Thursday, July 31, 2008

Aqim Tak Sihat

Semalam badan Aqim cam panas cam sejuk. Malam meragam gelisah je takmo tido. Bila Aqim tak boleh tido makne nyer mama & papa tak leh tido gak. Sebab Aqim asyik merengek2 je. Sume tak kena. asyik terjaga.

Badan Aqim nampak susut sikit. Takmo makan. Makan pon sikit je. Semalam mama beli taufu fa banyak la Aqim makan. Kasi bihun, makan sikit je. Risau tol mama tengok Aqim sekarang ni. Terasa ringan sikit bila mama dukung Aqim.

Memang camtu ke? Ade orang kata budak2 ni nak membesar makan sikit je, maklum la tengah lasak. entah la...Hopefully arini Aqim ok. Ade bekalkan ubat demam kat pengasuh, in case suhu badan Aqim naik.

Wednesday, July 30, 2008

Me @Monash University

Huh..kol 11.30 a.m aku & Maira dah bertolak p Monash University.(tinggal la colleague aku sorang2 jaga department kitaorg, sori beb lain kalu your turn plak) Shift aku belah noon (12-3 pm) Kena jaga booth ade NGO's fair la plak. Coodinator nyer ialah Julian Lee yang very nice..hehehe.. Banyak gak la yang kami jual arini.Buku, pen & T-Shirt.Ramai gak student tanya untuk buat program Internship kat SIS. Pukul 3.00 pm kita orang dah tutup booth.

Pas tu, ingat kan leh balik opis terus. Bos aku plak ajak wat mapping ke Kota Damansara tempat 2nd Mobile Clinic. Jauh tu..aku rasa cam nak pitam je..huhuhu..Lebih kuang kol 5.00 p.m bos aku dropkan kitaorg kat LRT Kelana Jaya. Aku terserempak la dengan kumpulan The Lima tu. Ala yang menang Gangzstar musim pertama dulu. Musim kedua ni aku tak tengok. Malas.. Then aku pon sibuk la take pic dengan The Lima.hahaha... cam syok sendiri je. Tapi diaorang ni bagus, tak sombong.


Aku smpai umah lebih kuang kul 5.35 pm. Pas mandi & solat baru p amik Aqim.
1) Booth SIS
2) Me, Julian, Kak Rashidah, Tini & Maira
3) Books for sale & brochures to be give away
4) Me with The Lima :o) hubby kata muka aku eksen.hehehe...

Tuesday, July 29, 2008

I can walk!

Aqim dh bole berjalan! Kalu kat umah tu laju jer die berjalan. Seronok dah pandai berjalan.hehehe.. sume bilik die nak masuk. Tapi kalu jalan kat luar tu Aqim belum bape confident lagi. Cam teragak2 je. Still trying to walk properly.

Pandai dah nak capai2 barang mama. Tak leh letak tepi meja, abis kang sume nak di capai nyer. Hari tu satu kotak brooch mama terabur dikerjakan Aqim. Nasib baik la, cepat2 amik takut Aqim masuk dalam mulut je. Budak2 bukan tau ape. Die dalam proses nk expore sume benda kat sekeliling die.

Pandai nak naik tangga. Yang kelakarnyer,Aqim nak langkau 2 step terus.huh, advance tu. Excited.hehehe..

Monday, July 28, 2008

Aktiviti Hari Ahad (27/7/08)

Semalam aku keje. 1st Mobile Clinic kat Klang. Sebelum p keje aku dah siap masak kan untuk hubby. Ayam masak kurma & bayam goreng. Dah pesan kat hubby nanti bagi Aqim makan sama.hehehe...

Mobile Clinic semalam mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Ade la dalam 100 orang. Aku paling tak reti kalu nak handle orang yang nak amik makan ni. Bayangkan la sorang amik sampai 5 ketul karipap! huh.. agak2 la kalu nak amik pon jangan sampai orang lain tak dapat. Aku pon dpt rasa seketul je karipap tu, kuih lapis tu pon tak merasa...Rasa cam nak announce jer "Amik perhatian ye, sorang boleh amik satu kuih & satu air kotak je!" nak kena wat camtu ke? Serius aku rasa cam nak pitam tengok diaorang berebut2. Anyway, this is 1st Mobile Clinic. Next time maybe bole siap2 packing. Bagi sorang satu. Bole gitu?

