Monday, June 30, 2008

Happy Birthday Muhammad Umar Mustaqim! 1 year

30 June 2008. My dear boy already 1 year..

Selamat Hari Lahir yang pertama sayang...muah..muah..

Cepat jer masa berlalu Aqim dah pon setahun. Bila ingat2 balik, waktu sekarang ni mama dah kat labour room. Dah sakit nak bersalin. Aqim lahir tepat kul 10.30 pagi. Mama & papa bersyukur sangat dengan kurniaan Allah SWT.

Aqim sayang,
Mama & papa sentiasa berdoa agar Aqim dikurniakan kesihatan yang baik,bijak, menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab dan baik budi pekerti. Insyallah..
Dapat jaga mama & papa dan adik2 (bila kita nak bagi Aqim adik yang?hehehe) amin...

Ketahui la sayang, mama & papa sayang sangat kat Aqim dan mahu kan yang terbaik untuk mu..

Sunday, June 29, 2008

Saturday 28/6/08

Saturday seperti biasa hari jalan2 sekeluarga. Pagi kul 10.30 kita p Amcorp beli Along nyer monitor komputer. Papa beli kat kedai Budget IT kat bawah tu. Murah gak RM 100 jer monitornyer.

Dah p Amcorp, papa ajak p seksyen 14 p Digital Mall. Papa nk cari software Anti Virus. Pastu kita p beli barang2 nak wat makan 2sempena besday Aqim ari Isnin ni.

Memandangkan umah kita ni tak banyak pinggan, papa cakap kita pakai pinggan polistren, paper cup, fork and spoon plastik jer. senang citer.

Then balik umah, makan tengahari dulu. Masa mama siap2 nak p umah Along kat Bukit Beruntung, mama Auni call plak cakap nak tumpang jap umah kita sementara wait nak p umah Athirah, jiran sebelah kita. Athirah n Auni kira 2 pupu sebab papa depa sepupu. Athirah p cucuk kat Pantai Medical. Auni plak baru kuar wad kat PPUM, Auni poo poo kuar darah. Doktor cakap kena jangkitan kuman. Cian Auni, tapi Auni sihat je doc tu cakap.

Dalam kul 3.30 ptg, Athirah sampai umah. Singgah umah kita jap. Kul 4.00 ptg baru kita bertolak p umah Along kat Bukit Beruntung. Kita smpai umah dalam kul 9.00 mlm.

Tamat kisah hari Sabtu...

Friday, June 27, 2008

Where is mama?

Aqim pandai je cari mama kat middle room or small room kat umah tu. Kalau tak nampak mama kat ruang tamu tu, pandai la die survey mama katne.

Tapi kalu dua2 tempat die tengok takde, mula la die merengek. Bila mama panggil nama die, suka la. Nampak mama terus hulur tangan mintak dukung. Hehehe...

Bila mama kat dapur memasak, Aqim pon duk la kat safety gate die tu tengok mama siang sayur, bawang & tumbuk rencah. Suka dengar bunyi batu lesung tu bila mama tumbuk rencah nak masak.

Kalau nampak mama masuk toilet lama sangat, Aqim duk tunggu la kat depan safety gate tu. Bila buka pintu toilet terus suka tengok mama. Comei jer...Same gak la kalu time Aqim cari papa..

Thursday, June 26, 2008

Finally...

Finally..Streamyx dh berjaya di install. yepah,yepah....

Tapi nampak gayanyer cam tak sempat je kalau nk update blog kat umah. Anyway takpe la, hubby pon nak guna internet kat umah.

Kat opis sekarang banyak kerja. huhuhu.. tapi idak la sampai tensen tahap gaban. Under control lagi. Msti pandai seimbangkan.

Ok la tu je aku nak tulis. hehehe...

Ball

Si kecik mama ni, lum pandai berjalan lagi. Tapi dah sibuk nak menendang bola. Sejak papa beli bola ni, Aqim asyik kuis2 je bola tu. Nak tendang tak reti lagi. So, mama la tukang pegang kaki Aqim supaya leh die menendang bola. Papa dh jadi goalkeeper. Hehehe..

Melekek-lekek ketawa tiap kali papa tendang bola & Aqim balas tendangan bola papa tu. Meriah sungguh la. Tapi mama la sakit pinggang dok pegang Aqim & hayunkan kaki Aqim untuk menendang bola. Tapi takpe la Aqim seronok main bola dengan papa die.

Papa cakap kalau Aqim dah pandai jalan proper, papa nk ajak p padang main bola. Lok..semangat sungguh. Maklum la dulu papa kan pemain bola kat sekolah die.. ni nak training Aqim la plak jadi pemain bola. kuikuikui...

Kadang-kadang tu Aqim leh dok dengan papa tengok bola. Statik je. Minat kut.. mama memang tak amik port bola ni. Kalu badminton ok. Mama layan la gak..

Wednesday, June 25, 2008

Nurul Izzah Athirah

Tu nama kawan baru Aqim. Jiran sebelah umah kita. Semalam kita p tengok Athirah. Pipi die geram sangat mama tengok. Rupa cam papa die je. Putih cam mama die.

Semalam masa kita datang, Athirah poo poo. Suka tul mama die, sebab dah dua hari Athirah tak poo poo. Tapi nasib baik Athirah tak kembung perut.

Aqim ni bukan tau diam p umah orang. Suara die je bising. Nama pon budak2 kan. Apalah mama ni.. Duk belakang mama, ntah cam mana leh tergolek plak. Ape lagi menangis la, tapi jap jer. Pastu ok balik. 45 min kita pon balik umah.

Kita bagi gaun pink untuk Athirah sebagai present.

Tuesday, June 24, 2008

Barney & Nursery Rhymes

Aqim suka sangat tengok Barney & Friends. Tiap-tiap pagi mama akan buka DVD Barney, sometimes nursery rhymes. Tengok dah makin bijak dah. Tersengih2 tengok DVD tu, cam paham jer. hehehe..

Aqim suka lagu Incy Wincy Spider

The incy wincy spider climbed up the water spout
Down came the rain washed the spider out
Up came the sun, dried up all the rain
And the incy wincy spider climbed up the spout again

Nanti Aqim pon ikut la si Baby Bob tu wat tangan die cam spider nk climb water spout. Yang mama tau dalam Barney watak utama nyer tu ade Barney, Baby Bob & BJ.
Sume lagu kut die suka, siap clap hands lagi kalau dengar lagu.

Meeting

Semalam aku balik lambat sikit sebab ade meeting. Lambat pon tak bape lmbat sangat la. Kul 8.00 p.m

Meeting semalam dengan L.A.C KL kat Wisma Kraftangan tu. Bos ajak aku sama sebab meeting berkaitan dengan Mobile Clinic yang dh mula tak bape lama lagi nih. Start kul 5.30 ptg abis lebih kuang kul 7.20 mlm. Kami naik LRT je untuk mengelakkan kesesakan.

Bos anto kat opis balik, then hubby datang amik aku. Pastu kami p makan malam terus.

Monday, June 23, 2008

Sambal Sotong

Ari semalam aku masak sambal sotong. Lama dh tak makan sotong.

Menu hari Ahad
1. Nasi putih
2. Sambal sotong
3. Sawi cina masak capcai
4.Ikan masin (sepat)

Bersemangat hubby makan. Sedap kata nyer.. Aku pon ape lagi kembang telinga dengar hubby puji. Kahkahkah...

Biasa nyer kalau Sabtu & Ahad memang aku masak special sikit. Kalau hari biase, balik keje tu goreng ikan/ayam n sayur goreng/ sayur masak air. tu je la yang sempat masak pas balik keje. Kalu penat sangat hubby beli makan kat luo, makan kat umah je.

