Thursday, August 26, 2010

Hasil Kretiviti Aqim

Aqim dah pandai snap pic..tapi kebanyakan pic yang dia amik lain dari yang lain.. tak tau la kalu orang lain cam biasa tapi pada aku lain..


Gmbar cawan kertas dr sudut pandangan Aqim


Gula-gula dlm pinggan


Tayar kerata mainan Aqim



Kaki adik Rayyan


Mata papa



Gate rumah



Adik Rayyan..dah cam cendawan butang mama tgk adik dlm pic ni! hehe



Papa & adik


Pic kat kereta mainan Aqim..


Bila nak amik pic Rayyan, Aqim akan cakap sini adik..tenyum..haha..Adik cepat tengok sini..haha
lawak2..

Hari Yang Ke-16 berpuasa

Sangat lems (lembab) hokey..

Baru hari ni menyibuk citer pasal puasa..haha.sangat tidak up to date..

Anyway.. aku masih belum miss lagi puasa ye! Period tak datang lagi sejak melahirkan Rayyan..maybe because still breast feed so kemungkinan untuk datang bulan tu lambat la. Masa Aqim dulu lebih kuang lepas 6 bulan baru period mai..Hopefully dapat puasa penuh tahun ni..

Biasanya aku tak masak untuk berbuka bila keja. Beli je kat gerai kat bawah umah tu. G bazar ramadhan pon kadang-kadang je. Malas nak menempuh kesesakan. Lagipon lauk pauk, kuih muih akak yang meniaga kat umah ni pon bole tahan sedap. tapi kalu nak makan murtabak ke, roti john ke, baru la cari kat bazar ramadhan. Aku masak pon time cuti or masa sahur je. Dah anak 2 ni..cam busy sikit..

Bila time sahur si lil Rayyan pasti akan bangun jugak..hehe..but Aqim kadang2 je dia bangun time sahur. Saje meneman mama & papa nye bersahur..kadang-kadang tu xtido semula..berjaga sampai kami nak g keje..hehe..

Esok kami nak balik Muo..tak sabar rasanya nk bertemu family tersayang..

Monday, August 23, 2010

Our 4rd Anniversary 20 August 2010

Wah..cepat masa berlalu kan! Aku ni patut hapdate tajuk ni 20hb Ogos, baru la ngam. Tapi dek kerana bizi je, baru skrng dapat hapdate..Choi!

Hokey..sempena anniversary yang ke-4 ni..kami menghadiahkan diri kami dengan jam tangan berjenama ESPRIT..kira abang bagi ayang hadiah, ayang pon bagi abang hadiah jugak..haha..



The boxes


Hers & His



ESPRIT


I love it! :)



~Ours~


Doaku semoga jodoh kami kekal hingga ke Syurga..amin..




Sunday, August 22, 2010

Rayyan's Progress

Rayyan dah 7 month +..yeay kejap je masa berlalu kan..

Apa Rayyan dah pandai buat?

  • Dah pandai duduk
  • Dah pandai nak diri..walaupon tak stabil lagi..berpaut pada sofa & dok dalam walker
  • Suka ketawa
  • Suka senyum
  • Suka main dengan abg Aqim, suka usik abg Aqim..sangat lucu
  • Makin lasak, dah dua kali jatuh dari katil..nebes aku siap bawak PPUM takut cedera ke hape..nasib bek xde ape2.. takot..
  • Suka makan biskut Rusk tu
  • Pandai pegang botol susu sendiri
  • Tak bole tak tengok mama..nampak mama ngada2 nak nenen..
  • Dah pandai sebut ma..ma.., pa..pa.. te..te..hehe comey je
  • Pantang nampak kamera, sengih je..hehe

Pandai posing


wif abg Aqim


Wif Ash a lil tortoise


Dlm walker..suka betol!


Family Day (III)

Hari kedua family day aktiviti kami ialah g berendam kat kolam renang..

Aqim sgt excited, Rayyan pon same jugak..hehe

Kat pantai Cherating



Gumbira bermandi manda



Lil Rayyan enjoying the water..