Tapi best la semalam walaupon penat tahap gaban! Sampai opis dalam kol 7. Hubby amik kat opis. Next week ade lagi Mobile Clinic.......

Saturday, July 26, 2008

Aktiviti Hari Sabtu (26/7/08)

Hari ni dok umah je. Hubby keje, buka booth buku kat Kompleks PKNS Shah Alam. Pagi-pagi before g keje hubby beli bekpes, beli ayam kat mamat lori yang selalu datang tu. Lepas bekpes, hubby g keje, aku pon bawak Aqim turun bawah nk p kedai beli Milo. Tapi before that aku dah siap2 mandikan Aqim & aku pon dah mandi gak sementara wait hubby bekpes. Suka la Aqim dapat berjalan jap. Jadi la..

Seperti biasa hari sabtu, hari aku mengemas umah. Sapu sampah, mop lantai,basuh baju, lipat baju. Hari ni aku tak masak sangat. Tengahari aku masak bubur nasi with sayur bayam. Makan dengan Aqim. hari ni Aqim makan banyak gak. Selalu takmo makan. bagus la, biskut makan dengan kopok ikan. Malam hubby nk beli KFC je. Lagipon arini aku selsema, takde mood nak masak tapi ade mood plak nak makan KFC.hehehe...

Petang tadi, dalam kol 5.30, bawak Aqim p taman jap. Main2 buaian, gelongsor and walk around kat taman tu. Aqim pon dah tau nak berjalan tapi still berpimpin gak. Kalau die nak kuar, die diri kat depan pintu, tunjuk2 pintu. Nak kuar la tu. Kalu aku wat dek je, nanti Aqim stat la merengek2. Pandai dah nak berjalan kuar.

Tengahari Puri datang anto banner & bunting. Ok je aku tengok. Tapi warne die tak best plak, (purple gelap)puri cakap itu la warne yang kuar ikut design yang bos dah setuju tu. Harap2 bos tak complain la. Sebab aritu die tak suh pon change colour. Esok aku plak keje.. Mobile Clinic @ Klang. Cian Aqim this week & next week pon sama gak. aku & hubby kena keje.huhuhu...

Friday, July 25, 2008

While waiting my hubby...

Semalam aku ade meeting kat KL LAC kat Wisma Kraftangan Masjid Jamek. Meeting stat kul 5.30-7.30 pm. Balik tu aku singgah Amcorp, solat Magrib dulu. Hubby pon nak amik kat Amcorp.

Sementara tunggu hubby datang, aku pon ape lagi...tawaf la satu Amcorp tu..dan tidak sah kalu aku tidak membeli barang.alamks...ni perangai aku yang hubby tak bape berkenan.hehehe..selalu gaks kena tegur.

Aku beli :
1) Kasut (sebab sandal yg ade cam nak kopak je)
2) Bonjela (sebab mulut aku ade ulser)
3) Purse (yg kecik tu, so that aku leh letak syiling & duit kertas) actually kalu takde pon
xpe.hehehe..
4) Beg kecik berzip (nk letak aku nyer bedak,perfume,lipstick,minyak angin dlm satu bekas, so
that takde la handbag aku bersepah2 dlm tu)

Takde la banyak kan..Oops! yg hubby nampak semalam beg kasut je.hehehe..yg lain dlm handbag. Bukan takmo bgtau, tapi semalam balik lewat, pas makan, solat & titun terus.

Thursday, July 24, 2008

Scott Emulsion & Taufu Fa

Semalam kita p pasar malam. Mama beli sayur & barang2 dapur sikit. Seperti biasa kalau p pasar malam benda yang mama tak pernah miss beli ialah air soya & taufu fa. Sedap..Aqim pon suka gak.Banyak Aqim makan taufu fa. Nak tukar selera kut.hehehe..siap cakap mamam..mamam..kalu mama lambat suapkan taufu fa tu. Aritu makan dadih. Banyak gak makan.

