Monday, November 14, 2016

Perfume De'xandra sebagai barang hantaran..memang awesome!

Hai korang!

Entri kali ni, akak nak citer sikit tentang barang barang hantaran untuk majlis pertunangan atau majlis perkahwinan.

Antara barang hantaran yang biasa diberikan adalah perfume. Ha betul tak? Perfume ni boleh membangkitkan aura yang positif tau. Bila kita pakai perfume kita rasa wangi, bersemangat dan rasa diri kita yakin. Lagi best bila kita pakai perfume kita rasa kita anggun gitu. Yang lelaki rasa kacak dan macho..hahaha..tak caya ka? Cer try buat..

Ha akak nak citer ni, kalau masih tercari cari perfume apa yang sesuai untuk dijadikan hantaran boleh refer akak. Korang tak perlu berbelanja sampai RM200 plus untuk dapatkan sebotol perfume yang berkualiti dan tahan lama ya. Korang boleh beli perfume De'xandra sebagai barang hantaran. Sebotol baru RM65 tapi bau memang kelass sangat ok..tahan lama tau! Kalau rasa macam sebotol tak cukup, beli 2 botol. Dapat lagi diskaun tolak RM10. Dua botol cuma RM120..ha..jimat lagi menjimatkan akak koba kat korang! Kalau belah lelaki bagi 2 botol, belah perempuan pon nak balas 2 botol pon boleh. Total untuk 4 botol perfume De'xandra hanya RM240.. Apa??? RM240 dapat 4 botol perfume? Ini memang super awesome!

Lagi best korang boleh pilih haruman antarabangsa yang diinspirasikan oleh De'xandra..Kelass ko dik! RM65 sebotol dapat bau perfume Britney Spears, Chanel, DKNY, Dior, Paco Rabbane, Versace..Mau tak suka, dah la wangi, tahan lama, bau antarabangsa..yang penting jimat, senang bawa travel dan boleh bawa solat..ha..best kan??

Time time sekarang nilai mata wang semakin mengecil ni memang wajib la kita berjimat dan membuat pilihan yang bijak ye.. hihi..

Kalau tak tahu nak dapatkan perfume De'xandra kat mana boleh ja roger akak di:

Whaspp @ Tel: 012 352 9074 

IG @the_azrashoppe

FB page di https://www.facebook.com/deazraboutique

Ok akak belanja gambar sikit ye...










Ha cantik kan hantaran hantaran ni..akak suka!



Senarai perfume De'xandra yang korang boleh pilih..




Lagi contoh hantaran..hihi..comey sangat!

Sunday, November 13, 2016

Mood Republik Penang, 5-6 November 2016

Hi korang...



Entri kali ni aku nak citer pengalaman join Mood Republik. Korang mesti pernah dengar tentang Mood Republik kan? Karnival jualan terbesar yang menghimpunkan jenama jenama yang terkenal yang popular di online. Secara jujur aku memang tak pernah pergi shopping di Mood Republik sebabnya bila tengok kat IG or FB orang punya la ramai. Pulak tu aku ni jenis malas nak bersesak sesak sebab nak bershopping..Poning pala nanti. So bila mak stokis perfume De'xandra ku; Ilyani whasspp tanya aku nak join tak Mood Republik sebab ada agen tak dapat join, aku pon apa lagi excited la!! Ni poie untuk jaga booth dan buat sales. Of course ini peluang keemasan untuk rasai join event besar! Kali ini Mood Republik berlangsung di Strait Quay Convention Centre Penang. 

Kami bertolak dari Ipoh pada hari Jumaat 4hb Nov. Set up booth pukul 8.30 malam. Kami check in di hotel Leisure Cove berdekatan dengan SQCC tu juga. Masa set up booth tu pon dah rasa excited jumpa dengan geng geng agen ekyaniteam. Excited juga tengok booth keliling kami set up booth diorang. Booth De'xandra bersebelahan dengan booth Elfira Loy dan Liyana Jasmay. Baru la saya tahu macam ini rupanya the day before event Mood Republik. Ramai vendor vendor. Lori pun banyak hantar barang barang jualan. Meriah la jugak! Dalam pukul 12 malam baru selesai set up booth.

