Sunday, June 3, 2012

Wedding Cik Adik


Last week ialah wedding cik adik aku yang ketiga ;Cikgu Farah. Aku balik Muo ari Khamis 24hb Mei, akad nikah cik adik adelah ari Jumaat malam 25hb, majlis sanding 26hb dan majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki adalah 27hb. Tiga hari sekaligus..Pagi sebelum majlis bersanding diadakan bacaan doa Yassin dan tahlil untuk arwah ayah. Cik adik Farah punye asben orang dekat je, umah famili dia pon tak bape jauh dari umah famili aku.Makcik aku punye adik ipo..hihi..

Bile dah namanye kenduri kawen, adalah sangat penat ye..huhu..Masa adik aku Angah kawen, aku sarat mengandungkan Aqim, wedding adik aku Acik pulak, aku dlm pantang si Rayyan, wedding si Uda aku busy dengan dua orang hero nie sebab En Jijan kena balik ari Sabtu sebab budak yang jaga booth buku hanya bole kerja sampai ari Sabtu dan event Hari Belia tu sampai hari Ahad. Tapi nasib baik la budak2 ramai yang nak layan kerenah diaorang.hihi..

Ramai jugak tetamu yang hadir, maklum lah cik Ude kan cikgu, pastu kawan-kawan waktu belajonye dan anak-anak murid pon datang. Seronok kot tengok cikgu kite kawen..Ditambah juga dengan kehadiran sanak-saudara, jiran tetanga serta kenalan mak & arwah ayah.

Kat Johor ni kalau kenduri kawennye memang meriah. Siap ade tol bagai (duit yang dibagi pada org yang jadi pagor..hahahaa) sebelum masuk umah pengantin pompuan. Dah la tol punye la banyak, kat pintu gerbang satu, kat pintu masuk satu dan kat pelamin satu. Fengsan la pengantin lelaki. If kawen org Johor dengan Johor memang dah faham la kan, tapi masa aku kawen dulu, En Jijan kan orang Perak, so aku dah pesan siap2 suh dia sediakan duit tol banyak2. Yang tol2 nie sesaje je nak memeriahkan suasana, ko tak payah la letak duit banyak2, letak RM1 pon ok..cuma untuk mak andam la duit tol lebih sikit..kakaka..

Ada penah terjadi, masa dulu kan (masa aku tingkatan 1 kot) aku g kenduri kawen, pastu ade la tol-tol bagai nie, pastu ade ke dek kerana rombongan pengantin lelaki tak bawak duit tol nie, pengantin lelaki tu patah balik pule (aku bajet tu mesti bukan orang Johor kot) pastu DJ karok tu bole bule sengal ubi g main lagu Ameng Spring "Sampai Hati"..hadoo.. sampai hati DJ tu mainkan lagu tersebut..hahaha..tapi lepas tu dia dtg balik la, maunye  tak nak bersanding kan...siyes lawak aku rasa time tu.

Pastu satu lagi kat Johor ade baling ambor2..Pengantin akan baling duit + gule2 or coklat..Pastu berebut2 la budak-budak mengutipnye (mak budak pon same, kadang tu siap berebut dengan budak2..hahaha) Time ude ni mak aku kretip pulak nak lekatkan duit syiling kat gule-gule. Bukan gule-gule biasa tau, gule-gule ala lolipop bentuk LOVE..ha..jgn main2, kau mampu? kakaka..Tapi kena la potong batang pemegang yang panjang tu kan. Kang kalu tak ade pulak tercucuk biji mata masa pengantin baling ambor2 tu. Satu kes la pulak..hihi..

Alhamdulillah majlis kenduri kawen berjalan lancar. Rasa sedih pulak masa majlis akad nikah cik adik Farah bila cik adik Angah mewakili arwah ayah.Tapi aku tetap merasakan kehadiran arwah ayah ketika itu..sob..sob.. (Al-Fatihah untuk arwah ayah)

BTW,TQ kepada semua yang hadir dan memeriahkan suasana majlis. Dan juga tenaga kerja yang bertungkus lumus menjayakan majlis. Kepada kawan-kawan adik saya Cik Tiqa yg datang dari jauh, korang memang best! Bile nak datang lagi?hahaha..