Sunday @ Morning Market

Pagi2 lagi mama dah bangun. Sebabnyer nak p morning market kat Bukit Angkasa tu. Nak beli barang2 basah. Ingatkan nak masak kari daging. Tapi pakcik jual daging tu cakap bahagian yang lembut dah abis la. So tukar plan la, beli sotong plak.

Masa mama pilih2 ikan, Aqim tengok ikan keli dengan papa. Mama takut melompat je ikan keli tu. Terpegun jer Aqim tengok ikan keli tu. hehehe... Dah beli ikan, sotong n ayam, mama beli sayur n buah plak.

Abis membeli barang basah, kita pon balik la. Sebelum tu papa singgah kat Taman Permainan depan umah kita bawak Aqim main2 jap. Dalam 10 min main, kita pon balik umah sebab mama nk masak sedap2 untuk papa n Aqim

Saturday @ Mydin Subang

Hari sabtu memang hari berjalan2 untuk kita. hahaha.. msti nak kuar jalan2. So sabtu (21/6/08) kita p Mydin Subang. Mama kena cari stationary bag untuk mobile clinic. Papa plak nak cari mesin gunting rambut.

Lebih kurang kol 10.30 a.m kita kuar rumah. Aqim pon suka la. Ye la nk jalan2. Ramai gak orang bershopping kat sini. Mama suka gak kat Mydin Subang ni luas, tak macam Mydin KL, bersesak2 orang. Nak pilih barang pon susah.

Papa beli kan Aqim ball. Suka beno nyer dapat ball. Mama plak belikan Aqim satu baju. Papa cakap baju Aqim sekarang ni lagi banyak dari baju papa. hehehe.. nak wat camne. Mama dh berkenan baju tu..

Mama survey2 harga susu Aqim kat Mydin ni. Lebih murah dari Tesco la...beza RM 1.50. Banyak gak tu bezanyer. Mama cakap dgn papa apa kata pasni kita shopping kat Mydin Subang plak. Tapi papa kata diaper kat Mydin ni mahal la. Aah, memang pon..

Pas shopping, kita pon p makan kat food court bawah tu. Pas makan kita pon balik la..

Thursday, June 19, 2008

5 pagi plak

Pagi tadi Aqim dah bangun seawal 5 pagi sebab die buang air besar. hadoi ai.. pastu pas change diaper, ape lagi, takmo tido la. nak ajak mama n papa main. ooo tidak...semalam dh la mama balik lewat sebab kat opis ade wat tahlil.(kul 10.10 p.m)

Aqim tengok papa n mama wat tak tau je. elok plak die baring sambil main tangan die pastu tal lama Aqim pon titon...

Syariah Law

Aku dah tanye hubby pasal ni. Ingat nak amik diploma syariah. Sekurang-kurangnyer kalau ade client call n masa tu tak de legal officer, leh gak aku jawab pertanyaan depa. La ni biasa nyer kalau ade client call nk tnya pasal problem depa, aku pon dengar je la tp aku tak leh la provide jawapan. kang salah naye jer. Sometimes client call just nk meluahkan perasaan / problem depa je. Stress kut...at least kalu cerita kurang sikit stress.

Tu sebab bersemangat nak amik diploma syariah nih. lagi pon opis ade sediakan pinjaman.

Aku dah intai2 kat UIA and kat UITM je la.. nnt nk try survey lagi.

Maybe next year kut kalu nak study pon. Sebab this year ade banyak aktiviti, some more mobile clinic pon dah nak start.

Wednesday, June 18, 2008

Pic Aqim @ UM

Tersengih-sengih tunjuk gigi die

Lagi aksi menarik..
Posing kat sini plak..
Yeah...

Mama & Aqim
With papa

Tuesday, June 17, 2008

Pukul 3.00 pagi...

