Tuesday, July 19, 2016

#MalaikatSubuh



Masa den berniaga perfume aritu, ada sorang customer tanya:

"Dik, bau minyak wangi Malaikat Subuh ada tak?" Huhuhu.. saya pon tak tahu bau Malaikat Subuh tu camno encik. jujur saya tak tahu taw. 

Tapi masa den sekolah rendah dulu penah la jugak dengar nama perfume tu. Ndak ndak bila orang balik dari menunaikan Haji..sekarang tak pernah dengar lagi sehingga la customer den tu tanyo..

Last last setelah belek punye belek, hidu satu satu dan yang penting bau perfume itu telah di approve oleh wife nyo, customer den boli perfume De'xandra Bleu de Chanel. 

Den pon tanyo "bau ni samo ka dengan bau perfume Malaikat Subuh encik?" Beliau menjawab "tak tahu la..sebab saya main sebut ja. Tapi bau ni sedap la (beliau merujuk kpd perfume Bleu de Chanel)" 

Hahaha..Pitam den! Apa apa la encik, janji encik suka dengan bau perfume De'Xandra ni. Terima kasih sebab beli di booth saya yek! Peace yo...hihihi


Bisik-bisik:
Macam macam ragam customer, kita layan kan sajo. Yang penting kena senyum dan happy happy berniago!

#KFC



Time time raya ni teringat aku masa zaman kecik kecik dulu. Bila raya kami adik beradik kumpul duit raya sebab nak makan KFC. Time tu bila dpt mkn KFC rasa bestnye. Makan KFC kat roundabout sebelah supermarket Fresco tu. Dulu namenye supermarket Hock Hai kot. Aku pon lupa dah namenye. Orang Muor yg lain, korang ingat tak name supermarket tu? 
 
Selalunya kalau beli KFC mak aku mesti order bahagian yg banyak isi. Ye la dpt mkn KFC bukan selalu. So bila beli tu beli bahagian yg byk isi..puas makan kata mak aku..hihi..syok dapat makan KFC dlm restoran ade aircond, bole tengok tengok pemandangan kat luar gitu. Pastu fefeling orang kaya sket..hahahha biasa la budak budak excited..

Ianya satu kepuasan bagi kami makan KFC guna duit raya sendiri bukan duit mak ayah. Sebab kami pon paham kami bukan orang senang yg mintak apa ja sekelip mata dapat. Kena kumpul duit baru la dapat apa yg dihajati. 

Alhamdulillah..sekarang ni kehidupan kami adik beradik semakin baik. Idok la kaya raya tapi selesa la keadaannya.


Bisik-bisik:
Pakcik rambut putih tu memang famous di kalangan budak budak..mak budak pon apa kurangnya.. suka cheesy wedges Pakcik Kolonel! Kikiki..

#AliSetan




Layan tgk citer Ali Setan kat TV 2. Tetibe teringat zaman aku kat UM dulu. Time kat UM ni la aku bertemu jodoh dengan Encik Azizan Hamsin. Kuang kuang kuang..

Kami satu course, satu fakulti. Tapi kenal masa join Kelab PERINTIS Ushawan. Ali Setan ni karektornya nakal dan suka usik orang. Tapi Encik Jijan ni orangnya malu malu kucing. Kojenye senyum ja..tu yg buat kita angau kot! Hahaha..

Tempat lepak paling best masa kat UM ialah kat dataran Za'aba fakulti business. Kitaorang suka lepak dengan geng geng kitaorang sebelum tunggu next class, tak pon buat assignment or group discussion. 

Walaupon kitaorg couple tapi kitaorang tak pernah satu group assignment. Nanti boring... kuikuikui.. kelas tutorial pon same..eh tapi penah dua kali ja satu kelas tutorial tu pon sebab semua slot yg lain dh full. Nak tak ndak terpaksa le satu kelas. Kelas Business Law dengan Islamic Banking. 

Tak best taw satu kelas tutorial sebab nanti bila presentation rasa cam berdebar lain macam..hahaha..ko dah kenape? 

Bisik-bisik:
Zaman belajar kat UM memang best! Selain belajo kita bertemu jodoh di situ..kuikuikui..



#‎Bercerita



Semalam selain dr pertandingan Kalam Jama'ie ade pertandingan bercerita jugak. Seronok tengok gelagat budak tadika bercerita. Peserta pertama naik pentas lepas tu dia diam ja. Lama juga la. Sampai guru pengiring tenangkan dan ingat kan balik cerita yg dia nk sampaikan. Lepas tu baru dia bole bercerita siap bersyair syair gitu!

Teringat la zaman aku sekolah rendah dulu. Pernah masuk pertandingan bercerita. Cuak beb cuak bila berdiri atas pentas pastu ko tengok audiens punye la ramai. Lepas tu tengok hakim lagi. Adehh! Aku ni pulak jenis darah gemuruh tahap gaban. Time berlatih takde pulak gitu. Maybe sebab berlatih sendirian kot takde audiens. Masa tu aku darjah 2 mewakili sekolah. Kalah wei! Loser giler ja rasa. Dah la terketar ketar, rasa cam nak nanges pon ade. Gemuruh dia tak tahu nk koba la camno! 

Pastu darjah 3 sekali lagi masuk pertandingan bercerita tapi kali ni antara kelas ja. Eh tak jugak. Darjah 3 satu kelas ja pon. Lawan bercerita antara classmate ja..aku punye story ialah Batu Belah Batu Bertangkup. Kali ni dah ade keyakinan sikit. Cikgu aku ckp kalau gementar awak tengok kat satu tempat or satu orang saja. Teknik cikgu aku ni nampak nya berkesan. Aku takde la gemuruh bebeno..hihihi..alhamdulillah dapat tempat pertama! Yeay..you made it!! 


Bisik-bisik:
Apapun memang bukan sesuatu yg mudah untuk memulakan sesuatu yg baru dalam hidup kita. Yg penting kita berani mencuba dan tidak mudah putus asa.

#Basikal




Tetiba rasa nak tulis pasal basikal. Sebab tengah survey survey basikal untuk Aqim.  Dah lama aku  tak naik basikal. Kali terakhir naik basikal masa tingkatan 5. Lepas tu takde dah. Tingkatan 6 dah start bawa motor. Start bawak basikal pergi sekolah rendah masa aku darjah 4 kalau tak silap. Basikal aku antik tau. Basikal Choper nama dia. Tempat duduk ala-ala kasut but Phua Chu Kang gitu. Sebenonye basikal tu makcik aku yang punye. Dia dah tak guna, so arwah ayah aku betulkan bagi aku bawa poie sekolah. Arwah ayah aku pasangkan bakul depan belakang dan  siap letak side mirror. Rare tau sampai segan nak kayuh basikal tu poie sekolah. Kono ejek dengan budak budak lelaki. Herley Davison katanye!! Dah la kadang-kadang datang lambat ke sekolah. Adehh! 

Basikal ni banyak berjasa. Bawa basikal p sekolah kebangsaan, p sekolah agama, p kedai, poie Bandar Muor tu pon aku naik basikal tau! Masa tu aku dengan geng-geng perempuan parking basikal kat pokok besor depan balai polis tu. Dekat dekat dengan pejabat pos. Then kitaorang jalan kaki poie ronda bando. Gigih beno wei! Nak kayuh basikal tengah tengah bando tu takut sebab keta dah la banyak. So parking kat situ, jalan kaki sajo.

Ok. Satu satunye kedai basikal yang paling famous kat Jalan Junid ialah kedai basikal ayah kawan aku Zaharah nama kawan aku tu. Balik dari sekolah pagi or masa nak poie sekolah petang (sekolah agama) aku singgah pam tayar. Bagi best sikit kayuh basikal. Kadang-kadang baiki brek yang dah “tak makan”. Kalau brek basikal loose kitorang cakap “brek dah tak makan”hahaha..macam lawak pulak bunyinye! Bila cuti sekolah panjang, jarang la poie kedai basikal. Tapi bila dah nak naik sekolah tu, kono la servis basikal. Bagi tip top balik. Tukar tayar, pam tayar, pasang loceng la, tukar seat, tak pon beli sarung seat ka, bagi ketatkan rantai basikal, letak minyak sikit, tukar brek depan belakang, pasang bakul. Dulu basikal budak-budak lelaki selalu pasang cam besi kat belakang supaya kawan diorang boleh bonceng sambil berdiri. Ape kebenda tu pon aku tak tahu nama dia. 

Naik sekolah menengah aku dah tukar basikal. Basikal ape ek namanye. Tak ingat. Tapi yang aku tahu, basikal tu ade gear taw. Sampai gear 3 kot. Lupa la ade bape gear. Hahaha.. Kebanyakan budak budak sekolah bawak basikal ni. Best kayuh basikal saing saing dengan kawan-kawan sambil bergosip. Haha..Kalau kayuh sorang sorang dok hafal sifir or formula. Tapi kalau kayuh time nak Magrib tu, baca ayat Qursi berulang ulang supaya dilindungi daripada ganguan syaiton gitu!


Bisik-bisik:
Aku penah bawak basikal pastu tersodok pokok jambu air sebab kena kejar anjing. Dah aku tersodok terjongkang kat situ, anjing tu blah ja.Mungkin dia kesian kot. Huhu.. Apa la motif anjing tu kejar aku? Musykil musykil..Huhu..


Friday, March 11, 2016

Cemburu: Positif dan Negatif

Hari ni terdetik pulak nak share tentang sifat cemburu. Bukan apa, sebab saya baru p interview dan semasa interview tu ada soalan bertulis. Antara soalan yang menarik perhatian saya ialah soalan yang berbunyi:

"Jika rakan sekerja anda dinaikkan pangkat, adalah tidak baik jika anda mempunyai sifat cemburu terhadap rakan anda" Jawapan : A. Ya  B. Tidak

Saya jawab Tidak.

Bagi saya soalan ini sangat subjektif. Tipulah kalau kita tidak ada rasa cemburu. Kalau tak banyak, sedikit pun pasti terdetik. Sebab itu adalah sifat semulajadi manusia. Kecuali lah orang tu memang dah takde hati dan perasaan. Stone ja...

Persoalannya: Adakah jika orang tersebut menjawab Ya, maka dia adalah seorang yang mempunyai nilai positif, manakala orang yang menjawab Tidak dilihat mempunyai sifat negatif?

Cemburu boleh melahirkan kedua-dua sifat tersebut. Terpulang bagaimana kita membawa sifat cemburu itu dalam diri kita.

Pada saya adalah Tidak Salah jika kita mempunyai sifat cemburu; jika kita mencorakkan sifat itu ke arah positif. Bila cemburu dengan kejayaan seseorang, ia menjadikan kita lebih kuat berusaha, tidak putus asa untuk sama-sama mencontohi kejayaan kawan kita tu. Ini boleh dilihat sebagai satu motivasi untuk kita terus maju dan melangkah kehadapan. Bermaksud kita bersaing secara sihat. Kawan tersebut ada kelebihan manakala kita juga punya kekuatan dan kelebihan tersendiri. Kita cemburu dengan cara yang sihat.

Jika kita mencorakkan cemburu itu ke arah yang negatif. Maka benda yang negatif la berlaku. Contohnya bila kawan tu naik pangkat, kita rasa sakit hati, kita rasa patutnya kita yang naik pangkat bukan dia. Dari situ timbul pula perasaan hasad dengki; nak jatuhkan kawan tu. Sebarkan fitnah kat kawan tu, tak berikan kerjasama yang bagus bila bekerja dalam satu pasukan. Yang lebih dashyat lagi bila ada yang sanggup buat kerja terkutuk; p sihir kawan tu pulak! Nauzubillah...Ini satu perangai yang saya tak boleh terima!! Sebab dia tak percaya pada rezeki yang Allah nak bagi kepada dia. Mungkin rezeki tu lambat sikit, sebab dia kena usaha lebih kuat. Ni dia berusaha secara tidak sihat pulak!! Penyakit macam tu banyak sahaja ya..hurmm.. kalau orang berniaga dihantarnya benda-benda tak elok ni- bagi orang tak nampak kedai kawan tu, bagi kawan tu sakit..macam macam lagi la cara keji. Itu cemburu yang sangat negatif!

