Monday, August 22, 2016

Certot: Nafkah anak, tanggungjawab bapa

Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Kebiasaannya waktu begini Arisa sudah berada di rumah..

Fuhh..satu lagi kes diterimanya. Kali ini tentang isu bapa yang tidak membayar nafkah anak walaupun sudah mendapat perintah mahkamah. Banyak juga kes seperti ini diterima di organisasi tempat Arisa bekerja. Kebanyakan kes seperti ini si isteri ialah surirumah sepenuh masa. Berhenti bekerja setelah mendirikan rumahtangga dan menguruskan keluarga. Mendedikasikan seluruh hidup kepada suami dan anak-anak. Sayangnya ada segelintir suami yang tidak menghargai pengorbanan isteri. Menduakan isteri, mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan yang paling memilukan suami yang melakukan keganasan rumahtangga terhadap isteri! Kes begini merupakan trauma yang paling dashyat bagi seorang isteri. Disepak terajang kemudian diminta melayani nafsu si suami yang menggila itu. Bila si isteri menolak permintaan, mula main isu hukum agama. Isteri wajib melayan suami bila suami meminta. Puihh.. memang dasar jantan tak guna! Geram Arisa bila segelintir manusia yang cakap tak guna otak..

Arisa menarik nafas dan menghelakannya..

Dia terus membuat laporan tentang kes yang diterima tadi. Organisasi di mana Arisa bekerja ini hanya memberikan panduan tentang prosedur undang-undang. Contohnya di dalam kes bapa yang tidak membayar nafkah anak walaupun telah mendapat perintah mahkamah. Arisa akan memberi panduan kepada klien, di mana harus beliau mengadu atau membuat laporan tentang kegagalan bekas suaminya membayar nafkah anak. Isteri boleh mengadu kepada mahkamah jika bekas suami tidak mematuhi perintah yang telah dikeluarkan. Nafkah anak merupakan tanggungjawab bapa walaupun dia telah berpisah dengan isteri. Mahkamah akan melihat kemampuan bapa dan juga keperluan anak dalam menentukan jumlah nafkah yang patut diberikan kepada anak tersebut.

Sejujurnya Arisa kagum dengan semangat ibu ibu tunggal yang membesarkan anak-anak mereka tanpa suami di sisi (suami yang tak bertanggungjawab). Mereka akan melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup dan membesarkan anak-anak.

AzRa
Kisah rumahtangga yang menyayat hati kita ambil iktibar dan pengajaran.

Saturday, August 20, 2016

Pengalaman Buka Booth

Hallu korang...

Cheh..berhallu tu macam ramai peminat ja ropenya..kuikui..sorry la kita memang suka fefeling writer top..berangan ja dulu kannn..hahaha..

Arini kita nak citer pengalaman kita buka booth. Kalau dulu En Jijan memang biasa bukak booth jual buku kat KL dan Petaling Jaya. But now since we moved to Ipoh, kitaorang buka booth jual perfume Dexandra pulaks..hihi..

Bukak booth ni pada kita satu pengalaman yang best, menyeronokkan. Sebab apa?
  • boleh jumpa macam macam jenis customers, 
  • boleh lebarkan networking kita bila jumpa kawan kawan yang sesama berniaga disekeliling kita, 
  • bole bernetworking dengan customers jugak, 
  • meningkatkan skil komunikasi 
  • bole bertukar tukar pengalaman dengan rakan niaga dan customers
  • belajo bersabo  
  • bole ajar kita jadi kreatif (bab2 nak susun barang berniaga ni)
  • meningkatkan ilmu mengira..kuikuikui
En. Jijan selalu pesan, senyum kena manis. Jangan senyum tak ikhlas..haha..penah taw sekali kita ikut En Jijan jaga booth buku. Pastu mata dah ngantok, masa tu bawak anak-anak. Anak anak dah merengek. So kita dah wat muka, terus dia suruh dok dalam keta rest or tido ka. Sebab kata dia nanti customer lari kalau muka kita garang or masam..hahaha..akak kalau dah xde mood memang terserlahla xde mood tu. Tapi En Jijan bole lagi muka cool ja..Iya la masa tu kita koje kan, En Jijan ni memang dah biasa bukak booth. So dia lebih tahu la. Now akak dah tahu, sebab kitaorang dah buat business sesama fulltime gitu.