Jualan bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 malam. Vendor vendor diminta untuk datang seawal 6.00 pagi bagi yang belum settle set up. Memandangkan booth kami dah siap set up. Ketua kami Kak Ti cakap pukul 8 pagi semua dah kena ada. Kami pam belon untuk diberikan kepada pengunjung, bagi flyers dan smell card yang dah siap siap sembur dengan perfume De'xandra. Sambil sambil tu tengok tengok juga booth vendor vendor lain punya deco. Ramai jugak la artis yang join. Patut la orang ramai datang Mood Republik ni. Macam macam jenama ada dan macam macam barang yang dijual. Memang best la kalau shopping barang barang kat sini terutama yang perempuan la..hahaha...Ramai juga yang datang membeli perfume De'xandra di booth kami. Memang seronok melayan customer. Ada yang tengok tengok dulu, ada yang test test dulu, ada yang memang dia dah tahu perfume apa yang dia nak beli. Yang paling best bila satu customer beli 4 botol terus..aishhh..best betul tu. Setiap orang dalam team berusaha untuk menarik minat pelanggan untuk membeli. Sebab makkis dah bagi target..hihi.. gitu la baru rasa feelnya. Kita usaha sedaya mampu untuk capai target. Rehat pon ala ala kadar gitu, makan jap, solat pastu nak poie tandas ka gilir gilir.

Bila join Mood Republik ni baru saya tahu, kuasa artis tu sangat besar ya pengaruhnya terhadap sesuatu produk. Bila artis tu turun padang p booth diorang, secara automatiknya ramai orang serbu booth tersebut dan membeli produk yang artis tu jual or dia jadi duta. Nak bergambar kena beli produk dulu. Ha gitu..memang berebut rebut la yang beli. Lagi la jenis orang yang memang suka artis kan.. buat koleksi gambar selfie bersama artis gitu. Shawl yang dipandang sendu ja sebelum ni, terus laku bila artis tu turun padang. Hebat tau! hahaha..Booth De'xandra memang confirm jammed setiap kali Elfira Loy dan Liyana Jasmay datang ke booth diorang. Diorang ni pulak memang jenis mesra dan ramah la dengan peminat. Kalau Nabil datang booth De'xandra mau penuh booth kami! hahaha..Masa nak poie tandas, lalu booth Aida Jebat. Adoii punya la sesak. Ramai betul peminat beliau. Happy go lucky ja dia. Kecik ja orangnya.hihi..

Kami yang vendor vendor ni shopping pon ala ala sempat tak sempat ja la. lagi senang shopping ja baju dekat dekat dengan booth kitaorang. Ko beli perfume kat booth akak, akak shopping baju kat booth hang..hahaha..ada la rasa nak shopping tapi tak beria sangat. Sebab penat kot lagipon aku sedang dalam proses meditasi untuk kawal nafsu bershopping..ha gitu! 

Hari kedua masa wrap up tu memang masing masing dah kepenatan. Kemas-kemas, kira kira stok semua. Pastu barang barang tunggu abang lori punggah turun. Tapi memang seronok la kerja dalam team ni Kak Ti, Kak Zah, Suri, Ein, Wani dan Shida. Banyak sangat aku belajar. Macam mana nak approach customer bau apa yang sesuai dengan diorang. Kak Zah bagi tips yang muda belia suggest bau manis manis macam moon sparkle atau purr. Hasilnya aku dapat jual 3 moon sparkle dalam masa terdekat. Selalu kalu bukak booth sendiri, moon sparkle tu takde orang pandang..hahaha..Wani pulak cakap kalau lelaki suggest dulu One Million, Biasa bau ni memang jarang orang tolak. Shida pon bagi tips juga if baru nak try bole suggest Bond 9 Him bau ni memang win kalau oarang tu baru first time nak cuba perfume De'xandra. Tengok cara team wanishida approach customer, tanya adakah diorang ni smokers or not, keje office or banyak koje luar. Itu semua akan memudahkan kita untuk suggest perfume yang sesuai. Bila aku bukak booth sendiri lain dengan bukak booth sesama agen ekyanie ni memang banyak la belajar. pastu kami bertukar tukar pengalaman. Seronok sangat!

Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada mak stokisku Ilyani. Kepada team ekyanie Penang yang sangat awesome dan supportive. I love you guys! Kepada my dear suami En Jijan yang sanggup drive kita ke Penang, anto dan amik kita p booth dan jaga hero hero kita tu, terima kasih banyak2, sayang awak banyak banyak! hihihi..eh ni ucapan memang award ke? kakakaka..