Maka marilah kita semaikan dalam hati dan minda kita cemburu yang positif. Bagimana kita nak upgradekan diri kita dengan cara yang betul dan tidak menjatuhkan orang lain. Kita melihat kejayaan orang lain sebagai motivasi kepada diri kita untuk berjaya dan memperbaiki kelemahan diri kita.

Saya cemburu dengan kejayaan orang lain tapi saya menyalurkan aura cemburu itu ke channel yang positif. Saya ingin mencontohi kejayaan kawan tersebut, dalam masa yang sama saya juga kena melipatgandakan usaha untuk mencontohi kejayaan dia dengan kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri saya. Kerana kejayaan yang dikecapi bersama-sama adalah lebih manis diraikan! Kerana apa? Kerana kita jujur dan percaya dengan rezeki yang Allah akan berikan kepada kita :)




Catatan pendek:
AzRa
11 March 2016
12.03 am

Thursday, March 10, 2016

Kisah Benar: Akak dan Perfume

KISAH BENAR

Malam ni akak nk citer pengalaman akak. Sape nk baca sila baca, xnk baca pon takpe..hihihihi...
Masa dahulu kan, akak ni memang menyimpan hasrat ut...k beli n pakai perfume yg branded, yg bila kita tgk iklannya, kita pon fefeling gitu. Tapi confirm la harganya uit mak aii mahai! Tapi akak tetap juga verangan satu hari aku mesti ada satu perfume branded jugak! Masa tu akak aim perfume Blvagari yg warne pepel tu. Sebab penah bau testernye.

Akak pon mula la kumpul duit sikit sikit demi merealisasikan hasrat akak tu. Gigih taw! So selalu gak lo survey harga perfume tu kalu poie Mid Valley or JUSCO. Tgk kut2 ade diskaun ka..tapi walaupon ade diskaun asik lo ade rasa cam isk aku ni betui ka nk beli perfume mahai ni..huhuhu
Tapi akhirnyo akak dpt jgk beli perfume tersebut..beli kat KLIA..haha..dapat gak akhirnya! Suko sgt! Pakai pon jimat2 ja..iye lo perfume mahal kena la pakai dgn berhemah.. 😜

Lepas tu kita rasa syok la..aim perfume branded yg lain lain pulak..hadoii bertabah la! 😂😂😂 kali ni akak aim CK pulak..isk isk..tapi akak bijak sikit..kali ni beli dgn kawan yg selalu poie US beli brg2 branded. So hrga jauh lebih murah. Maka rasa ok la cukup la ade 2 tu kan..hihihi
Nak dijadikan citer, akak bertemu jodoh dgn perfume De'Xandra bila umur dh masuk 30++ ni..perfume inspired De'Xandra ni lagi best taw! Bau setanding yg branded, tahan lama dan yg paling akak suko harganya yg ekonomi gitew!! Jimat duit akak..dgn RM120 akak bole dpt 2 Perfume De'Xandra yg isipadu nya 35ml setiap satu 😱😱😱😱 kalu nk beli tiap2 bulan pon bole..haha..

Akak pon terus daftar jadi dropship lepas tu daftar jadi agen pulak!!! Akak nk kongsikan kelebihan perfume De'Xandra kpd sume orang. Akak jugak nk membantu korang yg nk cari pendapatan lebih dgn join sbg dropship akak di the AzRa Shoppe nih 😊😊😊 bak kata Dr Azizan Osman rezeki bukan untuk dimonopoli tapi untuk dikongsi. 😊😊😊

Kalu ade sape2 nk beli perfume De'Xandra or nk join jd dropship akak, bole la roger-roger di #012.352.9074

‪#‎perfumedexandra‬ ‪#‎theazrashoppe‬ ‪#‎dexandra‬ ‪#‎minyakwangi‬

Copypaste dari FB page akak :)