Tuesday, September 22, 2015

Perfume De'Xandra

Korang pernah dengar pasal perfume De'Xandra tak?

Sape penah dengar sila angkat tangan. Sape tak penah dengar meh kita citer dengan awok..hihi..

Al-kisahnya, kita ni adalah agen sah perfume De'Xandra. Memula kita start dengan dropship saje. Tapi alhamdulillah ada rezeki kita upgrade jadi agen.

Perfume De'Xandra ni adalah brand original. Di mana wangian De'Xandra ni mengambil inspirasi daripada wangian perfume berjenama yang terkenal dan tersohor di seantero donia gitew. Dramatik pulak kita kan..hahaha..

Moh kita share wangian-wangian keluaran De'Xandra ni:






If korang cium bau minyak wangi dalam list di atas, bau dia macam yang original brand yang harga nyo memang mahai lo. Kita cakap kat diri kita ni ha, kita memang nak beli yang original ni memang lambat lo sebab kena menabung dulu baru cukup duit nak boli. Mane tak nyo satu sajo harga dah beratus-ratus kann.. Kita ni, kita taw, bukan awak tu; kita memang berkira-kira la if nak beli yg original tu. Haishh...

Tapi kan bila kita ketemuk sama perfume De'Xandra, tetiba masalah kita hilang. Sebab apo? Sebab harganyo jauh lebih murah daripada yang original, tapi bau dan ketahanan nyo setanding dengan original. 

Untuk 35ml
1 botol RM65 SS RM70
2 botol RM120 SS RM130

Dengan harga begitu kita la pulok ado masalah. Aik masalah apo pulak? Masalahnye rasa nak beli semua, sebab murah..hahaha..Kau jangan tamak haloba bule tak? Isk..isk..sabo..sabo..bawak-bawak bertenang yek!! Tetapi memandangkan iman kita kuat, kita beli la satu dulu. Kui..kui..kui..

Kita beli Bright Crystal - Versace. Pastu seben kita, En Jijan pakai Invictus - Poca Rabbane. Adoii aii..bau dia memang la wat kita jatuh cinta! Hish..menyampah taw..hahaha.. So kitaorang laki bini memang mewangi dengan De'Xandra ni ha. (lagu background Akim & The Magistrate; Mewangi --eh tetibe pulak kann..) Dan ever since then kita terus menjadi dropship dan selang beberapa minggu terus meng upgrade diri jadi agen. Sebab kita nak share kegembiraan kita ni dengan orang lain, so biar orang lain pon bole beli dan rasai kehebatan perfume De'Xandra.

Kita memang tak nafikan certain orang dia memang suka yang origanal brand, certain tidak. Bak kata pepatah tepuk dada tanye la selera. Ukur baju di badan sendiri. Tak yah sibuk ukur baju orang kecuali ko memang tailor aka tukang jahit kannn...

Ok la korang, if ade yang berminat nak beli perfume De'Xandra ni bole la roger2 kita. If yang nk jadi dropship team kita pon bole. Kita amat mengalu-alukan.Berniaga ni kita jangan kedekot nak share ilmu, bukan fikir untung semata-mata melainkan perangai ko macam Encik Krab citer Spongebox Square Pant tu, kcing, kcing jo kan..hahaha..

In Sha Allah..kita percaya jika kita mudahkan jalan orang, In Sha Allah, Allah akan permudahkan jalan kita. Rezeki Allah di mana-mana, yang penting kita berusaha.

So whasspp kat 0123529074 untuk maklumat lanjut nak beli perfume ke, nak jadi dropship ke :)

Bak kata pepatah dalam citer Super Gameboy tu "Anda Percaya, Anda Berjaya" ha gitew yek!

Berwangi-wangi la dengan Perfume De'Xandra :) Ta..ta..for now..




Monday, September 21, 2015

Mukadimah lama tak update :)

Assalamualaikum,

Apa koba korang semua? Kita harap korang semua sihat-sihat jo yek. Sekarang ni kan cuaca tak menentu dengan jerebunya. Hopefully korang aware and jaga kesihatan baik-baik.

Seperti biasa la, kita ni membusy sajo. Blog ni pon dah macam tukun doh, lama tak ber"update". Memang mak busy sangat. Hihihi..kalah Perdana Menteri ke?


Update pon dh dekat hujung tahun. Hadoii memang membusy sangat ko kan?

Ok actually nanti kita nak tulis a few entry. But kena ambil masa sikit. Almaklum lah kita kan sibuk tahap gaban. Nanti kita nak buat entry tentang:

1) Perfume De'Xandra - since kita agen kan
2) SEQY Beauty - kita pon agen jugak

So dua ni kita plan lo nak wat entry.

Stay tune yek! 

*Note to diri sendiri: Ko memang perasan ko ramai followers ek? hahaha...hah..kita tak pedulik, kita nak feeling2 pon jadik la!

