Tuesday, November 22, 2011

Weehuu..Malaysia menang!

Apa yang paling best semalam adalah Malaysia menang acara bola sepak Sea Games! Memang best!

Actually aku bukan lah peminat tegar bola sepak, tapi dek kerana Malaysia masuk final dan nak pulak tu melawan Indonesia, aku pon bersemangat la nak tengok the game kan. Sebab pada aku pertembungan dua negara ni amat mendebarkan.

Mula-mula bila Indonesia sumbat gol di awal minit2 pertama, aku dah rasa adoi la bole ke kita menang nie? Tapi bila Malaysia menyamakan kedudukan aku dah kembali semangat.Pastu la time2 ni la kan si Aqim nak tengok citer Dragon Ball dia kat channel 616. Menyirap je aku budak soarang nie..tapi kasi la jugak dia tgk, tu pon 10 min dah nak abis Dragon Ball tu.. dah asyik merengek je, kita pon naik rimas kan. Papanye kata takpe la bagi dia tengok jap..

Tapi kan bila bab penalti tu la yang paling nebes sekali! Tapi alhamdulillah Baddrol Bakhtiar menyempurnakan penalti yang terakhir dengan jayanya sekaligus menandakan Malaysia won the game! Yeehaa.. Kitaorang anak beranak bersorak gumbira! Rasa nanges ok tgk Malaysia menang kat negara orang! Bangga sangat!

Apapon tahniah diucapka untuk skuad Harimau Muda Malaya. To Khairul Fahmi Che Mat as a good goalkeeper, to Baddrol Baktiar as a very calm captain dan yang lain2 kerana berusaha keras untuk kejayaan malam tadi! Yea..Aaauummm...




*Suka tengok muka si Baddrol Baktiar yang tenang gitu..

Sunday, November 20, 2011

Wangian baruku!

Woot..woot..ada wangian baru sekarang nie...
Perfume uols..Cap BVLGARI


Perfume BVLGARI Omnia Amethyste nie aku beli masa kat airport Jakarta..time flight nak balik ke Malaysia. Kawan aku yang dah biasa beli perfume ni cakap minyak wangi kat airport Jakarta adalah lebih murah berbanding dengan kat airport KLIA. So ape lagi beli sudah.. 65ml RM260+. Kalu kat KLIA aku tengok RM300+ jugak la..




I loved the smell and the bottle design..Bau wangian yang lembut tapi best! Suke..suke..suke..

Saturday, November 19, 2011

Kembara Ilmu ke Indonesia 25 Oct - 1 Nov 2011

Just shared my report on Study Tour to Indonesia..enjoy reading!


 Masjid Demak, antara masjid tertua di Indonesia


 Makam Wali Songho


 Demonstrasi jalanan tanpa ganguan pak polisi!


 Freedom Institute of Democracy


  Komnas Perempuan


Laporan Kembara Ilmu ke Indonesia 25 Okt – 1 Nov 2011

25 Oktober 2011 - Selasa
Penerbangan kami ke Jakarta adalah pada pukul 4.20 petang dan tiba pada 7.25 malam

26 Oktober 2011 - Rabu
The Wahid Institute
Destinasi kami yang pertama adalah The Wahid Institute. Di sini kami bertemu dengan Mbak Nurun Nisa’, Mas Badrus SF dan Mas M. Subhi. Mereka menerangkan tentang sejarah penubuhan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi ini. Wahid Instititute diasaskan oleh Gus Dur dan menyokong kebebasan beragama dan pluralisme.
Apa yang menarik bagi saya adalah ketika Mas Subhi menerangkan bahawa sebelum reformasi berlaku di Indonesia, tanah kusir (tanah perkuburan) di Indonesia berkonsep umum (public) bermaksud mereka yang beragama Islam, Buddha atau Kristian boleh berkongsi tanah kusir dan ia adalah sesuatu yang diterima oleh masyarakat di sana. Tetapi setelah reformasi berlaku, tanah kusir menjadi sesuatu yang ekslusif, di mana tanah kusir telah dibahagikan mengikut agama masing-masing.

Penerbangan dari Jakarta ke Semarang pada pukul 3.00 petang dan bertolak ke Jepara.

27 Oktober 2011 - Khamis
Kami berkunjung ke pondok Pasantren Kiyai Hj. Ashari di Jepara untuk mengikuti seminar – Peran Strategis Kepimpinan Ulama Perempuan Dalam Penguatan Hak-hak Perempuan di Komunitas Muslim. Seminar ini  anjuran Rahima (Pusat Pendidikan dan Informasi tentang Islam & Hak-hak Perempuan).

Antara pembentang kertas adalah Dr. Nur Rofiah, KH Musman Tholib, Drs. H. Abdul Djalil dan Dr. H Abu Hapsin. Uniknya di seminar ini, saya dapati walaupun keempat-empat pembentang kertas mempunyai pandangan yang berbeza tetapi mereka masih lagi boleh berdiskusi dan melontarkan idea-idea mereka secara harmoni. Manakala peserta-pesertanya juga sangat bersemangat bertanyakan soalan-soalan walaupun mereka ini adalah orang-orang kampung di sekitar pondok pasantren itu tetapi mereka sangat berpengetahuan dan peka dengan hak-hak mereka. Situasi ini sangat berbeza di Malaysia.
Seminar ini tamat pada pukul 1.00 tengahari dan disambung pada sebelah malam iaitu perhimpunan ulama-ulama perempuan dari Jawa Tengah. Apa yang mengkagumkan saya ialah terdapat usaha-usaha dalam melahirkan serta memartabatkan ulama-ulama wanita di Indonesia, di mana di Malaysia ustazah-ustazah belum sampai diiktiraf ke tahap ulama.

Masjid Demak
Lawatan ke Masjid Demak, salah satu masjid yang tertua di Indonesia.

Makam Wali Songoh
Kami juga melawat Makam Wali Songoh. Apa yang dapat saya pelajari di sini ialah di Indonesia masih lagi mengekalkan adat-adat warisan mereka. Setiap hari Jumaat mereka mempunyai acara untuk sembilan wali yang telah mangkat, di mana pada saya di Malaysia adat-adat seperti ini dihapuskan kerana dipercayai boleh membawa kepada perlakuan syirik. Tanah perkuburan yang dibina ini khas untuk sembilan wali tersebut serta makam untuk ahli keluarga dan waris mereka. Apabila upacara diadakan ramai saudara-mara dan ahli keluarga datang menyertai upacara ini. Ketika saya tiba di sini kebanyakan mereka sedang kusyuk berdoa.

28 Oktober 2011 - Jumaat
Penerbangan dari Semarang pulang ke Jakarta pada pukul 3 petang.
 
Freedom Institute Centre for Democracy

Pada sebelah malam, kami ke pelancaran buku Ancaman Kolektivisme oleh F.A Hayek di Freedom Institute Centre for Democracy.  Apa yang menariknya di sini apabila tiba session Q & A, audience bertanya serta memberi input yang bernas. Situasi ini saya kira jarang dilihat di Malaysia.
 
Filem Indonesia: Kehormatan Di Sebalik Kerudung

Selepas acara pelancaran buku, kami pergi ke Taman Ismail Marzuki untuk menonton filem Indonesia bertajuk Kehormatan Di Sebalik Kerudung. Taman Ismail Marzuki (TIM) ialah pusat kesenian yang terletak di Central Jakarta. Walaupun tajuknya seakan berat tetapi jalan penceritaannya longgar dan bagi kami yang berjiwa aktivis, untuk menghabiskan filem ini adalah sangat menyeksakan! Cerita itu ialah tentang poligami. Seperti biasa isteri pertama merelakan pernikahan suaminya untuk berpoligami, dan redha akan nasibnya..Sabar je la, sakit jiwa tengok! Filem ini lebih kepada menjual rupa para pelakonnya – memang tak dapat dinafikan semua pelakonnya mempunyai wajah yang cantik dan kacak. Saya mengharapkan filem ini seperti filem-filem box-office; Berbagi suami atau Ayat-ayat cinta tetapi filem ini tidak mencapai apa yang saya fikirkan.


29 Oktober 2011 - Sabtu
Pagi kami ke TIM. Kali ini pergi ke kedai buku. Tidak dapat dinafikan di Indonesia terdapat banyak kedai-kedai buku yang menjual buku-buku second hand. Buku-buku di TIM ini lebih kepada kesenian dan kebudayaan.

Institute Kesenian Jakarta (IKJ)
Setelah ke kedai buku, kami membuat lawatan ke IKJ dan diskusi bersama Mas Abduh Aziz (pensyarah IKJ and produser filem). Salah satu medium untuk menyampaikan message tentang human rights, hak-hak wanita atau apa-apa sahaja ialah melalui filem atau dokumentari di mana medium ini lebih dekat dengan masyarakat. Menurut Mas Abduh filem yang mempunyai ideologi biasanya akan mendapat kritikan hebat; contohnya filem Cinta Berkalung Sorban, Berbagi Suami, Ayat-ayat Cinta berbanding filem-filem tiada ideologi yang kebiasaanya adalah dari produksi India yang lebih menjual rupa pelakon serta fesyen pakaian dan jalan ceritanya juga longgar.
 
Teater Korup Siji, Kabeh Korup (Satu Rasuah, Semuanya Rasuah)

Teater ini menceritakan tentang masalah rasuah yang berlaku di Indonesia. Dari level bawahan (polis) sehingga la ke level atasan (hakim, ketua menteri). Pada saya teater ini disampaikan secara santai tetapi mesejnya sampai dan semua hadirin terhibur dengan teater ini. Yang menariknya mereka tidak kisah membuat lawak yang berunsur lucah kerana ia adalah normal di sini pada fikiran saya. Tapi bagi saya yang berjiwa feminist lawak-lawak berunsur lucah yang melibatkan tubuh wanita pada saya ia agak keterlaluan kerana terlampau banyak dijadikan bahan lawak.

Komunitas Salihara

Pada sebelah malam kami ke Komunitas Salihara untuk menonton pertandingan puisi. Komunitas Salihara adalah salah satu tempat di mana pengiat seni, anak-anak muda berkumpul serta menghasilkan karya yang bermutu dan intelektual. 


30 Oktober 2011 - Ahad
Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran (PTIQ)

Kami melawat PTIQ, Prof. Dr.M Darwis Hude Pengarah of Post Graduated Program dan juga Dr. Nur Rofiah menerangkan tentang latar belakang PTIQ. Kami sempat mengikuti kelas Dr. Nur Rofiah tentang Gender Dalam Wacana Tafsir – Mata kuliah ”Kritik Wacana Tafsir”. Menurut Dr. Nur bahasa Arab yang mempunyai banyak gender setiap ayatnya. Orang-orang Arab pada zaman itu lebih mementingkan anak lelaki dalam setiap perkara. Oleh sebab itu terjemahan Al-Quran lebih banyak memperlihatkan bahawa lelaki lebih berkuasa dari perempuan. Oleh itu perlunya usaha-usaha untuk melahirkan penafsiran Al-Quran yang bersifat gender sensetif.

31 Oktober 2011 - Isnin
Komunitas Utan Kayu – Jaringan Islam Liberal

Kami ke komunitas Utan Kayu untuk berdiskusi bersama Saidiman Ahmad & Abdul Moqsith Ghazali tentang sejarah penubuhan Jaringan Islam Liberal. Jika perkataan Liberal di Malaysia tidak dibenarkan penggunaannya, tetapi di sini ianya tidak ada apa-apa dan bukan satu bentuk ancaman tetapi dianggap sebagai satu pemikiran baru. Agak mengejutkan bagi saya apabila Abdul Moqsith mengatakan di Indonesia mahasiswanya bebas membuat demostrasi di universiti mereka, bebas mengkritik pentadbiran kerajaan, begitu juga dengan pensyarah ; mereka bebas memilih topik dan merancang selibus pengajarannya tanpa perlu merujuk kepada pihak pentadbiran fakulti, mereka juga bebas untuk menyertai politik serta mengkritik pentadbiran kerajaan tanpa dikenakan apa-apa tindakan. Di Malaysia itu sama sekali tidak mungkin berlaku!
 
Bengkel bersama Kiyai Hussien dan Guntur Romli

Pada sebelah malam, kami berdiskusi dengan Kiyai Hussein dan Guntur Romli tentang gender dan juga feminisme. Saya berasa seronok dapat berdiskusi dengan Kiyai Hussein kerana setiap apa yang diperkatakan pasti beliau menyelitkan kesetaraan gender. Beliau menyebut tafsiran ayat-ayat damai di dalam Al-Quran dihapuskan dengan pedang. Orang melihat agama Islam agama pedang. Bermaksud tafsiran yang dibuat menampakkan agama Islam adalah agama yang menghukum.



1 November 2011
Komnas Perempuan

Lawatan ke Komnas Perempuan. Jika di Malaysia badan yang menpunyai yang sama sepertinya adalah SUHAKAM. Di Komnas Perempuan mereka tidak mengambil kes yang kes-kes tetapi memberi maklumat saluran yang mana patut si pengadu pergi. Mereka juga banyak membuat kerja-kerja advokasi untuk memberikan kesedaran kepada wanita tentang hak-hak mereka. Antaranya ialah 16 hari anti kekerasan terhadap perempuan 25 Nov-10 Disember, Pundi Perempuan – mengelola dana untuk Women’s Crisis Centre. Menurut Mbak Desti kadar kematian ibu-ibu yang melahirkan adalah tinggi kerana jarak tempoh kehamilan sangat rapat menyebabkan kesihatan wanita terjejas. Manakala kadar penguguran dikalangan wanita yang telah berkahwin adalah tinggi berbanding dari mereka yang belum berkahwin tetapi mengandung anak diluar nikah. Ini kerana mereka kurang kesedaran tentang cara-cara merancang keluarga. Di Indonesia pengguguran bayi dianggap haram dan tidak diiktiraf.


Highlight
Apa yang saya perolehi dari Study Tour Indonesia ini?

