Entri kali ni aku nak citer pengalaman
join Mood Republik. Korang mesti pernah dengar tentang Mood Republik kan?
Karnival jualan terbesar yang menghimpunkan jenama jenama yang terkenal yang
popular di online. Secara jujur aku memang tak pernah pergi shopping di Mood
Republik sebabnya bila tengok kat IG or FB orang punya la ramai. Pulak tu aku ni jenis malas nak bersesak sesak sebab nak bershopping..Poning pala nanti. So
bila mak stokis perfume De'xandra ku; Ilyani whasspp tanya aku nak join tak
Mood Republik sebab ada agen tak dapat join, aku pon apa lagi excited la!! Ni
poie untuk jaga booth dan buat sales. Of course ini peluang keemasan untuk
rasai join event besar! Kali ini Mood Republik berlangsung di Strait Quay
Convention Centre Penang.
Kami bertolak dari Ipoh pada hari Jumaat
4hb Nov. Set up booth pukul 8.30 malam. Kami check in di hotel Leisure Cove
berdekatan dengan SQCC tu juga. Masa set up booth tu pon dah rasa excited jumpa
dengan geng geng agen ekyaniteam. Excited juga tengok booth keliling kami set
up booth diorang. Booth De'xandra bersebelahan dengan booth Elfira Loy dan
Liyana Jasmay. Baru la saya tahu macam ini rupanya the day before event Mood
Republik. Ramai vendor vendor. Lori pun banyak hantar barang barang jualan.
Meriah la jugak! Dalam pukul 12 malam baru selesai set up booth.
Jualan bermula pada pukul 10 pagi sehingga
12 malam. Vendor vendor diminta untuk datang seawal 6.00 pagi bagi yang belum
settle set up. Memandangkan booth kami dah siap set up. Ketua kami Kak Ti cakap
pukul 8 pagi semua dah kena ada. Kami pam belon untuk diberikan kepada
pengunjung, bagi flyers dan smell card yang dah siap siap sembur dengan perfume
De'xandra. Sambil sambil tu tengok tengok juga booth vendor vendor lain punya
deco. Ramai jugak la artis yang join. Patut la orang ramai datang Mood Republik
ni. Macam macam jenama ada dan macam macam barang yang dijual. Memang best la
kalau shopping barang barang kat sini terutama yang perempuan
la..hahaha...Ramai juga yang datang membeli perfume De'xandra di booth kami.
Memang seronok melayan customer. Ada yang tengok tengok dulu, ada yang test
test dulu, ada yang memang dia dah tahu perfume apa yang dia nak beli. Yang
paling best bila satu customer beli 4 botol terus..aishhh..best betul tu. Setiap
orang dalam team berusaha untuk menarik minat pelanggan untuk membeli. Sebab
makkis dah bagi target..hihi.. gitu la baru rasa feelnya. Kita usaha sedaya
mampu untuk capai target. Rehat pon ala ala kadar gitu, makan jap, solat pastu
nak poie tandas ka gilir gilir.
Bila join Mood Republik ni baru saya tahu,
kuasa artis tu sangat besar ya pengaruhnya terhadap sesuatu produk. Bila artis
tu turun padang p booth diorang, secara automatiknya ramai orang serbu booth
tersebut dan membeli produk yang artis tu jual or dia jadi duta. Nak bergambar
kena beli produk dulu. Ha gitu..memang berebut rebut la yang beli. Lagi la
jenis orang yang memang suka artis kan.. buat koleksi gambar selfie bersama
artis gitu. Shawl yang dipandang sendu ja sebelum ni, terus laku bila artis tu
turun padang. Hebat tau! hahaha..Booth De'xandra memang confirm jammed setiap
kali Elfira Loy dan Liyana Jasmay datang ke booth diorang. Diorang ni pulak
memang jenis mesra dan ramah la dengan peminat. Kalau Nabil datang booth
De'xandra mau penuh booth kami! hahaha..Masa nak poie tandas, lalu booth Aida
Jebat. Adoii punya la sesak. Ramai betul peminat beliau. Happy go lucky ja dia.
Kecik ja orangnya.hihi..
Kami yang vendor vendor ni shopping pon
ala ala sempat tak sempat ja la. lagi senang shopping ja baju dekat dekat
dengan booth kitaorang. Ko beli perfume kat booth akak, akak shopping baju kat
booth hang..hahaha..ada la rasa nak shopping tapi tak beria sangat. Sebab penat
kot lagipon aku sedang dalam proses meditasi untuk kawal nafsu bershopping..ha
gitu!
Hari kedua masa wrap up tu memang masing
masing dah kepenatan. Kemas-kemas, kira kira stok semua. Pastu barang barang
tunggu abang lori punggah turun. Tapi memang seronok la kerja dalam team ni Kak
Ti, Kak Zah, Suri, Ein, Wani dan Shida. Banyak sangat aku belajar. Macam mana
nak approach customer bau apa yang sesuai dengan diorang. Kak Zah bagi tips
yang muda belia suggest bau manis manis macam moon sparkle atau purr. Hasilnya
aku dapat jual 3 moon sparkle dalam masa terdekat. Selalu kalu bukak booth
sendiri, moon sparkle tu takde orang pandang..hahaha..Wani pulak cakap kalau
lelaki suggest dulu One Million, Biasa bau ni memang jarang orang tolak. Shida
pon bagi tips juga if baru nak try bole suggest Bond 9 Him bau ni memang win
kalau oarang tu baru first time nak cuba perfume De'xandra. Tengok cara team
wanishida approach customer, tanya adakah diorang ni smokers or not, keje
office or banyak koje luar. Itu semua akan memudahkan kita untuk suggest
perfume yang sesuai. Bila aku bukak booth sendiri lain dengan bukak booth
sesama agen ekyanie ni memang banyak la belajar. pastu kami bertukar tukar
pengalaman. Seronok sangat!
Terima kasih atas peluang yang diberikan
kepada mak stokisku Ilyani. Kepada team ekyanie Penang yang sangat awesome dan
supportive. I love you guys! Kepada my dear suami En Jijan yang sanggup drive
kita ke Penang, anto dan amik kita p booth dan jaga hero hero kita tu, terima
kasih banyak2, sayang awak banyak banyak! hihihi..eh ni ucapan memang award ke?
kakakaka..
Nah belanja gambo sikit..nak amik gambo pon tak sempat uols!
Bisik-bisik AzRa:
Dalam satu pasukan setiap orang akan memotivasikan rakan sepasukannya.
Bila kita down ada tangan yang akan menyambut dan memimpin kita. Beri
semangat agar tidak mudah putus asa kerana itu adalah proses
pembelajaran untuk kita berjaya. Itu yang saya temui dalam team
ini..sayang semua❤❤
No comments:
Post a Comment