Monday, January 31, 2011

Apa yang nebes sangat tue??

Yang aku nebeskan ialah amik refresh course untuk driving!

Bagi mereka yang dah terror drive mungkin tu hal kecik, tapi bagi aku yang ade lesen, tapi dah bertahun tak drive, itu adalah cabaran yang hebat dlm diri ini oke!

Refresh course amik dengan Metro Driving Academy cawangan Subang. Bayaran yang dikenakan adalah RM30 sejam. Aku nak amik 4 jam. Tapi dapat amik 2 jam je.. Kisahnye begini...

Aku dah ckap dgn budak N ni nak belajar 4 jam, sabtu 2 jam and Ahad 2 jam. So dia pon ok la. Ari Sabtu, berjalan lancar la kelas refreshnye. Nebes ok bawak di jalan raya, bukit lagi and terus belajar parking..hahha..

Pastu dia ckp esok kelas akak kol 10 pagi la ye. So bab bayaran aku nak bayar yg 2 jam dulu, lagi 2 jam esok la. Katanye xpe la bayar sekali terus. Aku pon ok la.

Esoknye (Ahad) pagi2 kol 8 aku dpt message dari N cakap " Akak, kelas akak postpon next week, budak yang pagi ni nak postpon kelas dia kol 9 pagi, sorry ye". Bab ni yang aku tak berkenan, org lain punye pasal, kelas aku plak kena postpone! Pulak tu next week ye, kalu petang aku bole consider lagi la. Namanye refresh course, dah tentu la aku nak belajar berturut2 bukan minggu ni satu kali, minggu depan satu kali..hadoo..

So aku ckp dgn N, patutnye bukan akak yang kena postpone, budak tu la yg kena postponekan kelas dia. Si N tu ckp budak tu dah 2 minngu xdpt dtg. Dia tnye kalu hari bekerja bole x? Aku ckp klau hari bekerja kol 5 bole la, tu pon dia kena dtg kat sini  ajar, kalu aku nak g sana tak sempat la. Pastu dia ckp kalu hari bekerja area PJ tu jammed. Ok la kalu cmtu aku ckp refund je la RM60 tu..huhu

Patut la aku rasa cam berat hati nak bayar sekali gus, rupe nye ini la yang jadi..koikoi.. takpe la. Anyway si N tu ajar mmg ok. Tinggal aku mmg xmo amik refresh course selangnye sampai seminggu ye!

So hari Ahad, refresh course dengan En Jijan je la. Lokasi belajar di dalam UM ye! haha..ade la 3 kali pusing UM tu, abis kat Fakulti Pengajian Melayu tu aku g, sbb kawasan tu kan berbukit..hadoo telinga bingit ye bila si suami mengajar. Aku pulak jadi tensen! Tahan kan je la telinga ye..

Secara kasarnye aku dah bole dah bawak keta tu, cuma nye kat kawasan berbukit aku lom mahir lagi. Nak tukar gear pon agak kelam kabut sikit! haha..cuak beb!

Anyway aku yakin dengan latihan yang berterusan aku bole drive nanti!

Friday, January 28, 2011

Esok yg sangat nebes!

Esok pagi adalah hari yang paling nebes buat aku!

Boleh ke tak nanti yek?

Harap-harap aku ok, tak takot!

~Sambung nanti~

Thursday, January 27, 2011

Gunting Rambut

Kalu balik kg. En Jijan aku ada tempat gunting rambut favourite! Kedai gunting rambut yang memang berbaloi untuk ringgit anda..haha macam iklan plak.

Aku memang jenis tak suka berambut panjang. Asal rambut agak2 dah cecah baru je, aku dah start rimas gaban. Bukan aku tak penah simpan rambut panjang, tapi sudahnye aku yang rimas dan tak boleh tahan. Lagi pula rambut aku plak jenis senang gugur cam bunga-bunga cinta berguguran..Baik la aku potong rambut pendek, senang aku nak menguruskannye. Lagipon En Jijan tak kisah bini dia rambut pendek. Ade lelaki yang kisah tau, nak bini dia rambut panjang.hehe..