1)      Saya melihat wujudnya usaha-usaha untuk memartabatkan ulama-ulama wanita. Di mana melalui perhimpunan ulama-ulama wanita yang dianjurkan, mereka mempunyai satu jaringan yang kukuh dari Jawa Barat, Jawa Timur dan Jawa Tengah. Apabila wujudnya jaringan yang kukuh, suara-suara mereka akan didengar dan diterima terutama sekali berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan wanita seperti khitan perempuan, gender, aurat, reproduktif health dan sebagainya - Jepara
2)      Pemikiran yang progresif di kalangan ulama-ulama, NGO-NGO tentang kebebasan beragama, kebebasan berfikir – Jaringan Islam Liberal, The Wahid Institute
3)      Kesedaran gender menjadi salah satu agenda penting di dalam pendidikan, dan dalam pentafsiran Al-Quran – PTIQ
4)      Mereka bebas berdemo tanpa ada halangan dari pihak berkuasa. Sepanjang study tour ini saya lihat ada 2 demo yang berlaku, di mana pihak polis hanya berdiri di tepi-tepi jalan tanpa mengganggu proses demonstrasi.
5)      Apa yang dapat saya pelajari di sini ialah di Indonesia masih lagi mengekalkan adat-adat warisan mereka. Contohnya Makam Wali Songho, upacara berdoa
secara besar-besaran diadakan pada setiap malam Jumaat. Upacara berdoa ini  adalah untuk memohon kesejahteraan dan keamanan keluarga meraka dan juga roh-roh si mati. Jika di Malaysia ia boleh dianggap syirik.
6)      Apa yang menarik, walaupun berbeza pendapat mereka boleh berdiskusi secara harmoni. Tidak ada nada yang tinggi bila mempertahankan pandangan mereka. Dan juga mereka boleh menjemput panel-panel dari background yang berbeza untuk duduk semeja berdiskusi. Di mana kalau di Malaysia ia sukar sekali / tidak dapat dilihat.
7)      Walaupun menetap di kampung-kampung kaum wanita di sana bersemangat memberikan pandangan serta mengajukan persoalan-persoalan yang bernas kepada panel-panel ketika sesi Q & A – seminar di Jepara
8)      Banyak NGO yang mempunyai aliran pemikiran yang progresif contohnya The Wahid Institute, Jaringan Islam Liberal dan Freedom Institute.
9)      Kebebasan tanpa sempadan kepada mahasiswa dan juga pensyarah membolehkan mereka berdemo, mengkritik pentadbiran kerajaan tanpa dikenakan tindakan tatatertib
10)   Kadar kematian wanita hamil yang tinggi akibat tidak atau kurang pendedahan tentang isu-isu reproduktif. Isu ini bukan sahaja berlaku di Indonesia bahkan juga di Malaysia.

Secara keseluruhannya saya amat bertuah kerana dapat menyertai Kembara Ilmu  ini kerana selain mendapat ilmu pengetahuan dan pendedahan tentang pemikiran-pemikaran progresif, saya juga belajar tentang budaya dan ekonomi masyarakat di sini.  

Thursday, November 17, 2011

Hurmmm..kena 3 jahitan

Anak bujang aku ni memang la nakal dan lasak. Hasilnya...

"
"
"
"
"
"
"





Ni la dia nye..Kena 3 jahitan. Kulit kepala dah terkoyak sebab terlanggar bucu dinding. Adoi la..
Tapi yang peliknye si Aqim nie tak menangis ye. Menangis masa nak inject bius je. Pastu bila kuar bilik doctor, dia bole cakap "dah siap dah mama" dengan nada yang gumbira!. Kita ni dok la risau gaban kan, tunggu kat luo bilik doctor tu. Ari jumaat bole bukak jahitan ni kat klinik biasa. Kami bawak Aqim ke PPUM - Kecemasan dan Trauma...

Kejadian ini berlaku pada 11.11.11 Cantik beno tarikhnye! Adoi ai anak omak..


Thursday, November 10, 2011

Sudah pulang dari Indonesia!

Yup, I'm back to Malaysia!

Actually balik on 1 Nov, tapi biasa la baru nak menjengah blog. Balik umah terus amik cuti sampai raya Haji.. Letih gaban!

First day masuk opis adalah sangat lemau! hahaha..Kijo dah banyak menanti, e-mails pon banyak nak dibaca..huhuhu..


Layan la 3 pic nie dulu..


 First time sampai Indonesia, harus la aku amik pic nie uols! Naik flight KLM 25th Oct pukul 4.20 petang


 Di Pondok Pasantren Kiyai Haji Ashari, Jepara Indonesia

 
 Ni ujek rasanye..bajai tu teksi kut..Aku pon dah konpius..Ni posing je, tapi sempat juga naik ujek nie g ke Tanah Abang