Tuesday, September 13, 2011

Progress umah kami kat Meru Perdana Ipoh

Nak balik ke KL lepas beraya kat Bagan Serai, kami singgah jap tengok progress umah kami kat Meru Perdana Ipoh. Abang ipar cakap fasa yang baru ni lagi mahal, harga jap je naik walaupon luas rumah tu sama. Agaknye kalu Mydin dah siap tahun depan, harga umah fasa baru akan naik jugak kut. Masa kami beli masih xde lagi pasaraya sume.

Boleh dikatakan 50% dah siap. MKland ni baguih, tiap kali dia siap or ade ape2 perubahan kat umah yang dibeli, diaorang akan inform kat pembeli. Macam aritu dia inform nak tukar pintu bilik air menghadap dapo instead of menghadap ruang makan, inform nak guna besi untuk alang bumbung umah sebab stok kayu takde. Ape2 sume kami akan diinform.

Umah kami menghadap umah orang, kalu menghadap tanah lapang, mahal lagi. Pastu dekat beno dengan deretan kedai..hurm..sonang la budak2 ni nak p kodai..adoi ai..Insyallah siap tahun 2013 awal. Dekat dengan bangunan kerajaan negeri Perak, pasaraya dan juga sekolah. Rumah kedai  fasa pertama dah siap. Masa kami datang, diaorang tengah pasang kebel elektrik.


 Keje-keje pembinaan sedang rancak berjalan


Pandangan depan, pintu masuk



 Ni la alang besi yang gantikan kayu yang xde


 Yang ni dah pasang siling dan dah plaster




Insyallah siap tahun 2013

6 comments:

moon oh moon said...

saya pn beli umah kat situ..xder la yg mahal, dkt dgn kedai gak..x sabar rasanya..

MaSRifAh&AsrUL said...

saya beli kat rantau panjang siap bulan 12 nie.. duduk feb 2012 huhu

Muna said...

saya pun bli kat situ jugak. berjiran la kite nanti..:) btw, ada 3 org lagi ofismate yg bli umah kt situ..hehehe

Noor Hasrida Mohd Tahir said...
This comment has been removed by the author.
Noor Hasrida Mohd Tahir said...

Salam nanti berjiranle kita semua ni yer

Opie said...

dulu beli berapa harganya? saya planning nak beli yg fasa 2 atau 3.. tlg maklum sy di norafzami85@gmail.com.. TQ