Thursday, February 28, 2008

Pasar Malam

Semalam kita p Pasar malam. Mama beli macam2 sayur. ada brocoli, sawi,kubis panjang, kailan n kacang panjang. beli terus wat stok.

Mama nk cari kek pisang, tapi takde jual plak. Time nk beli takde pulak. Ramai jugak orang kat pasar malam pantai dalam ni. ndak2 time nak dekat election ni. mama tengok ade pondok2 parti berkempen.hehehe...

Ade satu gerai ni, mama ckp 'dik nasi lemak satu ye'. dia anguk2 kepala.pastu die sibuk duk tnye org yg dtg kt tepi mama (baru dtg) beli ape.nasi lemak yg mama nak die tak bungkus lagi. Mama tnye lagi.Budak tu anguk2 lagi. Tapi tak wat jugak,die sibuk duk susun2 nasi ayam plak. Mama dh hangin, terus blah.geramnyer.. Last2 mama beli kat gerai yang jauh sikit. Nasib baik ade..sabar jer la.

Dah beli sume kita pon balik. Masuk jer keta Aqim muntah yang banyak tak ingat. Separuh badan mama kena muntah Aqim. Abis seat keta papa penuh muntah Aqim. Papa sibuk duk risau keta bau masam.hahaha...yang peliknyer Aqim tak kena muntah pon.Pandai die ni.

Wednesday, February 27, 2008

Aqim Jatuh Tilam (Part iii)

Haduh,Aqim ni sekarang dah lasak, suka nk main & suka explore benda2 baru. Semalam malam Aqim jatuh dr tilam lg. Kali ni ade bengkak sikit kt tepi mata Aqim. Dah la malam semalam mama & papa ngantuk tahap gaban. Tak sedar Aqim dh terjaga and main2 kt tepi tilam tuh.

Sekali Aqim menangis kuat bila jatuh, terkejut badak mama & papa terus terjaga and peluk Aqim. Tapi Aqim ni jenis baby yg lasak, kejap je nangis pastu elok jer sengih2 and nak main. Lor...Macam2 la Aqim ni.

Tuesday, February 26, 2008

Meet with Mama Irfan

on 25th Feb, mama jumpa mama irfan.finally we meet! hehehe...

Comei jer mama irfan nih. Mama irfan datang kat opis mama sbb ade i.view. Tapi mama tak dapat la nak berbual2 sangat sbb mama busy gak on that day. Mama kenal mama irfan pon masa kat forum Mamy Poko. secara siber gitu. Canggih tul!

Hopefully ade rezeki mama irfan. kalu tak di opis mama,kat tempat lain. Insyallah..

Monday, February 25, 2008

Aqim & Papa

Mama cian tengok muka papa calar-calar sbb Aqim geram.hehehe..kelakar sungguh.dengan mama Aqim tak wat cmtu pon.

Hari tu masa papa gurau2 dengan Aqim, Aqim muntahkan papa.Habis seluar & baju papa kena muntah. Ada satu pagi ni,mama & papa dh siap2 nak p keje. Papa angkat je Aqim dr walker habis baju papa kena poo poo Aqim. Rupa2nya Aqim berak dh tembus. Cian papa kena tukar baju lain.hehehe...

Papa ckp this week Aqim asyik kena kan papa je. So wait for turn mama plak. Ala papa tu dengki la tu.hehehhe...

Friday, February 22, 2008

Aqim Jatuh Tilam (Part ii)

Semalam malam mama tak tau bila masa Aqim dh tergolek kat tepi tilam. Elok jer tido meniarap dengan bantal bucuk die tu.Bila masa plak Aqim dh kat bawah sebab xde menangis pon.
Mama kejutkan papa,ade ke papa cakap ntah2 mama letak Aqim tapi tak ingat kut.Hish ade ke? Tak kan la mama nak letak Aqim kat bawah tu sejuk2. Ape la papa nih.

Heran sungguh....

Yoga Class

Sepatutnya hari ni aku ade yoga class. Tapi kerana aku batuk terpaksa la aku pegi next week nyer class. Huhuhu.. seday.Kang kalu aku join gak menggangu konsentrasi org lain plak. Aku dok terbatuk2. Xpe la next week msti join.

Actually opis aku ni yang wat kelas yoga. Aku pon berminat jugak. Bagus ape..senaman.mana tau bole kempiskn perut aku ni.hehehe...

Thursday, February 21, 2008

1 Famili Tak Sihat..huhuhu..

Semalam malam batuk mama makin teruk. Dh makan ubat pon cmtu. Aqim pon selsema lagi. Papa plak selsema & demam sket. Tekak mama ni rasa perit sangat. Mama minum air suam banyak2,mkn vitamin C.

Mayb cuaca panas sangat sekarang ni. Musim org demam. Kalu dah sakit, mama nk wat keje umah pon cam malas jer. Tapi mama wat la jugak. Nasib bek papa ringan tulang tolong mama. Thanks papa.

