Alhamdulillah tahun 2015, Karya
Tinta sudah 3 tahun. Syarikat penerbitan kami ini kecil saja. Tapi kami
mempunyai impian yang besar dalam industri buku ini.
Sekarang untuk jualan booth En
Jijan dah jarang pergi sebab lebih tumpukan kepada order dari library and more
focus on marketing and distribution side. Kadang-kadang la poie berjualan
secara bukak booth ni. Menurut mentor En Jijan, Pak Chong..jualan booth ini
penting to introduce ourself and our company to people secara face to face..Menurut
Pak Chong lagi, jualan online penting but to get in touch with people secara
face to face pon sama penting. So that people bila cakap company kita terus
akan ingat bos nye jugak!
One of the things yang aku suka
bila bercakap dengan Pak Chong ni, dia mempunyai vision dan dia juga suka anak
muda yang berjiwa besar dan berani. Dia encourage En Jijan untuk explore lebih
jauh dalam industry ni. Bos bole bagi modal? Pastu dia gelak sambil berkata “itu
bole dipertimbangkan” hahaha…
Setakat ini Karya Tinta telah menerbitkan 4 buah judul
iaitu:
- 1) Kasih Bukan Milikku – Deeme Danee
- 2) Mengejar Kasih di Hujung Senja – Zainal Taib
- 3) Performing Hajj in 40 Days: a teen’s experience – Qiqisa Malikatulyaman
- 4) Misteri Gua di Lereng Bukit – Zafa Huna
Alhamdulillah dua buku iaitu
Mengejar Kasih di Hujung Senja dan Performing Hajj in 40 days mendapat
perhatian library. Untuk buku Misteri Gua di Lereng Bukit, En Jijan focus untuk
library sekolah. For me bila berkecimpung dalam dunia penerbitan ni is a good
exposure.. En Jijan lain la, dia dah berpengalaman dengan dunia buku ni lebih
10 tahun.hihihi..ada segmentasi pasaran gitu kan. Banyak jugak yang kita
pelajari tentang cover buku, tajuk buku. Kitaorang brainstorm apa kelemahan dan apa yang nak ditambahbaikkan. Sebab cover buku sekarang
hebat2..tajuk pon catchy2..iye la kadang-kadang tajuk macam bukan-bukan je.
Tapi best seller uols! Paling gempak terus buat drama n filem, meletops! “Suamiku
En Sotong, Suami aku Encik Perfect 10, Suami aku Ustaz, Asam Pedas untuk
Dia..macam-macam lagi la. Pasni if terbit novel kitaorang nak buat tajuk
gempak2 la contohnya “Mak Mertua Vogue”, “Suami Aku Jiran Sebelah”, “Suami aku
badan sado” “Aku Ado, kau ado ke?” hahaha..hadoii ai..
Bila kitaorang buka booth buku,
aku jenis yang suka bercakap dengan customer. Bila customer tanya which buku
under this publication yang best seller. Ni yang novel, aku tau ler. Sebab aku
baca novel. Tapi dah lama tak baca novel cinta gedik2..hahaha. Then aku pon cakap la kan review tentang novel
ni. Biasanya novel Fixi lo....sembang2 dengan customer. Seronok! En Jijan jenis
yang senyum je sepanjang masa..haha.. Katanya kita berniaga kena senyum
sentiasa, baru la orang seronok nak kuar duit beli buku! Some people boleh beli
buku cam beli ikan sajo. Dia amik, amik, amik. Nah bape, then bayo. Tak kisah
berapa pon harganya. And some people dia suka beli buku tapi dia tak baca pon,
buat koleksi. Ada pulak dia suka tengok buku, suka sangat tapi dia xbeli pon.
En Jijan sentiasa encourage supaya
aku menulis novel..ada la tulis tapi tak siap-siap kan.. haha..Actually I love
to write, even simple things pon aku suka tulis. Tulis dalam blog or kadang2
tulis kat wall FB sendiri. Tapi if nak tulis novel, hazab la pulak kan. Panjang
lor.. at least 60,000 words. And aku memang amazed bila dapat manuskrip yang
wordsnya 200,000. Wow! Bape lama la agaknya nak menulis tu kan.. But if kita
dah dapat momentum nak menulis, the idea is like air terjun. Mencurah-curah dia
keluar, and you just taip tak henti-henti keluarkan all the ideas! Seriously
ok! In Sha Allah..In Sha Allah…
Mungkin orang nampak company kami
ni cam siput je progressnya. Tapi kami tak kisah..orang cakap sikit-sikit, lama-lama
jadi bukit. En Jijan tak mau terburu-buru sebab biasanya yang terburu-buru tu
wifey nye ni la..hahaha.. sume nak copat kan. Besar harapan kami ingin
menjadikan Karya Tinta satu hari nanti sebaris dengan syarikat penerbitan yang
mempunyai nama yang besar dan melahirkan penulis-penulis yang hebat. Semoga
Allah SWT mempermudahkan urusan kami, semoga kami sabar menghadapi jatuh
bangunnya dalam industri ini. Kata orang “bukan senang nak senang”.
~end~