Wednesday, September 21, 2016

#Mengidam




Hurmm..citer pasal mengidam ni aku nak story sikit tentang diriku dan mengidam ni.


Masa 1st pregnancy benda yang aku mengidam nak makan ialah buah laici. Nak buah laici fresh takmau yang dalam tin. Masa tu nasib baik la kat Thailand dah musim buah laici, so dapat la makan buah laici fresh beli kat pasar malam kat Pantai Dalam tu. 1kg aku makan sorang sebab En Jijan cakap buah laici tu masam. Aku rasa manis ja. Kuikukui.. Kupas banyak banyak lepas tu simpan dalam peti ais. Makan sejuk sejuk camtu..adoii sedapnye! 

2nd pregnancy aku takde la mengidam yang pelik pelik tapi setiap kali Nampak kiosk Famous Amos aku akan beli biskutnya tu. Sedap beno ku rasa. Hahaha.. apa kono la ntah..Lepas bersalin takdenye ku nak makan biskut Famous Amos. Lalu tengok gitu ja! 

3rd pregnancy aku suka minum coffee Starbuck. Kali ni pregnant kena kencing manis pule. Huhuhu.. Dah ko bantai minum coffee and coklat Starbuck memang le. Seminggu ade la dua tiga kali pekena Starbuck. Lepas tu kan, aku mengidam makan nasi Arab. En Jijan asik tangguh tangguh ja tak sempat makan nasi Arab dah warded kat PPUM. Sebab doctor cakap baby mcm kecik dan air ketuban cam kurang. Dalam wad teringin nak minum teh o ais. Lepas tu En Jijan poie beli teh ais pule. Halamak..tekak ni memang nak sangat sangat teh o ais sebab esoknya dah tak bole minum teh o ais dah. Doc nak induce. Huhuhu..Nak taknak En Jijan terpaksa la p kedai sekali lagi beli teh o ais. Dah la masa tu ari ahad. Kafeteria PPUM memang tutup..Tapi dapat gak minum teh o ais. Nasi Arab dapat makan lepas abes berpantang..Tu yang Fahri masa kecik2 berjejes ja air liur! Lol!

Bisik-bisik AzRA:
Kalau pregnant anak keempat mengidam apa pulak ek? Takpe..kita tunggu mengidam edisi ke-4. Hahaha.. Korang ada mengidam tak? Cer citer sikit..


No comments: