Hallu korang...
Cheh..berhallu tu macam ramai peminat ja ropenya..kuikui..sorry la kita memang suka fefeling writer top..berangan ja dulu kannn..hahaha..
Arini kita nak citer pengalaman kita buka booth. Kalau dulu En Jijan memang biasa bukak booth jual buku kat KL dan Petaling Jaya. But now since we moved to Ipoh, kitaorang buka booth jual perfume Dexandra pulaks..hihi..
Bukak booth ni pada kita satu pengalaman yang best, menyeronokkan. Sebab apa?
- boleh jumpa macam macam jenis customers,
- boleh lebarkan networking kita bila jumpa kawan kawan yang sesama berniaga disekeliling kita,
- bole bernetworking dengan customers jugak,
- meningkatkan skil komunikasi
- bole bertukar tukar pengalaman dengan rakan niaga dan customers
- belajo bersabo
- bole ajar kita jadi kreatif (bab2 nak susun barang berniaga ni)
- meningkatkan ilmu mengira..kuikuikui
En. Jijan selalu pesan, senyum kena manis. Jangan senyum tak ikhlas..haha..penah taw sekali kita ikut En Jijan jaga booth buku. Pastu mata dah ngantok, masa tu bawak anak-anak. Anak anak dah merengek. So kita dah wat muka, terus dia suruh dok dalam keta rest or tido ka. Sebab kata dia nanti customer lari kalau muka kita garang or masam..hahaha..akak kalau dah xde mood memang terserlahla xde mood tu. Tapi En Jijan bole lagi muka cool ja..Iya la masa tu kita koje kan, En Jijan ni memang dah biasa bukak booth. So dia lebih tahu la. Now akak dah tahu, sebab kitaorang dah buat business sesama fulltime gitu.
Bila kita buat sesuatu yang kita suka dan minat, automatik aura happy tu kan datang sendiri. Walaupon ponat nak pengsan tapi still bole rasa happy happy dan rasa kepuasan. Walaupon kadang-kadang sale cam sendu gitu, kita memang rasa down jugak tapi takde la down yang teruk beno. Sebab kita percaya kadang-kadang sale kita tak banyak untuk hari tersebut tapi in sha Allah..Allah akan datangkan rezeki hari yang lain. Dan kadang-kadang rezeki tu bukan dalam bentuk duit tapi dalam bentuk lain. Contoh ada hamba Allah ni rekomen produk yang kita jual kat kawan dia dan kawan dia pon beli dengan kita. Dia pulak tunjukkan kat area area mana lagi yang kita bole bukak booth. Hebat bukan perancangan Allah! Kita kena berusaha dan percaya rezeki itu datangnya daripada Allah. Jika kita yakin dan berusaha pasti Allah berikan bahagian kita.
Bila berniaga bukak booth ni banyak mengajar akak erti sobarrr..ha..panjang tau sobarrr nye tu..hahaha.. iyo la customer ni macam macam ragam. Ada yang easy, ada yang sedang sedang, ada yang cerewet.
Contoh jenis yang easy ni dia tanya mana yang best dik bau perfume ni? Yang banyak orang beli? Akak rekomen, dia dok bau tester then terus ok bayor. Ha gitu easy nye! Satu lagi, dia memang dah tahu apa yang dia nak. Dia pilih, amik dan bayor.. Just like one blink eye gitu...
Yang sedang sedang ni contohnya dia macam tak tahu nak pilih yang mana walaupon dia dah cium sume tester, bila akak rekomen yg ni dia tak berkenan, pastu rekomen yg tu dia pon tak suka. Last last dia amik ja apa apa mengikut kata hati beliau. Ada yang dia masih ragu ragu nak beli 1 ke 2 terus..nak beli tester ke nak beli botol beso, nak beli kan suami or isteri ke nak beli utk diri sendiri dulu..Customer camni akak perlu yakinkan dia, apa apa pon pilihan yang dibuat akak akan sokong dia..hahaha..
Yang jenis cerewet ni memang kita kono kebal hati..jangan mudah sentap, kita senyum ja kat dia walaupon dalam hati kita cakap..nape la beliau begini ye? hahaha..Contoh customer cerewet ialah sume yang kita cakap dia akan persoalkan dengan nada yang sinis. Betul ke tahan lama perfume ni? Nape takde bau dotdotdot..kalau ade yang dotdotdot ni mesti saya beli..(perfume yang xde dlm list tu dia insist nak..huhuhu) betul ke bole bawak solat ni? So kita kena konfiden jawab, maksudnya knowledge tentang produk yang kita jual tu kena tip top. Kalau kita tak tahu, kita cakap tak pasti..nanti saya check. Ni kita tak tahu, kita poie goreng cakap beria, walhal ropenye customer tu banyak info..Ko cakap ni dia balas ni dgn fakta terus dia bagi, ko jugak yang ternganga..aje pengsan! So jangan takut untuk mengaku apa yang kita tak tahu. Dari situ nanti kita belajar lagi..kita kaji lagi produk yang kita jual tu. In sha Allah lepas tu mesti kita yakin bergaya bila bercakap dengan customer.
Kadang kadang ada jenis yang eksen, tengok pon ala ala sebelah mata gitu..biasa la..adat berniaga kan jumpa macam macam jenis customer. Ada yang memang suka datang tengok booth kita banyak kali, dia tak beli tapi dia suka nak tengok tengok, ada yang terlebih ramah sampai kita pon tak larat nak melayan dia cakap..Bila dah biasa berkomunikasi dengan pelbagai kerenah customers secara tak langsung skill komunikasi kita akan meningkat. kita tahu cara nak layan customer kita. kita tahu camne nak berlawak dengan customer untuk wujudkan suasana mesra pelanggn tu.. Akak kalau jaga booth memang suka bercakap, En Jijan dia jenis suka senyum tak cakap pon takpe kata dia. Org tengok dia senyum nanti orang datang terus kat booth..hahaha.Sabo ja..
Bab susun atur perfume ni kami asik berbeza pendapat sajo. Akak suka deco deco..biar nampak attractive. En jijan sebaliknya. Dia suka menggunakan siap ruang yang ado dengan semaksimumnya..Isk..isk..ni akak tidak setuju..so kadang kadang akak dah susun cmni, dia p susun cmtu pulak..nanti kitorng pon bagi argument masing2 why kena susun camni, why kono susun cmtu pulak..Last last kitorang memang give and take ja la. Tu kami nama kan gado gado manja..sbb bila bercakap tu cam stress ja rope tapi bole gelak gelak and buat lawak sengal! Mesti org poning, napo la laki bini tu hagaknye..kuikuikui. Tapi kalau bab susun atur buku kat booth akak memang bagi kat En Jijan jo la. Dia lebih arif nak menyusunnye..hihi..
Bab mengira duit kan, akak tak reti lagi kira laju laju macam cashier supermarket or teller kat bank tu kira. Tapi En. Jijan pandai..Akak jenis kira berkali-kali dan slow mo camtu. Aje teruk..haha..akak memang sediakan calculator ja. Walaupon dah kira duit balik tu secara manual but still kena double check guna calculator jugak. Baru rasa puas hati..
Hurmm..itu ja nak share setakat ni :) Nanti jumpa di entri lain yek!
Ni dengan 2 orang anak sedara En Jijan yang bergaya; Akram and Adha
AzRa:
Usaha. Yakin dan Tawakkal kepada Allah.. :)