Thursday, February 12, 2015

Surat kepada pengarang :)


Pada satu hari, aku terbaca tentang kempen "Save Your Dara". Aku pun tertanya-tanya la jugak apakah yang dimaksudkan dengan kempen tersebut:

So sila baca di bawah:

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jom-sertai-kempen-save-your-dara-1.355369

SHAH ALAM – Bersempena dengan Karnival Karangkraf 2015 yang bakal berlangsung esok hingga Ahad ini, majalah terbitan Karangkraf, Dara.com memperkenalkan kempen kesedaran, ‘Save Your Dara’.

Bermatlamat untuk memberi kesedaran dalam menjaga kesucian diri dalam kalangan wanita dan masyarakat.

Editor Majalah Dara.com, Noor Fazidah Umar berkata, kempen tersebut bukan hanya terbuka kepada wanita yang beragama Islam, malah ia terbuka kepada semua wanita tidak kira umur, bangsa dan agama.

“Kempen ini merupakan kempen yang julung kali diadakan untuk memberi kesedaran kepada remaja agar gejala-gejala sosial dapat ditangani pada peringkat awal.

“Masalah seperti kes-kes pembuangan bayi, anak luar nikah dan masalah hubungan seks bebas berkait rapat dengan bagaimana seseorang itu menjaga kesucian diri,” katanya kepada Sinar Online, di sini, hari ini.

Orang ramai dijemput berkunjung ke  Karnival Karangkraf di Kumpulan Media Karangkraf pada Sabtu ini, jam 9.00 pagi di pentas utama Karnival Karangkraf.

“Pengunjung yang hadir akan menerima pelbagai barangan ekslusif termasuk baju T, majalah dan sebagainya.

“Kami juga menyediakan hadiah ekslusif kepada 300 pengunjung pertama yang berkunjung ke gerai kami pada Sabtu nanti,” katanya lagi.

Sementara itu, tinjauan Sinar Online hari ini mendapati persiapan dalam menghadapi Karnival Karangkraf hampir siap sepenuhnya.

Rata-rata khemah yang bakal dijadikan gerai majalah dan pameran sudah siap dipasang dan didirikan.

            **************************************************************

Hurmm.. kenyataan tersebut membuatkan aku terus menulis surat kepada pengarang, just to share my thought towards that campaign. and TMI published it:

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/lelaki-juga-perlu-jaga-kesucian-diri-azra#sthash.tADEuxRk.dpuf

Lelaki juga perlu jaga kesucian diri – Azra
Published: 30 January 2015 5:43 PM
Pagi tadi saya membaca satu berita di mana dengan satu kempen diberi nama "Save Your Dara" yang akan diperkenalkan oleh majalah Dara.com terbitan Karangkraf pada hujung minggu ini. Matlamatnya untuk memberi kesedaran dalam menjaga kesucian diri di kalangan wanita dan masyarakat.
Menurut Editor Majalah Dara.com, Noor Fazidah Umar berkata, kempen tersebut bukan hanya terbuka kepada wanita yang beragama Islam, malah ia terbuka kepada semua wanita tidak kira umur, bangsa dan agama.
"Kempen ini merupakan kempen yang julung kali diadakan untuk memberi kesedaran kepada remaja agar gejala-gejala sosial dapat ditangani pada peringkat awal.
"Masalah seperti kes-kes pembuangan bayi, anak luar nikah dan masalah hubungan seks bebas berkait rapat dengan bagaimana seseorang itu menjaga kesucian diri," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Tahniah kepada majalah Dara.com kerana menganjurkan kempen yang memberikan kesedaran kepada remaja-remaja kita. Namun ada sesuatu yang mengganggu dan bermain di fikiran saya. Pertama sekali respons saya kepada kempen ini ialah kenapa kumpulan sasaran hanya wanita sahaja sedangkan gejala sosial ini juga melibatkan golongan lelaki?
Gejala buang bayi, anak luar nikah dan hubungan seks bebas adakah pelakunya semata-mata golongan wanita? Bagaimana lahir anak luar nikah jika tidak ada hubungan dengan lelaki? Bagaimana pula dengan jenayah rogol?
Adakah golongan lelaki kita sudah cukup diberikan kesedaran dalam menjaga kesucian diri mereka? Bagaimana tentang didikan supaya mereka lebih menghormati dan tidak mengambil kesempatan terhadap golongan wanita?
Saya juga agak terkejut dengan nama kempen tersebut” Save Your Dara" seolah-olah segala gejala sosial yang berlaku ini hanya disebabkan oleh golongan wanita. Tidak dinafikan bila berlakunya hubungan di luar nikah, impak yang jelas kepada wanita kerana mereka mempunyai risiko mengandung dan melahirkan.
Tetapi tidak bagi lelaki, mereka seolah-olah suci dan maksum. Touch and go tanpa meninggalkan apa-apa kesan terhadap diri mereka. Siapa tahu jika lelaki tersebut masih teruna dan suci? Mungkin juga dia adalah salah seorang bapa kepada bayi-bayi yang dibuang itu.
Saya berpendapat adalah lebih afdal jika kempen ini disasarkan kepada lelaki dan juga perempuan supaya sama-sama menjaga kesucian diri dan menghindarkan daripada terjebak dengan gejala-gejala sosial. Lebih bagus jika remaja-remaja  kita diberikan pendedahan tentang pendidikan seks secara komprehensif.
Pendidikan seks yang komprehensif mendidik kita untuk mengenali diri kita sendiri termasuk bagaimana organ-organ reproduktif kita berfungsi, bagaimana untuk menjaga kesihatan tubuh kita, risiko dan kesan kepada kesihatan fizikal dan mental sekiranya melakukan hubungan seks, menghormati diri kita sendiri dan juga orang lain, kepentingan berkomunikasi (no means no), dinamik dalam sesuatu perhubungan dan potensi untuk keganasan berlaku jika tiada persefahaman dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Janganlah kita sempitkan minda dan pemikiran pendidikan seks hanyalah semata-mata bagaimana melakukan hubungan seks. – 30 Januari, 2015.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
That is my opinion, some may agree and some may not agree. But never mind. semua orang ada pendapat masing-masing. Peace no war uols!

