Friday, January 23, 2015

Keganasan Rumahtangga dan Marital Rape


Just to share my tulisan on Keganasan Rumahtangga dan marital rape.


http://azrinerazakmenulis.blogspot.com/2014/09/keganasan-rumahtangga-dan-marital-rape_11.html

Linda (bukan nama sebenar) sudah tidak tahan lagi! Sepanjang tempoh perkahwinannya dengan Salleh (bukan nama sebenar), dia sentiasa hidup dalam ketakutan. Salleh seorang yang panas baran, suka memaki hamun, memukul dan menyepaknya. Linda selalu menjadi mangsa keganasan Salleh walaupun hanya kesalahan kecil yang dia lakukan. Gaji yang diperolehinya habis diambil oleh Salleh. Salleh memperlakukannya tak ubah seperti hamba abdi. Bila dia mahukan Linda melayan kehendak batinnya, tidak kira lah suka atau tidak,  Linda terpaksa menurut kehendaknya. Linda pernah dimasukkan ke hospital kerana jahitan di vaginanya terbuka kerana Salleh memaksanya melakukan hubungan kelamin ketika dia baru seminggu melahirkan anak. Pernah juga satu ketika setelah dibelasah teruk, Salleh memaksanya melakukan hubungan intim. Dek kerana takut, Linda terpaksa menurut kehendak rakus Salleh itu. Kejam! ketika itu Linda rasakan dia seperti dirogol oleh suami sendiri!

Apa yang dialami Linda (bukan nama sebenar) adalah contoh kes keganasan rumahtangga yang banyak berlaku dalam masyarakat di Malaysia. Kes-kes keganasan rumahtangga bukanlah sesuatu yang baru di dalam masyarakat kita. Ia merupakan satu bentuk jenayah yang terjadi di dalam keluarga. Kebiasaannya mangsa keganasan adalah wanita dan kanak-kanak. Walaupun tidak dinafikan ada juga mangsanya terdiri dari lelaki, namun bilangannya tidak sebanyak mangsa yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Kita pernah dikejutkan dengan berita seorang isteri yang mati dibelasah oleh suaminya. Menurut Kosmo!19 Mei 2013, [1]mangsa Nur Hidayah Abd. Ghani dikatakan ingin menuntut cerai dari suaminya setelah berumahtangga selama 11 tahun kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang panas baran dan kaki pukul. Suspek yang berang dengan tindakan isterinya itu bertindak memukul mangsa sehingga mati.

Selain kes di atas, pada 6 Januari 2013, Kosmo![2] melaporkan seorang isteri di dalam pantang selepas bersalin di Kangar terpaksa dirawat di hospital akibat dibelasah teruk oleh suaminya menggunakan kerusi, lesung batu, bingkai gambar dan pisau, kerana suami beliau mengesyakinya curang. Di Kota Baharu, akbar Berita Harian[3] melaporkan seorang isteri dimasukkan ke hospital mengalami 40 peratus melecur akibat dibakar oleh suaminya kerana mengesyaki isterinya berlaku curang. Satu lagi kes yang dilaporkan oleh Berita Harian[4] seorang wanita dibelasah di dalam lif oleh suaminya. Kejadian itu berlaku di dalam lif hospital swasta di Bukit Mertajam. Sebenarnya banyak lagi kes-kes penderaan yang dilakukan oleh suami yang dilaporkan.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun memberitahu, dalam tempoh berkenaan iaitu dari 2000 hingga 2012, sebanyak 42,499 kes keganasan rumah tangga dilaporkan berlaku di seluruh negara.[5]

Keganasan rumahtangga bukanlah masalah peribadi atau masalah keluarga, ia adalah satu bentuk jenayah dibawah Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521). Keganasan rumahtangga ditakrifkan seperti perlakuan mana-mana perbuatan tersebut:

•           Secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan dan kecederaan fizikal.

•           Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal.

•           Memaksa mangsa dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya yang mangsa itu berhak tidak melakukannya.

•           Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.

•           Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu.

Keganasan rumahtangga bukan sahaja melibatkan fizikal tetapi juga mental dan emosi. Keganasan dari segi mental seperti kata-kata makian untuk merendah-rendahkan martabat isteri contohnya seperti bodoh, sial dan sebagainya. Juga termasuk kata-kata ancaman seperti ugutan bunuh bagi menakut-nakutkan mangsa.


Keganasan seksual juga merupakan satu bentuk keganasan rumahtangga. Keganasan seksual didefinisikan sebagai dipaksa secara fizikal melakukan seks, melakukan hubungan seks dalam ketakutan terhadap apa yang bakal dilakukan pasangan dan patuh melakukan sesuatu yang seksual yang memalukan atau menjatuhkan maruah. Namun keganasan seksual atau rogol di dalam perkahwinan (marital rape) masih dipertikaikan kewujudannya.


Menurut Menurut presiden Kelab Taat Suami, Fauziah Ariffin, tidak wujud rogol di dalam perkahwinan di dalam perkahwinan kerana perkahwinan itu telah menghalalkan hubungan intim antara suami isteri. Malah isteri perlu melayan suami seperti layanan pelacur kelas pertama![6]

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 - 24 November 2005 telah membincangkan tentang Hukum Suami Yang Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hubungan di antara lelaki dan wanita adalah dihalalkan setelah melalui akad Ijab dan Qabul yang sah.
Oleh itu Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa tiada istilah rogol atau melanggar hak asasi manusia dalam sebuah perkahwinan yang sah dan keganasan rumahtangga yang berlaku adalah lebih bersifat dharar yang boleh diambil tindakan melalui peruntukan undang-undang sedia ada. (sumber dari laman sesawang e-Fatwa)[7]
Di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan, seorang suami yang cuba mendapatkan seks secara paksa daripada isterinya boleh dihukum penjara untuk tempoh sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada tahun 2004 juga berpendapat perbuatan merogol isteri adalah satu kesalahan di bawah Perkara 16(1)(c) Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita PBB. Hubungan seks suami isteri suatu yang halal di sisi agama, namun jika melibatkan unsur keganasan ia tetap menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang dan agama. Melakukan hubungan seksual secara paksaan tanpa kerelaan pasangan dan mengugut akan mencederakan secara fizikal dan juga ugutan yang boleh menggangu mental dan emosi pasangan adalah bertentangan dengan prinsip yang digariskan oleh Islam.

Di manakah ketenangan dan kasih sayang yang ditekankan di dalam al-Quran tentang kenikmatan hubungan suami isteri jika terdapat unsur keganasan? Antara ayat al-Quran yang menyentuh tentang hubungan suami isteri ialah:


”Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Surah Ar-Rum 30:21

Rasulullah SAW pernah menyebut yang bermaksud, “Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu?” (Hadis riwayat Ibnu Saad)


Bisik-bisik: Kesimpulannya gejala keganasan rumahtangga bukan lah sesuatu yang patut berlaku dalam sesebuah perkahwinan. Tidak kira terhadap suami, isteri atau pun anak-anak. Hubungan suami isteri mestilah berlandaskan kepada kasih sayang antara satu sama lain, hormat menghormati barulah kedua-dua pasangan merasakan kenikmatan alam berumahtangga.


Azrine Razak_AzRa menulis: 
11 Sept 2014

Happy Belated Birthday Rayyan dear!

On 12th January my Rayyan turns 5!

My chubby bucuk & masam son dah besa..hahaha..




So we had a small celebration saje. Kat school kitaorang belikan Rayyan kek birthday and prepare some goody bags untuk kawan-kawan dia kat rumah mama Izan.

Untuk kami sekeluarga, papa belanja makan dominos pizza, mama belanja 3 slices kek Secret Recipe yang berlainan rasa sebab kitorang bukan peminat tegar kek! hihi..Alhamdulillah..Rayyan asyik say thank you je..seronok tengok dia. Walaupun masa Aqim dok semangat nyanyi lagu Happy Birthday, Rayyan buat2 muka eksen tapi last2 dia buat muka gumbira..hahaha..

Masa kitorang prepare goody bags sesama, Rayyan asyik cakap terima kasih semua sebab tolong Rayyan. Ada la dalam 5 kali dok ulang ayat tu. Betapa menghargainya pertolongan dari papa, mama, abg Aqim and tukang menyibuk sama adik Ayie..hahaha..Abg Aqim so cute bila dia cakap "sama-sama Rayyan, ni kan hari jadi Rayyan."

