Tuesday, April 30, 2013

My third pregnancy


Hallo… blog bersawang kembali bertulis..hihi..

Ok, aku just nak update tentang citer famili sikit. Alhamdulillah.. sekarang aku tengah preggy anak ketiga. Usia kandungan sekarang baru mencecah 19 minggu ( lebih kurang 4 bulan lebih la)

Check up buat kat Klinik Taman Medan sama cam Aqim & Rayyan dulu. Preggy kali ni, aku rasa sama macam pregnant sebelum nie. Alahan di awal 1st trimister. Tapi kali agak teruk sikit morning sickness nye! Memang asyik muntah je..Makan sikit kang dalam setengah jam muntah..Kalau dah takde ape nak muntah, muntah air pon boleh..kadang-kadang sampai muntah air yang warna kuning tu..seksa betol! Pening kepala pon satu hal jugak..bila dah asyik muntah, loya dan pening kepala, aku cuma rasa nak baring n tidur je la.. Tapi nasib baik time keje aku bole manage lagi muntah n pening pala nie. Lepas office hour, badan terus jadi lembik..muntah  berterusan hingga ke malam..Haru betol! Pastu muka naik jerawat...huhu..dah tak cun!

Check up kali dah 3 kali ni, berat badan tak naik-naik..First check up berat 49.8kg, second 48.8kg then turun lagi 48.1kg...nurse pon membebel la jugak..check up kali kedua kena minum air gula sebab arwah ayah aku ade kencing manis. Jadinye takut la kencing manis tu aku pon ade jugak. Alhamdulillah masa check up ketiga tu, resultnye aku bebas dari kencing manis. Masa nak minum air gula tu, bercinta betol! Dah la segelas air gula semata, mau tak pitam nak habis kan!

Tapi kan dalam pada muntah-muntah yang teruk, aku ni ada semangat nak masak lontong sendiri! 2 kali dalam masak lontong wei! Walaupon lepas aku makan pastu muntah! Tapi kira puas hati dapat masak sendiri. Buat bihun sup lagi...hihi..

Masa nak masuk 4 months preggy aku demam, batuk dan selsema. Mula-mula tak mau jumpa doc, just makan madu, pastu makan vitamin C. Pastu dah seminggu batuk tak baik2.. Kalu time preggy nie ubat tak bole amik sebarang so p jumpa doc, doc bagi ubat yang sesuai dengan ibu mengandung. Tapi bila dah 2 minggu tak baik jugak..alahai..dah nak baik aku plak p gatai minum air ais..dah menjadi balik.. huhu..Orang cakap ibu mengandung nie kalu batuk lama jugak. Korang penah dengor Batuk 100 hari tak? Ish..takot plak aku kalu sampai 100 hari batuk!

So jumpa doc lain plak..kot la ubat doc yg pertama tak serasi kan. Masa jumpa doc nie terus buat first scan. Doc bagi ubat batuk yg lain and bagi antibiotic sekali. Tapi antibiotic nie aku tak makan lagi..sebab mcm ragu-ragu plak. Memang la doc yang bagi for ibu mengandung tp aku ni di momok2kan bahawa antibiotic tak bagus semasa preggy. Hurmm..maybe I should change my mind kot since batuk tak sembuh2 lagi..dengan adenye antibiotic mungkin batuk boleh sembuh cepat.

Oo..lupa plak nak citer pasal scan adik baby. Before this Aqim n Rayyan, aku mmg takde nye nak scan kat klinik swasta. Sume kat klinik kerajaan je dgn appointment yang doc tetapkan. Tapi sbb dah alang-alang chek batuk tu, buat je la scan adik baby. Masa tu baru 18 weeks+. Doc tunjukkan, ni kepala baby, tangan, kaki, ni tulang belakang dia, paha dia.. Aku dari dulu sampai sudah mmg fail nk tengok scan nie.. Lagi plak adik baby ni baru 18 weeks, still tiny kan..lagi la aku tak reti nak cam. Tapi En Jijan cakap, papa nampak kaki, tangan, kepala adik baby..sume la yg doc tunjuk tu En Jijan nampak. Aqim n Rayyan sangat excited walaupon sebenarnye diorang macam aku tak cam mana satu anggota badan adik baby. Hahaha..Jantina tak nampak sbb terlindung dengan pahanya.. Surprise katanye! Yang penting adik baby sihat, selamat dan sempurna..Aminnn....