Hadoi ai.. kul 3.00 pagi Aqim terjaga sebab die buang air besar (selalu takde plak die buang air besar pagi2 buta ni) Tak selesa la tu sbb die terjaga kut. Dah siap cuci and change diaper Aqim takmo tido. Merangkak sana sini dalam bilik. Papa plak tengok bola. Papa nk bwk Aqim kat depan tengok bola, mama tak bagi. Nanti die terbiasa kang susah plak. Dok dalam bilik Aqim tak tau diam. Nak ajak mama main. Ntah macam mana mama tertido (hui teruk tul) alih2 dengar Aqim knock door. Terus amik die n nenen dengan mama. Jap pastu terus Aqim zzzzz.....Mama pon join same.hehehe...

Line Telefon

Semalam Telekom datang pasang line telefon kat umah. Petang nanti baru line tu aktif. So Streamyx akan pasang maybe within this week.

Bila dah ade line telefon ni, ade la telefonnyer Telekom bagi. Aqim ape lagi asyik nak main telefon tu je la. Ade bunyi operator bercakap "ring,ring card....." kelakar tengok muka Aqim masa die dok dengar operator tu bercakap. Pas abis operator tu bercakap die dok sengih2 kat aku plak.

Monday, June 16, 2008

Budak Baik

Sekarang ni Aqim dh mengamalkan nilai2 murni. hehehe.. Sebelum balik dari umah pengasuh, salam n cium pipi kak Izan. Kalau mama mintak barang and cakap "give to mama please.." then Aqim akan beri la ape yang mama mintak tu. Kalau mood die tak bape elok, die wat dek jer.

Pandai cium pipi papa & mama sebelum anto kat umah kak Izan. Kalu orang cakap " sayang mama.." die pon kiss la pipi mama. Same goes to papa die gak la..Mama selalu doakan anak mama jadi anak yang soleh. Mudah-mudahan... Insyallah...

Bubur Daging

Hari ni mama masak kan Aqim bubur + daging + sawi. Sedap bau bubur tu, mama letak daun sup sekali. Pas kisar mama kasi Aqim makan, berselera tul anak mama makan.

Biasanyer Aqim akan makan breakfast. Bubur yang mama masak ade 2 bahagian. Satu untuk makan pagi and satu lagi untuk makan tengahari/petang.

Sekarang ni makin kuat makan. Dah pandai minum guna starw. Buah-buahan pun Aqim suka. Tapi buah oren tak suka sangat. Kalau makan msti wat muka cam masam tu. padahal oren tu manis jer.

Thursday, June 12, 2008

Meragam

Lately Aqim meragam je kalau dah sampai umah pengasuh die. tak tau nape. Kak Izan (pengasuh Aqim) cakap Aqim nk die dok sentiasa teman Aqim. Takmo kawan dgn kawan2 lain. Eh susah la kalu camtu.

Tapi semalam Kak Izan cakap ok sikit la. nak main dengan kawan die. Tapi kalu tak nampak muka Kak Izan die dh menangis. Mak Amylea ckp aritu Amylea pun cmtu. Kejap jer pastu ok la.
Hopefully pasni ok la. Saje je kut nak suh org bg perhatian kat die. Kalu kat umah mama & papa tengok kan die selalu. Tapi kat umah pengasuh ade 6 org budak. So kena la bahagi2.

Anak mama sayang, jangan notty2 ek....

Tuesday, June 10, 2008

Pic Kawen Suzi & Faizal






Ni die pic kawen kawanku Suzi & Faizal... Oren gitu pengantinnyer.


Sunday, June 8, 2008

Aqim @ 11 month

Mama lambat post la tajuk nih. sori sayang.. Ok lets talk about Aqim's progress @11 month.

- dah ade 6 batang gigi. 4 atas and 2 bawah

- suka tengok CD Barney and nursery rhyme

- kuat makan and minum susu

- suka main air. pantang time mandi die pon sibuk nak pegang gayung

- aktif and lasak. suka panjat2 kat kusi, baby cot and safety gate nyer.