Copy paste dari FB mama:

Alhamdulillah hari ini my hero Muhammad Umar Rayyan genap 5 tahun! Awak buat hidup mama & papa cukup rasa mcm perencah gitu! Mama doakan yg baik baik saja utk Rayyan dan semoga Allah berikan kesabaran kpd mama & papa utk mendidik anak sehebat kamu..Selamat hari lahir sayang, kamu sentiasa dalam doa mama dan jgn pernah lupa kami sentiasa sayang kamu — with Azizan Hamsin.

~end~

Wednesday, January 21, 2015

Kerenah Anak-anak

2015?? Sekejap je masa berlalu kan? Sedar tak sedar anak-anak dah makin membesar, mak and paknye plak makin tuo gitu..hihi

2015 my eldest Muhammad Umar Mustaqim dah 8 tahun, makanya dia darjah 2. Alhamdulillah Aqim masih mengekalkan prestasinya naik ke darjah 2 Amanah. Result dia exam akhir tahun alhamdulillah..walaupon idok lah dapat no satu dalam kelasnya tapi peratus keseluruhan tetap tinggi. No.7 secara keseluruhan darjah satu dalam sekolah tersebut. Keep up the good job my dear! Same jugak dengan sekolah agama mengekalkan prestasi masuk ke 2 Syafie,

My second hero Muhammad Umar Rayyan pulak dah 5 tahun.. Yeay..badan semakin mantap, perangai pon boleh tahan menyebabkan tahap kesabaran at the top level gitu..

The sementot Muhammad Umar Fahri will be 2 years old this year..hihi..ini budak semakin bijak meneroka sekelilingnya. Banyak benda baru yang nak dicubanya..

I think kan semakin budak-budak ni membesar I kinda understand why my mom dulu kuat membebel. Sebenarnye bukan la membebel sangat kot. Just nak luahkan saja apa yang dirasakan tak kena di mata. Iye la..baju kotor tak letak kat bakul baju kotor, baju sekolah korang tak hang kan, kasut sekolah tak disusun, setokin, beg sekolah korang campakan sajo..last sekali omak ekau jugak yang meroyan. ekau ingat dalam rumah ni ado kuli ka?? Apaknye relax jo.. tapi bila dah marah kang Gegar Verganza la jugak sorenye! hahaha...

As a parent kita memang dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi untuk menghadap kerenah anak-anak yang semakin melasak. But sometimes ada gak parents yang tak bole sabo dgn anak-anak diorang..huh..mencabar tau! hahaha... Betol la kata omak aku, bila kocik lain ragam nak kita hadap, dah beso lain pulak ragam diorang.. so sebab tu jadi parent kita memang kena bersedia mentally. Bukan saja economically nk kena sediakan, how we handle emosi budak budak tu pon penting jugak. Budak-budak sekarang ni kena guna pendekatan psychology.  And diorang ni bijak segalanya. Aku ni main game lumba keta ke, apa2 yang menggunakan skill tak pernahnye monang. Diorang winner, champion bagai..handphone tu dapat kat diorang sekejap je diorang tau yang ni bole buat camne, yang ni bole buat camtu..haih..hebat benonya!

Soklan-soklan yang diutarakan juga mmg mencabar la jugak dan statement2 gempak ye. Contoh: Ma, kenapa Allah ciptakan papa kita kecik sikit? Bila I think maybe because they expose to educational TV programs like National Goegrafic, How They Do It, kartun-kartun mcm Boboi, Upin & Ipin..to be honest mutu kartun-kartun tempatan sekarang sangat bagus ye. Memupuk semangat berani dalam diri budak-budak camtu. I dgn En Jijan likes to watch Nat.Wild kat Astro dengan bebudak ni. Especially citer pasal buaya, singa, ular, doktor haiwan la or whatever tentang nature, then kitaorang pon berborak2 based on that documentary. I think documentari2 macam tu bole membina minda n encourage mereka untuk lebih tahu tentang alam semulajadi.

