Thursday, May 29, 2008

Gigit

Aqim sekarang suka menggigit. Sakit... sekali kena gigit dengan Aqim. Gigi dah banyak, makin best la menggigit. Papa & mama la selalu jadi mangsa. Kat bahu, paha, tangan, pipi la Aqim dok selalu gigit. Kalau die geram lagi kuat die gigit.

Semalam Aqim gigit papa kat dada sampai tersiat sikit kulit papa. Tak baik tau Aqim ni, cian kat papa. Papa marah sikit kat Aqim tapi die dok sengih plak. Tak jadi papa nak marah dah.

Wednesday, May 28, 2008

Gethering Kawan-kawan

Hari Ahad aritu 25 May 2008. Kawan-kawan aku datang. Diaorang nak tengok anak Wan & Amir - Siti Nur Auni. Wan la suh kumpul kat umah aku sebab dia cakap umah die tak berkemas lagi. Lagipon die dah nk pindah bulan 7 ni.

So yang datang aritu Ina & Udin with Alia Alisyah, Su, Chek and Wan & Amir with Siti Nur Auni. Meriah la bercerita tentang anak. Macam-macam la cerita. Sampai ke rambut anak.diaorang heran rambut Aqim lebat sedangkan rambut Auni & Lia sikit sangat. Padahal anak diaorang pompuan.hehehe..

Aqim pon sibuk la nak main toys dengan Lia. Selalu main sorang2. Ni die dok berebut dengan Lia toys die. Kelakar je..

Aqim Tak Sihat

Semalam mama bawak Aqim p klinik. Aqim batuk & selsema dah 2 hari. Kadang-kadang batuk sampai termuntah. Malam tadi habis bed sheet mama kena muntah Aqim. Cian mama tengok Aqim batuk.

Pastu plak dahi Aqim kena gigit serangga kut (malam Isnin aritu). Mama & papa pon tak tau ape bende yang gigit Aqim. Bengkak kat dahi tu. Doktor tanya Aqim ade garu tak kat tempat tu? Takde plak, Aqim pon tak meragam. Aktif cam biasa. So doktor bagi ubat sapu & antibiotik. Pagi ni tengok dah surut sikit bengkak tu.

Mama & papa pening kepala time bagi Aqim ubat. Aqim tak suka makan ubat. Memang Aqim tutup mulut die, kalau tak pon die sembur ubat die tu. Penat mama dok pegang Aqim, kuat plak tu meronta tak mau makan ubat. Tapi once Aqim buka mulut je cepat2 papa bagi ubat. Pas dah tertelan ubat tu, Aqim ape lagi menangis la...kejap je mama & papa pujuk, ok balik.hehehe..kena makan gak sayang oi kalau nak sembuh cepat.

Friday, May 23, 2008

Carrefour

Malam semalam p Carrefour jap. Mama nk cari hadiah kawin untuk Auntie Suzi. Tak best la Carrefour sekarang nih. Berpusing-pusing mama & papa nak cari barang. Kalau Tesco tersusun sikit.

Mama nak cari kasut untuk Aqim, tapi sume tak best. huhuhu.. Nanti kita p cari lagi la yek. So semalam mama pon beli buku Teddy loves ABC untuk Aqim, hadiah Auntie Suzi (tak bley bagitau kat sini.hehehe..)

Kalau ikutkan, mama suka shopping kat Tesco. Best dari Carrefour. Ntah sbb enviroment kat Tesco tu lebih tersusun & senang kalau mama nak cari barang. Tapi mana2 pon sama kata papa la...

Thursday, May 22, 2008

Mengemas

Aqim sekarang rajin 'mengemas' toys die. Mama dah kemas umah elok2 jap lagi Aqim plak 'mengemas' balik. Huh.. letih mama sayang oi...


Tapi papa cakap biar la die nanti papa kemaskan plak. hahaha.. Mama dh tak larat dh. Ni pic Aqim yang sedang 'mengemas'.

Wednesday, May 21, 2008

Jalan-jalan

Hari Wesak aritu mama & papa bawak Aqim p jalan-jalan kat tasik taman jaya tu je. Dah tak tau nk p mana. Ramai gak orang sebab cuti kut.


So kita walk around kat taman tu then papa dudukkan Aqim atas mainan kat playground tu. (yang ade spring tu)Suka la Aqim, mula2 takut tapi lama2 ok jer.


Safety Gate

Hari Sabtu lepas, kita p Tesco shopping barang Aqim & barang dapur mama. Pastu papa belikan aqim safety gate. Sebabnyer Aqim dah sibuk nk masuk dapur & toilet.

Sampai umah papa pon pasangkan safety gate Aqim tu. Rupa2nyer papa teramik saiz yang kecik. Tapi nasib baik papa pandai bertukang, so papa letak kayu kat tepi kiri kanan dinding tu. hehehe..


Friday, May 16, 2008

Berdiri

Anak mama sekarang dh nk belajar berdiri. Dh pandai jalan sambil tangan berpaut kat sofa tu. tersengih-sengih tengok mama kalau berjalan camtu. Merangkak dah laju dah.

This morning buat kali pertama Aqim kuar dari walker sendiri. Terkejut mama & papa. Tapi Aqim very smart, die landing kat tilam. Kuar dari walker terus landing kat tilam.hahaha..

8/5/08 aritu p klinik,timbang berat bada, Aqim dah naik jadi 8.2 kg. Setakat ni berat badan sentiasa meningkat.Alhamdulillah....

Wednesday, May 14, 2008

Happy Mothers Day

Mama nk post gak even dah back dated.hehehe..

11 May aritu Hari Ibu. Kita p jalan-jalan kat Amcorp. Mama beli la cup cake yang ising die beria lawanyer tu. Tapi tak sedap la rasanyer.huhuhu.. Aritu gak mama beli kan Aqim VCD Barney & Friends. Ade wife kawan papa suggestkan beli VCD ni. Bagus katanye untuk baby. Pas dah jalan2 kat Amcorp papa ajak makan kat 6th UM. Pas makan kita sibuk dok tangkap gambar kat UM tu. Kat area DTC. hahaha...Mama tak sempat la nk masuk kan pic tu dlm PC. nnt la dulu ok.

Petang tu plak kawan2 mama & papa dtg. Depa nk cari umah sewa kat area umah kita. Auntie Su , Auntie Eta & Pakwe die.mama pon tak ingat sape nama pakwe auntie eta tu.

Thursday, May 8, 2008

Mama @ The Star

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/1/parliament/21119248&sec=parliament

Ni pic mama masa p parliament. Tapi reporter tu salah tulis nama mama daa...

Aqim Going to Edwardian Old Boy

3hb kita p sekolah lama papa iaitu Sek Men King Edward Taiping. Papa ade reunion dengan budak2 King Edward. Ramai gak kawan2 papa. Sume pon dok berkenan dgn Ejan's Junior. Sekolah papa tu sume lelaki..Sume cam tak caya papa dah ade baby. sebab ramai yang tak kawin lg.

So ptg tu ade bola sepak, papa kunun2 nk main tapi tak jadi sebab tak bawa kasut bola. yekyek jer papa tu..so kita pon tgk la org main bola antara Junior King Edward dgn Super Duper King Edward. Ok la tu janji papa dapat jumpa kawan2 lama.

Balik Kampung Tok Wan

1hb May kita balik kg umah tok wan. Lama dh tak balik kg. Kita bertolak kul 8.30 pg smpai sana kul 2.30 ptg. Jumpa nenek, tok wan, acu,angah. Malam tu acu belanja makan. ramai la sepupu2 Aqim ade. abg akram,abg adha,abg pijan, kakak pipah n kakak amirah. becok je mulut kakak amirah tu.

Aqim seronok tengok ayam banyak2 kat kampung tu. bising je mulut tengok ayam n kucing. Tapi bila ayam jantan tu berkokok trus Aqim peluk mama kuat2. terkejut dengar ayam tu berkokok kut.hehehe...