Monday, October 17, 2016

#bbcreamSeqyBeauty

Assalamualaikum korang..

Hi tengah buat apa tu? Ok, arini akak nak citer tentang BBCream Seqy Beauty pulak.

Ape tu bbcream ye? 

BB Cream By Seqy Beauty adalah produk kosmetik penjagaan kulit pelbagai guna. Ia juga digunakan sebagai penutup asas, mekap semulajadi, melindungi kulit dari sinaran UV, pelembap, pengawal minyak dengan ciri-ciri penyembuh, menjana semula kulit dan mengurangkan parut jerawat. BB Cream juga mampu menyamakan warna tona kulit, bintik hitam dan kesan parut tanpa menggunakan mekap asas yang tebal.

BB Cream by Seqy Beauty

  • Teksturnya lembut dan ringan.
  • Sesuai bagi mereka yang tidak sukakan mekap tebal, cuma mahu melindungi kulit solekan nipis, natural dan ringkas.
  • Sangat praktikal, diratakan menggunakan jari sahaja.


Fungsi dan Kelebihan BB Cream

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menutupi cela di muka
  • Sebagai bedak asas
  • Lebih ringan dari foudation
  • Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari
  • Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
  • Melambatkan penuaan
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia
Harga BBcream Seqy Beauty?
  • Harga RM55 20ml exc postage

Daripada pengalaman akak menggunakan bbcream ni, memang best. Sebab kulit muka tak berminyak, pastu teksturnya memang ringan, yang penting tak bercapuk bila pakai. Tak perlu letak banyak banyak. Letak kat dahi, hidung, pipi kanan, pipi kiri dan dagu pastu sapu rata. If korang taknak pakai bedak lepas apply bbcream ni pon bole. Memang elok ja muka korang nanti. Itu daripada pengalaman akak yang memang pengguna setia bbcream ni. 

Nak cuci pon mudah ja. Guna wet tisu pon bole.. :)

If berminat utuk dapatkan bbcream ni boleh roger akak di 012 352 9074

In Sha Allah korang puas hati :)

Nah belanja gambo sikit:



Pek baru yang lebih trendy! hihi

Pek lama.. ade stok lagi..harga sekarang rm45


Warna warna yang ada. Fair, Natural dan Brown


Feedback customers




#lipmatteseqybeauty

Hai korang hari ni ape koba? Akak sihat sihat saja. So entry kali ini akak nak citer sikit tentang produk baru daripada Seqy Beauty iaitu Lip Matte Cream.

Lip Matte Cream Seqy ni didatangkan dalam 6 warna di mana warna warnanya adalah seperti berikut:
  • 1.       Strong
  • 2.       Forgiven
  • 3.       Beautiful
  • 4.       Relax
  • 5.       Comfort
  • 6.       Peaceful

Semua warna warna ni memang cantik dan meletops sangat tau korang!

Bape harga satu lip matte ni?

Harga memang berbaloi. RM25 je uols! Beli 2 baru RM50 boleh tukar tukar warna pakai kan?

Ape yang best lip matte Seqy ni?

Yang bestnya ialah ia tidak melekat pada baju, cawan dan sebagainya. Korang pakai tahan lama la kiranya gitu. Nak bersihkan bibir kita just guna make up remover or guna ja make up cleansing tissue.

So senang nak tanggalkan dan juga tahan lama. Warna pon best best. 

Nak try? Jom la


Nah belanja sikit gambo:







Thursday, October 6, 2016

#impian



Keputusan PMR yang baru diterima membuatkan Nasuha begitu bimbang. Keputusannya tidak lah begitu cemerlang namun dia telah berusaha untuk melakukan yang terbaik. 

“Kalau dah keputusan macam ini gayanya, baik engkau kahwin saja Suha” kata Mak Long Senah yang datang ke rumah adiknya; Ismail sebaik sahaja tahu keputusan cemerlang anaknya Sarah, sepupu Nasuha.

“Engkau tengok Sarah ni..semua A. Boleh lah dia sambung masuk kelas aliran sains.” Kata kata Mak Long Senah hanya disambut dengan suasana sepi, hanya kedengaran bunyi cicak seolah menyokong kata katanya.  Leha, ibu Nasuha terus membancuh kopi. Walaupun sudah lima sudu gula dicampurkan dirasakan kopi tersebut pahit dan kelat sahaja.

“Apa yang bising bising ni Kak Long?” tanya Ismail, ayah Nasuha. “Ni ha, anak kamu ni..keputusan tak berapa nak bagus. Buang duit ja kamu nak sekolahkan dia lagi. Kahwin kan saja.” Lancang sungguh mulut Mak Long Senah berkata. Pandai pandai pula hendak mengaturkan hidup aku. Mak dengan abah tak kecoh dia pulak yang berlebih nampaknya” Suha bersunggut di dalam hati.

“Eh Kak Long ni, budak besar Suha ni apa lah yang dia tahu tentang kahwin. 15 tahun ni muda sangat nak jadi bini orang. Karang 16 tahun dah jadi mak orang. Ishh... Saya dah fikirkan sesuatu untuk Suha. Walaupun akademinya tidak begitu memberansangkan, saya tetap akan hantar anak saya sambung belajar. Kali ni saya akan hantar Suha ke sekolah vokasional. Belajar tentang kemahiran. In sha Allah..ada rezeki Suha boleh dia jadi boss bila besar nanti.  Mana tahu kut lepas ni Kak Long nak tempah baju kawin Sarah ka, boleh la Suha ni jahitkan. Masa tu Suha dah ada butik sendiri. Boleh la bagi diskaun untuk sedara..”kata Ismail berselora penuh makna.

Muka Mak Long Senah terus mencuka. “Eh dah la kamu ni aku nak balik dulu. Esok jangan lupa pulut kuning yang aku tempah tu Leha. Nak sedekahkan kat surau, buat doa kesyukuran untuk Sarah ni. Kamu pun jangan lupa datang.” Kata Mak Long Senah seraya menggangkat punggung beredar pulang. “Baik kak long” kata Leha tersenyum. 

“Terima kasih abah!” kata Suha sambil memeluk bahu Ismail. “Suha belajar elok elok ya, abah nak Suha berjaya walaupun Suha ambil bidang kemahiran. Lepas Suha dah berjaya baru fikir tentang yang lain ya.” Rambut anaknya diusap penuh kasih sayang. “Baik abah, Suha janji Suha akan buat yang terbaik.” 


Bisik bisik AzRa:
Ubah mentaliti mampu mengubah kualiti hidup di masa akan datang. Jangan lenyapkan impian anak anak, kita mampu mencorakkan masa depan yang lebih cemerlang. #hentikanperkahwinankanakkanak