Minggu lepas (7hb Jan) kami semua balik ke Muo untuk buat tahlil untuk arwah ayah.
Cepat je masa berlalu dah 40 hari arwah meninggalkan kami. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. Amin.. Terima kasih kepada semua saudara mara yang turut hadir dan membantu melancarkan majlis.
Ahad pagi kami ke tanah perkuburan melawat pusara arwah ayah. Kami sedekahkan bacaan Yassin, Al-Fatihah dan doa untuk kesejahteraan arwah di sana. Ketika kami hadir sewaktu pengkebumian arwah, banyak lubang2 kubur yang siap digali. Kini semuanya penuh. Selepas pusara arwah ayah, kami juga melawat pusara arwah atuk dan nenek yang terletak di kawasan perkuburan yang sama.
Ya, suatu hari nanti kita pon akan melalui perkara yang sama. Pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Pulang menemui Pencipta kita yang Maha Agung.
No comments:
Post a Comment