijau, untuk ibu menyusukan kotaknye warne purple. Masa aku beli ade promosi RM144 untuk 2 kotak percuma sheaker. Dalam satu kotak ade 15 sachet. Susu ni pon rasa sedap. Perisa vanilla tapi warna dia hijau sebab ade ekstrak bayam n alfafa. Susu bernutrisi untuk ibu hamil diperkaya dengan rumusan terbaru daripada 12 jenis bahan semulajadi terpilih dan sumber makanan SUNNAH katanye dalam iklan.

  1. Susu kambing
  2. Delima
  3. Marin cologen
  4. Alfafa
  5. Manna
  6. Vanilla
  7. Pisang
  8. Bayam
  9. Kalsium
  10. Susu rendah lemak
  11. Kismis
  12. Stevia

Bila dapat tau pregnant je, terus dalam hati berniat dan berkobar-kobar nak menyusukan secara exclusive susu badan untuk adik baby. Rayyan dulu kalu tak silap 3 ke 6 bulan menyusu badan, xcampur susu lain. Sebab susu ibu adalah susu yang terbaik dan mempunyai antibodi yang kuat untuk melindungi baby supaya tidak selalu di serang penyakit. Insyallah..semoga Allah SWT mempermudahkan niat suci ini. Aminn...

Sekarang selera makan pon sudah pulih, masa check up, berat badan pon naik. Tapi kata nurse naik mendadak pule..huhu.. dalam masa sebulan berat naik 2.8kg..hadoo..Nurse ckp kalu tempoh kehamilan 20 minggu berat badan perlu naik 0.5kg - 1kg. Kalu dah lebih 20 minggu ok, kalu nk naik 2kg..koikoi...

Takpe next check up, harap-harap xnaik banyak. Sekarang ni, makan memang takde masalah. Memang nak makan sajo..Nurse suh kurangkan pengambilan karbohidrat tapi banyakkan protein. Baik lo nurse, saya cuba ye!

Tuesday, April 30, 2013

My third pregnancy


Hallo… blog bersawang kembali bertulis..hihi..

Ok, aku just nak update tentang citer famili sikit. Alhamdulillah.. sekarang aku tengah preggy anak ketiga. Usia kandungan sekarang baru mencecah 19 minggu ( lebih kurang 4 bulan lebih la)

Check up buat kat Klinik Taman Medan sama cam Aqim & Rayyan dulu. Preggy kali ni, aku rasa sama macam pregnant sebelum nie. Alahan di awal 1st trimister. Tapi kali agak teruk sikit morning sickness nye! Memang asyik muntah je..Makan sikit kang dalam setengah jam muntah..Kalau dah takde ape nak muntah, muntah air pon boleh..kadang-kadang sampai muntah air yang warna kuning tu..seksa betol! Pening kepala pon satu hal jugak..bila dah asyik muntah, loya dan pening kepala, aku cuma rasa nak baring n tidur je la.. Tapi nasib baik time keje aku bole manage lagi muntah n pening pala nie. Lepas office hour, badan terus jadi lembik..muntah  berterusan hingga ke malam..Haru betol! Pastu muka naik jerawat...huhu..dah tak cun!

Check up kali dah 3 kali ni, berat badan tak naik-naik..First check up berat 49.8kg, second 48.8kg then turun lagi 48.1kg...nurse pon membebel la jugak..check up kali kedua kena minum air gula sebab arwah ayah aku ade kencing manis. Jadinye takut la kencing manis tu aku pon ade jugak. Alhamdulillah masa check up ketiga tu, resultnye aku bebas dari kencing manis. Masa nak minum air gula tu, bercinta betol! Dah la segelas air gula semata, mau tak pitam nak habis kan!

Tapi kan dalam pada muntah-muntah yang teruk, aku ni ada semangat nak masak lontong sendiri! 2 kali dalam masak lontong wei! Walaupon lepas aku makan pastu muntah! Tapi kira puas hati dapat masak sendiri. Buat bihun sup lagi...hihi..