Komunikasi dengan anak-anak jugak satu elemen yang sangat penting. Kita selalu sembang dengan diorang, so depa ni feels comfortable nk share anything dengan parents. Kalu bole biar kita adalah salah seorang best friend diorang..hahaha..nak jugak masuk dlm list best friends. for me jugak bila kita berkomunikasi dengan anak-anak, secara tak langsung diorang kadang-kadang cakap apa yang mereka rasa annoying dengan parent. hahaha.. contoh nye aritu aku bising pasal rumah bersepah sebab diorang dh main tak reti kemas mainan diorang n dah petang tapi tak mandi-mandi lagi. Aku pon pot pet pot pet la jap. And Aqim said to me "ma, bole tak mama jangan membebel. Aqim bingit la" mula-mula aku macam hish budak ni bole plak ckp camtu. Then aku cakap kat dia. "Aqim, aqim ingat mama suka ke membebel camni. You know why I bising tak. Siapa yang dah main tak reti kemas? and why dh petang tapi awak still tak mandi lagi? That why la mama marah. And he kinda agreed the reason why aku membebel la. Cuma part yang tak bole tahan bila dia cakap. Iye la Aqim tau, tapi bole tak mama jangan marah banyak sangat... hahaha.. then I jawab, sure can if awak bekerjasama. hahha..deal! so as a parent selalu la berkomunikasi dengan anak-anak! :)



~end~




Monday, January 19, 2015

Intro 2015

Assalamualaikum...

Hai semua, apa khabar? Lama beno aku tak meng"update" blog kesayangan ni..

This is just intro for entry 2015..hahaha.. intro sangat kan dah 19hb Januari 2015.

Ok after this I will try to find my time to write something in my blog nih..

Bye for now uolss!!

Saturday, September 27, 2014

ASRAMA - FIXI

Kali ni nak citer tentang novel yang baru abis aku baca.

Tajuk: Asrama
Penulis: Muhammad Fatrim
Terbitan: FIXI

Cover novel ASRAMA


Citer ni seramm oooo!!!! Takut aku, aku baca time waktu siang jo. Baca memalam kang aku takut lapan sampai terbawak-bawak..

Hokey citer sikit pasal novel ni. Cerciter cerciter...

Novel ni mengisahkan seorang budak yang bernama Dahlia yang baru bertukar ke sekolah berasrama di sebuah daerah di Sabah. Memula aku baca pon dah macam scary! The way the writer describe sekolah tu macam mana rope paras, keadaan sekelilingnya..

Korang if baca novel ni kena fokus betul2, baru korang boleh dapat tangkap jalan citernye. 

Meh bagi sikit sedutan novel ni:

Pintu pagar asrama itu setinggi 8 kaki, mangga nya saja sebesar telapak tangan tetapi sudah berkarat. Terdapat pula papan tanda waktu melawat yang agak tidak teratur kerana huruf-hurufnya sudah tertanggal.....

Dibelakang asrama itu kelihatan sepohon pokok yang sangat besar dan berjanggut-janggut.........

Antara bahagian-bahagian citer ni yang wat aku meremang bila diorang main spirit of the coin...hadooii chooii..

Satu lagi time histeria "tiba-tiba dlm cahaya samar bulan dia ternampak satu jasad tanpa kepala di depannya. mata sarah terbelalak, jasad itu makin mendekat!....

Sakit jantung lo baca novel nih! Pitam bangun balik pitam lagi...nervous acik!

Alhamdulillah abis jugak baca walaupon seremmss! Kalau nak tau lagi, korang baca lo sendiri..

If korang nak dapatkan nak beli novel ni, bole jo beli dengan aku. RM19.90 sajo. If nak sepesel diskaun kena pm. hihihi...tu belum siap postage tau..

Tuesday, September 9, 2014

Neo Romantik

Yup! Neo-Romantik ialah tajuk teater yang aku tengok dua ari lepas. Bertugas dulu then baru tengok teater..hihihi..Apa yang aku boleh katakan tentang teater ini ialah best, memang best! Cara ia dipentaskan sangat sempoi dengan props yang simple jugak. Pelakon yang hebat walaupon nama tidak berapa gah namun lakonan mantop – Aloy Paradoks and Aisya Hanaa. Pada aku Aloy and Aisya berjaya membawakan watak mereka dalam Neo Romantik dengan begitu berkesan sekali. I just fall in love with their acting! Best kot! Aku kenal Aloy gitu-gitu je sebab dia kawan En Jijan. If ada jualan buku kekadang sebelah booth si Aloy jo.  Semalam is the 1st time aku tengok dia berlakon! Huyoo..best kot!