Ok berbalik pada kedai gunting rambut kat kg. En Jijan tu. Nama kedainye ialah Kim Ai. Kedai Kerinting Rambut Kim Ai yang terletak berhadapan dengan kedai Emas Seri Serai. Kalu korang yang kampunhnye kat Bagan Serai Perak, mesti dah dpat imagine kat mane kedainye.

Kenape aku cakap dia sangat berbaloi?? Harga untuk menggunting rambut cuma RM8. Pada aku tu dah cukup murah dengan potongan ranbutnye yang sangat memuaskan hati. Aku dah 3 kali potong kat sini. Dan hasilnye memang memuaskan! Cuci rambut pula RM7. Balik kg aritu aku potong siap cuci semua cuma RM15 sahaja. Cuci tu bukan takat cuci je, dia siap massage ko punye tengkok, bahu, belakang badan dan lengan. memang best ok!

So inilah kedai gunting rambut kegemaran aku di Bgan Serai Perak..



Amik dari jauh je. Kedai dia kat dalam adalah cantik, selesa dan berhawa dingin.

Wednesday, January 26, 2011

Welcome Siti Nur Aina!

Hari isnin aku pegi melawat kawan aku yang selamat bersalin anak ketiganya di PPUM pukul 9.56pagi- 24 Jan 2011. Kawan aku dapat baby girl. Anak dia selang bunga, yang sulung girl, yg kedua boy dan yg ketiga ni girl. Wah, seronok kan?


Nama baby ni Siti Nur Aina. Berat 2.3kg. Kakak nye yang bagi nama untuk adik. Sangat comel ye! Nama kakak Siti Nur Auni.




Masyallah.. dia sungguh comel!




Kawan aku yang ceria lepas bersalin.. bagus..bagus..haha

Masa aku datang tu, si kakak ade kat sisi maknye. Asyik la dok selak baju mak dia, nak tengok perut. Dia heran camne perut mak dia bole kempis kut. Haha..Nenek dia ckp ni adik dah kuar, tak dok dlm perut mama lagi..dia still gak cam tak caya. Cute je aku tengok!

Bila tengok baby girl ni, hati ni nak gak baby girl! Maybe tunggu Rayyan beso sikit la baru nak beradik lagi. Insyallah kalu ade rezeki untuk baby girl pulak lepas ni..Insyallah..



Tuesday, January 25, 2011

Adat orang bersekolah..

Sekarang ni bila balik amik Aqim & Rayyan, aku akan tanya Aqim belajar ape tadi kat school?
Aqim jawab "Belajar macam-macam mama" pastu dia cakap "Selamat pagi cikgu" haha.. "Kat sekolah tadi Aqim makan donat, sedap tau!" Cerita menu apa yang dia makan kat sekolah.

Malam je tugas aku tengok keje sekolah Aqim. Kalu teman la si Aqim ni wat keje sekolah. Agak2 dia boring buat kang, aku suh En Jijan plak take over. Aqim ni aku tengok cepat bosan bila wat perkara2 yang berulang2, ke sebab dia budak lagi ====> baru 4 tahun pon. Jap kang dah buat sikit dia cakap " Dah siap dah nie" padahal ade lagi tak siap. "Mama, Aqim dah penat dah" Lo..bertuah punye budak.." Mama dah la jom tido" ayat nie lagi la bertuah..haha..

Anyway, tak kira la penat ke ngantok ke, home work kena siap kan dulu Aqim oi.. Tugas mak ayah la yang memanstikan semuanya siap ye! :)



* Balik kampung pon haruslah hangkut sekali homework ye!





Cuti yang memenatkan tapi sangat berbaloi!

Hari Khamis kami balik ke Bagan Serai. Amik cuti ari Jumaat sekali terus..

Cadangnya balik kampung nak tengok rumah untuk dibeli. Mengikut cadangan umah tersebut adalah rumah yang bank nak lelong ===> di Ipoh dan satu lagi rumah yang orang nak jual ===> Jelapang

Kami bertolak malam Rabu sebab dah janji nak tengok rumah hari Khamis..

Tengok2 umah yang 2 buah ni, tak berkenan. Bukan ape, kekadang bila beli umah yang org dah biar lama ni, mcm2 plak kita nak kena buat. Dah la dengan tak terurusnya. Serabai je rupe paras. Terus cancel.

G tengok projek kat Meru Perdana ===> Projek MK Land..

G pejabat jualannye, dapatkan penerangan semua, hari Sabtu baru diaorang buat launching rumah teres AKASIA yang berharga RM140k. Projek perumahan ni dalam pembinaan dan dijangka siap pada Jan 2013.

Bila dah dptkan penerangan, kami pon pulang ke rumah di Bagan Serai.

Esoknye (Jumaat) g KWSP kat Nibong Tebal, untuk chek akaun KWSP tengok bapa yang bole kuar untuk beli rumah. Malam plak bertolak ke rumah abg ipo di Jelapang tu (abg en Jijan) sbb pagi Sabtu tu nak amik no giliran untuk urusan pemilihan lot umah. Umah abg ipo adalah berdekatan dengan Meru Perdana ye! Kena cepat, kalu tak lot yang kita nak tu orang lain dah pilih..huhu

Pastu hari Sabtu pulak, pagi2 kol 8.30 dah sampai ke pejabat jualan Meru Perdana. Kami no yang ke 33..ha 33? mak ai, dah ramai orang gamaknye..Lebih kuang kol 12.00 tghari baru tiba giliran kami.

Lot yang kami nak tu dah penuh ye..So kena la amik lot yang lain. Dan lot lain yang kami nak tu, lom dibuka. Cuma nye boleh pilih je dulu. Bayaran booking xboleh dibuat dulu, kut la ade orang nak yang lot kami pilih, pastu dia sediakan deposit 10%, so orang tu la yang dapat.. Dalam hati asyik berdoa, jgn la ade orang yg bole sediakan deposit 10%. Jadinya, kami pon tinggalkan duit supaya abg En Jijan bole bayarkan wang booking ===.> selagi lot yang sebelumnye tak abis jual, dia tak bole bukak lot lain. So, petang baru giliran lot yang kami nak tu dibuka  dan Alhamdulillah..rezeki itu milik kami.

Ahad pule ===> on the way balik ke KL, kami singgah dulu pejabat jualan Meru Perdana untuk sign agreement beli rumah dan buat sekali urusan pinjaman bank. Mintak2 loan kami lulus..Insyallah..

Letih tak bole cakap la kan walaupon aku tak drive...

Insyallah semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kami. Aminn..


 Aqim sampai tertido2 tunggu giliran


 Di pejabat jualan Meru Perdana



Projek perumahan Meru Perdana di bwah MK Land

Wednesday, January 19, 2011

1st day Aqim di Tadika

Hari ni hari pertama Aqim masuk ke tadika. Tadika Sri Anakanda.


Nape aku baru hantar Aqim ke tadika? Padahal dah pertengahan bulan Jan ni.


Ceritanye begini ye..


Setiap pagi bila bangun Aqim akan cakap "Mama. Aqim nak pegi school", jap kang "Mama, bila Aqim nak g school?" Aku pon cam dah lali dengan kata-kata Aqim. Tapi semalam aku on leave, terdetik di hati ni nak g tengok2 tadika yang kawan Aqim masuk tu. Ingatkan just nak tanye2 je dulu, sudahnye end up terus dengan registration! Sebabnya ade satu kekosongan, ada sorang student ni mak dia kena transfer keje, so mak dia prefer antar kat Tadika yang dekat dengan tempat keje dia. Alhamdulillah..ade rezeki Aqim kan. Kelas untuk budak umur 4 tahun dia amik 12 orang saje.


Guru besarnya adalah Cikgu Fauziah. Bila bincang2 dengan Cikgu Fauziah, dia cakap its ok masuk tadika umur 4 tahun, ndak2 dia dah bijak bercakap kan. Aku cakap la dia tak tanggal lagi diaper Cikgu, bole ke ni? Takpe kita akan train dia jugak. Then aku tanya " Tak boring ke kalau 3 tahun masuk tadika?" Cikgu Fauziah cakap "Takpe, your children akan jadi lebih bijak and he will enjoyed his school" Kalu orang negara luar 3 tahun diaorng dah masuk tadika" hermm.. ok la kalu gitu kan.


Cikgu Fauziah tanya Aqim some questions.


CF: What is your name?

Aqim: Mustaqim


What is your mother's name?

Aqim: Azrine


What is your father's name?

Aqim: Pak Chong..


Hahha..Pak Chong tu nama bos papa..Hadoi ai..lawak ok. Sebab biasa aku tnya What is your papa's name? tu agaknye dia tak familiar dgn word father.


Cikgu Fauziah cakap "Tomorrow when you come to school, no diaper ok." Aqim jawab Ok..

Are you ready to school? Aqim jawab dengan confident : Ready.. Nak kencing pegi mana? Aqim jawab: Toilet.. Cikgu Fauziah cakap : Clever!

haha..


So aku dengan En Jijan pon ok je la, masukkan Aqim sekolah. Yuran tiap-tiap bulan ialah RM150 termasuk kelas IQRA' sekali. Yuran pendaftran semalam termasuk uniform sekolah, buku, baju sukan, insurans dan lain-lain semuanya RM587. Semalam Aqim dapat uniform sekolah, saiz S. Then kami g beli kasut sekolah Aqim siap stokin! Aqim sangat excited! Mulut riuh je..


Sekolah start pukul 8.00am - 12.00pm.


So hari ni aku dengan En Jijan anto Aqim g sekolah. Sampai2 kat sekolah dia ok. Bila Cikgu Fauziah ajak masuk kelas dia ok. Masuk kelas, tak nampak aku. Nanges terus! Hadoi ai.. Yang aku pulak lupe nak kasi botol air, patah balik lagi la dia nanges, takmo sekolah katanye! Parah nie..



Cikgu ckp, takpe puan masuk dulu dengan dia, nnt agak2 dia dah lali puan kuar cepat2. Terpaksa la aku temankan Aqim jap. Nasib baik kawan2 Aqim ramah, so dia dok la berkenalan dengan Aqim, tulis2 buku. Agak2 dia lali je, aku pon cabut..haha..

Tadi En Jijan amik Aqim dari sekolah. Aqim looks ok! Bagus..bagus..Tapi nanges xmo g umah pengasuh ye! Katanye nak balik umah terus..haha..tapi sekejap je, pastu dia ok.


 Aqim bergaya eksen dengan uniform sekolahnye!




Muka pagi2 nak g sekolah!


Bila tengok Aqim pakai baju sekolah dia, aku rasa cepat je masa berlalu, dah beso si Aqim ni!

Belajar rajin2 ye sayang!


 










Sunday, January 16, 2011

Bijak..memang bijak!

Perbualan antara aku dengan Aqim kadang-kadang rasa sangat lucu, kadang tu rasa sangat kagum dan excited melihat si anak dah semakin petah bercakap dan bijak bertutur dengan lancar. Ia sesuatu yang amat seronok ye!

Papa: Aqim, mintak sikit Vitagen
Aqim: Tak boleh, nanti papa sakit perut

Motif: tak bagi papa dia minum vitagen..haha

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aqim: Mama ni cerita ape?
Mama: Cerita puteri la
Aqim: Eh bukan, cerita princess la..
Mama: Ooo..ok

---------------------------------------------------------------------------------
Aqim jenguk kat dapo tengok aku masak

Aqim: Ok mama, almost done!
Mama: Gelak je dengar ayat Aqim tu

---------------------------------------------------------------------------------

Aku makan koko crunch

Mama: Do you want some?
Aqim: No, thanks

Bijaknye bercakap..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa kat Popular pilih2 barang alat tulis Aqim. Aqim cakap:

Aqim: I'm happy mama!

Pastu Aqim g kat rak2 buku. Aku pon panggil la..
Mama: Aqim..Aqim..
Aqim: I'm here
Mama: Aqim..come here
Aqim: I'm coming

Kadang-kadang kita tak sangka dia dah bole speaking dengan baik!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Satu hari En Jijan tunjuk flash card kat Rayyan

Papa: Empat
Aqim: Eh, bukan empat la papa, Four
Papa: Ye la four..

hahaha..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa dok asahkan Aqim punye colour pensil, aku tunjuk la kat dia yang dah siap asah

Mama: Ha.. ni dah asah
Aqim: Excellent

Sepanjang hayat tak penah orang puji aku asah pensil kaler sampai tajam ye! Pujian ikhlas ini adalah dari Aqim. Sangat terharu! Excellent terus dia kata mamanye!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari dah malam, mata dah ngantok

Aqim: Mama, jom sleep
Mama: Nanti la kejap, mama tengah wat keje ni (padahal tgh FB)
Aqim: Come mama, sleep

Hadoi..jom la tido!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang bila dah terkelam kabut, aku jalan adalah laju. Bila dah laju, si Aqim punye ayat biasanya adalah

Aqim: Wait for me!

haha..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila aku cakap Thank You, Aqim akan balas You're welcome!

Comel kan?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kat umah aku takde la speaking London ye. Cuma lately ni tengok Aqim dah semakin bijak bertutur bahasa English, so ndak tak ndak aku pon kena la speaking untuk melatih bahasa English nye lancar. Ayat simple2 pon tak pe, janji kita berspeaking dengan dia! Sebab seperti yang pernah aku coretkan, Aqim banyak belajar dari channel 613, dari karrtun2 seperti Mickey Mouse Club House, Word World, Little Eistein, Handy Mandy, Dibo dan lain-lain lagi.

So sekarang ni, haruslah aku pon memantapkan bahasa Englishku yang agak kaput ni! haha..



Love my mama~Aqim..hehehe






Si Hazel milikku!

Si Hazel Sony Ericson kini menjadi milikku!

Hip hip hooray.. (sambil lompat-lompat suke! haha)


Kisahnye aku memang nak tukar handpone baru, handpone lama ok lagi tinggal susah sikit kalau nak hapdate FB pakai hp lama dan jugak kadang-kadang dia hang gitu. So aku telah berkenan dengan si Hazel itu! Lagi pula, dapat bonus. Haruslah menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri untuk menghargai dan memberi kepuasan kepada diri sendiri setelah membanting tulang bekerja..hahaha ko keje sawah ke Azrine? Membanting tulang bagai, padahal keje dlm opis siap aircond..kekeke..ayat mcm gempak je!


Dulu aku memang suka guna handpone cap Nokia. Tapi sekarang cinta telah beralih arah kepada Sony Ericson! haha..bole gitu? Bole lah kan saje nak tukar angin.


Si Hazel berwarna Merah. Dia ade dua warna, hitam dan merah. Tapi pada aku merah itu sangat menarik hati! Hitam dah biasa sangat.




Dan dia adalah handpone slide. Which is I'm very love this type of handpone.





Si Merah yang sangat cuns telah rasmi menjadi milikku pada 11 Jan 2011 (11.1.11) tarikh pon cun kan!

Aku beli di Digital Mall ye. Harga nye RM620 tunai. Dapat satu pouch beg, kabel nk transfer pic or music.

So Happy!




Saturday, January 15, 2011

Sambutan Birthday Rayyan yg pertama

Mula-mula aku takmo buat birthday Rayyan ni. Sebabnye macam malas..haha..tak senonohnye mama Rayyan, bole cakap sebab malas..

Pastu opismate aku psyco aku ok! Kata aku ni tak patut la sebab ni first birthday, masa Aqim aku buat masa Rayyan aku malas takmo buat pulak! Tak fair la kan?? Dah ade jawapan, tanya lagi! Dush sekali...

So at the end, kami pon decide buat jamuan makan Rayyan kat tasik yg dekat Amcorp tu je. Senang citer, malas aku nak menyemakkan rumahku yang sedia kecik itu. Wat kat tasik Amcorp tu selesa je. Sebab dia dah ade tempat cam kanopi tu di sediakan, so senang la.

Dalam jadual buat kol 15 Jan 2011 pukul 3ptg ye, tapi stat pukul 4. hahaha..serabut betol kan!Aku dah terpacak kat tasik tu kol 3ptg. Tuan rumah mesti la punctual!



Muka Aqim yang serius tapi excited sebenarnya.. Rayyan xmo pakai topi birthday



 Kami sekeluarga!




Kek dari King Confesion


Acara potong kek!


