Friday, August 28, 2009

Batuk

Memang dugaan betul.. puasa-puasa cenggini aku batuk plak.Demam dan selsema dah baik, sekarang batuk plak. Tak tahan perit tekak ni, sakit perut bila batuk bertalu-talu. Somput den..

Bengkak lutut dah takde lagi. Alhamdulillah..Semalam g check doktor..sume ok. Doktor cakap kalu susah nk bernafas, cepat-cepat g hospital. Ye la takut la penyakit tut.. tu. Mintak dijauhkan la.Doctor ade bagi ubat, die cakap tak pe untuk pregnant woman, tapi aku ni cam takut je nak makan. Cuma makan ubat cam gula-gula tu je. Nk legakan tekak yg gatal. Ape sape2 tau tak petua tradisional nk legakan batuk ni?

Semalam mak mertua call,katanye sister in law aku kena kuarantin 2 hari, sbb disuspek penyakit itu..Die dah la pregnant sama dengan aku.Die keje nurse kat Ipoh. Hopefully takde ape2.

Malam ni kami nak balik Bagan Serai plak sebab cuti panjang sempena Merdeka.Doakan kami selamat sampai ke destinasi ya..

Wednesday, August 26, 2009

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

E-mail dari kawan aku, Eta. Just nk share dengan korang sume:

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya.. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

5th Ramadhan

Isk..kejap je dh 5 hari kita sume berposa. Lama rasanye aku tak update blog ni. Posa pertama kami balik ke Muo. Famili aku sudah kerinduan dengan Aqim. Aqim kemain suka lagi main dengan atok, pakcik2 n makcik2nye tu. Mulut riuh. Macam2 Aqim cakap, ade je yang wat orang gelak.hehehe..

Mak sibuk nak belikan baju melayu untuk Aqim. So hari Ahad tu kami g bandar Muo. Mak belikan Aqim sepasang baju Melayu warna coklat. Alang2 beli baju Aqim, hubby pon beli baju Melayu die. Sama corak n warna dengan Aqim. Akunye baju warna hijau.Aku dh beli awal aritu kat KL lagi. haha..coklat + hijau. Ok la tu..

Balik Muo ari Isnin, singgah ke TESCO Melaka beli barang2 dapur yang dh habis tu. Sampai KL terus g Bazar Ramadhan kat Kerinchi. Alhamdulillah, setakat ni aku masih larat berpuasa. Baby pon ok gak..

Kepada kengkawan, masih belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Insyallah...

Thursday, August 20, 2009

Aku MC 2 hari

Arini & semalam aku MC. Doktor suh dok umah rehat2 je. Sebabnye lutut aku bengkak n urat kejang. Sakit sangat kalu berjalan banyak. Maybe sebab turun naik tangga. Maklum la flat aku takde lif. Aritu aku ade dukung Aqim naik n turun tangga. Masa tu hubby takde. Maybe sebab tu la..

17hb check up aritu doc suh makan vitamin. Hb aku 11 je. Yang lain sume ok. Dah dengar denyut jantung baby. Kadang-kadang aku rasa baby kuis-kuis je dalam perut ni.hahaha cutenye. Masa dulu Aqim, first kick tengah malam. Kuat gak die menendang first time. Ni adik die malu-malu plak.hehehe..

Ok, sok dh bule g keje. Malamnye kami nak balik Muo. Berposa kat Muo..

We have been married for 3 years!

Hari ni ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga. Kejap je masa berlalu ye..Aqim pon dh 2 tahun 2 bulan dan insyallah bulan Jan 2010 dapat adik plak.

Apa yang aku harapkan dalam perkahwinan kami semoga Allah memanjangkan jodoh kami dunia & akhirat, dilimpahkan kasih sayang yang berpanjangan,dimurahkan rezeki kami dan memberikan kami kekuatan menempuhi dugaan dan cabaran. Aminn..

To my hubby: I love you so much! Thanks for being a good husband and bestfriend.mmuuah...

Meh layan pic kawen kami:



Pengantin pompuan yg cun..hahaha..




Dua kali lafaz akad..




Kucupan kasih..cewah..cewah..




Pelamin ku yg cute!



Bersanding pas nikah..




With my beloved family




Sebenarnye malu gile masa bersanding!

Sunday, August 16, 2009

Aqim tak sihat

Arini Aqim tak bape sihat. Selsema n demam sikit. Tapi dalam tak sihat die tu, cergas cam biasa la. "mengemas" je keje nye.Sampaikan mamanye pon dh tak tau camne nak kemas umah.Adoi ai..Bila malam baru la mamanye kemas umah. Semalam papa dh guntingkan rambut Aqim. Sekarang ni susah plak nk gunting rambut die. Sbb die ngilu dengar bunyi mesin potong rambut tu. Hehhehe..

Mulut kemain becok. Layan kan je die bercakap. Kekadang kelakar gak. Budak lelaki memang lambat bercakap ke? Aku tengok kawan si Aqim yang pompuan tu, Mirza cakap dh laju je. Aqim still cakap bahasa die tapi ade la certain2 word yang die dh sebut dengan betul. Hermmm..takpe la. Lama-lama pandai la si Aqim tu. No need to worry sangat. Setiap budak kan lain perkembangannye.

Lately ni aku malas nak amik pic, aritu ade amik tapi masa nak transfer bateri kamera kong plak. Smapai sekarang tak ganti baru. isk..isk..isk..

Esok nak g monthly check up.Kol 2 pm.

Friday, August 14, 2009

Nasi goreng saje..

Semalam aku masak nasi goreng je untuk berbuka posa. Pastu beli burger seketul, kongsi dengan hubby. Bukan berjimat tapi takut tak abis. kan membazir je.. Aqim suka makan nasi goreng. Banyak gak die makan. Air plak minum air soya.Air soya pon kegemaran Aqim. Aqim sekarang kuat makan, berselera dia makan. Suka aku tengok!

Herm.. ari Sabtu ni dh abis la aku ganti posa. Hopefully tahun ni dapat posa penuh. Minggu depan dah masuk bulan Ramadhan. Seronoknye. Aku nak balik Muo then next weeknye plak lek Perak. Kalu berposa dengan famili kan lain seronoknye..

Wednesday, August 12, 2009

Kenny Rogers & Secret Receipe

Semalam dah 3 hari aku berposa. Dah ujung-ujung baru nak ganti posa. Cheh..tapi nk wat cmne, masa 15 weeks tu mmg tak larat, asyik muntah, pening pala & loya je. Masuk 16 weeks pregnant ni, baru ok sikit. Dapat la ganti posa..hehehe..

Semalam aku berbuka kat Kenny Rogers.Hubby cakap ye la kita makan kat sana, siannye mama nk makan Kenny Rogers..So kami makan kat Amcorp Mall je. Nape ntah, smlm makan Kenny Rogers rasa sedap sangat..licin..Aqim pon mkn berselera jugak. Dia makan ayam, buah-buahan & muffin. banyak gak die makan.



Masa tengahari tu, aku ikut kengkawan kuar lunch. depa lunch, aku mereweng la cuci mata. Tengahari kat Amcorp gak..Pastu, teragak plak kek secret receipe. hadooo.. posa-posa ni,macam2 plak aku nak makan.So beli la satu slice chocolate indulgence..Pas balik berbuka tu baru makan kek ni.. Sedapnye! Aqim seperti biasa la nampak kek die suka. siap cakap "Wah.." (ala-ala upin&ipin ckp tu) Pastu, ape lagi aku makan la dengan Aqim. Hubby tak bape suka kek-kek ni. Aqim cakp "ma, dap.." (mama, sedap..)




Tu je nk share. Takde amik pic pon. Lately ni mmg mls nak amik pic.hehehe

Thursday, August 6, 2009

Tahniah!

Aku nak ucapkan tahniah pada kengkawan, pengasuh Aqim n kak ipo ku yang baru mendapat baby. Tahniah jugak kepada yang sedang peknen..hehehe

Ni list yang terbaru mereka yang mendapat baby baru:

1) Kak Ipo (Kak Salmah aka Kak Ngah hubby)
Jantina : Gurl
Nama : Nur Ain Qistina (aku yg bagi nama tu..hehehe)
Berat : 3.6kg
Tarikh : 28 July 09
Hospital : Hospital Columbia Taiping


2) Pengasuh Aqim (Kak Izan)
Jantina : Boy
Nama : Muhd. Danish Akif Aiman
Berat : 3.2 kg
Tarikh : 24 July 09
Hospital : PPUM


3) My close frenz (Suzi)
Jantina : Boy
Nama : Adli Safiy
Berat : 2.63kg
Tarikh : 25 June 09
Hospital : Serdang

Sekarang kat opis, aku dengan sorang staff bhgn acc. tengah peknen. Die due bulan Nov. Kalu dlm family belah hubby, aku dengan sorang lagi kak ipo. Due pon sama bulan Jan 2010. Kalu kengkawan blogger pon ramai gak yang peknen (Wanie, KP n Nana)hehehe..
Semoga sume sihat sepanjang peknen dan berpantang...