Nah belanja gambo sikit..nak amik gambo pon tak sempat uols!








Bisik-bisik AzRa:
Dalam satu pasukan setiap orang akan memotivasikan rakan sepasukannya. Bila kita down ada tangan yang akan menyambut dan memimpin kita. Beri semangat agar tidak mudah putus asa kerana itu adalah proses pembelajaran untuk kita berjaya. Itu yang saya temui dalam team ini..sayang semua




Monday, October 17, 2016

#bbcreamSeqyBeauty

Assalamualaikum korang..

Hi tengah buat apa tu? Ok, arini akak nak citer tentang BBCream Seqy Beauty pulak.

Ape tu bbcream ye? 

BB Cream By Seqy Beauty adalah produk kosmetik penjagaan kulit pelbagai guna. Ia juga digunakan sebagai penutup asas, mekap semulajadi, melindungi kulit dari sinaran UV, pelembap, pengawal minyak dengan ciri-ciri penyembuh, menjana semula kulit dan mengurangkan parut jerawat. BB Cream juga mampu menyamakan warna tona kulit, bintik hitam dan kesan parut tanpa menggunakan mekap asas yang tebal.

BB Cream by Seqy Beauty

  • Teksturnya lembut dan ringan.
  • Sesuai bagi mereka yang tidak sukakan mekap tebal, cuma mahu melindungi kulit solekan nipis, natural dan ringkas.
  • Sangat praktikal, diratakan menggunakan jari sahaja.


Fungsi dan Kelebihan BB Cream

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menutupi cela di muka
  • Sebagai bedak asas
  • Lebih ringan dari foudation
  • Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari
  • Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
  • Melambatkan penuaan
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia
Harga BBcream Seqy Beauty?
  • Harga RM55 20ml exc postage

Daripada pengalaman akak menggunakan bbcream ni, memang best. Sebab kulit muka tak berminyak, pastu teksturnya memang ringan, yang penting tak bercapuk bila pakai. Tak perlu letak banyak banyak. Letak kat dahi, hidung, pipi kanan, pipi kiri dan dagu pastu sapu rata. If korang taknak pakai bedak lepas apply bbcream ni pon bole. Memang elok ja muka korang nanti. Itu daripada pengalaman akak yang memang pengguna setia bbcream ni. 

Nak cuci pon mudah ja. Guna wet tisu pon bole.. :)

If berminat utuk dapatkan bbcream ni boleh roger akak di 012 352 9074

In Sha Allah korang puas hati :)

Nah belanja gambo sikit:



Pek baru yang lebih trendy! hihi

Pek lama.. ade stok lagi..harga sekarang rm45


Warna warna yang ada. Fair, Natural dan Brown


Feedback customers




#lipmatteseqybeauty

Hai korang hari ni ape koba? Akak sihat sihat saja. So entry kali ini akak nak citer sikit tentang produk baru daripada Seqy Beauty iaitu Lip Matte Cream.

Lip Matte Cream Seqy ni didatangkan dalam 6 warna di mana warna warnanya adalah seperti berikut:
  • 1.       Strong
  • 2.       Forgiven
  • 3.       Beautiful
  • 4.       Relax
  • 5.       Comfort
  • 6.       Peaceful

Semua warna warna ni memang cantik dan meletops sangat tau korang!

Bape harga satu lip matte ni?

Harga memang berbaloi. RM25 je uols! Beli 2 baru RM50 boleh tukar tukar warna pakai kan?

Ape yang best lip matte Seqy ni?

Yang bestnya ialah ia tidak melekat pada baju, cawan dan sebagainya. Korang pakai tahan lama la kiranya gitu. Nak bersihkan bibir kita just guna make up remover or guna ja make up cleansing tissue.

So senang nak tanggalkan dan juga tahan lama. Warna pon best best. 

Nak try? Jom la


Nah belanja sikit gambo:







Thursday, October 6, 2016

#impian



Keputusan PMR yang baru diterima membuatkan Nasuha begitu bimbang. Keputusannya tidak lah begitu cemerlang namun dia telah berusaha untuk melakukan yang terbaik. 

“Kalau dah keputusan macam ini gayanya, baik engkau kahwin saja Suha” kata Mak Long Senah yang datang ke rumah adiknya; Ismail sebaik sahaja tahu keputusan cemerlang anaknya Sarah, sepupu Nasuha.

“Engkau tengok Sarah ni..semua A. Boleh lah dia sambung masuk kelas aliran sains.” Kata kata Mak Long Senah hanya disambut dengan suasana sepi, hanya kedengaran bunyi cicak seolah menyokong kata katanya.  Leha, ibu Nasuha terus membancuh kopi. Walaupun sudah lima sudu gula dicampurkan dirasakan kopi tersebut pahit dan kelat sahaja.

“Apa yang bising bising ni Kak Long?” tanya Ismail, ayah Nasuha. “Ni ha, anak kamu ni..keputusan tak berapa nak bagus. Buang duit ja kamu nak sekolahkan dia lagi. Kahwin kan saja.” Lancang sungguh mulut Mak Long Senah berkata. Pandai pandai pula hendak mengaturkan hidup aku. Mak dengan abah tak kecoh dia pulak yang berlebih nampaknya” Suha bersunggut di dalam hati.

“Eh Kak Long ni, budak besar Suha ni apa lah yang dia tahu tentang kahwin. 15 tahun ni muda sangat nak jadi bini orang. Karang 16 tahun dah jadi mak orang. Ishh... Saya dah fikirkan sesuatu untuk Suha. Walaupun akademinya tidak begitu memberansangkan, saya tetap akan hantar anak saya sambung belajar. Kali ni saya akan hantar Suha ke sekolah vokasional. Belajar tentang kemahiran. In sha Allah..ada rezeki Suha boleh dia jadi boss bila besar nanti.  Mana tahu kut lepas ni Kak Long nak tempah baju kawin Sarah ka, boleh la Suha ni jahitkan. Masa tu Suha dah ada butik sendiri. Boleh la bagi diskaun untuk sedara..”kata Ismail berselora penuh makna.

Muka Mak Long Senah terus mencuka. “Eh dah la kamu ni aku nak balik dulu. Esok jangan lupa pulut kuning yang aku tempah tu Leha. Nak sedekahkan kat surau, buat doa kesyukuran untuk Sarah ni. Kamu pun jangan lupa datang.” Kata Mak Long Senah seraya menggangkat punggung beredar pulang. “Baik kak long” kata Leha tersenyum. 

“Terima kasih abah!” kata Suha sambil memeluk bahu Ismail. “Suha belajar elok elok ya, abah nak Suha berjaya walaupun Suha ambil bidang kemahiran. Lepas Suha dah berjaya baru fikir tentang yang lain ya.” Rambut anaknya diusap penuh kasih sayang. “Baik abah, Suha janji Suha akan buat yang terbaik.” 


Bisik bisik AzRa:
Ubah mentaliti mampu mengubah kualiti hidup di masa akan datang. Jangan lenyapkan impian anak anak, kita mampu mencorakkan masa depan yang lebih cemerlang. #hentikanperkahwinankanakkanak

Tuesday, September 27, 2016

#parenthood1



Bila bercakap tentang parenthood atau keibubapaan, aku memang teruja. Sebagai ibu bapa banyak pengalaman yang kami lalui sepanjang membesar dan mendidik anak anak kami. Walaupun kami boleh dikatakan setahun jagung la dalam bidang ini (cewah macam profesion professional pulak..) ia merupakan pengalaman yang amat berharga.

Pastinya ramai ibu bapa yang mempunyai pengalaman yang lebih kurang sama dengan kami. Entri kali ini aku nak kongsikan situasi yang menguji kesabaran bagi aku dan En Jijan sebagai mama dan papa.

Antara situasi situasi menguji kesabaran yang biasa dihadapi oleh aku dan En Jijan sebagai parent:
Kita buat macam Hagemaru la.. 8 situasi yang terbaik minggu ini..hahaha..


