Monday, July 13, 2009

Basikal Baru Aqim

Sempena birthday Aqim yang kedua, papa dgn mama hadiahkan Aqim basikal baru. Aqim pantang nampak basikal, die pon sibuk nak naik2 even basikal tu tinggi. Aqim sebut Cikal. hehehe.."Ma, ma..tu cikal" kelako je dengar die sebut cikal tu.

Tapi Aqim tak reti lagi mengayuh basikal barunye tu. Tengah belajar lagi..

Masa baru beli basikal tu, excited sangat Aqim. Abis sume lori, keta mainan die letak dalam bakul basikal. Sekarang ni dah tak kisah dah dengan basikal die. Hermm..budak-budak kan memang camtu..













* Sila abaikan latar belakang rumah yang macam tongkang pecah tu. :p

Wednesday, July 1, 2009

Hari pertama di rumah pengasuh baru

Hari ni hari pertama Aqim kat umah Nek Zah.. Masa aku hantar td melalak jugak la Aqim. Ye la first day di tempat baru dan asing bagi dia. Ada la dalam 4 orang budak2 yang sebaya dengan Aqim.

Semalam dah hantar sume barang2 Aqim kat umah Nek Zah. Masa jumpa semalam Aqim meriah je. Ye la jumpa je kan.hehehe..

Tadi aku col Kak Zah, tanya Aqim cmne? Dia cakap Aqim dah ok, tengah dok main dengan kengkawan sume..Hermm.. bagus anak mama ni!

Selamat Hari Lahir Sayang

Semalam Hari Lahir Aqim yang ke-2. 30 June 09. (Mama tak sempat nk update blog)

Dah besar anak bujang mama dan papa yek! Apa yang diharapkan oleh kami berdua ialah Aqim menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah, baik budi pekerti..segala yang terbaik kami doakan untuk Aqim. Insyallah..

Aqim dah semakin bijak dan lasak. Mulut pun semakin riuh. Tahun depan insyallah dah nak jadi abang long. Kalu dapat adik lelaki, makin meriah la diaorang main berdua, kalu dapat adik pompuan plak, rasanye same gak kut meriahnye kalu mereka bermain..hehehe..

Sekejap je masa berlalu, Aqim dah pon berusia 2 tahun. Alhamdulillah..semoga Allah merahmati kehidupan kami sekeluarga.Amin...