Bila kita buat sesuatu yang kita suka dan minat, automatik aura happy tu kan datang sendiri. Walaupon ponat nak pengsan tapi still bole rasa happy happy dan rasa kepuasan. Walaupon kadang-kadang sale cam sendu gitu, kita memang rasa down jugak tapi takde la down yang teruk beno. Sebab kita percaya kadang-kadang sale kita tak banyak untuk hari tersebut tapi in sha Allah..Allah akan datangkan rezeki hari yang lain. Dan kadang-kadang rezeki tu bukan dalam bentuk duit tapi dalam bentuk lain. Contoh ada hamba Allah ni rekomen produk yang kita jual kat kawan dia dan kawan dia pon beli dengan kita. Dia pulak tunjukkan kat area area mana lagi yang kita bole bukak booth. Hebat bukan perancangan Allah! Kita kena berusaha dan percaya rezeki itu datangnya daripada Allah. Jika kita yakin dan berusaha pasti Allah berikan bahagian kita. 

Bila berniaga bukak booth ni banyak mengajar akak erti sobarrr..ha..panjang tau sobarrr nye tu..hahaha.. iyo la customer ni macam macam ragam. Ada yang easy, ada yang sedang sedang, ada yang cerewet. 

Contoh jenis yang easy ni dia tanya mana yang best dik bau perfume ni? Yang banyak orang beli? Akak rekomen, dia dok bau tester then terus ok bayor. Ha gitu easy nye! Satu lagi, dia memang dah tahu apa yang dia nak. Dia pilih, amik dan bayor.. Just like one blink eye gitu...

Yang sedang sedang ni contohnya dia macam tak tahu nak pilih yang mana walaupon dia dah cium sume tester, bila akak rekomen yg ni dia tak berkenan, pastu rekomen yg tu dia pon tak suka. Last last dia amik ja apa apa mengikut kata hati beliau. Ada yang dia masih ragu ragu nak beli 1 ke 2 terus..nak beli tester ke nak beli botol beso, nak beli kan suami or isteri ke nak beli utk diri sendiri dulu..Customer camni akak perlu yakinkan dia, apa apa pon pilihan yang dibuat akak akan sokong dia..hahaha..

Yang jenis cerewet ni memang kita kono kebal hati..jangan mudah sentap, kita senyum ja kat dia walaupon dalam hati kita cakap..nape la beliau begini ye? hahaha..Contoh customer cerewet ialah sume yang kita cakap dia akan persoalkan dengan nada yang sinis. Betul ke tahan lama perfume ni? Nape takde bau dotdotdot..kalau ade yang dotdotdot ni mesti saya beli..(perfume yang xde dlm list tu dia insist nak..huhuhu) betul ke bole bawak solat ni? So kita kena konfiden jawab, maksudnya knowledge tentang produk yang kita jual tu kena tip top. Kalau kita tak tahu, kita cakap tak pasti..nanti saya check. Ni kita tak tahu, kita poie goreng cakap beria, walhal ropenye customer tu banyak info..Ko cakap ni dia balas ni dgn fakta terus dia bagi, ko jugak yang ternganga..aje pengsan! So jangan takut untuk mengaku apa yang kita tak tahu. Dari situ nanti kita belajar lagi..kita kaji lagi produk yang kita jual tu. In sha Allah lepas tu mesti kita yakin bergaya bila bercakap dengan customer.

Kadang kadang ada jenis yang eksen, tengok pon ala ala sebelah mata gitu..biasa la..adat berniaga kan jumpa macam macam jenis customer. Ada yang memang suka datang tengok booth kita banyak kali, dia tak beli tapi dia suka nak tengok tengok, ada yang terlebih ramah sampai kita pon tak larat nak melayan dia cakap..Bila dah biasa berkomunikasi dengan pelbagai kerenah customers secara tak langsung skill komunikasi kita akan meningkat. kita tahu cara nak layan customer kita. kita tahu camne nak berlawak dengan customer untuk wujudkan suasana mesra pelanggn tu.. Akak kalau jaga booth memang suka bercakap, En Jijan dia jenis suka senyum tak cakap pon takpe kata dia. Org tengok dia senyum nanti orang datang terus kat booth..hahaha.Sabo ja..