Tuesday, February 19, 2008

Aqim Tak Sihat

Semalam malam badan Aqim panas. Demam & selsema. Mama bagi ubat demam, tuamkan sapu tangan basah kat kepala & letak cool fever kat dahi Aqim. Minum air masak lebih sikit.Panas pon surut sikit. Malam tadi pon tido cam gelisah jer. Cian Aqim.Papa pon bangun jugak jaga Aqim.

Mama baru baik selsema tapi sekarang ni batuk pulak. Papa pon rasa cam nak demam.Cuaca panas sangat, tak tahan. Hopefully sume akan ok.

Monday, February 18, 2008

Ayah Chik bertunang

Malam 15hb kita balik kampung sbb esok ayah chik nk bertunang. Keluar rumah kul 7.00pm sampai umah atok kt Muar kul 10.30pm. Sampai umah mak uda,nenek sibuk wat hantaran ayah chik.Lawa jugak warna hijau lumut. atok,ayah cu & mak teh sibuk layan Aqim.

16hb- kalu ikut kn majlis kul 11.30am tapi dh postpon kul 2.30pm. Dari umah ade 5 keta.keta atok,keta papa,keta kwn ayh chik, keta tok leman & keta tok uda. sume ade 7 keta. atok chik tunggu kat macap & ayah ngah tunggu kt JB. sampai umah cik aida (tunang ayah chik )kul 3.00pm. belah lelaki bw 13 dulang belah pompuan balas 20 dulang.Cam majlis kawen mama tgk siap ade balai 2.hehehehe...balik singgah umah ayah ngah jap kat Taman Universiti,kul 6.30pm gerak sampai umah atok kol 10.00pm.

17hb-kita balik kul 12.30pm. samapi kul 4.30pm.letih betul....

Monday, February 11, 2008

Balik Kampung

7hb.Tahun ni Chinese New Year kita balik kampung papa (Perak) Khamis pagi kul 8 dh bertolak dari umah smpai umah nenek kul 2.00 ptg. Aiqm relax jer tak meragam sepanjang perjalanan.
8hb kita g umah kawan papa, nama die Swee Kim. Aqim dpat angpow.hehehe..
9hb plak kita p umah kawan papa kenduri kawen kat Sg Remis Perak. Kawan papa kawen istiadat tentera yang jalan bawah pedang tu.mama tak penah tgk, ni la first time mama tgk. Papa jumpa ramai kwan2 lama die.hepi jer papa berborak.maklum la dh lama sgt tak jumpa.
10hb kita pon balik. bertolak dari umah nenek kul 12.45 tghari. Jalan sangat la jem. Papa ikut highway then ikut jln lama. gilir2. Sampai umah kita kt PJ kul 9.00 mlm. hu... letih nyer...tapi sempat jugak mama & papa tgk citer cina Monk.kul 12.00 am baru tido.Aqim kul 10 pm dh tido.hehehehe...

Wednesday, February 6, 2008

Aqim Jatuh Dari Tilam

Pagi tadi Aqim jatuh dari tilam. Tilam mama tinggi jugak ada la 8 inci. Nasib bek mama xde katil. Nangis jugak la si Aqim, terperanjat kut.

Mama peluk Aqim kuat2, pujuk Aqim. Jap lagi Aqim pon ok. Haduh...teruk betul mama. Next time kena lebih carefull. huhuhu...

Tuesday, February 5, 2008

Limau Mandrin

Semalam mama kasi Aqim rasa sket limau mandrin. Suka nyer Aqim. Aqim isap isi limau tu. dah habis seulas mama pon stop la, tup-tup Aqim menangis2 nak lagi.terkejut mama Aqim nangis kuat sbb nk limau tu lagi.

So mama bagi la lagi,ada la dalam 5 ulas Aqim makan. Papa tak kasi makan banyak2, papa ckp takut kembung perut. yek ker? mama pon tak tau...

Deria rasa Aqim dah bertambah baik dan Aqim dah pandai mintak makan.hehhehe...

Monday, February 4, 2008

Atuk Mat Meninggal Dunia

Petang kul 5.45 ibu call bagitau yang atuk Mat dah meninggal dunia..Aku terkedu sekejap. Allah lebih syang atuk Mat. Ibu cakap kebumi pagi sabtu nanti.

So kami pun balik Muar petang tu jugak.dalam kul 7 grak dari rumah. On the way, Acik call cakap arwah atuk mat nak kebumi lepas solat Isyak'. Aku masa tu baru smpai seremban. Sampai muo kul 10.30 mlm. Tak sempat tengok arwah atok wat kali terakhir..

Al- Fatihah.Untuk arwah atuk mat,semoga di tempatkan di dalam golongan ornag2 beriman..Amin...