- suka 'mengemas'. tak kira la toys or baju die.

- pandai dah nk main komputer

- pandai ajak mama & papa main. kalau wat tak tau nanti die jerit2

- makin suka menggigit. sakit woo..

- pandai bukak seluar sendiri. tiba2 je suar dah ilang..

Shotting @ Office

Arini aku p opis dok tunggu orang shotting drama. Hubby and Aqim dok umah dl. Kul 10.30 am kang datang amik aku. Nak wat keje pon tak leh sebb depa shotting kat department aku. huhuhu.. tapi bukan the whole day la aku jaga. Take turn dengan kengkawan lain kt opis nih.

So pagi ni pelakon yang ade Radhi Khalid n Sazzy Falak.

Sementara tunggu depa berlakon ni aku kena cari artikel pasal encik yang nk berpoligami tu. tapi tak diluluskan mahkamah sebab gaji nyer RM 1500. Sebab ade attachment student nk datang. So nak share pendapat depa tentang isu ni..Cari jangan tak cari..huhuhu...

Tuesday, June 3, 2008

Streamyx or Maxis Broadband?

Papa nak pasang Streamyx kat umah. Mama plak kalau bule nk Maxis broadband. Dekat two weeks mama & papa dok discuss benda ni. Masing-masing siap kan pro and con antara 2 jenama ni.

Last sekali keputusannyer kita pilih Streamyx. Lagipon ape2 hal leh contact kawan papa sebab subcribe dengan die. Maybe next week kut baru dapat. Ape-ape jer la....

Monday, June 2, 2008

Pertandingan Bayi Comel Pureen @ Astaka Muar

Masa balik Muo aritu, sempat la Aqim masuk pertandingan bayi comel Pureen anjuran Astaka Shopping Mall. Syaratnyer kena beli barang Pureen bernilai RM 20 (min) then dah boleh masuk pertandingan tu. Masa bergambar kena pakai baju jenama Pureen. Mama pon ape lagi, sibuk la nak join gak. hehehe..

Kita p malam kul 8.00 pm (31 Mei 08) tapi giliran Aqim amik gambar kul 10.00 pm. Sebab ramai orang. jenuh gak la menunggu orang lain snap gambar. Aqim dah menguap dh. Nak tunggu esok (Ahad 1hb June) kita dah nak balik KL. Kul 3 pm baru orang tu nk snap gambar. Papa suh wait je..

Tiba giliran Aqim. Wah kemain seronok die duk atas mainan tu. tak yah uncle tu agah , Aqim dh wat aksi2 menarik dah. Sume pic Aqim dok ketawa besar. Mana tak nyer mama agah sikit je Aqim dh excited. Kalau menang best gak tapi mama tak letak harapan tinggi. Saja suka2 join. Mama kena bayar RM 26 dapat pic besar satu (wat cam banting tu) and 3 pic 5R. kalau nak cuci lain die caj rm 1.20 sekeping. Pic Aqim mama rasa uncle tu snap dalam 15 keping kut.

Result nyer tau 19.6.08. Pic Aqim siap 13.6.08. Mama suh atok p amik la.

Selamat Pengantin Baru

Akhirnyer selamat gak kawan ku Suzi bergelar isteri kepada Faizal. hehehe.. Selamat Pengantin Baru & tahniah la ye..

Aku dengan Ina jer yang p. Kawan-kawan lain tak dapat datang. Wan p kenduri kawen adik ipor nyer. Su plak abang nye plak kawen. Zana p kat belah lelaki. Dekat sikit dengan umah die kat Yan Kedah tu.

Aku and Ina sibuk la melayan anak masing2. Kelakar pon ade, dah tak boleh la kami nak melawa sangat. Dok melayan anak makan, kadang2 anak menangis tak selesa lagi. hehehe.. tapi aku bahagia melayan kerenah Aqim. Aku rasa semua ibu camtu. Ye tak?