Lepas bermandi manda, pukul 12.00 tgh. check out..lepas g lunch kami g Pusat Pemuliharaan Penyu.. then kami pon balik KL..

Selesai sudah...

Monday, August 16, 2010

Family Day (II)

Ok sambung citer family day..

Kami cadang tu nak wat barbeque la tapi cuaca tak mengizinkan. Hujan lebat..jadinya berbabeque kat balkoni je la.nasib bek en asben dapat villa , kira the whole blok villa B tu untuk family Gerakbudaya..hehe..

aku tukang pegang Rayyan je..hehe


Barberque ayam..sosej..udang,ikan, sotong,kentang


masing-masing sedang membakar kepak ayam..


 
Lepas berbabeque..ujan pon dah reda.masa tu semua berbincang samada nak teruskan tgk kelip2 or ade aktiviti lain. sbb ade yg risau nk naik bot pas ujan..aku la tu yg cuak sbb bwk budak kan.. pastu diaorang decide g tgk kelip2, kalu tak nak naik bot just wait kat tempat pendaftran tu je la..

Bila dah tiba sana..aku pon tgk2 la bot yg nak bwk kami ni..rasa2 cam ok..so aku decide nak ikut je la.. Cuak jugak sbb bawak Rayyan tgh2 mlm naik bot..huhu..

Sepanjang pengembaraan tgk kelip2 Rayyan tido, kalu terjaga pon dia ok xmeragam..aqim pon excited je..dalam bot kami ade dua orang baby..Rayyan & Dania. Dania meragam je..nangis sepanjang trip ni.jadinya tukang bwk bot tu decide bot kami kena balik awal..ye la budak dh melalak2 nangis kan..aku pon risau jugak kalu lama2 kat dlm bot tu..huhu


bersedia nak naik bot tengok kelip2



Aku sebenarnye yg nebes..



Di jeti

Dalam bot..

Seronok betol kami tengk kelip2 kat pokok kayu bakau..cantik cam pokok Xmas dah. Tapi hari tu kelip2 xde la banyak sgt. Tapi kata instruktor tu kalu banyak lagi cantik. Kagum aku tengok bila kelip2 tu bergerak dalam satu kumpulan..sangat la cantik!

Wednesday, August 11, 2010

Family Day

Family Day GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd
Lokasi : The Legend Resort Hotel, Cherating Kuantan Pahang
Tarikh : 31 July - 1 Ogos 2010

Kami g bercuti cum family day opis En Azizan..yeye..sangat suka ye..

Berikut adalah program yang telah diaturkan :

31 Julai 2010

8.30 pagi - Berkumpul di opis
8.45 pagi - Bertolak ke Cherating
12.30 tgh - Tiba di Cherating, berkumpul di lobi hotel
12.45 tgh - Lunch
2.30ptg - Beli ikan di Kemaman (utk barbeque)
3.00 ptg- Check in and aktiviti bebas
6.00 ptg - Barbeque
8.30 mlm - Kelip-kelip trip

1 Ogos 2010

8.00 pagi- Breakfast
9.00 pagi - Membeli belah
10.00 pagi- Main bola, layang-layang or swimming
12.30 tgh - Check out
1.30 tgh- Lunch
2.30 ptg - Melawat tempat pembiakan dan pemuliharaan penyu
3.30 ptg - Bertolak pulang ke KL

Patutnye buat la 3 hari 2 malam ke..baru la berbaloi sikit..tapi En Azizan cakap dah bos nye kata gitu..so ikut je la..janji ade family day. 2 hari 1 malam..

Enjoy pic dulu ye..

Kami dok kat Villa Blok B. Berhadapan dengan laut ye..sangat best!


Ni pemandangan kolam renangnye..ade 3 portion..


Sangat cantik!


Kat Kemaman..beli ikan fresh..bergambar kat tempat orang jual siput2 laut ni..


Berdating di tepi pantai ye..haha



To be continue...