Monday, November 14, 2016

Perfume De'xandra sebagai barang hantaran..memang awesome!

Hai korang!

Entri kali ni, akak nak citer sikit tentang barang barang hantaran untuk majlis pertunangan atau majlis perkahwinan.

Antara barang hantaran yang biasa diberikan adalah perfume. Ha betul tak? Perfume ni boleh membangkitkan aura yang positif tau. Bila kita pakai perfume kita rasa wangi, bersemangat dan rasa diri kita yakin. Lagi best bila kita pakai perfume kita rasa kita anggun gitu. Yang lelaki rasa kacak dan macho..hahaha..tak caya ka? Cer try buat..

Ha akak nak citer ni, kalau masih tercari cari perfume apa yang sesuai untuk dijadikan hantaran boleh refer akak. Korang tak perlu berbelanja sampai RM200 plus untuk dapatkan sebotol perfume yang berkualiti dan tahan lama ya. Korang boleh beli perfume De'xandra sebagai barang hantaran. Sebotol baru RM65 tapi bau memang kelass sangat ok..tahan lama tau! Kalau rasa macam sebotol tak cukup, beli 2 botol. Dapat lagi diskaun tolak RM10. Dua botol cuma RM120..ha..jimat lagi menjimatkan akak koba kat korang! Kalau belah lelaki bagi 2 botol, belah perempuan pon nak balas 2 botol pon boleh. Total untuk 4 botol perfume De'xandra hanya RM240.. Apa??? RM240 dapat 4 botol perfume? Ini memang super awesome!

Lagi best korang boleh pilih haruman antarabangsa yang diinspirasikan oleh De'xandra..Kelass ko dik! RM65 sebotol dapat bau perfume Britney Spears, Chanel, DKNY, Dior, Paco Rabbane, Versace..Mau tak suka, dah la wangi, tahan lama, bau antarabangsa..yang penting jimat, senang bawa travel dan boleh bawa solat..ha..best kan??

Time time sekarang nilai mata wang semakin mengecil ni memang wajib la kita berjimat dan membuat pilihan yang bijak ye.. hihi..

Kalau tak tahu nak dapatkan perfume De'xandra kat mana boleh ja roger akak di:

Whaspp @ Tel: 012 352 9074 

IG @the_azrashoppe

FB page di https://www.facebook.com/deazraboutique

Ok akak belanja gambar sikit ye...










Ha cantik kan hantaran hantaran ni..akak suka!



Senarai perfume De'xandra yang korang boleh pilih..




Lagi contoh hantaran..hihi..comey sangat!

Sunday, November 13, 2016

Mood Republik Penang, 5-6 November 2016

Hi korang...



Entri kali ni aku nak citer pengalaman join Mood Republik. Korang mesti pernah dengar tentang Mood Republik kan? Karnival jualan terbesar yang menghimpunkan jenama jenama yang terkenal yang popular di online. Secara jujur aku memang tak pernah pergi shopping di Mood Republik sebabnya bila tengok kat IG or FB orang punya la ramai. Pulak tu aku ni jenis malas nak bersesak sesak sebab nak bershopping..Poning pala nanti. So bila mak stokis perfume De'xandra ku; Ilyani whasspp tanya aku nak join tak Mood Republik sebab ada agen tak dapat join, aku pon apa lagi excited la!! Ni poie untuk jaga booth dan buat sales. Of course ini peluang keemasan untuk rasai join event besar! Kali ini Mood Republik berlangsung di Strait Quay Convention Centre Penang. 

Kami bertolak dari Ipoh pada hari Jumaat 4hb Nov. Set up booth pukul 8.30 malam. Kami check in di hotel Leisure Cove berdekatan dengan SQCC tu juga. Masa set up booth tu pon dah rasa excited jumpa dengan geng geng agen ekyaniteam. Excited juga tengok booth keliling kami set up booth diorang. Booth De'xandra bersebelahan dengan booth Elfira Loy dan Liyana Jasmay. Baru la saya tahu macam ini rupanya the day before event Mood Republik. Ramai vendor vendor. Lori pun banyak hantar barang barang jualan. Meriah la jugak! Dalam pukul 12 malam baru selesai set up booth.

Jualan bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 malam. Vendor vendor diminta untuk datang seawal 6.00 pagi bagi yang belum settle set up. Memandangkan booth kami dah siap set up. Ketua kami Kak Ti cakap pukul 8 pagi semua dah kena ada. Kami pam belon untuk diberikan kepada pengunjung, bagi flyers dan smell card yang dah siap siap sembur dengan perfume De'xandra. Sambil sambil tu tengok tengok juga booth vendor vendor lain punya deco. Ramai jugak la artis yang join. Patut la orang ramai datang Mood Republik ni. Macam macam jenama ada dan macam macam barang yang dijual. Memang best la kalau shopping barang barang kat sini terutama yang perempuan la..hahaha...Ramai juga yang datang membeli perfume De'xandra di booth kami. Memang seronok melayan customer. Ada yang tengok tengok dulu, ada yang test test dulu, ada yang memang dia dah tahu perfume apa yang dia nak beli. Yang paling best bila satu customer beli 4 botol terus..aishhh..best betul tu. Setiap orang dalam team berusaha untuk menarik minat pelanggan untuk membeli. Sebab makkis dah bagi target..hihi.. gitu la baru rasa feelnya. Kita usaha sedaya mampu untuk capai target. Rehat pon ala ala kadar gitu, makan jap, solat pastu nak poie tandas ka gilir gilir.

Bila join Mood Republik ni baru saya tahu, kuasa artis tu sangat besar ya pengaruhnya terhadap sesuatu produk. Bila artis tu turun padang p booth diorang, secara automatiknya ramai orang serbu booth tersebut dan membeli produk yang artis tu jual or dia jadi duta. Nak bergambar kena beli produk dulu. Ha gitu..memang berebut rebut la yang beli. Lagi la jenis orang yang memang suka artis kan.. buat koleksi gambar selfie bersama artis gitu. Shawl yang dipandang sendu ja sebelum ni, terus laku bila artis tu turun padang. Hebat tau! hahaha..Booth De'xandra memang confirm jammed setiap kali Elfira Loy dan Liyana Jasmay datang ke booth diorang. Diorang ni pulak memang jenis mesra dan ramah la dengan peminat. Kalau Nabil datang booth De'xandra mau penuh booth kami! hahaha..Masa nak poie tandas, lalu booth Aida Jebat. Adoii punya la sesak. Ramai betul peminat beliau. Happy go lucky ja dia. Kecik ja orangnya.hihi..

Kami yang vendor vendor ni shopping pon ala ala sempat tak sempat ja la. lagi senang shopping ja baju dekat dekat dengan booth kitaorang. Ko beli perfume kat booth akak, akak shopping baju kat booth hang..hahaha..ada la rasa nak shopping tapi tak beria sangat. Sebab penat kot lagipon aku sedang dalam proses meditasi untuk kawal nafsu bershopping..ha gitu! 

Hari kedua masa wrap up tu memang masing masing dah kepenatan. Kemas-kemas, kira kira stok semua. Pastu barang barang tunggu abang lori punggah turun. Tapi memang seronok la kerja dalam team ni Kak Ti, Kak Zah, Suri, Ein, Wani dan Shida. Banyak sangat aku belajar. Macam mana nak approach customer bau apa yang sesuai dengan diorang. Kak Zah bagi tips yang muda belia suggest bau manis manis macam moon sparkle atau purr. Hasilnya aku dapat jual 3 moon sparkle dalam masa terdekat. Selalu kalu bukak booth sendiri, moon sparkle tu takde orang pandang..hahaha..Wani pulak cakap kalau lelaki suggest dulu One Million, Biasa bau ni memang jarang orang tolak. Shida pon bagi tips juga if baru nak try bole suggest Bond 9 Him bau ni memang win kalau oarang tu baru first time nak cuba perfume De'xandra. Tengok cara team wanishida approach customer, tanya adakah diorang ni smokers or not, keje office or banyak koje luar. Itu semua akan memudahkan kita untuk suggest perfume yang sesuai. Bila aku bukak booth sendiri lain dengan bukak booth sesama agen ekyanie ni memang banyak la belajar. pastu kami bertukar tukar pengalaman. Seronok sangat!

Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada mak stokisku Ilyani. Kepada team ekyanie Penang yang sangat awesome dan supportive. I love you guys! Kepada my dear suami En Jijan yang sanggup drive kita ke Penang, anto dan amik kita p booth dan jaga hero hero kita tu, terima kasih banyak2, sayang awak banyak banyak! hihihi..eh ni ucapan memang award ke? kakakaka..

Nah belanja gambo sikit..nak amik gambo pon tak sempat uols!








Bisik-bisik AzRa:
Dalam satu pasukan setiap orang akan memotivasikan rakan sepasukannya. Bila kita down ada tangan yang akan menyambut dan memimpin kita. Beri semangat agar tidak mudah putus asa kerana itu adalah proses pembelajaran untuk kita berjaya. Itu yang saya temui dalam team ini..sayang semua