Sunday, December 27, 2009

Cuti-cuti di rumah saje

Aku dah 37 weeks..so dah tak larat la nak berjalan-jalan sangat.

Cuti panjang pon dok umah je la..

Harap-harap Allah permudahkan urusan hamba-Nya ini..(berdebar menantikan saat-saat nak bersalin):p

Tuesday, December 8, 2009

Kenduri Kawen Cousinku & Mobile Legal Clinic

Minggu lepas rasa cam tak berehat je. Dengan cousin aku kawen, Mobile Legal Clinic la..Ahad plak dinner SUARAM.

Hari Jumaat lepas parents aku sampai dalam kol 9.00 mlm. Aqim kemain seronok la. Happy je bergurau senda dengan atok and pakcik makcik die. Sume mainan nak die tunjukkan. Kelakar tengok kan!

Mak aku bawak rojak dari Alor Gajah tu..Rojak famous..hahaha..sedap! Mak dah pesan takyah masak lauk, masak nasi je. Lauk die bawak. Aku ia kan aje. hehhe

Esok pagi, kami bertolak ke rumah cousin aku kat Seksyen 6 Shah Alam. Kenduri kawen belah lelaki, belah pompuan dh selesai last week. Aku takde le lelama kat situ, sebab kol 2.00 keje plak. Ade program Mobile Legal Clinic kat Pantai Permai. So terpaksa la bergerak awal tapi sempat la jumpa cousin aku sebelum die diarak masuk..
Parents aku je la stay smapai petang.



Aqim, Papa & Mama




Mak, Mak Jijah and Pak Mid



Aqim dengan atok!



Di meja beradab



Selamat Pengantin Baru Shariz & Eja



Aku smpai kat Pantai Permai tepat2 kol 2.00 ptg. Tapi YB Nurul Izzah tak smpai lagi. Aku ditugaskan amik gmbo & video. Pastu gmbo aku xde dalam program tu. Hampeh tak. So tak dapat la aku interprem dengan YB Nurul Izzah tu. huks..

Nurul Izzah ni cantik semulajadi wei. Tak pakai mekap pon cantik..Pastu die ni plak cam very merendah diri. Die yang datang kat kitaorang tanya khabar sume, mintak maaf bagai sebab lewat datang..

Program ni abis dalam kol 4.30 gitu. Sambutan ok. Rupenye ramai wanita di luar sana tak tahu ape hak mereka jika berlaku perceraian, jika kena pukul dengan suami. Sebab mereka ni kebanyakannye surirumahtangga sepenuh masa. Melalui program ni, sedikit sebanyak dapat memberi informasi kepada mereka.



Booth leaflets and brochures



YB Nurul Izzah yg mesra rakyat!

Thursday, December 3, 2009

Shopping kat Metrojaya Sales @ Stadium Melawati Shah Alam

Balik dari check up kat PPUM, aku dengan hubby g KWSP settlekan urusan penama KWSP. Lepas selesai kami g Metrojaya Sales kat Stadium Melawati Shah Alam. Sales tu start dari 2hb- 6hb December. Memandangkan kami g first day, so orang takde la ramai sangat. Ramai, ramai gak tapi tak sesak la.

Hermm..kalu dah namenye sales, barang harus la murah-murah kan! Kopak la jugak RM 200+ membeli barang-barang.

Hubby: 2 kemeja, tali pinggang
Aku : Handbag polo
Aqim : Baju tdo n t-shirt
Baby : Wipes, baju 2 helai, seluar

Tak bley dok lelama kat situ, kang lagi banyak kopak duitnye. Hubby dah bg signal, cepat balik. hahaha..bukan bole dibiarkan bini dia dok lelama kat situ, kang die jugak yang kuar duit! hiks..



Barang aku & hubby



Barang Aqim


Barang untuk baby




Barang-barang yang dibeli

Wednesday, December 2, 2009

Monthly Check Up & Scan

Hari ni g monthly check up kat PPUM. Check up and scan sekali. Alhamdulillah semua baik2 aja.. Baby sihat, aktif bergerak. Kepala baby dah ke bawah. Anggaran berat baby sekarang ialah 2.1 kg. Berat badan aku naik jd 57.2 dari 55.2 naik 2 kg.

Masa scan doktor tanya nak tau tak jantina baby? Aku n hubby cakap boleh jugak! hehehe.. So doktor cakap baby boy! wah..Kalau betol la lahir baby boy, Abg Aqim ade geng nk berlasak la. jadi Upin & Ipin. hehehe..

Bukan ape, kekadang scan ckp lelaki tapi bila lahir pompuan. Cam kawan aku scan doktor ckp pompuan. punye la excited beli baju baby girl, lahir je kuar lelaki! herm.. kuasa Allah kan!

Apa2 pon aku tak kisah la. Yang penting semua selamat dan sihat! :)