Semalam mama bawak Aqim p klinik. Aqim batuk & selsema dah 2 hari. Kadang-kadang batuk sampai termuntah. Malam tadi habis bed sheet mama kena muntah Aqim. Cian mama tengok Aqim batuk.
Pastu plak dahi Aqim kena gigit serangga kut (malam Isnin aritu). Mama & papa pon tak tau ape bende yang gigit Aqim. Bengkak kat dahi tu. Doktor tanya Aqim ade garu tak kat tempat tu? Takde plak, Aqim pon tak meragam. Aktif cam biasa. So doktor bagi ubat sapu & antibiotik. Pagi ni tengok dah surut sikit bengkak tu.
Mama & papa pening kepala time bagi Aqim ubat. Aqim tak suka makan ubat. Memang Aqim tutup mulut die, kalau tak pon die sembur ubat die tu. Penat mama dok pegang Aqim, kuat plak tu meronta tak mau makan ubat. Tapi once Aqim buka mulut je cepat2 papa bagi ubat. Pas dah tertelan ubat tu, Aqim ape lagi menangis la...kejap je mama & papa pujuk, ok balik.hehehe..kena makan gak sayang oi kalau nak sembuh cepat.
1 comment:
lama nanti ok la tu makan ubat..dulu irfan pun susah makan ubat...sekarang senang...kalau nampak botol ubat, dia suh bagi dia ubat w/pun tak sakit..suka pulak dia
Post a Comment