~end~

Thursday, January 29, 2015

Karya Tinta

Alhamdulillah tahun 2015, Karya Tinta sudah 3 tahun. Syarikat penerbitan kami ini kecil saja. Tapi kami mempunyai impian yang besar dalam industri buku ini.

Sekarang untuk jualan booth En Jijan dah jarang pergi sebab lebih tumpukan kepada order dari library and more focus on marketing and distribution side. Kadang-kadang la poie berjualan secara bukak booth ni. Menurut mentor En Jijan, Pak Chong..jualan booth ini penting to introduce ourself and our company to people secara face to face..Menurut Pak Chong lagi, jualan online penting but to get in touch with people secara face to face pon sama penting. So that people bila cakap company kita terus akan ingat bos nye jugak!

One of the things yang aku suka bila bercakap dengan Pak Chong ni, dia mempunyai vision dan dia juga suka anak muda yang berjiwa besar dan berani. Dia encourage En Jijan untuk explore lebih jauh dalam industry ni. Bos bole bagi modal? Pastu dia gelak sambil berkata “itu bole dipertimbangkan” hahaha…

Setakat ini Karya Tinta telah menerbitkan 4 buah judul iaitu:
  • 1)      Kasih Bukan Milikku – Deeme Danee
  • 2)      Mengejar Kasih di Hujung Senja – Zainal Taib
  • 3)      Performing Hajj in 40 Days: a teen’s experience – Qiqisa Malikatulyaman
  • 4)      Misteri Gua di Lereng Bukit – Zafa Huna


Alhamdulillah dua buku iaitu Mengejar Kasih di Hujung Senja dan Performing Hajj in 40 days mendapat perhatian library. Untuk buku Misteri Gua di Lereng Bukit, En Jijan focus untuk library sekolah. For me bila berkecimpung dalam dunia penerbitan ni is a good exposure.. En Jijan lain la, dia dah berpengalaman dengan dunia buku ni lebih 10 tahun.hihihi..ada segmentasi pasaran gitu kan. Banyak jugak yang kita pelajari tentang cover buku, tajuk buku. Kitaorang brainstorm apa kelemahan dan apa yang nak ditambahbaikkan. Sebab cover buku sekarang hebat2..tajuk pon catchy2..iye la kadang-kadang tajuk macam bukan-bukan je. Tapi best seller uols! Paling gempak terus buat drama n filem, meletops! “Suamiku En Sotong, Suami aku Encik Perfect 10, Suami aku Ustaz, Asam Pedas untuk Dia..macam-macam lagi la. Pasni if terbit novel kitaorang nak buat tajuk gempak2 la contohnya “Mak Mertua Vogue”, “Suami Aku Jiran Sebelah”, “Suami aku badan sado” “Aku Ado, kau ado ke?” hahaha..hadoii ai..

Bila kitaorang buka booth buku, aku jenis yang suka bercakap dengan customer. Bila customer tanya which buku under this publication yang best seller. Ni yang novel, aku tau ler. Sebab aku baca novel. Tapi dah lama tak baca novel cinta gedik2..hahaha.  Then aku pon cakap la kan review tentang novel ni. Biasanya novel Fixi lo....sembang2 dengan customer. Seronok! En Jijan jenis yang senyum je sepanjang masa..haha.. Katanya kita berniaga kena senyum sentiasa, baru la orang seronok nak kuar duit beli buku! Some people boleh beli buku cam beli ikan sajo. Dia amik, amik, amik. Nah bape, then bayo. Tak kisah berapa pon harganya. And some people dia suka beli buku tapi dia tak baca pon, buat koleksi. Ada pulak dia suka tengok buku, suka sangat tapi dia xbeli pon.