Masa nak masuk 4 months preggy aku demam, batuk dan selsema. Mula-mula tak mau jumpa doc, just makan madu, pastu makan vitamin C. Pastu dah seminggu batuk tak baik2.. Kalu time preggy nie ubat tak bole amik sebarang so p jumpa doc, doc bagi ubat yang sesuai dengan ibu mengandung. Tapi bila dah 2 minggu tak baik jugak..alahai..dah nak baik aku plak p gatai minum air ais..dah menjadi balik.. huhu..Orang cakap ibu mengandung nie kalu batuk lama jugak. Korang penah dengor Batuk 100 hari tak? Ish..takot plak aku kalu sampai 100 hari batuk!

So jumpa doc lain plak..kot la ubat doc yg pertama tak serasi kan. Masa jumpa doc nie terus buat first scan. Doc bagi ubat batuk yg lain and bagi antibiotic sekali. Tapi antibiotic nie aku tak makan lagi..sebab mcm ragu-ragu plak. Memang la doc yang bagi for ibu mengandung tp aku ni di momok2kan bahawa antibiotic tak bagus semasa preggy. Hurmm..maybe I should change my mind kot since batuk tak sembuh2 lagi..dengan adenye antibiotic mungkin batuk boleh sembuh cepat.

Oo..lupa plak nak citer pasal scan adik baby. Before this Aqim n Rayyan, aku mmg takde nye nak scan kat klinik swasta. Sume kat klinik kerajaan je dgn appointment yang doc tetapkan. Tapi sbb dah alang-alang chek batuk tu, buat je la scan adik baby. Masa tu baru 18 weeks+. Doc tunjukkan, ni kepala baby, tangan, kaki, ni tulang belakang dia, paha dia.. Aku dari dulu sampai sudah mmg fail nk tengok scan nie.. Lagi plak adik baby ni baru 18 weeks, still tiny kan..lagi la aku tak reti nak cam. Tapi En Jijan cakap, papa nampak kaki, tangan, kepala adik baby..sume la yg doc tunjuk tu En Jijan nampak. Aqim n Rayyan sangat excited walaupon sebenarnye diorang macam aku tak cam mana satu anggota badan adik baby. Hahaha..Jantina tak nampak sbb terlindung dengan pahanya.. Surprise katanye! Yang penting adik baby sihat, selamat dan sempurna..Aminnn....




Tuesday, January 1, 2013

Bye-bye 2012, welcome 2013!

Hey peeps..masuk tahun 2013! Sekejap saja masa berlalu..alih-alih dah tahun 2013.

Just want to share perkara-perkara yang antara perkara-perkara yang happen during 2012.

Family
- Alhamdulillah, rumah yang kami beli telah siap sepenuhnya pada bulan October. Kami pon pada mulanya memang beria-ria untuk menetap di sana - Chemor. Tapi setelah berdiskus secara panjang lebar, akhirnya kami bersetuju untuk menyewakan dahulu rumah tersebut sebelum merancang untuk mendudukinya nanti.

- Aqim & Rayyan diserang chicken pox. Aqim first kena dan selang dua minggu Rayyan pulak!

- Aqim dah 5 tahun & Rayyan 2 tahun, mama & papa pulak 31 tahun!

- Allah SWT telah mengurniakan rahmat yang tidak ternilai kepada adik aku Acik, bila isterinya selamat melahirkan baby girl pada bulan October, xsilap aku. Nama baby yang comel itu ialah Nur Amelia Huda bt Hafiz. Alhamdulillah dapat anak buah baru!


- Family En Jijan pon terima 2 orang ahli baru iaitu seorang baby girl dan seorang baby boy. Yeay..alhamdulillah..

- Adik En Jijan selamat melangsungkan pertunangan, insyallah majlis akad nikahnye tahun 2013 - April..



Kerjaya
- Pada bulan July aku telah ke Korea selama 2 minggu atas urusan kerja. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang berada di sana. Terima kasih diucapkan kepada En Jijan yang menjaga anak-anak sepanjang aku di Korea.




- Artikel aku kuar di The Malaysia Insider, walaupon takde la sehebat mana tapi ia adalah langkah permulaan untuk aku terus menulis. Semoga tahun 2013 bole tulis artikel lagi.hihi...








- 2012 juga opis aku telah berpindah ke premis yang baru. Alhamdulillah segala urusan perpindahan berjalan lancar, walaupon keletihan amat. Iyo la mau tak penat pindah new opis kan!