Pas p pasar malam, kita p UO jap kat Pantai Murni tu. Mama kena beli 3 in 1 drinks untuk opis . Mama belikan Aqim Scott Emulsion. Sebab mama Izan cakap try bagi Aqim makan Scott, mana tau leh tmbah selera makan. Mama beli perisa asli. hanyir sikit, tapi pagi tadi elok je Aqim makan. terus telan je, tak sesusah masa makan ubat. Bagus anak mama ni.. pas Aqim makan, mama pon nak rasa gak. hanyir la bau die. Papa lagi takmo bau Scott tu, papa cakap bau busuk. apa la papa ni. 1 hari 1 kali setiap pagi.

Wednesday, July 23, 2008

Huhuhu..

Letih tol kadang2 bila dah mengadap keje kat opis ni. Mata aku ni cam nak kena tambah power cermin mata jer. Asyik mengadap komputer bila wat keje.

Ahad ni dah start dah Mobile Clinic. 1st Mobile Clinic wat kat Klang. Selagi tak selesai, aku risau tol. Macam2 nk kena prepare. Pas selesai Mobile Clinic nak kena anto akaun report plak.huhuhu... nak pengsan pon ada.

But actually, I like doing this. Otak sentiasa berjalan je. Tak la buat keje yang sama setiap hari. Aku rasa hari2 aku belajar something new. Its make me grow better. Ok nak balik la...

Esok ada Syariah Training plak..

Tuesday, July 22, 2008

Aqim Taknak Makan

Dah dekat 2 minggu Aqim takmo makan nasi. Nape ntah. Kat umah pengasuh pon sama. Tapi kak Izan cakap keropok ikan tu die makan plak. Biskut die ndak gak.

Sekarang ni lebih banyak minum susu je. Nasi takmo, kalu makan pon sikit je. Ade la dlm 2-3 sudu, pastu sembur2 dah. Risau mama tengok Aqim ni. Takut nanti berat badan turun plak. Tapi kak Izan cakap memang camtu, die dh nak berjalan, nak ringankan badan. Mama tak tau plak sejauh mana betul nyer.hehehe... Tapi mama Emylia n mak Imam cakap anak2 diaorang pon cmtu gak, stop makan nasi tapi pastu makan elok je. Pas dah berjalan la. hehehe..

Ntah la, ye kut camtu, tapi nasib baik susu Aqim minum banyak. Susu die tak tolak. Macam-macam daa...

Monday, July 21, 2008

Hati-hati

Ni keratan akhbar arini : Berita Harian

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 pangsapuri Fasa 11, Presint 9, dekat sini, semalam. Mangsa, Nik Mohd Danial Ashraf Nik Zainal, dipercayai jatuh selepas memanjat pagar balkoni berhampiran lif ketika bermain bersama abangnya kira-kira jam 11.30 pagi. Kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan teruk pada kepala serta patah tengkuk meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Seorang peniaga, Mohd Noor Abdullah, 48, berkata beliau menyedari kejadian itu selepas seorang pelanggannya menjerit sebaik ternampak mangsa jatuh dari tingkat atas pangsapuri setinggi 15 tingkat itu. Berikutan itu, Mohd Noor dan beberapa pelanggan bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan. "Bagaimanapun, saya berasa sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa yang sudah tidak bernafas dan bergerak lagi ketika saya mengangkatnya untuk dibawa ke hospital.

"Apabila mendapati mangsa sudah meninggal dunia saya menelefon polis untuk membawa jenazah mangsa ke Hospital Putrajaya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. Difahamkan, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian di kampungnya di Melaka.

Nauzubillah...Takut aku baca, kena hati2 ni.

Bunting & Banner

Malam ni aku kena p jumpa Puri gak. Bincang pasal bunting & banner yang nak guna untuk Mobile Clinic Ahad ni 27/7/08.

Aku rasa nak pitam je bila tauke kedai print tu cakap tak leh wat sebab file aku dalam jpeg. die nak dalam AI. Hampeh tul la tauke tu, bukan nak cakap awal2. Aritu cakap ok-ok, no problem, bole buat. Tup-tup ari jumaat aku follow up die cakap tak leh plak. Die cakap die takde designer nak wat dalam AI.