En Jijan sentiasa encourage supaya aku menulis novel..ada la tulis tapi tak siap-siap kan.. haha..Actually I love to write, even simple things pon aku suka tulis. Tulis dalam blog or kadang2 tulis kat wall FB sendiri. Tapi if nak tulis novel, hazab la pulak kan. Panjang lor.. at least 60,000 words. And aku memang amazed bila dapat manuskrip yang wordsnya 200,000. Wow! Bape lama la agaknya nak menulis tu kan.. But if kita dah dapat momentum nak menulis, the idea is like air terjun. Mencurah-curah dia keluar, and you just taip tak henti-henti keluarkan all the ideas! Seriously ok! In Sha Allah..In Sha Allah…

Mungkin orang nampak company kami ni cam siput je progressnya. Tapi kami tak kisah..orang cakap sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. En Jijan tak mau terburu-buru sebab biasanya yang terburu-buru tu wifey nye ni la..hahaha.. sume nak copat kan. Besar harapan kami ingin menjadikan Karya Tinta satu hari nanti sebaris dengan syarikat penerbitan yang mempunyai nama yang besar dan melahirkan penulis-penulis yang hebat. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kami, semoga kami sabar menghadapi jatuh bangunnya dalam industri ini. Kata orang “bukan senang nak senang”.


~end~









Monday, January 26, 2015

Aku tanya apa khabar??

Lagu nyanyian Joe Flizzow feat Sonaone ni aku dengar sebelum Anugerah Juara Lagu lagi.. Tapi bila dah jadi juara lagu 2014 lagi la lagu ni jadi top. Before this aku tak penah nak kisah tengok lirik lagu ni. Tapi kan bila tengok lirik dia sambil dengar lagu tu kan, then tetiba aku rasa sebak gila kot. Rasa rindu bebeno kat kawan-kawan masa kat UM dan housemate aku dulu.

My dear friends Suzi, Wan, Ina, Chek, Siti Su and Zana. Wei korang rindu aku tak?? Seriously aku nanges kot bila dengar lagu ni..Hadoi..terimbau kenangan lalu uols..Eh tapi yang lirik yang rap tu korang tukar sikit sebab kita tak buat konsert kan! hahaha..

Why aku sebak masa dengar lagu ni and teringat korang: 

1) Sebab masa masuk UM ni la first time aku jauh dari famili, and kawan-kawan kat UM ni la jadi tempat berpaut..ceh..ceh..
2) Aku jumpa kawan-kawan yang best dan ngam ho kat UM ni and alhamdulillah masih berhubung sehingga sekarang
3) Kat UM adalah pengalaman yang takkan pernah dilupakan, as a teenagers selain belajar, berkawan, berpersatuan, belajar silat dan tak lupa juga bertemu jodoh di sini - En Jijan aku tak yah tanya apa khabar..Sebab dia memang koba baik dengan aku n hero-hero kitaorang - cam takde kena mengena pulak reason no 2 nih..hahaha...
4) Banyak memori dengan korang.. masuk UM mcm nak pindah gamaknya..Suzi ko ingat tak ko la yang tolong aku hangkut barang dari kolej 5 ke kolej 2. Pastu ko ko cakap banyaknye barang awak..hahaha..1st time balik kg naik bas poie Pudu - Suzi ko ingat lagi tak, kita tanya orang kat mana Pudu tu. Kita naik bas KL-Muo-Batu Pahat. Ina ingat tak masa kita mula2 koje dulu..OMG..that is so pengalaman yang tak bole lupa la..Chek, ko ingat tak betapa adventurenye kita poie koje dulu..Su, Wan and Zana korang ingat tak masa kita join projek Perintis yang tak suam-suam kuku masa tu..hahaha..
5) Kita selalu jalan same2, sopink same2, share our stories together, share our sad n joy together..Adoii..rindu la sume tu!

Masa kat UM ni la banyak mengajar aku erti hidup, then bila abis belajar, cari koje dengan penuh cabarannya semua dilalui bersama kawan-kawan yang sentiasa ada untuk bagi moral support..

Nak tulis semua kat sini tak cukup lo..but yang penting setiap korang ada tempat istimewa dalam hati aku tau! Dramatik pulaks aku kan..hahaha..Pasni kita bole wat reunion la..kuikui..Nah dengar lagu ni.


Selalu -selalu la tanya apa khabar supaya persahabatan kita akan last forever! Love and miss uols!



Lirik Lagu Apa Khabar – Joe Flizzow feat SonaOne
Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua