Hari ni mama masakkan Aqim bubur +bayam+ayam. Semalam Mama Izan (babysitter) cakap habis Aqim makan bubur yang mama bekalkan.hehehe..kuat makan anak mama nih.Aqim sekarang kuat makan tapi minum susu dah kurang sket. Dulu selalu minum susu 4 ounz, sekarang 3 ounz je. Tak pe la as long as Aqim sihat n berat badan bertambah konsisten,ok for mama.
Mama tengok Aqim dah makin aktif menyelar & pusing2 badan, tak lama lagi nanti dah pandai merangkak la. Suka wat muka geram.hehehe...kelakar mama tengok.Mama rasa cam Aqim dah nak tumbuh gigi la.Cam rasa kasar2 sket gusi bawah tu.Tapi tak tau la. Kawan Aqim, Imam Shafie dah tumbuh gigi 2 batang sekali gus. Imam tua sebulan dari Aqim. Semangat tul badan si Imam ni. Mama bole katakan Imam ni bestfriend Aqim sebab selalu main sama-sama. Kadang-kadang tu pakai baju pun warna sama.
Aqim pandai tarik-tarik baju mama kalu nak susu.pandai dia ni..dah suka main,kalu mama or papa tak mau main dengan dia,mula la Aqim merengek2.hehehe..suka geram, gigit2 pipi papa.
Dah pandai kalu papa pegang kamera Aqim pon sibuk gak nak amik kamera tu. Mulut pon dah becok..Aktif sungguh anak mama nih.
Untuk anak mama sayang , Muhammad Umar Mustaqim. Mama & papa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Aqim.Mudah-mudahan Aqim jadi anak yang soleh & bijak. Insyallah...
No comments:
Post a Comment