Bab susun atur perfume ni kami asik berbeza pendapat sajo. Akak suka deco deco..biar nampak attractive. En jijan sebaliknya. Dia suka menggunakan siap ruang yang ado dengan semaksimumnya..Isk..isk..ni akak tidak setuju..so kadang kadang akak dah susun cmni, dia p susun cmtu pulak..nanti kitorng pon bagi argument masing2 why kena susun camni, why kono susun cmtu pulak..Last last kitorang memang give and take ja la. Tu kami nama kan gado gado manja..sbb bila bercakap tu cam stress ja rope tapi bole gelak gelak and buat lawak sengal! Mesti org poning, napo la laki bini tu hagaknye..kuikuikui. Tapi kalau bab susun atur buku kat booth akak memang bagi kat En Jijan jo la. Dia lebih arif nak menyusunnye..hihi..

Bab mengira duit kan, akak tak reti lagi kira laju laju macam cashier supermarket or teller kat bank tu kira. Tapi En. Jijan pandai..Akak jenis kira berkali-kali dan slow mo camtu. Aje teruk..haha..akak memang sediakan calculator ja. Walaupon dah kira duit balik tu secara manual but still kena double check guna calculator jugak. Baru rasa puas hati..

Hurmm..itu ja nak share setakat ni :) Nanti jumpa di entri lain yek!


 Ni dengan 2 orang anak sedara En Jijan yang bergaya; Akram and Adha

AzRa:
Usaha. Yakin dan Tawakkal kepada Allah.. :)


Thursday, August 18, 2016

The AzRa Shoppe; produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan

Hi korang..Tengah buat apa tu? Lama dah tak update blog kita ni. So the 1st thing yang kita buat ialah tukar templete blog kita ni. Bagi fresh looks gitu. Kita pilih warna biru la pulaks..sejuk mata memandang cmtu.

So arini kita nak citer tentang business yang kami (saya dan suami- Jijan) jalankan.

Alhamdulillah rezeki Allah berikan melalui perniagaan yang kami usahakan. Kami masih lagi bertatih dalam bidang perniagaan ni. Antara yang kami tawarkan ialah:

1) Perfume De'Xandra
Inspired perfume yang sekarang memang trending dan meletops di pasaran - De'xandra. Keistimewaan perfume De'xandra ni ialah:
1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA



Harga perfume De'xandra adalah selaras dan tetap iaitu
RM65 / SS RM70 sebotol dan RM120 /SS RM130 bila beli 2 botol. Harga ni belum termasuk kos postage.

If berminat untuk mendapatkan perfume De'xandra ni boleh saja roger kita di 012.352.9074 atau bole surf di web kita www.theazrashoppe.shoppy.my, FB page di https://www.facebook.com/deazraboutique/

Terdapat hampir 70 jenis haruman untuk korang pilih. Memang terbaik perfume ni!





2) Seqy Beauty
Selain perfume, kami juga menjual produk Seqy Beauty. Produk Seqy Beauty ni adalah rangkaian produk kecantikan yang menjual:
1) Set penjagaan wajah - ada pencuci, toner, serum dan krim siang malam
2) BBcream - bbcream ni memang best sebab teksturnya yang ringan dan lembut di wajah
3) Sakura mask - ni baby pon bole guna untuk hilangkan ruam ruam
4) Losyen XXS - ni kalau nak kurus bagus guna losyen ni
5) Kologen SHE - ni bagus untuk kesihatan tubuh badan dan kulit





Jika ingin mendapatkan produk produk Seqy Beauty bole juga roger kita 012.352.9074 or bole follow FB page untuk tahu lebih lanjut https://www.facebook.com/deazraboutique/













3) Serum mawar Zeeta
Serum mawar ni berfungsi sebagai penyegar wajah, anti stress, terapi minda, boleh melegakan selsema dan resdung. Sembur sembur ja kat muka uols..terus rasa segar gitu!



4. Rempeyek Kruk Krak
Kalau nak munchy munchy boleh order rempeyek kruk krak dgn akak jugak..hihi

Selain itu the main business kami ialah:
  • Koordinasi penghasilan buku
  • Pemasaran buku
  • Pengedaran buku
  • Publisiti buku
  • Penerbitan buku

Perkhidmatan membuat:
  • Flyers
  • Bunting
  • Name card

Jom like page FB kami di
https://www.facebook.com/deazraboutique/ 

Boleh layari website kami di www.theazrashoppe.shoppy.my

Hubungi kami di 012 352 9074/ 012 390 1278 atau  azranetwork13@gmail.com

Ok nanti saya nak citer tentang produk produk tersebut dengan lebih lanjut di entri akan datang ya..

AzRa
*Buat business hati kena kuat, jiwa kena kental dan tabah. Tak boleh mudah putus asa..