Mari aku bagi sikit synopsis tentang Neo Romantik ni:

(Persembahan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia) Neo-Romantik sebuah teater minimalis yang mengambil konsep dan pendekatan rancangan bual-bicara. Teater selama satu jam setengah ini menggalakkan keterlibatan penonton semasa persembahan sedang berlangsung, dan menerapkan unsur live tweeting untuk penonton berinteraksi bersama pelakon. Menampilkan gandingan lakonan duo Aloy Paradoks dan Aisya Hasnaa, teater ini mengetengahkan isu gender, femenisme, dan percintaan. Semua isu dikupas mengikut persepsi yang berbeza dari sudut pandangan lelaki dan wanita, namun ia telah diolah sehabis baik agar mampu disampai secara santai dan bersahaja. Selain Aloy dan Aisya, Neo-Romantik juga menampilkan Fathie Shafie selaku floor manager yang akan bertanggungjawab mengawal mood dan energi penonton.

Pada minggu ini. Pasangan selebriti Asyraf Maliki dan Najua Nazirah menjadi mengacara jemputan untuk sebuah rancangan bual-bicara Neo-Romantik. Selama 1 jam rancangan ke udara, banyak rahsia perhubungan mereka yang selama ini terselindung dari pengetahuan umum mula terdedah satu persatu. Pasangan ini menceritakan kembali detik-detik perkenalan dan awal perkahwinan mereka hingga ke hari ini, seterusnya mereka juga akan menjawab segala soalan-soalan yang bakal diajukan secara terus oleh penonton secara langsung atau tweeting. Dalam persembahan ini juga penonton bertuah akan dipilih secara rawak untuk berkongsi kisah pengalaman mereka dan bercerita secara spontan. Namun itu semua bergantung kepada sejauh mana kerjasama yang diberikan oleh penonton, dan sejauh mana mereka ingin terlibat di dalam persembahan. Sinopsis dari sini http://kakiseni.com/events/teater-neo-romantik/

Teater ni bermula dari 4 hingga 7 September. But 7 September tu adalah malam fundraising untuk Sisters in Islam bertempat di DPAC Damansara Perdana.

Pendapat aku sebagai audience, aku rasa Aloy and Aisya berjaya membawakan watak mereka dengan berkesan sehingga aku boleh rasa bahagianya mereka ketika melakonkan watak ketika flashback waktu mula2 mengorat and bercinta (teringat plak zaman-zaman aku bercinta dengan En Jijan dulu,hahaha..sumpah rasa nak gelak guling2 bila kitaorang ingat balik!) , aku rasa tersentap bila Asyraf mula tinggikan suara n hentak kotak n hempas jaket kat Najua (aku x suka orang yang melakukan keganasan, tak kisah la keganasan terhadap objek ape pon), rasa sebak n nak nangis pon jugak masa scene Najua bagi lecture tentang perceraian tu n lagi bertambah2 sebak n tak tahan bila tengok Najua telefon tanya soklan2 kat seben dia (sebab cara dia cakap tu mcam aku bole rasa apa yang dia lalui, lagi plak kerja aku related dengan client-client yang mempunyai pelbagai masalah dalam rumahtangga) … adoiii..syahdu kot! Emosi mak terganggu uols! Ayor mata den bergenang tapi masih bole dikawal..hahaha.. 

Teater ini membawa penonton menyelami suka duka dalam perhubungan mereka. Ada suka dan dukanya. Bagaimana mula-mula mereka mencipta bahagia, kemudian berkahwin, then perhubungan menjadi hambar, diikuti dengan perbalahan antara suami isteri dan last sekali bagaimana mereka menyedari kesilapan masing-masing dan cuba memperbaiki hubungan mereka kembali. Scene last tu aku rasa sangat comel. Comel sebab cute kot si Aisya tu makan tembikai dan bagaimana Asyraf pujuk dan berjanji akan mengorat Najua tu balik! Saya janji akan mengorat awak balik setiap pagi.. pastu Najua tanya pagi je? Saya janji akan mengorat awak setiap pagi, tenghari, petang dan malam sampai awak jatuh cinta kat saya semula..Hahaha…

Pada aku mesej yang aku dapat dari teater ini adalah:

