Tetiba rasa nak tulis pasal
basikal. Sebab tengah survey survey basikal untuk Aqim. Dah lama aku
tak naik basikal. Kali terakhir naik basikal masa tingkatan 5. Lepas tu
takde dah. Tingkatan 6 dah start bawa motor. Start bawak basikal pergi sekolah
rendah masa aku darjah 4 kalau tak silap. Basikal aku antik tau. Basikal Choper
nama dia. Tempat duduk ala-ala kasut but Phua Chu Kang gitu. Sebenonye basikal
tu makcik aku yang punye. Dia dah tak guna, so arwah ayah aku betulkan bagi aku
bawa poie sekolah. Arwah ayah aku pasangkan bakul depan belakang dan siap letak side mirror. Rare tau sampai segan
nak kayuh basikal tu poie sekolah. Kono ejek dengan budak budak lelaki. Herley
Davison katanye!! Dah la kadang-kadang datang lambat ke sekolah. Adehh!
Basikal ni banyak berjasa. Bawa
basikal p sekolah kebangsaan, p sekolah agama, p kedai, poie Bandar Muor tu pon
aku naik basikal tau! Masa tu aku dengan geng-geng perempuan parking basikal
kat pokok besor depan balai polis tu. Dekat dekat dengan pejabat pos. Then kitaorang
jalan kaki poie ronda bando. Gigih beno wei! Nak kayuh basikal tengah tengah
bando tu takut sebab keta dah la banyak. So parking kat situ, jalan kaki sajo.
Ok. Satu satunye kedai basikal
yang paling famous kat Jalan Junid ialah kedai basikal ayah kawan aku Zaharah nama
kawan aku tu. Balik dari sekolah pagi or masa nak poie sekolah petang (sekolah
agama) aku singgah pam tayar. Bagi best sikit kayuh basikal. Kadang-kadang
baiki brek yang dah “tak makan”. Kalau brek basikal loose kitorang cakap “brek
dah tak makan”hahaha..macam lawak pulak bunyinye! Bila cuti sekolah panjang,
jarang la poie kedai basikal. Tapi bila dah nak naik sekolah tu, kono la servis
basikal. Bagi tip top balik. Tukar tayar, pam tayar, pasang loceng la, tukar
seat, tak pon beli sarung seat ka, bagi ketatkan rantai basikal, letak minyak sikit,
tukar brek depan belakang, pasang bakul. Dulu basikal budak-budak lelaki selalu
pasang cam besi kat belakang supaya kawan diorang boleh bonceng sambil berdiri.
Ape kebenda tu pon aku tak tahu nama dia.
Naik sekolah menengah aku dah
tukar basikal. Basikal ape ek namanye. Tak ingat. Tapi yang aku tahu, basikal
tu ade gear taw. Sampai gear 3 kot. Lupa la ade bape gear. Hahaha.. Kebanyakan
budak budak sekolah bawak basikal ni. Best kayuh basikal saing saing dengan
kawan-kawan sambil bergosip. Haha..Kalau kayuh sorang sorang dok hafal sifir or
formula. Tapi kalau kayuh time nak Magrib tu, baca ayat Qursi berulang ulang
supaya dilindungi daripada ganguan syaiton gitu!
Bisik-bisik:
Aku penah bawak basikal pastu
tersodok pokok jambu air sebab kena kejar anjing. Dah aku tersodok terjongkang
kat situ, anjing tu blah ja.Mungkin dia kesian kot. Huhu.. Apa la motif anjing
tu kejar aku? Musykil musykil..Huhu..