Monday, February 22, 2016

La Chemor



Hi korang!! Apa khabar?

Pejam celik pejam celik dah 3 bulan kami dok kat Chemor ni. Hihihi..jap ja masa berlalu kan?
Kami pon dah membiasakan diri dengan keadaan di sini. 

Ada orang tanya, tak rindu kat KL ka? Hey of course la kita rindu kat KL, 15 tahun kot dok KL tu dari zaman belajar, koje, kawen dan dah dapat 3 orang hero. Sume kat KL taw..mesti la rindu. Tapi biasa la, bila kita dah decide nak settle down kat sini tentu la banyak benda kena berkorban. Itu semua dah kita setkan dalam minda. Orang cakap tak semua la benda yang kita nak, kita dapat semua. Gitu la lumrah kehidupan.

Alhamdulillah business online perfume De’xandra pon semakin berkembang. Bila dah 3 bulan dok umah, kita dah ready nak masuk balik ke alam pekerjaan. Hihihi..ok doa doakan kita dapat koje pulak di Ipoh ni ya!

Saturday, February 13, 2016

Certot: Ragam

Gelagat budak berumur 5 tahun diperhatikan saja. Kecik beso kecik beso ja dia tengokkan perangai budak itu. 

"Taknak yang ni..tak cantik! Sambil dilemparkan mainan tersebut. "Eh jangan la buat macam tu, rosak tau tak?" kata si ibu dengan tegas. Kemudian budak tu memebelek lagi mainan yang lain. "Ha nak yang ni" lalu mainan itu ditariknya kasar. Serentak itu habis semua mainan yang berdekatan bertaburan. Mata Fakrulrazi membuntang tengok mainan berterabur. Mulut dia secara automatik terherot seraya muka pun terus mencuka. Hendak dimarah kang anak customer pulak. Dalam hatinya dok menyumpah nyumpah perangai budak tadi. 

"Aman, kenapa buat mcam ni. Kan dah terabur semua ni. Angkat balik. Susun!" Mata si ibu terjengil memarahi perbuatan anaknya. Tapi nada suara si ibu tidak la sehingga high note. Masih lagi cuba mengawal kemarahan di tempat awam. "Sorry ya dik..anak akak tu ada masa tentrum dia datang macam ni la jadinya. Taknak dengar cakap orang. Ikut suka dia saja." Si ibu meminta maaf. Rasa bersalah dengan perbuatan anaknya tadi.

"Takpe kak, takpe..budak-budak memang macam tu" jawab Fakrulrazi cuba sedaya mungkin mengikhlaskan apa yang dituturkan kepada pelanggan tersebut. Dalam hati; memang dia rasa macam nak smack downkan saja budak tu. Kalau anak aku ni mau aku ikat kat pokok letak kerengga. Baru padan muka! 

Sejak ditukarkan ke department kanak-kanak bahagian alat permainan di mall ni, Fakrulrazi dah biasa mengadap insiden-insiden macam ni. Yang anak berguling-guling nak mainan, yang melalak terlolong-lolong. Ada juga parents jenis tak sabar dengan perangai anak-anak mereka dijerkahnya balik anak dia tu. Jenis budak yang takut, dia diam la. Jenis yang tak makan saman, lagi meraung dia. Pastu pulak parents dia sama naik, terus kena cubit anak dia. Ada juga jenis parents yang, masya Allah..lembutnya layan anak. Ikutkan saja anak dia nak apa. Ada juga yang jenis buat-buat tak tahu dan rileks saja. Macam-macam ragam...

Tapi itu la bak kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dia yang tengok ni pun rasa sabar tu dah tahap tinggi, inikan pula mak ayah dia yang menjaga. Mesti sabar tahap dewa gitu. Moga budak-budak tu bila dah besar nanti menjadi anak yang membahagia dan membanggakan mak dan ayahnya.  

"Aku ni bujang lagi, esok kalau ada anak tak tau macam mana pe'el dia nanti" omel Fakrulrazi sambil menyambung kerja-kerjanya menyusun barang permainan.