Kepada cik adik aku; Cikgu Farah & En asben nye si Poji, Selamat Pengantin Baru dan selamat melayari bahtera perkahwinan. Sulami la perkahwinan dengan penuh kasih sayang, tolak ansur dan bertanggungjawab. Semoga berkekalan hingga akhir hayat.

Mari enjoy pic yang xbape nak banyak nie. Pic the whole family dgn ipar duai ade kat camerawoman. Hihi..

The Siblings


Mak yang cumil dengan anak-anak dan menantu baru!


Pengantin Baru Farah & Fauzi


 Tema biru-umah famili pengantin pompuan



 Tema pepel-umah pengantin lelaki


Ni Taman Tema Sunway Lagoon..hahaha.. Tuan punye blog with hubby and the boys!



Friday, May 4, 2012

Sweet boy!


Dua hari lepas, Aqim cakap kat mama “Mama, Aqim rindu kat atok tapi atok dah meninggal. Aqim rindu kat atok. Ni Aqim buat kek untuk atok” kata Aqim sambil tunjuk mainan dia yang dibuatkan ala-ala nampak seperti kek. Aku terkedu..diam sekejap. Tak sangka Aqim dah mengerti erti rindu. Aku pon cakap kat Aqim. ”Aah.. mama pon rindu kat atok, tapi atok dah takde atok dah meninggal. Aqim tau kan?” Aah Aqim tau, Aqim tengok.” Aqim tahu atoknya dah meninggal dunia, Aqim tengok arwah atoknya disembahyangkan dan Aqim tengok arwah atoknya yang siap dikapankan waktu itu. Dan Aqim sama-sama menangis dengan aku ketika aku dapat berita arwah ayah telah pergi menemui Penciptanya. Aqim menangis sungguh-sungguh waktu itu. Kemudian aku cakap kat Aqim, ”Mari kita baca doa, kita doa untuk atok ye” Kemudian kami baca al-Fatihah untuk arwah ayahku, atok Aqim.

Kadang-kadang kita terlepas pandang, kanak-kanak juga mengerti apa yang berlaku di sekeliling mereka. Orang selalu cakap ”Aahh..budak-budak apa lah diaorang tahu” Tidak! Mereka tahu, mereka belajar, mereka sangat peka dan mereka juga mempunyai perasaan yang kadang-kadang kita tak sedar. Sebab kanak-kanak mengekspresikan perasaan mereka melalui perbuatan, melalui tingkah laku dan melalui percakapan (bergantung kepada tahap pertuturan mereka, ada yang cepat, ada yang lambat sikit). Dan Aqim mengekspresikannya melalui semua itu, aku tahu dan aku sedar.

Minggu lepas kami balik ke Bagan Serai, waktu nak pulang ke KL semula. Aqim cakap kat aku ”Mama, kesian nenek. Sape nak jaga nenek tu, nenek sorang-sorang aje” Sebab dia nampak neneknya menangis. Rayyan sambut” Ian nenek” (kesian nenek). Masa kami nk balik KL tu, adik En Jijan kuar bekerja, jadi mak mertua tinggal sorang. Aduhai anak-anak mama, kamu sangat prihatin! Aku cakap ”Acu ada, nanti acu balik keje, acu teman nenek” Rayyan mungkin mengikut je cakap abangnya tapi pada aku, Rayyan juga faham apa yang abangnya cakap kan itu.

Aqim sudah menunjukkan bahawa walaupun dia masih kecil, masih kanak-kanak dan baru berusia 5 tahun tapi dia sangat prihatin. Rasa belas ehsan telah wujud dalam diri. Rasa ingin membantu jugak tersemat di hati. Jika ada OKU yang meminta sedekah, Aqim akan cakap ”Mama, kesian pakcik tu, mama kasi duit kat dia bole?” Aku bagi Aqim duitnye dah suruh dia yang beri pada pakcik tersebut. Kalau nampak tabung derma untuk OKU, Aqim akan tanya, bole tak Aqim kasi duit kat sini mama? Yup, aku bagi duitnya dan suruh dia masukkan dalam tabung tersebut.

Ada satu hari, waktu hujan. Masa tu aku amik Aqim dari umah pengasuh. Kelihatan seorang budak dengan payung menunggu seseorang. Aqim cakap dengan aku, ”Eh mama, kesian abang tu, papa dia tak ambik dia mama. Meh kita bawak balik abang tu” La..Aqim nak bawak abang tu pegi mana? ”Pegi umah Aqim la. Abis tu papa dia tak amik” Aku cakap, nanti papa dia cari macam mana, hilang pulak dia.” Terlebih prihatin pulak si Aqim nie..hihi..

If aku or En Jijan tak sihat, Aqim suh kami berehat dan makan ubat. Kalau agak-agak tengok kita dah ok dia tanya, Mama dah ok ke? Dah baik? Tak makan ubat lagi ke? Ye dia sungguh prihatin!

Secara jujurnya aku sebagai mama sangat terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan Aqim. So pada orang-orang dewasa, ingat tu jangan understimate kanak-kanak ye! Mereka lagi bijak, kadang-kadang tu kata-kata atau soklan-soklan dari mereka tu buat kita terfikir dan jugak berfikir! They are really brilliant!


Me with my sweet boys!

Thursday, May 3, 2012

Lamo bona tak hapdate blog

Haluu..haluu.. windu nye! Lama dah tak tulis blog nie. last tulis bulan March kut. Nie dah bulan May. Ini bermakna dah sebulan tak menulis. Cis..Dah la bulan April birthday tuan punye blog..nampak beno la busy memanjang ye..hahaha..padehal MALAS..

Ok dun worry, nanti i hapdate ape2 yang patut hokey!

Jap lagi nak main futsal uolss, lama dah tak main since operation appendiks tahun lepas bulan 9..Harus pancit malam nie!

Wednesday, March 21, 2012

SPM oh SPM!

Wah result SPM dah kuar arini. Mesti lega bile dah kuar result SPM kan? For me tak kisah la ape result yang dapat. Yang penting kita kena move on, move forward gitu. Eh, macam aku pule amik SPM tahun lepas! Hahaha..

Saje tulis entry tentang debaran amik result SPM sebab teringat zaman muda-muda dulu time amik result SPM.

Biasanye kan lepas abis exam SPM kebanyakan student2 nie kijo, nak cari duit poket kan. Iyo la dah 3 bulan dok umah katanye kan, takkan nak makan tido je. Lain la kalu anak orang kaya! So aku pon ade la jugak keje, tapi memandangkan aku nie anak sulung dan masa tu adik2 pon kecik lagi, mak aku memang harapkan pertolongan aku untuk jaga adik2 sebab masa tu dia buat business MLM dengan arwah ayah.Makanye aku pon keje yg masa flexsible. Jadi guru tuisyen dan amik upah buat barang2 mainan yang dihantar dari kilang. Kekadang tu jual jugak barang MLM. Bole la dapat duit sikit2.

Oh ok berbalik citer amik result SPM. The day before result SPM kuar aku cam relax je, dah tibe ari baru la rasa nebes giler. Tapi aku selalu tanamkan dalam fikiran, what ever pon result yang aku dapat aku terima kerana aku dah buat yang terbaik. Sebab kalau ko terlalu pikir kang, ko stress. Bile xdpat result bagus dah kecewa tahap gaban. Dan satu lagi parents aku bukan jenis yang stresskan anak2,  ko kena dapat sume A, ko kena bagus, dll. So kita belajar ikut kemampuan kita, kalu rasa tak bagus tingkatkan usaha.

Time nak amik result aku pegi dengan member2. Seronok jumpa kawan2 nak amik result SPM..Bile masing2 dah dapat result, sibuk ucap tahniah,salam peluk cium gitu..(salam peluk cium nie kawan pompuan je la..kuikui..) jumpa cikgu ucap terima kasih.Tepon mak dan arwah ayah update tentang result yang aku dapat. Tepon guna public phone ye..beratur la nak guna public phone. Time2 aku dulu kalu kawan2 ade handphone tu dah kire kaya la tu..hahaha.. Pastu hang out dengan kawan2 sat.Mana kawan-kawan kita yang result xbape bagus kita bg diaorang semangat. SPM bukan penamat segalanye. Mesti fikir kehadapan. Kalu kita tahu kita nie tak bagus dalam bab2 akademik ni, kita amik course2 kemahiran cth mekanik, masak2, jahit2, elektrikal ke.. Yang penting kita usaha untuk memperbaiki diri kita.

Result SPM aku dulu cokai2 je. Zaman aku xde A,B, C. Zaman aku kire pangkat/ grade. So akunye result SPM dulu spt dibawah:
No
Subjek
Grade
1
BM
2
2
BI
5
3
Pendidikan Islam
3
4
Sejarah
3
5
Math
4
6
Add Math
8
7
Akaun
4
8
Kimia
8
9
Biologi
6

Grade 1 & 2 tu maknanye amat baik, 3,4,5 &6 lulus dengan kepujian, 7 & 8 lulus dan 9 gagal.

Ade satu subjek aku gagal wei! Fizik ok, fizik tu time percubaan ke time ujian bulanan aku lulus je. Tup2 time exam SPM boleh pulak gagal! Ko tak rasa bengkek ke? Then add math yg aku memang xpenah lulus la dlm ujian ke percubaan, time SPM lulus la pulak! Ajaib hokey. Propaganda sangat tau!

Anyway aku bersyukur dengan result yang aku dapat. Yang aku tau result yang aku dapat walaupon di mata orang lain tak sehebat mana, tapi pada aku ada peningkatan dalam subjek-subjek tu, kecuali Fizik tu le! Dan aku amat2 bersyukur.

So bile tengok result aku nie tak bape cun sangat, lepas discuss dengan arwah ayah aku, aku decide amik tingkatan 6 untuk sambung pelajaran. Ade jugak terima tawaran dari Politeknik Muazam Shah course accounting, tapi sebab aku ni tak minat sangat dengan kire2, nombor2 nie, so aku tolak. Amik form 6 buat course perniagaan.

Buat adik2 yang dah amik result SPM, teruskan perjuangan anda! Dan jika anda memang dah tak minat belajar, sekurang-kurangnye jadilah manusia yang boleh diharapkan. Gud luck!


Wednesday, March 14, 2012

Jr. Chef Challenge


Hari Ahad 11 Mac, Aqim masuk program Junior Chef anjuran Hotel The Royale Bintang Damansara. Bayaran masuk program ni RM30. Actually mama nye yang excited lebih nak tengok anak bujang dia jadi junior chef..haha..

Program start a bit late. Suppose start pukul 10.45pgi tapi since diaorang lambat prepare so start lebih kuang kol 11.15am camtu. Mula-mula Aqim kena register dulu. Pakai apron, topi chef dan jugak name tag. Ada ramai jugak yang turut serta dalam program aritu. Untuk 11 Mac tema masakan ialah Breakfast for Mum & Dad ye!

MC nye ialah Dang Suria Zainuddin. Dia bagitau kat budak2 nie if you understand chef’s instructions kena sebut “Yes Chef!” then budak2 tu ikut “Yes Chef!” haha..so cute ok budak2 tu sume. So ketua chef ialah Chef Mat Din. Mula-mula Chef Mat Din cakap before we start cooking, we must sanitize our hand. So budak2 nie pon sanitize hand masing2 ye! Paham semua? Jawabnye “Yes Chef!” hahaha..

Mula-mula Chef Mat Din tunjuk cara-cara buat scramble egg. Letak telo dua biji, butter and susu creamer, pastu kacau. Then baru boleh goreng.  Tapi untuk program nie, budak2 tak dibenarkan guna dapo. So actually dia dah sediakan scramble egg yang dah siap. Budak2 cume amik scramble egg yang dah siap dan letak la side dish spt; hotdog, bake bean, tomato kat pinggan. Hihi..Tapi cara-cara memasak tu penting. Chef Mat Din pecahkan telo sebelah tangan je, si Aqim pecahkan telo yang first dia ketuk dulu kat tepi mejenye, yang telo kedua digengam terus..hadoo..Ha korang mampu? Aku nak tergelak je tengok kan. Pastu tak sudah2 tunjuk isyarat good! Confident level tinggi Aqim nie! Bagus2..

Then after dah siap scramble egg, diorang buat sandwich mayo n cheese. Sapu mayonis kat roti then letak cheese pastu potong cam sandwich. Masuk dalam container. Dah siap. Chef tolong budak2 ni potong sandwich tu..comel je diaorang buat ok!