Aku pon tanpa membuang masa contact kawan aku Puri. Die leh design n print siap lagi. Die cakap leh siap ari Jumaat. Lega aku. So malam ni nk p jumpa. Discuss. Puri ni geng aku & hubby masa kat UM dulu. Die ade wat printing. Ape2 la bole print. Ni la guna nyer kawan...

Sunday, July 20, 2008

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 1-7 Ogos

Semalam aku beli majalah Pa & Ma edisi bulan Ogos. Seperti biasa Ogos kan bulan penyusuan susu ibu sedunia. Aqim pon still menyusu badan lagi, tapi susu tak banyak la.

Ingat lagi masa Aqim baru lahir, aku takde susu langsung. Cian Aqim. Aqim lahir 10.30 pagi tapi malam baru dapat minum susu. Tu pon sebab ade nurse tu baik ati. Aku cakap susu badan takde, Aqim plak dah nangis2, ye la dari pagi tak minum. So die bagi Aqim susu formula. Before tu aku just kasi Aqim isap sapu tangan yang dicelup air masak je. Cian anak aku. Aku sedaya upaya nak menyusukan Aqim n Aqim pon try gak nak isap susu badan aku tapi memang masa tu susu badan takde langsung. Sedih sangat..

Tapi lepas berurut, susu badan banyak sangat. Sampai kadang2 tu tak terminum Aqim. Terpaksa la aku pam susu. Mula2 pakai pam manual, tapi susah la pam manual ni. Then beli pam yang guna bateri cap Pureen. senang sikit.

Lepas pantang & start keje, Aqim still gak minum susu badan tapi campur la dengan susu formula. Masa rehat aku pam susu kat dalam surau. Nasib baik kat opis ade peti ais, so pas pam letak dalam peti ais. Pagi before p keje aku menyusukan Aqim, pastu anto kat umah pengasuh aku ade bekalkan satu botol susu badan the rest Aqim minum susu formula, balik keje & malam Aqim minum susu badan je. Aku inagt ade la sampai Aqim umur 6 bulan kot. Pas 6 bulan susu tak banyak dah, just bagi Aqim waktu malam je.

Aku bangga dapat menyusukan Aqim, walaupon tak secara ekslusif. Rasa best sangat bila dapat menyusukan anak. Antara kebaikan susu ibu :

1) Kandungan susu kaya dengan nutrien yg diperlukan bayi untuk tumbesaran yang sihat.
2) Makanan yang paling sempurna untuk bayi
3) Mudah hadam
4) Berfungsi sebagai alat mencegah penyakit, bayi mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit
5) Bayi mempunyai tahap IQ yang tinggi.
6)Membantu menjimatkan wang (hehe.. betul tu)
7) Mengeratkan hubungan ibu dan anak
8) Membantu ibu mengembalikan saiz rahim ke saiz normal ( ni faedah menyusukan bayi kpd ibu)

Info :
Susu ibu tahan tidak lebih drp 4 jam dalam suhu bilik, 24 jam dalam cooler berisi tiga pek ais beku, 5-7 hari dalam peti sejuk bersuhu 32-39 darjah celcius, 3-4 bulan dalam bahagian beku peti sejuk.

Komputer ku Lembab

Lembab tol komputer aku ni. Nak upload pic lambat sangat, sometimes dah wait bagai nak rak tup-tup pop up images cannot display. Hadoi... tak sakit jiwa ke?

Hubby ade cadang-cadang nak beli lap top tapi bukan sekarang la. Wait dulu. Komputer yang ade ni memang la lembab, tu la kadang-kadang aku malas nk surf or update blog aku kat umah. Sebab problem ni la. Still bole guna tapi memerlukan kesabaran yang tinggi.

Aku ade cakap kat hubby kita beli CPU je ke, monitor ni elok lagi. Hubby cakap nanti kita p survey.

Saturday, July 19, 2008

Aqim's 1st Birthday @ our house

Ni pic backdated entry, masa birthday Aqim on 30 Jun 2008






1) Birthday boy - Muhammad Umar Mustaqim
2) Blueberry cheese cake
3) Aqim with mama & papa
4) Present!
5) Mama's friends
6) Aqim with papa & uncle Puri
7) F.R.I.E.N.D.S lepaks time

Bath




Ni pic Aqim pas mandi. Control cute! hehehe...

