Wednesday, November 14, 2012

My Trip to Korea- Part 3

Sambungan Part 1 & Part 2:

Rasa cam tak percaya plak dh berada kat Korea! Time sekarang ni Korea popular dengan K-pop. Masa zaman aku dulu popular dengan drama Winter Sonata. Kuar dari perut pesawat aku rasa cam mamai. Jet leg kot..haha..Lepas amik barang kitaorang (Aku dengan Kak Siti) kami pon cari teksi untuk ke destinasi kami iaitu Ewha Womans University! Masa kat e-mail tu EGEP team dah bagi tau ade 2 cara untuk ke uni.
1)By bus
kelebihan - murah - cuma 1000 won je 
kekurangan - kena jalan kaki jauh dari tempat turun, pastu kami tak familiar, masalah utama ialah
barang banyak (yang banyak tu aku la..kuang..kuang)

2) By taxi
kelebihan - sonang, bole masuk sume barang, selesa, driver taxi bole hantar terus ke uni
kekurangan - mahal - 90,000 won (10,000 won = RM14 lebih kurang la so 90,000 won = RM126) 

So kami pilih naik taxi je la. Sebab barang banyak, fee taxi bahagi 2 sajo. sonang cito.

Kat sini bahasa agak sukar sikit, sebab kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa Inggeris even cam simple2 pon. Jadinye agak susah sikit tapi kita guna bahasa isyarat tangan dengan lukis2 je la. Kami cakap nak g Ewha Uni, depa paham la. But tang nak sampai tu, kami cakap nak g ke International Dormitory, pakcik taksi tak paham, pastu tunjuk e-mail yang print tu plak dia tak tahu bahasa English..Hurmmm..but last2 tanye pak guard kat pintu masuk Uni, then dia paham la sikit2, so dia tunjukkan la lokasinye. Kira mencabar jugak la! Hihi...

Sume bende kami berpandukan guideline yang mereka e-mail tu la. Pandai-pandai la ko kan. Dah macam amazing race pon ade. Pusing punye pusing, then baru kami jumpa office untuk register kehadiran kami. Dah register dapatlah kunci bilik. Aku memang ditempatkan sebilik dengan Kak Siti. Yeehaa...

Bab kunci nie aku rasa mcm kitaorang agak jakun..Konon2 dah imbas kad then bole masuk, rupenye tak ye. Dekat setengah jam jugak la kami mengodek2 pintu tu, dah la xde orang kat situ nak ku tnayekan. Sudahnye, cuba dan cuba saja la. Mmg la masa register dia ade ckp please insert your ID number, masalahnye tak jumpa plak button numbernye. Rope2nye, kat pintu tu, ko ke tolak ke atas (slidekan dia) then baru la nampak button itu..Lepas ko imbaskan kad, then press ID number baru lah pintu bole bukak!

Dorm sangat selesa ok! siap ade aircond, bilik air ade sekali, peti ais, tilam yang tinggi, meja study, almari baju dan juga lampu study. Siap bantal dan juga selimut! Dah jumpa katil, apa lagi kami pon merehatkan badan..zzzzz..........

Bila dah tengahari, solat, cari makan dan chek e-mail, FB dan sebagainya.  Dan sempat jugak kuar jalan2 di sekitar uni dan luar uni. Kat area luar Ewha Uni, sangat happening. Banyak shops yang boleh beli belah. But kami hanya cuci2 mata, tu pon sebab sim card Kak Siti buat hal, so g cari kedai teleco provider. Hari pertama just makan makanan yang dibawak dari Malaysia sahaja :)

Program orentasi hanya akan bermula pada keesokan hari - 5 July..

Sambung lagi nanti..


Inilah tempat kediaman masa 2 weeks di Korea - International House

No comments: