Saturday, December 31, 2011

Suka Duka Tahun 2011

Esok dah masuk tahun baru. Tahun 2012...Ermm cepat je masa berlalu kan? Banyak benda berlaku dalam tahun 2011, ada suka dan ada duka. So entry kali nie aku nak citer suke duka yang aku lalui sepanjang tahun 2011. Walaupon tajuk suka duka, tapi aku nak citer kisah yang duka dulu..huhu

Kisah Duka 2011

1) Bulan April - Rayyan kena tahan wad kat PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) sebab kena jangkitan Rotavirus. http://nurazrine.blogspot.com/2011/05/tentang-rayyan-admitted-di-ppum.html

2) Bulan June - En Jijan accident. Buku lali retak dan kena simen. About 2 months jugak la kaki dia bersimen..
http://nurazrine.blogspot.com/2011/06/semalam-en-jijan-accident21-june.html dan jugak http://nurazrine.blogspot.com/2011/06/en-jijan-accident-part-2.html

3) Bulan July - Aku kehilangan rakan sekerja iaitu arwah Olin. Al-Fatihah

4) Bulan Ogos - Aku pulak operation Appendiks..http://nurazrine.blogspot.com/2011/09/appendiks-oh-appendiks.html dan jugak http://nurazrine.blogspot.com/2011/09/appendiks-oh-appendiks-part-2.html

5) Bulan Nov - Aqim kena 3 jahitan kat kepalanye..huhu.. http://nurazrine.blogspot.com/2011/11/hurmmmkena-3-jahitan.html

6) Bulan Nov juga adalah dugaan paling besar dalam hidupku serta keluarga kerana telah kehilangan ayah. Arwah ayah meninggal pada 27 November 2011. http://nurazrine.blogspot.com/2011/12/perginya-tak-kembali.html. Al-Fatihah..

Ya Allah..berikan kekuatan untuk hambaMu ini ya Allah! Aku pasti setiap dugaan yang diberikan ada hikmahnya. Allah SWT mahu menguji hambaNya. Aku kena kuat untuk semuanya ini.


Kisah suka 2011
1) Alhamdulillah pertama sekali aku bersyukur sebab aku dah pandai drive tahun 2011 nie. Ye la ade lesen dah lama dah tapi tak drive2 sampai la umo 30 tahun nie. http://nurazrine.blogspot.com/2011/02/sudah-berjaya-buat-kali-pertama.html.

2) Kali pertama g Kelantan dan jugak kali pertama naik kapal terbang. mau tak suke kan..hihi. G Kelantan atas urusan kerja. Menganjurkan training untuk grassroot women! Best! http://nurazrine.blogspot.com/2011/02/ke-kelantan-part-i.html dan http://nurazrine.blogspot.com/2011/02/ke-kelantan-part-ii.html

3) Alhamdulillah kerana tahun nie kami akhirnya dapat beli rumah sendiri kat Meru Perdana, Jelapang Perak.Insyallah umah kami siap tahun 2013. Semoga semua berjalan lancar http://nurazrine.blogspot.com/2011/09/progress-umah-kami-kat-meru-perdana.html

4) Tahun nie jugak aku g Study Tour ke Indonesia. Tahun lepas En Jijan g Indonesia. Alhamdulillah banyak pengalaman dan pengetahuan diperolehi dari Study Tour ini. http://nurazrine.blogspot.com/2011/11/kembara-ilmu-ke-indonesia-25-oct-1-nov.html

5) Sebelum terlupe, tahun ni jugak kali pertama Sisters in Islam menganjurkan workshop untuk Telenisa clients. Sebab aku koordinataornye, so aku excited. hihi.. Alhamdulillah event berjalan lancar. Syukur kerana dapat berbakti kepada masyarakat. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang terlibat bagi memastikan event ini berjalan lancar. :)

Itu adalah antara suka duka sepanjang tahun 2011. Semoga tahun 2012 memberi sinar baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Syukur atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan pada masa yang sama terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.