  • 1.     Anak menangis sambil jerit jerit nak mainan.. Dalam situasi begini kalau nak marah kang lagi anak kita mengamuk. So apa yang kami buat. Cakap dgn anak kita beli next time or kalau dia nak juga, kita beli tapi cari yang murah. Sebab sebenarnya diorang ni main sekejap ja pun. Lepas dua hari terbahai la mainan tersebut, tak pon main sekejap pastu ranap di kojekan. 
  •  
  • 2.       Tengah sedap makan anak pulak nak berak..nak poie tandas. Aisehh..ni tgk keadaan. Kalau aku dah nk abis makan aku ja la yg uruskan dan sebaliknya. Tapi kalau kat R&R atau kat petrol stesen biasanya En Jijan yang uruskan sebab kalau tandas awam lelaki tak penuh orang tak macam tandas perempuan. Penuh selalu. Lagipon anak-anak sume superhero.
  • 3.       Makanan or minuman tertumpah. Ni kalau makan kat luar rasa cam nak sorok bawah meja ja kalu jadi..hahaha..pernah sekali baru nk makan cendol. Sekali cendol telah terbalik sebab masa tu Fahri baby lagi tangan tak reti diam..cendol tu baek landing kat seluarku..nanges den. Terus xde selera nak makan. Jangan panic. Lap kan sajo, walaupon masa tu dah tak tahu nak rasa apa. Ber huhuhu saja di dalam hati ye.
  • 4.       Makan kat luar tetiba ade ape ntah yang tak kena Aqim dan Rayyan sibuk la time tu nak gado. Haiyaa..budak budak ini makin beso makin macam macam peel korang ye..Mata akak dah beso, suara En Jijan dah keras tegur tapi in control lagi..hahaha..
  • 5.       Beli baju or kasut. Ni kadang kadang boleh darah tinggi dibuatnya. Anak semua superhero. Dah try baju tak bukak lagi ko dah berlari. Dah la nak memilih baju tu satu hal. Cari saiznya. Mak nye pulak nak sedondon kan pulak..hahaha..Kasut pon same..Sekarang diorang dah beso ni ade la taste memasing kan..isk isk.. tak bole ikut sgt kehendak mereka ni..
  • 6.       Shopping barang dapur. Kalau bawak anak anak yang aktif ni memang mencabar. Diorang ni rasa mak n pak dia billionair kot. Amik letak sajo dalam troli ye. Tugas papanya ialah meletak kembali barang barang yang diambil ikut suka hati anak beliau, yang dirasakan tidak perlu. Satu lagi bila diorang dok berlari lari bersuka ria sambil menjerit kegembiraan seperti supermarket tu ana yang punya..bertabah la!
  • 7.       Pegi umah saudara mara or kawan kawan. Bab ni paling la ponin jugak. Kita tahu anak kita punya keaktifan macam mana. Walaupon dah berbuih la mulut omaknya warning, poie umh orang elok elok perangai, jangan bising bising, jangan lari lari, makan baik baik..tetapi yang di warning tu la yang tak diikuti. Pastu sedara sedara or kawan kawan cakap eh takpe la budak budak. Ye memang budak budak tapi aku kena bertegas jugak dengan anak-anak biar tahu adab di rumah orang. Balik ja..masuk keta mesti kena tazkirah dengan papa. Pastu kadang-kadang kalau geram aku pon join tazkirah En Jijan. Hahaha..
  • 8.       Dah kemas umah elok elok. Tak sampai 5 min umah dah bersepah balik. Huhuhu.. tak sempat nak menghilangkan lelah..takpe la..yang ni En Jijan siap bole cakap, tak payah kemas la mama rumah. Kang nanti mama penat dah start membebel. Eh ni En Jijan mesti tak tahan bini dia bising sebab ponat mengemas. Bila papa ponin, dia suh budak-budak tu kemas sekali dgn dia.. haha.. Kalau mood nak cepat aku suka kemas sorang sorang. Sel sel otak depa ni sedang berkembang tu yang macam macam nak dibuat, nak mencuba.. :)

Bukan senang tau nak jadi parent. Memang tahap kesabaran kena tinggi. But enjoy la perjalanan kita sebagai ibu bapa. Sebab anak-anak ni la penawar suka duka, anak anak ini amanah Allah. Kadang kadang tu ada benda yang diorang buat ni kita nak marah pon tak jadi marah. Sebab macam kelakar pon ade..huhu..

Apa yang kami buat bila dah tukar jadi hijo atau tarzan..hahaha..

Tips tips yang boleh dipraktikkan:
  • Bertenang (walaupon adakalanya tak bole nak bertenang..kuikui)
  • Tarik nafas panjang panjang dan hembus (ni pon kadang kadang nafas dah macam naga..haha)
  • Istigfar (ni memang kena jadi amalan)
  • Bila time santai santai atau nak tido tu kita borak2 dgn anak anak kita, explain why kita marah, kadang2 kita tercubit dia kan (tangan mak dia ni memang ketam ja rupa)..explain why?takut kang nanti dia simpan dalam hati pulak
  • Selawat sambil usap ubun ubun anak kita bila nak tido tu. Pastu kita borak la dgn dia tanya nape awak ni buat mcm tu, tak kesian ka kat mama? Diorang akan respon tau. Aku penah tanya Rayyan, nape Rayyan buat adik mcm tu? Kesian dia. Dia cakap mama ni asik adik adik adik ja..oo baru ku paham, dia jealous, sebab perhatian kita asik kat adik dia ja..aku pon say sorry..next time kita beringat la kan..hihi
  •   Sentiasa doakan supaya anak-anak kami jadi anak yang soleh, dan baik pekertinya.


Semua ni aku rasa proses pembelajaran. Kita belajar daripada pengalaman dan kesilapan kita. Kadang-kadang kita baca dalam buku tu cakap macam ni macam tu buat supaya bagi anak kita pandai la, bagi anak dengar kata. Tapi kadang-kadang bila kita praktikkan kat anak kita tak menjadi. Buku tu cuma panduan, pengalaman setiap ibu bapa kan lain-lain. Kadang kadang kita pon belajar daripada pengalaman orang lain. So semua ni proses pembelajaran utk parents. 

Kadang kadang cakap lembut lembut takmo dengar, bila suara mak apak dah meninggi baru nak dengar. Bila tangan mak dah jadi ketam baru la “jalan” koje.

Bila ingat ingat balik, macam ni la mak ayah kita jaga kita masa kecik kecik dulu. Terus insaf..huhuhu


Bisik bisik AzRa:
Ada orang diuji dengan kelasakan anak-anak, ada juga diuji dengan kesihatan anak-anak. Apa apa pon nikmati momen momen dengan anak anak dengan rasa kasih dan sayang, bertanggungjawab dan laksanakan amanah dengan sebaik mungkin. Bila kita dah tua nanti itu akan menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan untuk kita ceritakan kepada mereka..eh..macam lagu Sheila On 7 pulak! Hihi..

Wednesday, September 21, 2016

#Mengidam




Hurmm..citer pasal mengidam ni aku nak story sikit tentang diriku dan mengidam ni.


Masa 1st pregnancy benda yang aku mengidam nak makan ialah buah laici. Nak buah laici fresh takmau yang dalam tin. Masa tu nasib baik la kat Thailand dah musim buah laici, so dapat la makan buah laici fresh beli kat pasar malam kat Pantai Dalam tu. 1kg aku makan sorang sebab En Jijan cakap buah laici tu masam. Aku rasa manis ja. Kuikukui.. Kupas banyak banyak lepas tu simpan dalam peti ais. Makan sejuk sejuk camtu..adoii sedapnye! 

2nd pregnancy aku takde la mengidam yang pelik pelik tapi setiap kali Nampak kiosk Famous Amos aku akan beli biskutnya tu. Sedap beno ku rasa. Hahaha.. apa kono la ntah..Lepas bersalin takdenye ku nak makan biskut Famous Amos. Lalu tengok gitu ja! 

3rd pregnancy aku suka minum coffee Starbuck. Kali ni pregnant kena kencing manis pule. Huhuhu.. Dah ko bantai minum coffee and coklat Starbuck memang le. Seminggu ade la dua tiga kali pekena Starbuck. Lepas tu kan, aku mengidam makan nasi Arab. En Jijan asik tangguh tangguh ja tak sempat makan nasi Arab dah warded kat PPUM. Sebab doctor cakap baby mcm kecik dan air ketuban cam kurang. Dalam wad teringin nak minum teh o ais. Lepas tu En Jijan poie beli teh ais pule. Halamak..tekak ni memang nak sangat sangat teh o ais sebab esoknya dah tak bole minum teh o ais dah. Doc nak induce. Huhuhu..Nak taknak En Jijan terpaksa la p kedai sekali lagi beli teh o ais. Dah la masa tu ari ahad. Kafeteria PPUM memang tutup..Tapi dapat gak minum teh o ais. Nasi Arab dapat makan lepas abes berpantang..Tu yang Fahri masa kecik2 berjejes ja air liur! Lol!

Bisik-bisik AzRA:
Kalau pregnant anak keempat mengidam apa pulak ek? Takpe..kita tunggu mengidam edisi ke-4. Hahaha.. Korang ada mengidam tak? Cer citer sikit..