Friday, July 18, 2008

TV

Aqim ni suka on off kan button tv tu. Kadang2 pandai plak kuatkan volume tv. Rak tv umah plak tu rendah, senang la die nk memain. Pastu kat rak tu gak ade DVD player, kat DVD player pon Aqim pandai tekan2.

Nak wat cmne la. Lama2 ade gak tv tu rosak. TV ni mama sayang tau,sebab mama beli masa bujang dulu. Lama dah, kalu tak silap tahun 2005. Walaupon kecik jer tapi cukup la setakat nk tengok TV. tapi kalu rosak, kita suh papa beli TV baru yang beso sikit. kuikuikui....

Aqim sekarang ni suka tengok siaran kat tv. Ndak2 iklan. Antara iklan yang Aqim suka :
1. TV3 (lalalalala...)
2. Scott Imultion (ku gembira sentiasa, badan ku kuat & cergas...)
3. Susu fernleaf (parapa awas...)

Ade la a few iklan yang Aqim suka tengok. Mama pon dah tak bape ingat dah. Lagi satu kalu dengar Azan. Terpegun tol bila dengar Azan. Statik jer mata kat tv tu. Cute tol...

Wednesday, July 16, 2008

Yum..yum..

Aqim suka makan biskut. Tak kira biskut ape. Tapi yang biasa mama beli biskut Tiger & Chipsmore. Mamanyer favourite biscuit plak, sudah semestinya Oreo. Sedapnyer...yum..yum..

Kek pon Aqim suka gak. Selalu mama beli kek span tu je. Lembut, senang Aqim nak makan. Keropok ikan pon Aqim suka gak. Pandai plak Aqim mengunyah tu..

Tapi...

Bab nak mengunyah nasi, Aqim still lagi lom bule. Camne ni.. Memang Aqim takmo makan if nasi tu lembik tak dikisar. 2 sudu je makan pastu dah sembur2. Protes la tu. Tapi kalu mama kisar elok je Aqim makan. Ye la, telan jer tak yah kunyah. hadoi... Kalu kat umah,mama bagi gak Aqim makan nasi putih biasa tu. Bule la sikit2 Aqim kunyah.

Heran tul....

Biskut, kek & keropok ikan tu pandai plak Aqim kunyah, tapi tak plak pandai mengunyah nasi. Mama kena sabo nak ajar Aqim. Takpe la, slow n steady. Lama-lama mesti anak mama ni pandai mengunyah nasi.

Debat

Semalam ade sap2 tgk debat antara Anwar Ibrahin dengan Dato; Sabri Chik?

Aku dengan hubby awal2 dh makan malam sebab nak tengok debat ni. Bukan senang nk tengok Anwar Ibrahim di beri peluang camni.

Cara Anwar Ibrahim berhujah bagus. Tepat, padat, karisma n menjawab soalan dari pihak Dato Sabri Chik. Tidak menghentam soal peribadi sebab beliau cakap ni bukan tempatnye. Wah, bagus tu. Dato' Sabri Chik plak asyik la mengaitkan soal peribadi. Macam dah takde modal plak nk jawab soalan Anwar Ibrahim. Yang aku n hubby rasa lucu sesangat masa Dato Sabri Chik dok cakap jangan bandingkan petrol kat Venuenzela dengan Malaysia. Aku n hubby dh tergelak dh sebab masa awal tadi beliau la yang membandingkan nyer.Pastu Anwar Ibrahim tnya siapa yang bandingkan petrol antara 2 negara tu. Lagi la aku n hubby tergelak. Sinis tu....Dato' Sabri Chik lupa kot.

Secara keseluruhan, aku tengok Anwar Ibrahim memang seorang pemimpin yang berkaliber n berkarisma. Hujah beliau banyak input n tak merapu. Very nice debat yesterday la. Anyway, congartulate untuk pendebat2 semalam..berhujah dalam suasana harmoni.hehehehe....

Monday, July 14, 2008

DUMEX DUGRO 1 PLUS

Hari Ahad, sebelum balik tu kita singgah TESCO Melaka. Memandangkan ade a few barang Aqim n barang umah dah abis, so p la shopping jap. Mak Uda pon menyibuk gak , nak beli barang die. Maklum la tempat die susah nk cari barang.

Masa nak cari susu Aqim, papa tak jumpa susu Lactogen 3 yang biasa Aqim minum tu. Pastu mama plak dok belek2 susu yang lain. Tengok cam Dugro ni ok. So mama suggest kat papa to change milk for Aqim. Papa tengok2, then papa cakap :

Papa : Ok ke tak ni Yang?
Mama : Mana la saya tau. Ok kut. Lagipon Aqim dah besar, tak kisah agaknyer tukar susu lain.
Papa : A'ah, Aqim ni sume die bedal je. hehehe..
Mama : Kita beli yang kecik dulu la, takut tak serasi nanti.
Papa : Eh, beli jer yang beso. Aqim ok nyer.
Mama : Ikut Ayg la, kalu Aqim tak serasi ayg minum susu tu. hehehe..
Papa : Ye la..

Dah dua hari minum Dumex Dugro 1 Plus ni, ok jer mama tengok Aqim. So, can continue drinks this milk lo...

Last week ade orang dari Anmum called, tanya mama dah try kasi Aqim minum susu Anmum tak? Hari tu mama try bagi Aqim, tengok elok jer. Tapi mama rasa susu tu cam tak best jer. Nak cari kat TESCO pon payah. Better mama tuko Dumex Dugro 1 Plus tu jer. senang nak cari.

Makan-makan

Hari Sabtu, aku dah plan nak belanja makan sate. Malam tu beli sate, burger n kek besday Aqim & Wan (adik bongsu aku)

Pak Mid sekeluarga datang uamh malam tu, adik aku angah pon balik gak. Die sampai dalam kul 3.30 ptg. Sekali dengan Iju n baby diaorang, Qaisara. Cumel jer.

Sekali lagi Aqim dapat hadiah. hehehe.. Pak ngah kasi keta mainan yang leh duduk tu, cik Aida kasi baju. acik plak kasi senapang mainan. (apa da Acik, kasi senapang plak), atok nyah, mak pah n pak mid kasi angpow.

Tima kasih sume....

Mengemas Umah & Balik Kampung

11hb (Jumaat) aku cuti. Pagi tu pas hubby p keje n hantar Aqim, aku pon sibuk dok mengemas umah. Dah bape hari tak kemas umah yang dh mcm tongkang pecah ni.

Mula-mula kemas bilik tido aku dulu. Tukar bedsheet, sapu smpah n kemas2 ape yang patut. Pas bilik tido aku, baru kemas bilik tengah, bilik kecik, ruang tamu n dapo. Tidak dilupakan toilet gak.

Huh, penat sungguh.. Dalam penat2 tu sempat gak aku masak untuk makan tengahari. Just masak nasi, ayam goreng n kubis goreng. Simple je.

Hubby balik kul 1 tghari. Mandi n bersiap ke masjid solat Jumaat. Dalam kul 2.20 tghari, hubby balik bawak Aqim sekali. Aku memang anto Aqim 1/2 day jer arini. Kalu pagi tu tak anto, susah gak aku nk mengemas.

Pas makan, dalam kul 3.15 ptg, bertolak balik ke Muo. Kul 7.30 ptg baru smpai umah parents aku.

Lambat sikit sebab aku p amik adik aku, si Uda kat Lubuk China, Melaka tu. Jauh sungguh. Nak masuk dalam tu jer dah 13 km. Kawasan kampung. Yang memang kampung tul..Camno la kalu si Uda ni mengajar kat pedalaman. Ni baru praktikal je ni.

Thursday, July 10, 2008

Alif, Baa, Taa VCD

Hari tu masa p pasar malam tengok cam menarik jer VCD ni. Peniaga tu dok buka VCD tu, mata Aqim tak berkelip tengok.

Mama tengok2 bagus VCD ni, ajar IQRA'. Mama pon beli la untuk Aqim. Harga nyer RM 19.90.