Kengkawan mama yang hadir



 Birthday boy yang ensem!



 Makan-makan



 Aqim dan mamanye yang over excited!

Jamuan makan-makan ni simple sangat, saje je nak kumpul ramai-ramai and makan same-same. Actually masa birthday Rayyan tu (12 Jan 2011-Rabu) aku bagi anak2 dibawah asuhan Kak Izan (pengasuh Aqim & Rayyan) goodie beg pada semua kawan2 diaorang, pastu malamnye aku belanja Kak Izan satu family KFC.

So makan2 kali ni lebih kepada kawan-kawan mama yang datang! haha.. tak kisah la, ape2 je.

Famili aku dgn famili En Jijan jauh, so takde la datang ke KL ni..

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan cuaca pon sangat baik. Terima kasih kepada yang hadir dan terima kasih kepada pemberian hadiah kepada Rayyan! TQ so much! :)

Happy :)



Mickey Mouse Book


Lanjutan kisah jualan gerai di UM. Kat situ dah mcm2 jualnye. Buku pon ade. Buku2 pon bole tahan hargenye murah.

So aku belikan Aqim buku ni. Dahnye sibuk sangat la hai.. Mama yang ni bagus, mama Aqim nk yang ni la.. jap kang tengok yang lain pulak, Mama, Aqim taknak yang tadi, nak yang ni la.. Hadoi si anak ni.. kadang-kadang nak marah pon tak jadi sebab lucu pulak!


Ni buku Mickey Mouse Club House





Harga cuma RM19.90

Berbaloi tau, hard cover..






Kat dalam kalau bukak siap bole berdiri gitu..hahaha

 




Ade cerita and pic yang bole berdiri gitu! Canggihkan? hehehe

 


Rayyan tak bole kacau, sebab nye kang habis koyak rabak buku ni dikerjakannya!


Thursday, January 13, 2011

Terbeli sudah..

Last week kat UM tu ade PC fair. Dan ade la mcm2 booth menjual barang2. Termasuk la yang jual kain.

Belek2 terbekenan kain yang satu ini:






Ingat nak buat baju kurung pahang..

Pakai untuk raya..

Posa pon tak sampai lagi, dah sibuk pikir raya..terok betol! haha..


Happy Birthday Rayyan!


Happy Birthday My Dear Rayyan!

12 Jan 2010
5.50 am
Rayyan dah setahun, cepat je masa berlalu!
Semoga Rayyan menjadi anak yang soleh dan bijak
Mama, Papa & Abg Aqim sayang sangat Rayyan!
Happy Birthday Sweetheart..




Monday, January 10, 2011

OMG! Sangat Careless

Semalam g keje terkocoh-kacah je!

Pastu sampai opis tak tau letak kunci umah kat mane. Tepon En Jijan, dia cakap takde pada dia. Tepon pengasuh Aqim kut la aku tersalah letak kat beg baju diaorang kan, takde jugak!

Huhu..gelabah katak ok! Buat keje pon cam tak fokus je, mana tak nye pala dok memikir mana la aku letak kunci umah.

Time lunch balik umah dengan En Jijan..

Aku nampak kunci umah! Di mana???

"
"
"
Kunci umah masih tergantung pada pad lock kat pintu gate!
Aku rasa sangat cuak, kalu ade orang masuk cmne?? Licin umah berkilat terus..uwaaa...
Nasib baik takde ape2 berlaku.. Alhamdulillah..
Next time kena lebih berhati2, tak bole careless lagi!

Sunday, January 9, 2011

Merah2 itu muncul kembali

Aku rasa aku ni la gatai sangat p sapu lotion lain kat Rayyan. Sudahnye makin merah!

Aritu dah elok dah..Gatai tangan betol la. Sebabnya aritu ubat sapu yang dari Dr Azhar dah dekat abis. Aku pon try la sapu lotion yang satu ini ==========> takyah la sebut nama lotion tu yek!

Pastu abis merah kembali dibahagian itu.. Tak boleh kena air, mesti Rayyan melaung-laung mcm kena pukul!

Poo-poo dah x cair cuma kerap je la. Abis bontotnye pon melecet. Asyik berak je!