- Aktiviti bukak booth dan berjualan buku jugak amat giat sepanjang tahun 2012. Alhamdulillah..syukur dengan rezeki yang Allah SWT berikan.





- Kami telah menubuhkan sebuah syarikat penerbitan buku yang bernama Karya Tinta. Di harap syarikat kami akan berkembang maju. Buat permulaan ni masih bertatih-tatih, tapi kami yakin dengan hasil usaha kami, syarikat ini akan berjaya. Insyallah.. semoga Allah SWT memberkati usaha kami.









Itu ajo la trivia untuk tahun 2012.. 2013..bermula satu lagi episod dalam perjalanan hidup kita sebagai hambaNya dimuka  bumi ini. Semoga Allah SWT memberkati tahun 2013 dan sebagai hambaNya kita perlu tingkatkan usaha untuk memajukan diri. Aminnn...


Tuesday, November 27, 2012

Menggila dengan K-Pop pule

Hadoi ai mak budak ni menggile dengan K-Pop! haha.. Aku tau la aku ni agak ketinggalan bab-bab muzik nie. Minat terhadap K-pop bermula setelah lebih kuang 2 minggu balik Korea. Nasib baik sebelum tu aku xsawan K-pop lagi. If not haruslah cari barang-barang yang berunsur K-pop di Korea itu.

Hokey antara kumpulan yang aku suka dengar lagunye ialah Big Bang & Beast. Best la lagunye walaupon aku tak paham bijik butirnye apa yang diaorang sebut. Haha..Aku bukan minat the person just the music je. Muka sume aku tengok sepesen je. Sampai cam tak tau nak bezakan.


Antara lagu Beast yang aku suke:
Midnight
Lights Go On Again
Mystery



Antara lagu Big Bang yang aku layan:
Lies
Bad Boy


Tibe-tibe plak kan terdengar lagu BTOB (Born to beat). Best jugak! 

Antara lagu yang aku suke:

Dah layan je lagu K-pop je sekarang nie! :)









Monday, November 19, 2012

Spend my holiday @ Muar

Weet..weet..

Korang cuti last week g ke mane? Aku balik ke Muo, amik cuti ari Rabu & Jumaat. Ari Khamis cuti Awal Muharam. Cuti Deepavali plak g tengok anak buah terbaru En Jijan.

Aku macam jakun sikit melihat perkembangan bandar Muar. Ye la dah banyak perubahan uols! Antaranye:

1) Kat Tanjung Emas tu dah macam I-city hokey
2) Ade Chatime - yang ni aku suke
3) Tutty Fruity - pon ade jugak
4) Secret Recipe - ni dah lama jugak la kat Bangunan Umno tu. 
5) Pizza Hut - dulu kat depan Wetax, skrg ni dah ade lg 2 siap Pizza Hut Delivery lagi
6) Kat roundabout tu dah ade replika Mahkota 

Tunggu outlet Body Shop plak..hihi..

So cuti kat Muo, spend time with my mom. My adik Tiqa pon balik sama (dia adalah student UMP). Antara aktiviti2 bersama mak ialah:
1) lepak sambil sembang anak beranak 
2) masak bersama
3) meronda2
4) shopping barang dapo

Seronok la walaupon kite g teman mak g Pasar Tani kan..hihi..malam sapedek kat Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Mak aku kalu g sini mesti makan kat Kedai Wak Jos! Sodap..sodap..ikan pon fresh! 

Pastu mak nk g ronda2 Tanjung, melihat keindahannye waktu malam. Hokey masa ni la baru aku tau kat Muor pon dah macam I-City hokey. Meriah bagai! Adik aku si Azwan dan geng2 B-boy nye selalu praktis kat Tanjung nie la.

Ronda2 disambung lagi ke Uptown Muor. Pergh...Muor pon ade uptown uols! Ni kat are teksi stand tu. Adik aku cakap nnt kat bando tu nak buat macam Petaling Street. Siap ade bumbung lagi. Aku tengok pon dalm proses pembinaan lagi tu. Hebat2! Pastu jumpa la plak Kitab Terfaktab punye budak jual buku kat uptown Muor. En Jijan happy la dapat jumpa budak2 line buku kan..hihi..