Selamat Tahun Baru Semua. Welcome 2012, Bye-bye 2011! 


Thursday, December 22, 2011

Asam Garam Rumahtangga

http://fiestafeminista.tumblr.com/post/13098044495/asam-garam

Asam Garam Rumahtangga

Nukilan ini ditulis oleh Azrine Razak. FF menerima hasil tulisan mengenai feminisma, hak asasi manusia dan demokrasi di Malaysia. Hantar tulisan anda melalui Tumblr atau emel.
                                                    **********
”Susah betul kalau jiran jenis yang mengintip 24jam apa yang kita buat. Lepas tu mula menjaja cerita yang bukan-bukan tentang rumahtangga kita. Kepohnya! Tak tahan aku la”ngomel Siti.
Bukan sekali dua Siti dengar hal rumahtangganya dijaja tapi sudah banyak kali. Namun dibiarkan sahaja. Tapi setakat mana kesabaran ini mampu ditahan. Sabar ada hadnya.

Kak Minah, jiran Siti mengatakan yang dia suka mengawal dan membodohkan suami. Kononnya Siti ni ”Queen Control” sebab Kak Minah selalu nampak suaminya; Ishak membuat kerja-kerja rumah seperti menyidai pakaian, menyapu sampah. Sampai ke tahap itu Kak Minah membuat kesimpulan!
Tetapi pada Siti itu normal. Dia bekerja, Ishak pun bekerja. Pulang dari kerja masing-masing sibuk menyiapkan keperluan rumahtangga dan menguruskan anak-anak. Kadang-kadang tu, Ishak akan masak untuk mereka sekeluarga. Salah ke? Kalau itu pun orang dah salah tafsir, susah lah!

Kalau diikutkan apa yang orang cakap, memang sampai bila pun tak selesai. Makin menyakitkan hati saja.
Apa yang Siti tahu, dia dan Ishak tiada masalah dengan rumahtangga mereka. Mereka saling bantu membantu menguruskan kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak. Ishak tiada masalah menjaga anak-anak jika Siti terpaksa bekerja di luar kawasan. Mereka memang tiada pembantu rumah, mak dan ayah pun jauh di kampung. Lagipun mereka tak mahu menyusahkan mak dan ayah untuk menjaga cucu-cucu yang sedang lasak.

Pada Siti apa yang penting adalah kesefahaman dan kesepakatan mereka dalam melayari bahtera perkahwinan. Anak-anak juga rasa mereka sentiasa ada teman untuk dirujuk. Malahan hubungan kekeluargaan semakin bertambah erat.

Bisik-bisik:
Sudah menjadi taboo di dalam masyarakat kita, kebanyakkannya meletakkan tanggungjawab menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak ke atas bahu isteri semata-mata. Namun suami harus sedar, sebagai bapa; mereka juga mempunyai peranan yang besar dalam mendidik anak-anak. 

Sudah tiba masanya tanggungjawab ini dikongsi bersama suami dan isteri. Tidak salah jika suami menolong isteri membuat kerja-kerja rumah serta mendidik anak-anak kerana kebanyakkan isteri juga bekerja untuk membantu suami menyara kehidupan.

Azrine Razak adalah seorang pegawai program dengan NGO wanita di Malaysia.

Sunday, December 18, 2011

Adoi ai..

Saya tak sihat bersama Rayyan..
Demam, batuk dan jugak selsema

Bertambah tak sihat bile En Jijan kena bertugas di Penang sehari suntuk gitu..

huhu..

Friday, December 16, 2011

Menulis?

Orang cakap aku pandai menulis..tulis apo? Kata mereka tulis la apa-apa artikel atau cerita yang dekat dengan masyarakat kerana menerusi penulisan kita boleh sampaikan mesej kepada masyarakat. Pengalaman. pengetahuan or apa saja. 

hurmmm..

Masa kat sekolah menengah dulu aku menang tempat pertama pertandingan cerpen. Tajuk nye "Kembali Terjalin"  Kisah seorang anak yang terpisah dengan bapanya kemudian bertemu kembali..camtu la..Kalau tak silap dalam 3 mukasurat camtu..

Kalu diikutkan aku start suka menulis ni time sekolah rendah la. Dulu-dulu kan zaman 90'an gitu ada buku biodata kan.. tak tau la kalau korang tahu ke tak. Buku biodata nie konsepnye kawan2 korang kena tulis biodata mereka dan bagi ucapan sekali. Kalu rajin nk tampal gmbo bole jugak..hihi. So aku pon ade jugak buku biodata ni. Pastu aku ade buku lirik lagu..bole tak? haha..saja-saja salin balik lirik lagu popular time dulu2. Janji menulis..

Then masa aku masuk tingkatan 1, minat aku menulis ni membara bila cikgu praktikal Bahasa Melayu aku Cikgu Wan Siti Zubaidah kalu tak silap nama dia..hadiahkan aku diari sebab aku dapat markah tertinggi dalam ujian Bahasa Melayu. Diari ni la tempat aku mencurahkan perasaan..Tulis la ape pon, janji tulis. Bila baca balik cam kelako je wei.. Kecik ati sebab mak marah la, bengang dengan cikgu la..semua tulis dlm diari termasuk la pasal secret admirer.. hahaha lawak je.

Dah dewasa terjebak pulak tulis blog, tahun nie 27hb December genap 4 tahun aku tulis blog. Wow dah 4 tahun uols! Sebaya Aqim pulak kan? Pastu aku suka anto pendapat dan pengalaman sebagai ibu bapa kat buletin Drypers, banyak jugak dapat hadiah dari Drypers setiap kali pendapat aku kuar kat buletinnye, penah hantar komen gak kat Berita Harian ~ tapi tak kuar pulak komen den tu..cis, tulis artikel dlm ruangan Q&A kat Utusan ~ tu setelah di edit oleh senior, pastu berjinak-jinak tulis story untuk kuarkan booklet kat SIS~ tu lom kuar lagi, pastu aku hantar satu story untuk blog Feista Feminista here is the link http://fiestafeminista.tumblr.com/post/13098044495/asam-garam

Kiranya boleh la nak asah2 bakat nak jadi penulis. Masih banyak yang perlu dipelajari lagi, perlu bimbingan dan panduan dari mereka yang berpengalaman..hihi

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan..

Sekian terima kasih



Monday, December 12, 2011

Perginya tak kembali...

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Kita tidak tahu bilakah kita akan bertemu Pencipta kita di alam yang abadi. Yang pasti waktu itu akan tiba, pasti akan terjadi."

Hari ini sudah 15 hari arwah ayahku meninggalkan kami. Perginya tanpa kata-kata terakhir, perginya amat mengejut. Arwah ayahku pada hayatnya tidak mempunyai penyakit yang serius, cuma arwah mengidap kencing manis sahaja. Arwah ayahku meninggal dunia kerana berlaku pendarahan di bahagian otak akibat terjatuh..Ya Allah, ketika dengar berita ayah terjatuh aku amat terkejut. Ketika itu aku baru tiba di Bagan Serai Perak setelah pulang bekerja dari Penang. 

Kisahnya..
Hari itu kami sekeluarga berpindah ke rumah baru. Aku memang sudah bagitahu ibu yang tak dapat balik kerana berkerja di Penang. Ibu pon cakap tak usah dirisaukan sebab adik-adik aku yang lain ade. Angah dari Johor pon balik. Menurut adikku ketika kejadian itu berlaku separuh adik2 yang lain berada di rumah baru mengangkut barang2 dari rumah lama. Sementara arwah ayah, ibu, adik no 3 dan bongsu ada di rumah lama mengemas apa yang patut di bawa ke rumah baru. Arwah ayah panjat siling dengan adik bongsu untuk amik wayar arial TV. Kemudian arwah ayah suruh adik bongsu turun amik barang. Ketika adik bongsu turun la arwah ayah terjatuh dari siling. Mungkin kaki arwah tersadung pada alang kayu atau arwah tersalah pijak, Waallahualam..kami tak pasti yang menyebabkan arwah terjatuh ke lantai. Oleh kerana arwah jatuh dan terkena bahagian kepala sebelah kanan, maka menurut doktor berlaku pendarahan serius dan juga urat tengkuknya putus. Paru-paru arwah juga mengalami pendarahan. Menurut adik, doktor telah lakukan sedaya yang mampu tetapi Allah SWT lebih menyayangi arwah ayah. Kami sekeluarga amat terkejut kerana kejadian itu berlaku dengan pantas tetapi kami redha dengan ketentuan Ilahi. Arwah ayah pergi menemui Pencipta nya di alam yang abadi pada 27 Nov 2011 bersamaan dengan 1 Muharram 1433 pada pukul 10.10 malam.(kejadian itu berlaku pada lewat petang hari yang sama).

Arwah ayah memang tak suka upah orang lain buat kerja2 rumah spt tukar lampu, tukar paip. Arwah lebih suka buat sendiri. Dulu masa kami pindah ke rumah lama, arwah panjat sendiri pasang arial TV. Pernah sekali kaki arwah ayah retak sebab terjatuh dari tangga masa nak tukar lampu. Tapi arwah memang lebih puas hati bila buat semua kerja tu sendiri walaupon kami semua bimbangkan arwah..Sudah tertulis, Allah SWT lebih tahu segala-galanya. Ada orang jatuh tak meninggal, tapi alami kecacatan seumur hidup, ada yang jatuh dan terus meninggal..Kami redha dengan ketentuannya.Kami doakan arwah ayah di tempatkan di kalangan orang-orang yang Dia kasihi dan dilimpahkan rahmat di sana. 

Ibuku memang seorang yang tabah. Beliau terima dengan hati yang terbuka walaupon ianya amat berat. Kejadian itu berlaku dengan pantas dan ibu menyaksikan semuanya! Dari arwah ayah jatuh, bawak ke hospital, masuk ke ICU hingga arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Beliau mintak kami jangan menangis, kuatkan semangat dan redha. Namun jauh di sudut hati aku tahu ibu benar2 terasa kehilangan arwah ayah.Suami dan juga temannya selama 32 tahun telah pergi selama-lamanya Tidurnya bertemankan kain pelekat dan baju melayu yang arwah ayah pakai ketika solat berjemaah dengannya! Hatiku sayu..bila ibu cerita arwah ayah sentiasa doakan kebahagian anak-anaknya di dunia dan akhirat..Air mataku mengalir deras..Ya Allah! Kuatkan la hati kami dan ibu kami untuk menerima dugaan Mu ini!

Mungkin arwah ayahku tidak sesempurna ayah orang lain, tapi arwah adalah ayah yang terbaik buatku! Kerana tanpa dia tidak wujud la aku di dunia dan menikmati kehidupan ini.

Aku masih ingat lagi ketika aku gagal dalam ujian memandu, aku menangis, arwah ayah cakap tak mengapa cuba lagi..sampai 5 kali aku amik test tu, arwah la yang hantar, tunggu dan amik aku dan beri sokongan! Tiap kali hari terbuka arwah ayah mesti datang walaupon lewat untuk amik report kad, hantar ke UM, raikan kejayaan masa konvo dan banyak lagi kenangan yang aku akan simpan kemas2 dalam ingatanku. Dan pastinya aku akan merindui masakan yang arwah ayah yang paling beliau expert~sambal hirisnya itu..

Hanya doakan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang mampu kami hadiahkan untuk arwah ayah di sana. Semoga roh beliau tenang dan dicucuri rahmat dari Nya. Al-Fatihah..