Lepas siap memasak2 diaorang pon menikmati hidangan yang diaorang sediakan. Dah tak ikut tema Breakfast for Mum & Dad, end up breakfast for myself sudah! Eh dah jadi lunch, sbb dah pukul 12 lebih masa tu. Haha.. Kemudian ada acara penyampaian sijil. Chef Mat Din tanye Aqim nie dah beso nak jadi chef ke nak jadi imam muda? Aqim pakai topi chef tu dah macam rupe Imam muda kaedahnye ye! Lepas penyampaian sijil ada acara amik2 gambo, semua peserta dan chef2 Hotel The Royale Bintang Damansara.

Secara keseluruhannye aku rasa bagus program mcm nie. At least budak2 dapat experience memasak, level confident pon tinggi sebab diaorang kena buat sendiri kan, pastu fun la! Si Aqim pon aku tengok enjoy je! 

TQ kepada colleagues aku yang datang bagi support kat Aqim – Ownce, Azida & Eena. Aku rasa korang nie bukan pangkat auntie2 or kakak2, dah cam best friend Aqim gamaknye..TQ uols!

Ok pasni leh buat sendiri, siap la dapo mama ko, ketong tang ko kerjekan! Hahaha..

 Peace yo!

 Tunggu arahan ye!


 Letak butter ye puan-puan..


 Magic betol, terus dah siap scramble egg ok!hihi..


 Potong roti sandwich..hati-hati!


 Group photo!


 Wif Kakak Azida!


Us. Nak amik pic punye la payah si Rayyan nie! Sampai terkopak2 backdrop nye..hadooo...


Monday, March 12, 2012

I-City aka Hong Kong Disneyland

25hb aritu kami bawak Aqim & Rayyan g I-City Shah Alam. Aqim la beria-ia nak g I-City. Kat mana dia tengok I-City nie pon aden tak tahu. Dan dia tahu pulak I-City tu kat Shah Alam. Hurmm budak2 ni sukar dijangkakkan? Yang kita tak jangka kadang-kadang tu la dia sebut or buat..

Anyway kami g agak lewat sikit, lepas Isyak. Almaklum la, pagi sampai petang tu aku dengan En Jijan kijo. Ala masa forum tu. En Jijan bukak booth meniaga buku. So agak letih la jugak, tapi memandangkan esok pon En Jijan keje, makanye gagahkan la diri bawak anak-anak berjalan. Iyo la kita pon dah curi masa diaorang dengan kita kan! hihi

Aqim sangat excited ok! Bayaran masuk ke I-City ialah RM10/car. Inilah first time kami g sini. So kagum! hahaha.. Dah macam fun fair aku tengok kan. Ade banyak mainan! Aqim lagi kepoh, bole pulak dia cakap "Wah, mama macam kat Hong Kong Disneyland kan mama?" Hadoo.. kelakar pon ade Aqim nie. Hong Kong Disneyland pon kita tak penah jejak nak oi! Mana la dia dapat imiginasi yang I-City ni cam Hong Kong Disneyland! 

So kami pon bawak la budak2 nie berjalan-jalan menikmati suasana dan lampu-lampu yang mengelilingi I-City aka Hong Kong Disneyland nie! Aqim pon sempat la naik satu mainan, yang kuda mainan pusing-pusing tu. Aklu pon tak tau ape nama nye mainan itu. Rayyan jangan harap la nak naik mainan tu, takut katanye! Hahaha..

Dah agak2 puas hati meronda, terus balik umah. mata pon dah ngantok, badan pon dah letih. Itu je la, trip ke I-City aka Hong Kong Disneyland! :)





Sunday, March 11, 2012

Nine West


Berjalan-jalan di The Garden, my friend said ade sale kat Nine West.. Aku kasut-kasut mahal nie memang xde maknenye la kan nak beli. Ndak-ndak yang namenye Nine West yang memang tahu mahal tahap gaban, yang beratus-ratus punye hargenye. But since my friend said harganye below than RM80 so aku pon g la tengok2. Hurmm.. tgk2 berkenan kasut nie. Harga asalnye ialah RM379 nett. Dah diskaun 85% plus The Garden membership card kawan aku jadinye tinggal la RM53 nett. Ok worth to buy..so terus buy one!








Mode: lalalala...