Sabtu & Ahad kite teman mak memenuhi jemputan kahwin. Lepak umah atok. Kiranye ade je aktiviti merayap.

Ari Ahad kol 3.45 petang bertolak pulang ke KL.. If balik Muor kan, nampak je Jambatan Sultan Ismail tu kire happy la..kunun2 Yeay dah sampai Muor. Then bile nk balik ke KL, lalu Jambatan tu  dalam hati cakap, bye bye muor see you next time!

Ni pemandangan kat Tanjung Muor..dah ala2 I-City gitu!

Wednesday, November 14, 2012

My Trip to Korea- Part 3

Sambungan Part 1 & Part 2:

Rasa cam tak percaya plak dh berada kat Korea! Time sekarang ni Korea popular dengan K-pop. Masa zaman aku dulu popular dengan drama Winter Sonata. Kuar dari perut pesawat aku rasa cam mamai. Jet leg kot..haha..Lepas amik barang kitaorang (Aku dengan Kak Siti) kami pon cari teksi untuk ke destinasi kami iaitu Ewha Womans University! Masa kat e-mail tu EGEP team dah bagi tau ade 2 cara untuk ke uni.
1)By bus
kelebihan - murah - cuma 1000 won je 
kekurangan - kena jalan kaki jauh dari tempat turun, pastu kami tak familiar, masalah utama ialah
barang banyak (yang banyak tu aku la..kuang..kuang)

2) By taxi
kelebihan - sonang, bole masuk sume barang, selesa, driver taxi bole hantar terus ke uni
kekurangan - mahal - 90,000 won (10,000 won = RM14 lebih kurang la so 90,000 won = RM126) 

So kami pilih naik taxi je la. Sebab barang banyak, fee taxi bahagi 2 sajo. sonang cito.

Kat sini bahasa agak sukar sikit, sebab kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa Inggeris even cam simple2 pon. Jadinye agak susah sikit tapi kita guna bahasa isyarat tangan dengan lukis2 je la. Kami cakap nak g Ewha Uni, depa paham la. But tang nak sampai tu, kami cakap nak g ke International Dormitory, pakcik taksi tak paham, pastu tunjuk e-mail yang print tu plak dia tak tahu bahasa English..Hurmmm..but last2 tanye pak guard kat pintu masuk Uni, then dia paham la sikit2, so dia tunjukkan la lokasinye. Kira mencabar jugak la! Hihi...

Sume bende kami berpandukan guideline yang mereka e-mail tu la. Pandai-pandai la ko kan. Dah macam amazing race pon ade. Pusing punye pusing, then baru kami jumpa office untuk register kehadiran kami. Dah register dapatlah kunci bilik. Aku memang ditempatkan sebilik dengan Kak Siti. Yeehaa...

Bab kunci nie aku rasa mcm kitaorang agak jakun..Konon2 dah imbas kad then bole masuk, rupenye tak ye. Dekat setengah jam jugak la kami mengodek2 pintu tu, dah la xde orang kat situ nak ku tnayekan. Sudahnye, cuba dan cuba saja la. Mmg la masa register dia ade ckp please insert your ID number, masalahnye tak jumpa plak button numbernye. Rope2nye, kat pintu tu, ko ke tolak ke atas (slidekan dia) then baru la nampak button itu..Lepas ko imbaskan kad, then press ID number baru lah pintu bole bukak!

Dorm sangat selesa ok! siap ade aircond, bilik air ade sekali, peti ais, tilam yang tinggi, meja study, almari baju dan juga lampu study. Siap bantal dan juga selimut! Dah jumpa katil, apa lagi kami pon merehatkan badan..zzzzz..........

Bila dah tengahari, solat, cari makan dan chek e-mail, FB dan sebagainya.  Dan sempat jugak kuar jalan2 di sekitar uni dan luar uni. Kat area luar Ewha Uni, sangat happening. Banyak shops yang boleh beli belah. But kami hanya cuci2 mata, tu pon sebab sim card Kak Siti buat hal, so g cari kedai teleco provider. Hari pertama just makan makanan yang dibawak dari Malaysia sahaja :)

Program orentasi hanya akan bermula pada keesokan hari - 5 July..

Sambung lagi nanti..


Inilah tempat kediaman masa 2 weeks di Korea - International House