Wednesday, August 5, 2009

Roti canai lagi dan lagi..

Lately ni aku suka sangat makan roti canai.Kira dah 4 hari berturut2 makan roti canai je..Pastu kalu makan mesti abis 1 keping setengah atau 2 keping! Mak oi..terperanjat hubby tengok wife nye makan begitu banyak..Tapi time2 peknen ni mmg selera tengah bagus, nak2 aku dah nak masuk trimister ke2. So selera tengah baik compare masa awal2 peknen.

So hubby, jangan salahkan ibu mengandung ye! hahaha..Ha Aqim pon sejak aku suka makan roti canai ni, die pon suka gak. Selera sama mama ye nak oi..

Hopefully posa tahun ni boleh dapat full la. Aku takut xlarat je. Doa banyak2..

Sunday, August 2, 2009

16 weeks of pregnancy

Alhamdulillah.. dh 16 minggu peknen..Perut aku xnmpak sangat. Memang camtu pon, masa peknenkan Aqim sama gak. Muntah2 still ade lagi.Kembung perut dh xde, tapi sakit pinggang, sakit bahu kadang2 la.

Bulan lepas g check up sume ok. Tekanan darah, berat badan sume normal. Aku xg scan lagi, maybe bila dh 4 bulan. 17hb Ogos ni next chek up. Kali ni sebelah petang plak. AKu dh apply 1/2 day cuti. Pas chek up leh terus balik umah.Letih menunggu kat klinik kerajaan ni.Nak buek cmno..Aku paling lemah. masa amik darah. Adoi ai..sabo je la.

Susu xbley minum lagi. Minum je kuar balik. Tak paham aku la..Mak aku suh beli vit Amway. Dulu mak memang makan vit Amway time peknen. Masa peknenkan Aqim pon mkan gak.Tapi masa tu mkan masa kandungan 4 bulan lebih. Vitamin B Compleks, Vit C plus and Kalsium Magnesium. Bila plak la aku nk g beli, bukan ade kat kedai. Beli dengan dealer.. Mak aku cakap, bio die beli dl nanti pos je.Si anak sila bayar ye! kekeke..

Shoping2 kat Sogo

Arini kami g shopping kat Sogo. Bukan shopping ape pon, beli baju raya untuk Aqim. Aku malas nk g time2 posa dan dekat2 nak raya, sure penat punye ditambah dengan orang yang amat ramai. Kami kuar umah kol 10.15 pg sampai kol 10.40 cmtu, g pagi2 xramai sangat orang. Parking kat Pertama Kompleks.

Rope2nye dah ramai orang wei, ye2 je aku agak tak ramai orang lagi! Sampai tingkat 4 bahagian budak2, aku dah rambang mata tengok sume baju lawa2. Dah pusing 2 round, aku berkenan dengan baju cap Puppy Wink tu.. Hermm.. beli 4 helai baju n 2 helai suar untuk Aqim. Hubby dah pesan jgn membazir2 ye..hehehe..Yang tu je pon dh berhabis dekat RM 150..tapi kualiti kain die ok tahan lama.

Pas beli baju Aqim, misi mencari tudung aku. Cam berkenan dengan tudung yang cam Ikin Mawi pakai tu.Tapi aku beli yang plain je. Warna hitam, pastu ade manik2. Cantik gak..Pastu beli selendang warna coklat.Sekarang ni, g keje suka try tudung yang berfesyen ni. Cewah2..saje je nak bagi fresh look untuk diri sendiri.hehehe..

Then g Kamdar. Beli blous peknen siap dengan suar sekali. Blous ni kalu xpeknen pon bule pakai. Hubby aku ckp die nye barang2 nanti2 le beli. Pulak dah..sbb beli barang dua beranak ni je dh berejam..Aqim dh mengamuk2. hemm.. cian hubby..tapi mmg dh penat pon berjalan.. Sebelum balik makan lunch dl.

Sampai umah dekat kol 3, pas semayang, ape lagi 3 beranak ni terus terbongkang titon..hahaha..