1) Komunikasi adalah elemen yang penting dalam sesuatu hubungan tak kira la dalam hubungan percintaan atau hubungan suami isteri. And pada aku kenalah berkomunikasi secara efektif. Means that bukan sehala je. Kena babitkan dua pihak, lelaki dan perempuan, suami isteri. Dua-dua kena berkomunikasi dengan baik supaya tidak lah hubungan itu statik je. Tapi kekadang orang tak paham. Camne nak jadikan komunikasi itu berkesan? Well pada aku, if kita berkomunikasi dengan orang yang kita sayang, kita kena ada feel, kita bole rasa excited bila dia citer benda-benda yang happening, kita pon akan rasa happy bila dia citer benda2 yang buat dia gembira and kita juga rasa bila dia tengah down. Eye contact jugak penting dalam komunikasi so that we can feel that another person listen not only listen dengan telinga je, tapi listen dengan hati jugak. Sebab biasanya la, if ko cakap dengan seseorang tapi orang tu pandang tempat lain or buat acuh tak acuh je dengar maksudnye dia hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri camtu je.. paham tak? And bila kita berjauhan gunakan telefon, sms, FB, skype or whatever la supaya boleh berkomunikasi walaupon berjauhan. Bak katanya biar jauh di mata tapi dekat dihati.. (releven idok phares ni dalam ayat ni?) But masa si Asyraf ckp pasal intagram tu, aku actually have no idea camno ghupenye! I don’t have Instagram wei! Twitter pon takdo! Hahaha..

2) Don’t be too comfortable bila sesuatu hubungan itu telah lama terjalin nanti kita anggap ooo! sume ok…ooo.. biasa la macam tu..but actually it is not ok! Because kita tak pernah nak talk about it kan? So for me better kita buat check and balance to fix yang mana rasa nya tak betul or tak sesuai.Takde la satu pihak rasa cam tertekan, sume benda aku ke nak kena buat, ko plak buat hape?ko je busy nak kena pikir itu ini, abis aku tak pikir sume tu? sebelum ia menjadi lebih parah, baik kesan dan fix kan awal2. If lelama kang, masa tu dua-dua dah naik hantu! hahaha…lebih kurang camtu la..

3) Jangan biar hubungan hambar. Untuk menyemarakkan lagi sesuatu hubungan kadang-kadang kita perlu cipta kelainan, buat surprise, spend time together buat benda-benda yang kita suka sama-sama, so that it will create something new and fresh dalam sesuatu hubungan. Yang kadang-kadang buat  tu la yang buat kita sengih and senyum sorang-sorang! Tapi kan if somi kita tak suka makan kek, pastu kita buat surprise bagi kek, baik toksah, nanti dia makan tak ikhlas and komen lagi tak ikhlas uols! Kita jugak makan hati!Hahaha…Sure korang tau kan apa yang somi or wife korang suka or tak suka. So bagi surprise yang dia suka la kan..Same la en somi, if nak bagi surprise kat wife sila bagi yang wife suka. Contohnya belanja sopink ke..P kat Jusco, cakap ayang amik la apa yang ayang nak, bior abang belanja, tapi jangan lebih dari dua ratus ringgit tau! Hahaha..tu contoh ye contoh saje – En Jijan if awak baca ni sila la if nk buat. Saya amat mengalu-alukan! Hihihihi…

Untuk my personal experience with my hubby En Jijan with our 3 hensem dan bergaya sons..hahaha..Yup, memang tak dinafikan ia menuntut  kesabaran, kepercayaan, tanggungjawab, tolak ansur, hormat menghormati dan kematangan  dalam melayari kehidupan berumahtangga. (kematangan di sini bukan bermaksud umur ko tua ko matang, idoknye! Kekadang org yang tua pon tak matang cara pemikirannya hokey! Kematangan dlm menghandle masalah) Kadang-kadang kita tersentap dengan dia, dia pon kekadang tersentap dengan kita, kekadang kitorg tersentap dengan anak-anak, kekadang anak-anak tersentap dengan kita..hahaha but itu lumrah la dalam hidup berumahtangga kan.. Maybe cara kita tunjukkan rasa kasih sayang tu dah lain caranya, but we still can feel the love gitew!! Cewah…hahaha…Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya di dalam rumahtangga kami..Aminn…

Eh..kesimpulannya untuk teater Neo Romantik ni memang best! Aku enjoy sgt tengok teater ni. Tahniah kepada pelakon-pelakonnya Aloy and Aisya Hanaa, penulis skrip which is Aloy sendiri juga dan team mereka. Tahniah jugak untuk penerbitnya Sisters in Islam dan team dari SIS! :)


Poster Neo Romantik

Friday, May 16, 2014

Hari pertama persekolahan Aqim & Rayyan

Gosh!! Berhabuk dah draft untuk entry ni. Saya ibu, isteri dan pekerja yang busy..hihihi..

Ok, kita nak citer hari pertama Aqim and Rayyan pergi sekolah. Aqim masuk darjah satu dan Rayyan pulak tadika.

Flashback…

Hari tu kitaorang bangun pepagi. Aqim dan Rayyan la pulak yang mengejutkan mama and papanye bangun. Nak tau kol bape? Kol 5 uols! Hahaha..excited!

Pagi2 dah anto adik baby sebab nak anto dua orang yang pergi sekolah hari pertama kan. Aqim relax je. Idok la menangis, fun fun gitu p sekolah. Lagipon ade jugak kengkawan masa dia tadika dulu sekolah kat situ. Satu lagi sebab dia dh p orentasi minggu sebelum masuk sekolah.

Mama dia je yang nebes berlebih,anak dia ok jo! Kikiki..Aqim masuk ke darjah 1 Usaha dulu then cikgu ckp nanti ade exam then waktu tu baru tukar kelas. Ari pertama masuk, waktu rehat p jenguk anak. 

Walaupon bawak bekal, tapi biasa lo ari pertama mak nebes lebih J Duit belanja bagi rm2 if bawak bekal and rm3 if xbawak bekal. Harga barang dah naik sumenye yo! Dulu zaman dolu-dolu bawak 50 sen pon cukup..kikiki..

Lepas anto Aqim, anto Rayyan plak. Tadikanye dekat sajo dgn sekolah Aqim. Dulu pon Aqim sekolah tadika tu jugak dari umur 4 tahun sampai 5 tahun. Umur 6 tahun, kami tukar ke tadika PASTI. Just untuk dia familiar dengan pendidikan Islam seperti solat, bacaan solat, ayat-ayat lazim dan juga doa-doa harian.  so senang nanti bila dia masuk sekolah kebangsaan.

Tadika Rayyan mak abah hanya bole hantar sampai dekat pagar je, if melaung, menjerit nanges ke, cikgu akan handle. Sebab cikgu ckp if mak abah dok teman je, nanti bebudak tu dari awal sampai akhir nak berteman xde self confident. Si Rayyan dengan eksennye menonong je masuk tadika nye itu. Mama nye dok babai-babai pon dia pandang gitu2 je. Macho la tuh! Hihihi…Makanya if nak berfoto-foto cikgunye cakap tengok je dlm FB tadika tersebut. Cikgu xmo mak abah mengganggu proses orentasi pelajar baru.  Kelas tadika siap ade FB ko! Canggih zaman sekarang nie!

Kol  11.30 pagi amik Rayyan balik then anto g umah mama izan. Pastu Aqim plak balik sekolah 12.30 tengahri selalu kol 1 tengahri. Balik umah, siap2 untuk p sekolah agama pulak. Aqim cakap, ma nak kena p sekolah lain pulak ke? Aah nak oiii..Hurm..penatnye Aqim mama. Takpe..lama-lama nanti biasa la nak oiii..Mama pon dulu sama cam Aqim. Sekolah agama start kol 2.30pm – 5.30 pm. Lagi la dulu mak ko p sekolah naik beskal. Gigih mak p sekolah!

Kat sekolah agama pon mama nye sibuk bersnap2 pic..kikiki… Segak plak Aqim dengan baju sekolah agamanye. En Jijan cakap “ish mama nie..sibuk la nak amik pic..sikit-sikit udah ler..” koikoikoi..tak sedar uols amik pic bebanyak!

Aku tak tau la, aku sorang je yang rasa atau sume mak – mak rasa benda yang sama bila anak sulung masuk darjah satu..” ish..dah beso anak aku, dah darjah satu..” lepas tu cam terharu gitu! Kakaka..ke mak kau ke yang drama lebih!

Anyway, yup. I’m happy my boys dah masuk darjah satu and tadika. Belajar baik-baik ye nak! J