Monday, April 27, 2009

Macam mana nih?

Pala dah pusing ni dok memikirkan kat mana nak anto Aqim 2 bulan nanti.

Toing..
Toing..
Toing...


Pengasuh Aqim, Kak Izan pregnant. Dah 6 bulan lebih rupenya. Saya tak tau pon. Last week die cakap nnt ujung bulan 7 ni akak nak bersalin dah. Ha? terkejut katak den.. tak sangka la plak. hehe.. Kak Izan cakap die dah tanya makcik kat atas umh die untuk jagakan Aqim dan budak yang lain2 tu untuk 2 bulan. Lega la dengar camtu.


Tup, tup..semalam saya jumpa dengan akak tu. die cakap macam tak larat, sebab ramai sangat. Adoi aii.. mana la plak saya nak letak Aqim ni. Die suh tnya ade sorang lagi akak yang jaga budak kat blok B. Saya lum jumpa lagi. kenal pon idak..huhuhu..


Poning pala pikir. Ye la Aqim kan dah besar, dah tau dah kalu anto umah orang lain selain umah Kak Izan. Mau melalak kang..

Relax ..relax..pelan-pelan cari. Mesti adenye..


* My dear Aqim..bersedia la nak kena anto kat umah pengasuh lain. 2 bulan je nak oii...

Sunday, April 26, 2009

KL Book Fair lagi



Dalam komuter




Duk diam je..hehehe..










Hermmm...

Tak abis-abis g KL Book Fair ye..kekeke..


Kali ni g saing hubby,nak belikan Aqim books.Kali ni baru la bule nak pilih2 n jalan-jalan sikit sbb datang kol 10 am.



Dah beli buku, kami pon balik. Hubby kena jaga buku sampai kol 3pm. So saya n Aqim balik dulu. Kali ni balik naik komuter plak. Sebb umah kami dekat dengan komuter PETALING.


Aqim seperti biasa, sangat teruja naik komuter. Sangat baik dalam komuter. Duduk je n perhatikan sekeliling keadaan dalam komuter. Hemm bagus anak mama ni. Lain kali bule naik komuter lagi.

Friday, April 24, 2009

Isu ini.....

Anak ikut agama asal ibu bapa
Oleh Nor Azma Laila :norazma@bharian.com.my

Pertukaran agama bukan alasan lepas diri daripada perkahwinan
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama. Keputusan itu, yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, adalah langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan dengan tidak adil. "Anak perlu dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka. Bagi pasangan yang bercadang menukar agama, mereka sepatutnya menyelesaikan terlebih dulu semua masalah berkaitan tanggungjawabnya. "Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, semalam.


Beliau merujuk kes Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam. Mohd Ridzuan dilaporkan turut menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka, Indra Ghandhi, 35, masih beragama Hindu. Berikutan itu, Indra meminta bantuan Hindu Sangam di Ipoh kerana mendakwa Mohd Ridzuan menukar agama tiga anak mereka tanpa kehadiran dan memaklumkannya terlebih dulu. Nazri berkata, lebih banyak kes seumpamanya dijangka muncul pada masa akan datang dan kerana itu Kabinet terpaksa membuat keputusan.



Sebagai penyelesaian jangka pendek, katanya, Kabinet mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, menemui Mohd Ridzuan bagi menjelaskan keputusan jemaah Menteri itu. "Kabinet juga membuat keputusan sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di Mahkamah Sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil. "Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," katanya. Beliau berkata, Kabinet turut bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undang-undang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu.



Bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undang-undang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan. Nazri berkata, kerajaan juga bersedia mendengar sebarang pandangan masyarakat mengenai keputusan berkenaan bagi kebaikan semua pihak.



* Fikir2kan la..

Monday, April 20, 2009

KL Book Fair 2009 PWTC

Semalam saya ada meeting kat Shah Village. Terpaksa bawak Aqim sebab hubby keje. Actually hubby kena jaga booth kat KL Book Fair. Sesiapa yang ingin membeli buku2 sains sosial, kemasyarakatan atau politik boleh la p kat booth GerakBudaya Enterprise. Gerainye terletak sebelah kanan (hujung sekali) pintu masuk utama tingkat 2. hehehe..wat promo sikit!
Pas meeting, saya decide nak bawak Aqim g KL Book Fair memandangkan hubby abis shift kol 3 ptg. Hermmm... naik LRT sampai Masjid Jamek then tukar Star ke PWTC. Aqim punye la seronok naik LRT, suke benonye. Tapi mamanye punye la berpeluh2, ye la dah la orang punye la ramai, dukung Aqim lagi, dengan begnye lagi, tukar 2 tren plak tu. huhu.. Tapi gagahkan gak..
Sampai PWTC, mak oi orang punye la ramai gile. Nak jalan pon bersesak-sesak. Aqim plak jerit bila orang bergesel dengan die. hehehe.. nak tergelak pon ade.. Aqim jerit "hep..." Buku memang banyak sampai tak tau nak pilih n nak beli yang mana. Maybe saya akan g next week lagi kut untuk cari buku untuk Aqim. Saya hanya beli buku Simple English (Karangkraft) dan paper beg MOY.(RM4 siap dgn majalah UJANG 2 keping) sebb cantik. bule? Hubby saya cakap ntah ape2 la beli beg UJANG ni. hiks...
Cakap pasal buku untuk Aqim ni, ade la exhibitor tu mempromote kan satu program untuk kanak-kanak tau membaca. camtu la kiranye.. Harga RM1888. Hambek.. Program tu bagus, tapi saya dah ade belikan untuk Aqim yang jauh lebih murah harganye. Pada saya kalu beli yang mahal2 ni, if kita tak praktikkan nak watpe. Bukan saya berkira pasal development minda anak, tapi saya kena rasional dalam membuat pilihan. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Pastu exhibitor tu sibuk gak promote kat saya ni, walaupon muka dah menunjukkan takmo beli. Tetap gak die mempromote.. " eh, ko ni tak paham bahasa ke ape, aku takmo la" kata saya dalam hati. Sudahnye, saya cakap je "Takpe la dik, I think I stick to the program yang sekarang I guna ye. TQ" Dah saya terus blah.. lalala...
Kami balik dalam kol 3.30 pm setelah mereweng-reweng jap tengok buku. Tapi tak de mereweng sangat sebab ramai sangat orang. nak jalan pon bersesak-sesak. Balik umah tiga beranak ni terus membongkan titon.zzzz.......
* Takde amik pic sebb tak larat dah...

Saturday, April 18, 2009

Jalan-jalan d Taiping

Citer 2 minggu lepas...



Masa besday saya aritu, hubby ajak p jalan-jalan sekitar Taiping memandangkan masa tu kami ade kat Bagan Serai.



Mula-mula ingatkan nak naik Bukit Larut, tapi takde trak naik plak. Ade pon kol 4 ptg, masa kami sampai tu kol 11 pg.. hemm..tak jadi la p.



Pastu hubby ajak p Burmese pool aka Batu Hampar..Air torjun. P la bermandi manda jap. Tak best sangat la kat sini, cam tak terjaga je kawasannye.




Then kami p makan cendol Bismillah. Gerai cendol yang paling popular kat Taiping.. Sodap cendolnye!




Anak & bapak yang bermandi manda




Air yang mengalir





Dah sojuk tapi tetap gak nak mandi lagi..




Rasanye saya tau nape aritu badan Aqim naik merah-merah. Bukan sebab campak, tapi saya rasa sebab masa kami p Batu Hampar ni, kami kena lalu celah2 pokok, ade pokok buluh. Nak cari port yang best. Maybe Aqim jenis kulit sensetip. Jadi habis badannye merah2. Hemm.. andaian saya saje tapi abang ipar pon mengalami masalah yang sama masa bawak anaknye mandi kat situ. Entah la tak tau...






Anyway, sonok jalan-jalan aritu walaupon penat..

Tak sempat hapdet blog

Lately ni saya tak sempat je hapdet blog. Tapi masih sempat untuk membaca blog kengkawan yang lain. Dan jugak sempat untuk meninggalkan komen plak tu! hiks...


Saya tak hapdet blog sebab :

1) Banyak keje opis
2) Banyak keje umah
3) Aqim tak sihat 2 minggu lepas
4) Takde mood pliss

Sekarang ni bole la bernapas sikit. Leh la hapdet sikit2. kekeke...

Wednesday, April 15, 2009

Selamat Pagi Cikgu Farah

Adik saya Farah Elena aka Uda dah mula bertugas sebagai seorang guru ari Isnin lepas (yang konvo kat UPSI aritu) Die dapat posting kat Muo jugak. Bagus la. Duduk dengan famili kat Muo.

Dapat mengajar kat Sek. Men. Parit Bunga. Lebih kuang setengah jam dari umah. Kalu tak silap Uda mengajar subjek perdagangan dan sejarah.

Anyway Selamat Pagi Cikgu Farah! Selamat menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.




* Ayah dulu pon seorang cikgu!

Monday, April 13, 2009

Budak kecik yg pandai melaram

Aqim ni pandai je posing. Dah tau dah bila mamanye pegang kamera. Macam-macam la dibuatnye. Pastu dh amik gmbo, leh nak tengok gak ape hasilnye. Lawa ke idak. kekeke...




Encem anak mama ni..




Okey, sedia take 5 ye mama!




Lihat mataku yang besar! hiks..

Saturday, April 11, 2009

Indonesian Band

Nape lagu-lagu Indonesian band sedap didengar dan lebih dekat di hatiku? ayok...soalan!


Ntah la, saya pon tak tau. Ape yang penting, saya suka dengar lagu yang sedap dan best bagi saya, tak kira la dari negara mana. Tapi band dari Indonesianye lagu sangat best. Saya suka :

  1. Ungu
  2. Ada Band
  3. Dewa
  4. Samsons
  5. Peter Pan
  6. Sheila on 7

Hermmm..bukan saya tak sokong music Malaysia, tapi saya pon suka music dari Indonesia.

*Gi mana dong?

Dah ok sikit

Aqim dah elok sikit. Pagi tadi bawak Aqim p klinik lagi sebab gusi dia berdarah. Saya dh pikir lain dh.ye la kita mana tau kan..

Doktor cakap takde ape2. Aqim kena ulser kat mulut, so doc cakap ruang dalam mulut tu tak dibersihkan dengan betul. Ye la sejak Aqim ade ulser, gosok gigi pon takmo. Saya nak cuci kan guna sapu tangan basah pon dia mengamuks. Sudahnye jadi cmni pule...

Doc cakap Aqim nye campak ni tak teruk, maybe gak bukan campak cuma alergik. Ntah saya pon dh konfius ni. Tapi memang ye pon, cam ruam je.

Ape2 pon saya dan hubby sentiasa pantau Aqim, tengok kalu2 demam lg atau ruamnye tu makin naik. Tapi takat ni badan dia suam2 je. Bintik2 merah pon dh kurang.


*kena banyak minum air suam..

Wednesday, April 8, 2009

Aqim kena demam campak

Alahai....cian anak bujang saya kena demam campak pule..


Seluruh badan Aqim tumbuh bintik2 merah, badan pon panas. Yang membuatkan Aqim makin tak selesa ialah bibir die kena ulser. Aritu masa kat kg main beskal kecik, tertumus plak.. hadoi ai.. lasak sungguh budak ni.


Arini dah 3 ari. Tak aktif cam selalu. Cian anak mama ni. Minum susu pon tak banyak sangat, makan pon tak selera. Maybe sebab ulser mulut tu gak..


Pengasuh aqim suh minum air kelapa muda tanpa gula. Biar kuar sume campaknye tu. Pastu amik daun semambu n sapu kat badan Aqim. Mana nak cari daun semambu? kalu kat kg leh le mak aku carikan...huhuhu..


Anyway semalam dh g jumpa doctor. Doktor bagi ubat demam, ubat gatal and ubat sapu.



*risau tengok Aqim demam cmtu. Tak senang duduk saya dan hubby..hopefully cepat sembuh..

Tuesday, April 7, 2009

Musim menaman padi

Sekarang kat kampung asben saya musim menanam padi. Tapi sekarang ni plak musim ujan. Petang je ujan. Ujan bukan sikit2, ujan yang sangat lebat disertai dengan angin yang kuat.


In law saya cakap tengok la cmne tahun ni. Kalu tabur benih pagi, petang plak ujan. Bila ujan, air ujan tu bawak benih2 padi dibawa arus.



Ha tengok ni, dah cam banjir lumpur kan..




Ni antara pokok padi yang survive musim2 ujan gini..




*FIL saya tak reti dok diam. Walaupon dia dah tak larat, nak gak p jenguk bendang. Ye la maybe dia bosan dok saje d rumah. anyway..hujan itu rahmat..

Pilihanraya kecil Bukit Gantang

Arini saya balik KL dari Bagan Serai Perak. Tiba kat kawasan Bukit Gantang..huh meriah beb!