Balik umah pasang, toksah cakap la si Aqim menumpukan perhatian. Tapi dalam 10 min jer la.hehehe.. Pastu die dah sibuk dok 'mengemas' toys die. Tapi kejap2 tengok VCD tu. takpe la sambil tu bole dengar, ye tak?

Comel2 budak yang nyanyi Aliff, Baa, Taa dalam VCD tu. Bertambah lagi koleksi VCD Aqim. Kena selang seli bukak, takut Aqim bosan.

Brush Teeth

Memandangkan gigi Aqim sudah banyak, mama kena set kan jadual memberus gigi.

Morning before go to mama Izan's house n at night around 9 p.m. Tooth brush mama still guna yang untuk baby tu. Means that mama kena brushkan untuk Aqim.(yg masuk kat jari tu)

Ni nak kena latih dari awal, nanti kalu tak rajin cmno? Tengok gigi Aqim sekarang ni tersusun cantik je. Kena maintain kan gigi yang cantik itu. So my dear Aqim, you have new schedule ok..hehehe..

Wednesday, July 9, 2008

Penat Tak Hilang Lagi

Aku rasa badan ni lemah je. Mana tak nyer ari Jumaat- Ahad p training. Semalam plak p umah Kak Zu, die ajak dinner dengan trainer dari Indonesia sama.(Nyai & Dr. Nur) balik umah dah kul 11.30 mlm.

Pagi tadi aku p book launching kat Women's Institute of Management (TTDI)
Launch buku Rapist and Rape : Who & Why. Abis kul 11.30 pg. Aku p dengan Maira (intern student) Sampai opis dalam kul 12.10 p.m. Petang kang dalam kul 4.00 pm ikut bos p meeting kat Klang pasal Mobile Clinic. kul bape la balik umah arini? huhuhu...

Bulan August plak bos aku dah suh aku p workshop.15,16 & 17 Aug. kat PJ ni jer. Pastu ade Fiesta Feminista 1-3 Aug tapi nmpaknyer aku tak leh p sebab 2hb hubby keje plak. Opis hubby buka booth jualan buku.

11hb ni aku cuti. Leh la rest jap tapi ptg tu dh nk balik Muo. hehehe...

Monday, July 7, 2008

Saje2

Aqim dh pandai walk 6 step. Wah... best sungguh mama tengok Aqim ketawa2 masa berjalan tu.
Papa cakap masa mama p training tu, banyak kali la gak Aqim praktis jalan sendiri. Very good my boy..rajin2 berusaha ya..tak lama lagi tu msti dah leh jalan dengan propernyer.

Bab makan plak, ni yang mama risau sikit ni. Memandangkan gigi Aqim dah ade 6 batang n Aqim pon dah setahun lebih, so mama masak bubur nasi lembik takyah dikisar. Problemnyer Aqim tak reti mengunyah. Main telan jer, pastu cam nk termuntah plak dh. So, Aqim pon cam takmo makan. Ni yang risau takut berat badan turun. Mama Izan cakap maybe baru nak belajar kut, takpe la pelan2. Lama2 ok la tu. Mama ingat nk kisar dulu beras tu then baru masak jadi bubur. Ok kut camtu?

Friday, July 4, 2008

Mama tak sihat

Semalam aku kena keracunan makanan. Lemah badan, cirit-birit, muntah2 & pening pala.

Pas p chek up Aqim, aku pon p opis jap. Kunun2 leh keje la. Dok 1 jam jer badan dah seram sejuk.. tak leh jadi ni rasa nk pengsan pon ade. terus aku mintak balik kat operation manager, nk p kenek.

Doktor kasi MC 1 day. so satu hari tu aku dok umah rest puas2, tido jer la.

Aku rasa sebab aku makan tapai pulut la.. Sebab aku ade beli bihun. Makan dengan hubby. Tapi hubby tak makan tapai. ye la kut, msti pasal tapai tu..

Check Up

Semalam Aqim p chek up. Berat badan dah naik jadi 8.8kg. Nurse cakap bagus, semakin meningkat. hehehe...

Aqim kena suntik untuk 1 tahun. Nangis jap je. Pastu ok. Kuat anak mama ni.