Arini En Azizan keje pula. Ade New Year Sale di opisnye. Opisnye kan jual buku-buku ilmiah. Haruslah ramai orang datang! Ni balik kol 7 rasanye!

Malam ni mau ke klinik lagi. Tengok camne.. Seyis aku tak bole dengar Rayyan menangis camtu, nanges yang sakit sangat. Kalu hati ni tak tabah, harus la aku ikot nanges sekali!

Seorang ibu kena tabah, kalau tak anaknya akan hilang motivasi! =======> betol ke? takpe la pada aku betol la tu!

 Lepas dah menangis2 Rayyan tertido



Tido lena..aku suka bau budak tetit ni..sedap bau masyam!


Shawl

Aku saja2 la nak mencuba pakai shawl ala2 arab tu kan.

Kut la sesuai bole la pakai terus.

Tapi bila dah pakai, aku rasa cam pelik pulak, cam kelako pon ade!


Idong saya sangat kembangs! hahaha..



See..kelako je muka aku wei!



Bersama dengan anak-anak..


Shawl aku beli kat pasar malam sajer. Harga rm8. Anak tudung nye itu actully ade bling2 kat depan, dan terbentuk. Tapi aku suka pakai yg belah xde bling2.. tu pon same beli di pasar malam. RM7.




Thursday, January 6, 2011

Ruam dan merah2

Semalam adalah sangat penat ok!



Balik opis dengan hujan bagai, tapi aku tak la salahkan hujan. huhu.. Cuma aku ni je la yg kelam kelibut. Poyo!



Balik kol 6.30ptg, amik budak2. Pengasuh ckp Rayyan b***k air. Ala risaunye, pastu kat are "bird" dah merah2, luka plak tu. Lagi la kesian ok!



Rayyan melalak2 bila kena air kat situ. Nak masuk bilik ayor pon dia dah takut wei!



Dah tak bole jadi ni, malam tu jugak pergi Klinik kegemaran ku. Klinik Azhar kat Pantai Dalam. Sampai klinik, ramai plak orang. Jadi tunggu je la. Bila giliran di panggil, Dr Azhar chek Rayyan. Makanya ade ruam di situ yek! So Dr Azhar bagi ubat ruam, cirit, antibiotik, ubat sapu dan juga sabun untuk cuci.



Balik umah terus basuhkan Rayyan dengan sabun berubat itu, sapu krim dan juga bagi makan ubat.



Alhamdulillah, Rayyan memang serasi dengan ubat Dr. Azhar. Pagi tadi tgk merah2 dah kurang.



Pastukan, nak dijadikan cerita, esok nye plak ade potluck! aku tak masak lagi. Sebab balik je klinik dah melepek. Penat betol!

Bangun pukul 3 pagi, buat agar2 merah. Goreng papadom sudah..haha..memang dah cakp awal2 dengan opismate aku nk bwk benda ni je..

Ok sekian cerita aku utk kali ni.

Sunday, January 2, 2011

Cuba-cuba resepi baru

Malam ni aku try masak resepi baru!

Resepi ni dapat dari buku masakan Chef Hanieliza. Actually Chef Hanieliza ade blog masakan dan aku sering gak la menjenguk ke blog beliau jika nak cari resepi. Yang aku suka Chef Hanieliza ni ialah cara dia tunjukkan cara memasak tu sangat simple. Memang gerenti jadi la. Sedap tak sedap tu belakang kira la..hahaha..
Sebab ape aku beli buku resepinye?

Sebab aku malas asyik nak bukak lappy n intenet. Buku ni aku bawak je masuk dapo. Sikit2 kang tengok.. sikit kang tengok lagi nak make sure ikut langkah memasak yang betol!
Ok mari tengok ape yang aku masak untuk malam ni
En Jijan nak buat tanda Peace, tapi aku paksa buat tanda Best! haha..bole x?



Ni aku namakan Sotong masak ala portugis..dalam buku resepi dia guna ikan pari, tapi aku tukar kepada sotong. Nama dlm buku resepi ialah Asam pedas bungkus..


Sebelum dimakan



Ni la buku resepinye yang cuma berharga RM5.50 saje