Semangat saya dibuatnye. Asben saya tak ketinggalan pasang bendera parti! Dah macam YB saya tengok asben saya ni. Mane taknye..selisih dengan keto yang sama parti, orang angkat tangan, hon2 keta sekali. hehehe...



Peraih-peraih undi pon ape kurangnye..semangat sungguh walaupon waktu tu panas terik. Diaorang kibar2 bendera parti. Memang ramai penyokong bulan. hehe saya suko!



Dan keputusannye calon Parti Bulan menang! Tahniah YB Ir Nizar!




Peraih2 undi di sepanjang jalan. Keto ni menghalang saya la.




Antara banner2 yang digantung..





Suko2, menang!





*Setiap orang bebas memilih parti...

Sunday, April 5, 2009

Hepi Besday to me!

Pejam celik pejam celik dah makin tua saya ni..hiks..


Semoga hari-hari yang saya lalui akan sentiasa dirahmati olehNya. Amin...


Dan semoga saya menjadi wanita, anak, isteri, ibu dan teman yang terbaik di samping orang-orang yang saya kasihi, cintai dan sayangi. Insyallah..



*Ni entry auto publish. Saya ada di Bagan Serai Perak..

Friday, April 3, 2009

Tolong mamanye..

Aqim memang suka menolong mamanye wat keje umah.
Kalu saya masak, Aqim suka dok kat dapo tengok mamanye siang sayur, kopek bawang. Tumbuk rencah sayur pon die nak wat jugak.

Aqim : (sibuk nk tumbuk rencah)
Mama: Nanti dulu Aqim, biar mama wat dulu
Aqim : Oki (Okey) sambil kacau-kacau mama gak
Mama : Nah Aqim plak buat
Aqim : Haa..oki (sambil sengih2)

Kalu saya menyapu sampah, Aqim pon sibuk gak nak pegang penyapu tu. Kunun-kunun nak sapu gak.. Nak tergelak saya tengok. Saya biar kan je die wat. Biar la die nak try kan..


Bila saya kemas bilik tido, Aqim akan tolong saya angkat bantal. Tapi bantal die je la.hiks..





Anak bujang saya yang rajin menolong
Tumbuk kuat2 sikit Aqim..
* Macam-macam la Aqim ni

Half day lagi!

Saya half day lagi..



Pengasuh Aqim still demam.. nak buek cmno...
Nasib bek bos saya memahami :o)



* Hubby amik g keje pagi, tghri baru saya masuk keje. Take turn lagi

Thursday, April 2, 2009

Mari main bubbles!

Mainan ni beli masa Ude konvo aritu. Aqim cukup suka main bubble ni. Terjerit-jerit kalu bubble tu kuar. Dalam mainan tu ade cam kipas kecik, so kita tak yah tiup-tiup cam manual gitu. Kena pakai bateri kecik.




Begini caranye nye..




Haa..tengok Aqim yang suka sangat tu!




Yea..





Wah banyaknye bubble..






* Syok tengok gelagat Aqim..

Half day

Saya terpaksa amik emergency leave arini. Tapi half day je. Sebab......



Babysitter Aqim demam panas maa.. Cian pulak. So saya amik half day pagi dan hubby plak amik half day ptg. Dah dua2 ade meeting. Nasib bek meeting saya kol 2.30 ptg dan meeting hubby plak kol 10.00 pagi. Boleh la kami take turn jaga si comei Aqim ni.


Hopefully esok Kak Izan dh sihat sikit. Ari Sabtu ni kami nak balik Bagan Serai Perak.



*Si Aqim makin lasak dan ligat.

Wednesday, April 1, 2009

Spam!

Hangen tol saya arini!


E-mail saya di opis banyak sangat spam. Sampaikan orang lain anto e-mail saya tak terima. Rupe-rupenya ada saya terima lebih kuang 3000 spam. Oh my GOD!


Saya sangat tension, sebab kena delete satu-satu takut ade e-mail penting dari client. Sangat tak suka tau...tapi nak wat camne.. :o(


Sistem kat opis saya cam complicated je. Dua e-mail combine jadi satu. Bila yang domain problem, tu yang satu lagi e-mail tak dapat terima message. Sebab nampak e-mail yang satu lagi tu seem ok je. huhuhu...



* Geramnye!