Sekarang mama tengok Aqim dh cuba nak berjalan tanpa sokongan. Boleh la menapak dalam 5 step. Suka beno nyer die dapat berjalan. Hopefully cepat2 bole berjalan ye..

Wednesday, July 2, 2008

Courtwatch

Pagi tadi aku p courtwatch kat Mahkamah Rendah Syariah kt KL tu.

Camni rupenyer dlm court. Hari ni tak banyak kes. Macam2 hal org dtg kat court ni. Aku ni dengar je la. Wat pemerhatian, cmner perjalanan kes utk hari ni.

Good experience la, for 1st time cam aku. Aku p sana dengan attchment student, si Najib tu.

Aku rasa lama beno hakim tu kasi tarikh baru utk bicara lagi. Ntah la, yang saksi pon tak dtg. Cmner la kes tu nak settle cepat.

Training

Hari Jumaat petang aku dh start training 4-6 July kat Holiday Inn Glenmarie Shah Alam. Nampak gaya nyer Aqim kena stay dengan papa la ye. Risau gak aku, sebab tak penah plak aku p training sampai 3 hari 2 malam. Sure aku rindu sangat2 kat Aqim nanti. Kat hubby pun rindu gak tapi lebih rindu Aqim la.kehkehkeh...

Training ni sume staff opis g. Aku dh lama tak p training2 ni. Cuak gak ni. Bos aku plak dah suh aku wat presentation kalu ade visit from student. Aku kalu dalam bahasa Melayu laju la, kalu dalam BI terabur.. tonggang langgang bahasa tu kuar. Pastu plak aku ni jenis gelabah. Cepat beno gelabah. harap2 pas training ni leh lah baiki sikit2 kelemahan tu. Nama pon 'Training for Trainers"

Hopefully Aqim ok and tak merengek la tinggal dengan hubby.

Tuesday, July 1, 2008

So sweet...

Masa on the way beli besday cake Aqim, mama & papa borak2 la pasal nak matching2 kawan mama dengan kawan papa.

Mama : Ayg, ayg rasa diaorang tu sesuai ke kalu kita kenen2 kan?
Papa : Hemm.. depend la, kalu pompuan tu tak kisah takpe. Sebab kawan abg ni belajar tak
tinggi.
Mama : Tapi kan Yang, dalam Islam pon galakkan kawin sekufu (sama taraf) kan?
Papa : Aah..bak kata ayah abg, enggang sama enggang, pipit sama pipit.
Mama : Kita ni pipit ke enggang? (sambil gelak2)
Papa : Kita ni merpati dua sejoli.hehehe..
Mama : Hehehe.. sweet jer ayg cakap camtu.

Ni pon bule jadi cerita. hehehe.. Msti Aqim yang dok dengar ni kata "apa la mama & papa ni cerita, pipit la, enggang la, merpati pon kuar gak. Confuse2" Tu dialong mama, padahal Aqim takde pon pikir camtu. Ye tak? kui..kui..kui..

Jamuan Makan2

Malam semalam mama & papa wat jamuan makan sempena birthday Aqim. Makan simple2 jer. Just invite kawan2 mama & papa masa kami study kat UM dulu & jiran sebelah umah. Ada la dalam 20 orang yang dtg. Umah kita ni cemetot jer. Tapi bule la muat gak.hehehe..

List menu :
1. Cheese Blueberry Cake
2. Speggeti
3. Nugget
4. Agar2
5. Tembikai
6. Coklat
7. Keropok
8. Air oren

Aqim so excited tengok ramai org kat umah. Auni pon ade gak. Banyak gak present Aqim dapat semalam. Baju jer dpt 3 pasang, coklat, bola, shower foam, shampoo, white board with ABC & angpow gak. thanks ya. hehehe..

Saje jer suka2 wat, actually dh lama tak berkumpul ramai2. So dh ade peluang masa besday Aqim ni, seronok gak bila jumpa ramai2. Banyak benda yang mama & papa borak. Tnya perkembangan terbaru masing2. Dalam kul 10.30 p.m jamuan pon abis la.

Letih tul, nasib bek pakai pinggan polistren & paper cup. Kalau tak pengsan la mama nk membasuh. Anyway, nice to see all friend gathering. Thanks sume yang datang.