Saturday, May 8, 2010

Pengalaman bersalin Rayyan

Haha..Rayyan dh nak masuk 4 bulan baru la mama dia sibuk nak citer ttg pengalamn dia melahirkan Rayyan. takpo la, baru ade kesempatan ni.

Due date untuk melahirkan Rayyan ialah 17hb Januari 2010. Aku ckp dengan asben kalu bersalin 10.01.10 kan best. Asben aku cume ckp jauh sangat dr tarikh due tu.

Subuh2 10.01.10 perut aku mengeras je. Cam rasa tak best. tapi takde la sakit. Aku pon cam sibuk beno la nak p hospital. Bukan ape kut2 la kalu mmg betol nak bersalin kan. Umah dah la tingkat 3 yang takde lif, dengan Aqim nye lagi. ha macam mana tu, takmo asben kelam kabut je. cehcehceh..dlm hati kata kalu bersalin ari best nye. sbb nak tarikh tu.. haha..

Asben pon berfikir, ok la kalu mama dh rasa cam perut tak best, jom la kita g sepital. Makanye pukul 7 pg, sampai la ke PPUM. Doktor check katanye baru buka 1cm..Doktor ckp maybe bersalin arini. wah..wah..aku pon cam suke la..

Kat PPUM ni, setiap 3 jam (kalu tak silap la) doktor / nurse dtg check tekanan darah, suhu, degup jantung baby, check perut..pulak tu, aku ni dh tak rasa ape2 sakit or perut mengeras la. huhu..dah rasa cam nak balik umah. Masuk kol 12 mlm, makne nye dah 11 Jan, takde pulak tande2 nak bersalin.pagi tu dah rs nk balik je. dengan mandi pon ala2 kadar je kat sepital kan. Tak selesa sangat.

Malam 11hb tu sempat tengok Anugerah Juara Lagu bersama dengan ibu2 mengandung di wad yang sama ye! haha..lawak ok. malam tu dah kuar lendir, tapi nurse cakap bukan air ketuban. So relax je la.

Pukul 2.30 pagi 12hb Jan, aku dah rasa tak sedap perut dah. nak tdo pon tak bole, tido2 ayam je. Pukul 3.30 pagi sakit makin kerap tapi bole tahan lagi. Kol 4, aku rasa air ketuban dah pecah dan sakit tu berselang 3 minit. Doktor check dah buka 7cm. Terus nurse suh col asben ckp dh nk masuk labour room. Handpon tak bole bawak masuk semasa bersalin yek! huhu..masa kat HKL dulu bole.

Bawak masuk labour room masa tu aku ni asyik mengucap dan selawat je la. Abis tangan nurse tu aku pegang sebab nak menahan sakit kan. Dah tak kira dah. PPUM tak benarkan suami masuk untuk temankan isteri bersalin ye! ape la, patut kasi la asben masuk, bagi semangat sikit. hadoo.. takpe la janji asben aku dah merasa pengalaman itu masa bersalinkan Aqim dulu.

Doktor chek sekali lagi dia cakap dah bole dah. Kalu puan rasa nak teran, teran kuat2. Aku ape lagi memang rasa budak dh nak kuar kan, so teran je la. Pastu bole plak nurse tu suruh hold dulu, sbb doktor tengah tukar glove..haha..doktor tu pon cepat2 tukar glove. masa tu rasa lawak ok.

Doktor dan nurse pon memberi semangat yang padu untuk aku meneran.2 kali teran, baby pon kuar. Alhamdulillah..tepat pukul 5.50 pagi selamat bersalin.lega rasanya..Doktor n nurse cakap bagus, excellant sbb tak gunting "bawah" tu. Then nurse tunjuk baby, baby boy ku itu! Happy, rasa nak nangis sebb teringat masa bersalin kan Aqim dulu.

Nak citer pasal asben plak. Masa dia dapat col aku tu terus dia bawak Aqim g umah pengasuh. Aku dah msg2 asben kol 2.30 tu bgtau rasa tak sedap perut n suh dia bersedia nk g sepital. So asben dalam keadaan berjaga2 ye waktu itu. Awal2 lagi mmg kami dah pesan n mintak tolong Kak Izan (pengasuh Aqim) jagakan Aqim kalu bersalin tengah malam ke. So Kak Izan pon mmg dh tau. Kol 4.30pg asben dah anto Aqim umah pengasuh. Kol 5pg dia dah sampai PPUM. tunggu kat luar bilik bersalin. Memandangkan skrin elektronik kat bilik bersalin tu rosak, so asben tak tau la wife nye ni dah bersalin ke belum..hadoo..bole plak rosak yek!

Masa nurse tolak troli kuar, asben tanya mama dah bersalin ke? (baby tak bawak same sbb doktor check) haha..lawak ok. Bila aku cakap dah besalin muka asben terkejut.masa tu dah kol 7.30 pg. Sabo je la.hehe..

Begitu la kisahnye..Alhamdulillah..kami bersyukur dengan kelahiran MUHAMMAD UMAR RAYYAN..H.A.P.P.Y :)

1 comment:

Cherish said...

babe, seriousss... i rasa cam nak nangis banca this entry. sebak sbb cite pasal baby. babe, i buat baby i ske, preggie pun i ske but nak deliver..i takut!!!! neway, alhamdulillah babe, everything is going okey!