AzRa
Certot

Certot - Masih tiada tajuk


Main tulis-tulis..Nah inilah hasilnya.
Korang bole bagi idea nak bagi tajuk ape? hihihi..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Tepat pukul 5.30 petang, suis komputer di padamkan. Mejanya dikemaskan agar tidak serabut kepala bila masuk office minggu hadapan. “Ok Amy, jumpa kau Isnin depan ya” Manisa melambai tangan kepada pegawai akaun di syarikat itu. “Ok beb, see you on Monday..daa…” balas Amy sambil membalas lambaian Manisa ala-ala princess cenggitu. Manisa selalu terfikir macam mana lah Amy ni jaga akaun syarikat. Hari-hari tengok nombor, buat akaun. Dia kalau bab-bab angka ni memang fail sikit. Cukuplah belajar matapelajaran Prinsip Akaun  semasa tingkatan 4 dan 5. Bila akaun tak balance je dah gelabah katak! Inikan pulak nak handle akaun syarikat yang beratus ribu! Pitam kot!
Manisa sememangnya tak sabar hendak pulang. Lima hari bekerja cukup memenatkan baginya, melayan kerenah bos yang banyak songeh, rakan sekerja yang banyak kerenah dan kadang-kadang terpaksa pula jadi bidan terjun melayan klien-klien. Tapi itu la punca rezekinya. Dia tidak merungut cuma melepaskan lelah, dia bukan robot yang bekerja 24 jam, tak punya perasaan. Kadang-kadang bila rasa terlalu terbeban, keluhan kecil dilepaskan jua tapi Manisa tidak terlalu megikut emosi, dia tidak mahu emosinya tergangu sehingga hilang motivasi dan fokus untuk bekerja. Apa yang dia lakukan; tarik nafas dalam-dalam, pejam mata dan bayangkan orang lain lagi susah dari dia, lagi banyak stressnya. Bila buka mata, senyum dan buat kerja seperti biasa. Tapi teknik tu tidak berkesan jika ada klien yang mengila, memekik dan memaki hamun apabila apa yang dikehendaki tidak boleh dilakukan mengikut kehendak mereka. Dan ditambah pula kadang kala bos sama naik dengan klien itu. Padahal dia tahu ada sesetengah perkara memang mereka tidak boleh buat sesuka hati. Semuanya kena ikut prosedur. Saat itu mahu saja dia letak jawatan dan say bye bye saja! Kau mampu Bedah?? Hahaha..

Friday, February 5, 2016

KFC



Duit tabung yang dikumpul dihitung berulang kali.

"Dua puluh enam, dua puluh tujuh, dua puluh lapan, dua puluh sembilan, tiga puluh!!" Jerit Ihsan kegirangan.

“Ibu, cukup tak agaknya Ihsan nak beli KFC ni ek? Dah lama Ihsan rasa nak makan KFC.” Pertanyaan Ihsan membuatkan jiwa Azizah sayu.

“Cukup agaknya Ihsan, kita ambil yang murah-murah sudah la. Janji Ihsan merasa makan KFC tu ya..” Jawab Azizah.

Jawapan ibunya membuatkan Ihsan tersenyum gembira. Tak sabar rasanya hendak ke bandar untuk membeli KFC. Ihsan nak belanja ibunya makan ayam goreng KFC. 

Ihsan tahu ibunya bekerja keras untuk menyara keluarga.  Pagi bekerja sebagai tukang sapu di sekolah, malam ibu menyiapkan tempahan menjahit baju, hari minggu pula ibu berniaga nasi lemak di kawasan perumahan mereka.

Ayah pula langsung tidak ambil peduli dengan kkebajikan Ihsan. Nafkah untuk Ihsan, langsung tidak dihiraukan. Walaupun ayah sudah bercerai dengan ibu tapi ayah masih ada tanggungjawab terhadap Ihsan. Sepatutnya lah...

Certot
AzRa 
5 Feb 2016