Thursday, October 6, 2016

#impian



Keputusan PMR yang baru diterima membuatkan Nasuha begitu bimbang. Keputusannya tidak lah begitu cemerlang namun dia telah berusaha untuk melakukan yang terbaik. 

“Kalau dah keputusan macam ini gayanya, baik engkau kahwin saja Suha” kata Mak Long Senah yang datang ke rumah adiknya; Ismail sebaik sahaja tahu keputusan cemerlang anaknya Sarah, sepupu Nasuha.

“Engkau tengok Sarah ni..semua A. Boleh lah dia sambung masuk kelas aliran sains.” Kata kata Mak Long Senah hanya disambut dengan suasana sepi, hanya kedengaran bunyi cicak seolah menyokong kata katanya.  Leha, ibu Nasuha terus membancuh kopi. Walaupun sudah lima sudu gula dicampurkan dirasakan kopi tersebut pahit dan kelat sahaja.

“Apa yang bising bising ni Kak Long?” tanya Ismail, ayah Nasuha. “Ni ha, anak kamu ni..keputusan tak berapa nak bagus. Buang duit ja kamu nak sekolahkan dia lagi. Kahwin kan saja.” Lancang sungguh mulut Mak Long Senah berkata. Pandai pandai pula hendak mengaturkan hidup aku. Mak dengan abah tak kecoh dia pulak yang berlebih nampaknya” Suha bersunggut di dalam hati.

“Eh Kak Long ni, budak besar Suha ni apa lah yang dia tahu tentang kahwin. 15 tahun ni muda sangat nak jadi bini orang. Karang 16 tahun dah jadi mak orang. Ishh... Saya dah fikirkan sesuatu untuk Suha. Walaupun akademinya tidak begitu memberansangkan, saya tetap akan hantar anak saya sambung belajar. Kali ni saya akan hantar Suha ke sekolah vokasional. Belajar tentang kemahiran. In sha Allah..ada rezeki Suha boleh dia jadi boss bila besar nanti.  Mana tahu kut lepas ni Kak Long nak tempah baju kawin Sarah ka, boleh la Suha ni jahitkan. Masa tu Suha dah ada butik sendiri. Boleh la bagi diskaun untuk sedara..”kata Ismail berselora penuh makna.

Muka Mak Long Senah terus mencuka. “Eh dah la kamu ni aku nak balik dulu. Esok jangan lupa pulut kuning yang aku tempah tu Leha. Nak sedekahkan kat surau, buat doa kesyukuran untuk Sarah ni. Kamu pun jangan lupa datang.” Kata Mak Long Senah seraya menggangkat punggung beredar pulang. “Baik kak long” kata Leha tersenyum. 

“Terima kasih abah!” kata Suha sambil memeluk bahu Ismail. “Suha belajar elok elok ya, abah nak Suha berjaya walaupun Suha ambil bidang kemahiran. Lepas Suha dah berjaya baru fikir tentang yang lain ya.” Rambut anaknya diusap penuh kasih sayang. “Baik abah, Suha janji Suha akan buat yang terbaik.” 


Bisik bisik AzRa:
Ubah mentaliti mampu mengubah kualiti hidup di masa akan datang. Jangan lenyapkan impian anak anak, kita mampu mencorakkan masa depan yang lebih cemerlang. #hentikanperkahwinankanakkanak

No comments: